Assalamualaikun and hello gais.
Harini nak update pasal camping last week. Alhamdullilah we all selamat naik atas sana, selamat turun juga, Walaupun Bob bawak kereta macam roller coaster. Haihh. Kalini ada banyak khemah yang join. Selalu 4 khemah je but this time, 6 khemah siap ada fly sebab Angah nak amik gambar and untuk memasak. Macam biasa, equipment aku and Ali tak cukup lagi. Tapi aku dah boleh predict cuaca hujan and sejuk, jadi jaket and baju hujan memang aku bawak. Kitorang gerak on 17 September. 16 Sept kan hari Malaysia so aku kelam kabut cari baju hujan and seluar. Beli bundle je lah murah sikit. Kalau rosak or kotor pun tak heran sangat. Malam tu gerak Permaisuri, tido rumah Zie and Mat Shah senang nak gerak esok pagi. We all gerak jam 6:50am - 7:00am kot, ntah. Aku tak tengok jam.
Ali pulak senang betul bangun pagi walaupun malam sebelum tu dia terpaling tak nak tido. Dah kena paksa (read : marah, cubit, jentik) baru dia nak tido. Tu pun tido sebab nak letih merengek, menangis. Sebelum bergerak nak mengadap traffic jammed orang nak pergi kerja, kitorang tapau breakfast dulu. Nasi lemak biasa 7 bungkus, kuih muih RM6 untuk makan-makan dalam kereta. Sampai bandar Bukit Fraser tak tahu lah pukul berapa. Yang aku tahu, aku ni nak mampus menahan muntah sebab jalan bengkang bengkok.
Breakfast dulu kat food court atas sana. Since we all gerak hari Khamis so takde manusia sangat kat atas tu. Angah and Saddiq with their families gerak separately. So we all sampai atas dulu. After breakfast, terus gerak ke Air Terjun Jeriau, the only air terjun kat atas sana. Masa sampai sana, Mat Shah yang setup tempat and all. Since the area is small not enough to occupy 6 tents, so terpaksa lah separate. Angah and Saddiq with their families on the other side. Me, Bob and Mat Shah is on the other side.
| First tent setup. |
Budak paling senang jaga yet paling tak duduk diam. Enjoy je. |
Remember the khemah that I bought ? This was it. Totally tak function okay. Kuyup ye dalam khemah aku bergenang air kahkahkah. Nasib baik lah aku bawak exercise mat yang tak serap air so selesai 1 masalah kat situ walaupun mat tu muat-muat aku yang gedabak ni sorang. Kesian Ali kena berebut malam-malam dengan aku. Nasib lah Ali dapat Mommy gemok. Since my khemah was easy to assemble so quickly me and Zie memasak untuk lunch sebab all the guys are busy with their own tents. First day lunch was nasi putih, ayam sambal and telur goreng. Siti ada masak ayam masak lemak jugak so meriah lauk first day. Tapi tak snap picture sebab tak pegang phone sangat.
Aku rasa kawasan ni tak kemas and banyak gila daun-daun kering. Assuming sebab PKP so renjer or keeper maybe tak jaga lah kot sebab takde sape nak datang. After lunch, we lepak jap and later to air terjun jeriau. Again, phone tak pegang sebab dok pimpin tangan Ali. I gained weight a lot so mendaki tangga tu bagai menuju neraka hewhewhew. Jauh siak nak naik turun tangga. Mat Shah, Zie and Ali kemain laju maju ke depan. Ada la rasa menyesal sebab beria nau nak pegi air terjun, halfway aku rasa macam "korang je la pegi, lutut aku macam nak tertanggal ni". Dah la hujan petang tu kan, dengan lecak lagi lah buat malas plus sejuk dia menikam sampai tulang weii
| Ali rilek je main air yang sejuk tahap menggigil bagai kena parkinson ye |
| Air Terjun Jeriau. |
| Sorry kamera cap cokia. Tak clear sangat pic pokok |
| Pokok nampak elok kan, rupanya akar dia dah reput dek anai-anai. |