Tuesday, September 01, 2020

Nasib dan takdir, dua benda yang berbeza

Assalamualaikum and hello.

Aku ni ada satu perangai bila tulis blog ni, tajuk tu letak last sekali. Ke ada jugak orang perangai macam aku ? Bila letak tajuk tu aku rasa tulisan aku mestilah berkait rapat dengan tajuk tapi dalam hati lebih kepada nak bertemakan bebas. Taip je apa ada dalam kepala. Satu masalah jugak bila aku dah siap menulis, tajuk tak reti nak letak apa. Sebab penulisan terlalu gaya bebas sangat pulakkk

Hari ni start kerja selepas 3 hari cuti and 3 hari cuti tu macam biasa takde plan gempak sangat. Cuma hari Ahad je aku lepak dengan Izzati and Sue kawan UiTM. Bawak Ali sekali and naik train sebab rumah Izzati tu kat Shah Alam. Aku ni malas nak lepak mall dengan pembawakkan jin Ali jenis tak duduk diam so lebih baik lepak rumah je lah. Izzati tengah pregnant 6-7months so untuk memudahkan kerja dia, lepak rumah dia je and order pizza hut. Izzati ada anak perempuan beza setahun je dengan Ali. So pandai-pandai lah si Ali tu bawak diri nanti.

Ni lah geng-geng masa kat UiTM Arau, Perlis. Sewa kereta sama-sama. Lepak Penang sama-sama. Tido dalam kereta sebelah Marina Bay Penang sama-sama. Acah-acah overnight bajet la sebab nak sewa hotel mahal. Alang-alang dah sewa kereta, lepak lah kau dalam kereta sampai lebam. Oh, accident kereta pun sama-sama. Kemain berderet 8 tiang kereta kitorang sapu licin ye kat  highway Jitra tu. Hahahaha kenangan weiiiii. Tu belum kira kau menyelam dalam bundle singgit kat Jitra tu lagi. Aku lah tukang bawak.

Izzati and Sue ni sebenarnya bukan batch aku. Dorang ni actually junior aku. Aku boleh rapat dengan dorang sebab kitorang join Debate Club masa kat Arau. Pastu aku banyak gila repeat paper sampai member batch aku semua dah praktikal, aku terkial-kial (read:malas) masuk kelas dengan junior. Tapi time tu aku macam tak heran sebab aku memang merajuk dengan course aku ni (Diploma Sains Komputer). Aku tak minat langsung course and aku terpaksa je habiskan course just for the sake of nak habiskan je. Last-last terciduk jugekkkk kahkahkah. Walaupun repeat papers tu aku patut risaukan tapi malam-malam perjumpaan debate club tu tetapppp aku pergi tanpa was-was. Sikit pun tak nak tinggal sebab konon-konon passion, study letak belakang kejap. Bodohkan pemikiran zaman tak matang...menyesal kau kesudahnya.

Kalau aku habiskan study aku dulu dengan cemerlang, maybe just maybe nasib aku lebih baik. Tapi aku ni malas lah nak buat sedih atas kebodohan diri sendiri so lepas aku decided untuk berhenti belajar, aku terus bekerja. Kerja apa yang ada (waktu tu)  aku sauk je, yang penting ada duit, ada income. Betapa aku nak pastikan yang keputusan aku ni bukan satu kebodohan aku (waktu tu lah, ego kan), sanggup putus dengan ex-BF konon-konon nak kejar duit/income. Ni kira macam aku rebel la sebab aku memang tak nak sambung pun course tu. Aku dah cuba bertahan tapi tak membuahkan hasil so aku rebel dengan masa yang aku dah bazirkan, aku berhenti belajar. What? Stupid ? Indeed I was !

Of course lah sekarang ni rasa menyesal tak sudah sebab aku pilih berhenti belajar. Kalau lah aku boleh turn back the time, memang aku tak kan berhenti and buat yang terbaik. Nasi dah jadi bubur cuma bubur aku ada perisa lah sikit. Tak lah kosong je hewhewhew. Alhamdullilah aku masih survive walaupun pakai SPM je masa nak mencari kerja. Tapi one thing I will never regret is that Debate Club ! Sijil-sijil participation aku lah yang aku canang-canangkan masa aku nak mencari kerja mula-mula dulu and sijil-sijil tu sangat laku untuk aku dapat kerja buat sales di bank-bank. Padahal tak grad pun, pakai SPM je pun.

Aku still in touch with budak-budak batch aku walaupun dorang dah lama berlepas praktikal dulu and sambung degree dulu. Ada jugak rasa segan sebab kita batch yang sama tapi aku pilih jalan lain yang sebenarnya satu kebodohan untuk aku. Masih reunion sama-sama walaupun aku ni bukan alumni. Alhamdullilah, dorang masih tak lupa aku. Rezeki lah jugak nama dia kan ada kawan-kawan dari UiTM. Semua pun berjaya, semua pun ada kerjaya masing-masing, semua pun masih perangai macam masa kat UiTM aku tengok. Sikit tak berubah lmao.

Rezeki tu ada kat mana-mana. Itu yang aku pegang sentiasa. Kalau Tuhan tu berkehendakkan itu rezeki kau, kau dapat lah kadang-kadang tanpa perlu berbuat apa-apa. Aku pernah rasa rendah diri, takat SPM je kerja apa yang kau boleh dapat. Cashier shopping mall ? Minah kilang ? Mekdi ? 7 Eleven ? Disebabkan mulut aku ni speaking omputeh lancar bukan main, so aku pernah kena recruit masa aku buat direct selling. Masa aku kerja AEON, kerja collector aku dapat kerja dengan HSBC buat sales. HSBC sanggup bayar company lama sebab tak boleh tunggu notice aku 30 days. They decided to pay or bail me from my previous company tu. Masa aku balik dari Aussie, kerja ke-3 kot aku kerja kat company orang, tapi kerja shopping mall la. Owner tu siap nak amik aku jadi share partner, aku hanya perlu buat marketing je. Ha kau ! Tapi maleh lah aku.

Bukan aku nak kata, ada SPM pun boleh hidup. Takyah belajar tinggi-tinggi. Cuma untuk aku, nasib aku baik sebab ada kelebihan bercakap omputeh yang lebih lancar dari yang lain. Konfiden level aku plak kau tak yah cerita, tinggi mencanak dia lain macam. Macam mana kau nampak Ali punya konfiden speaking siap slang-slang tu kan, ha sama lah macam Mommy dia. Nampak tak kuah betul-betul tumpah kat nasi. KAHKAHKAH. Setiap orang kan nasib dia lain-lain. Aku ni kira berpegang pada nasib dan doa lah. Takde kelebihan lain macam kawan-kawan yang grad, ada kelebihan sijil/qualification which kau tak yah nak risau jaminan untuk dapat kerja walaupun lari tajuk bidang. Kalau kau pandai cakap/speaking, confident tinggi, ada qualification...kau boleh nampak jalan kau lebih terbuka luas bak padang bola sepak. Ha begitulahh.

Semua mak-mak kena jadi role model untuk anak-anak tapi semua mak-mak jugak tak nak anak dia ada nasib yang sama macam dia atau jadi bodoh macam mak dia (aku lah tu). Aku takkan paksa anak aku untuk ikut telunjuk aku sepenuhnya bila dia besar nanti. Aku kena pastikan apa passion dia, minat dia and aku guide untuk dia berjaya dalam minat dia tu. Sebab itu yang berlaku pada aku, so aku tak nak Ali ni suffer benda yang sama. Kalau dia minat bola, aku masukkan dia kelab bola kanak-kanak. Kalau dia minat muzik, aku masukkan dia kelas muzik. Kalau dia minat masak, aku ajar kan dia memasak or masuk kelas memasak. Kalau dia nak memondan, kau sabajap. Meh sini aku potongkan konek dia. Takyah nak pegi surgery bagai ! Yihhhhh

Yang penting dia mesti kena tahu apa itu peluang dan jaminan masa depan. Jangan bodoh piang macam mak dia ni asyik nak ikutkan hati je. Benak sangat kepala otak asyik nak rebel. Lepas tu ha terbodoh lah sorang-sorang. Nasib baik "I SPEAKING LONDON" kau terer. Kalau tidak, melopong kau situ.