Assalamualaikum and hello.
Alhamdullilah, sales target last week achieved. Seronok bukan main sebab aku tak yah nak datang kerja sabtu. Malas okeh. Duduk rumah lagi seronok, boleh melayan Ali, tengok movie. Duduk dengan Ali ni, tak boleh lama-lama, boleh sakit jiwa. Sehari-dua boleh lah, buat lepas rindu. Ali ni bukan lah budak clingy sampai tahap kau tak boleh buat kerja. Tapi kalau kau hilang kejap-kejap tu, dia mulalah mencari. Nak-nak time kau berak, mula lah dia menggagau cari kau. Dah lah rumah aku kecik sekangkang kera, selamber je dia boleh jerit.
"Mommy GEMOK oooo mommy GEMOK. (sambil ketuk pintu bilik air). Mommy GEMOK buat apa tu? Mommy sayangku ooo mommy sayangkuuuu......"
Kalau jiran aku tengah minum air, mau tersedak air terkeluar ikut hidung gamaknya.
Sabtu lepas, lepas dah settle kemas rumah and masukkan baju dalam washing machine, Didy ajak keluar makan. Aku memang plan nak masak tapi tu lah. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan kehkehkeh. Masalah dengan Didy ni kan, dia tanya aku nak makan kat mana. Dia jugak tanya aku ada nak pergi mana-mana ke. Bila aku cakap aku tak kisah nak makan mana, dia pun cakap tak kisah nak makan mana. By right, 1st question tu dah takde masalah sebab jawapan aku is TAK KISAH. Soalan kedua tu menjadi masalah. Dia nak pergi Daiso or Eco shop. Aku ok je lah. Dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap nak pergi Machine (Apple Reseller) sebab nak survey iPad. Macam-macam alasan pulak dia bagi.
Taknak masuk KL lah.
Susah parking lah.
Nanti duit banyak habis lah.
Hek eleh... baik kau tak payah tanya kannn.
We ended up had our brunch at Old Town Sri Rampai. And later to Mr DIY kat sederet je dengan Old Town. Boringnya aku shopping dengan Didy ni, dia jenis lepas beli terus balik. Takde maknanya lah kau nak window shopping ke, nak survey-survey ke. Takde. So masa masuk Mr DIY tu memang aku pejam mata je lah. Takde mood aku nak survey barang ke, nak cuci mata ke. Aku pejam mata, pejam hati dalam tu. Kalau tak pejam, mau beg duit yang elok-elok tertutup jadi rabak pulak.
 |
| English breakfast - set |
 |
English breakfast - ala carte
|
Bezanya menu Didy and Ali is fries je. Ali tu kaki fries. Sepatutnya tukar je plate dorang
 |
| Meriahkan minyak bergenang-genang dalam mangkuk mee kari aku. |
Thank you Didy, belanja we all makan-makannnnnn.....
Oh by the way, khemah camping akan sampai petang Sabtu tu. So aku sempat lah paw Didy air-pillow RM5 je. Jadi lah sebab kat rumah memang dah ada U-Pillow. Si Ali macam biasa, berbantalkan lengan aku lah. Kat rumah berlambak-lambak bantal pun, lengan aku jugak yang ditariknya. Aku beli khemah pop-up. Maksudnya tak payah nak susah payah masukkan besi bagai. Lipat-lipat, libas-libas....siap.
 |
Khemah dah sampai yeayy.. Nampak tak seronok nya sahabat karib dua orang tu ?
|
 |
| Fan and lamp for outdoor camping. Function weh benda ni. Lampu cerah, kipas not bad. |
Nampak khemah macam reliable kan. Tapi practicality dia is unsure. Sebab aku pun tak pernah pakai. Aku beli kat shopee sekali dengan fan/lamp outdoor camping tu. Total is RM90 lebih kurang. So tak payah lah Mat Shah susah payah nak setting khemah aku. Letak je atas tanah, nahhhh dah siap. Senang aku nak beraktiviti bebas. Aku tinggal nak beli kanvas /alas khemah to make sure kain tapak dia tak koyak and also windbreaker in case hujan. Eh salah bukan in case, memang sekarang musim hujan. Ali tu semua ada dah. Jimat sikit duit aku.
Ini kali ke 3 aku tido dalam hutan. 1st experience kat ulu yam. 2nd was at Kuala Woh, Perak. So kali ke-3 ni aku rasa better semua barang-barang utama aku beli sendiri je lah. Especially tent. Letih lah asyik nak meminjam je kan. Aku tak kata aku expert sangat nak bercamping ni. Tapi kalau bukan kerana MCO ni aku rasa maybe camping kali ni adalah yang ke 5 atau 6 lah kot. Sebab Angah and Mat Shah tu memang kaki outdoor. Masing-masing ada bini yang sempoi, so memang takde hal lah kan.
 |
Year : 2018 (2nd time camping) Angah (dukung Lissa), Siti, Me and Mat Shah. Yang amik gambar is Zie. Mana Ali ? Power kan naik Kelisa pun boleh sampai Cameron Highland walaupun bersimpang siur. |
Camping ni is all about survival and bonding with nature (ahgitewww). Memang lah kau bawak semua barang-barang, kau siap sediakan awal-awal. Tapi takde TV, line handphone maybe kejap ada kejap takde. So kerja aku dalam tu is memasak and menyembang kahkahkah. Tak de nak makan ayam ke, daging ke, udang ke, sotong ke...semua nye yang simple-simple. Tak telur, sardin. Telur pulak kau pelbagaikan. Kari telur rebus lah, sambal telur rebus/ telur goreng, kari sardin. Yang paling best is tenang. Dengar bunyi-bunyi cengkerik, bunyi-bunyi daun, bau air hujan campur bau daun, bunyi air sungai... semua benda ni is priceless. Tidur pun automatic the most quality sleep ever !
Aku minat outdoor activities. Sebab aku rasa bila aku diluar, aku lebih aktif. Lebih produktif. Bagi aku, kalau boleh survive dalam hutan, you can survive anywhere. Aku kategori kan diri aku macam tu. Aku boleh survive di mana-mana. Letak lah kat penjuru mana sekalipun, aku boleh hidup. Sebab tu bila aku sorang-sorang, bela anak aku pun sorang-sorang, cari makan untuk diri sendiri pun sorang-sorang...dah cukup membanggakan aku. Memang susah (well, at first) tapi lama-lama kau immune. Asalkan kau tak menyusahkan hidup orang lain. Kau dah tak heran. Yang penting kau hidup. Ali punya survival rate pun bagi aku tinggi jugak. Bila mana dia boleh handle mommy dia ni, dia boleh survive di mana-mana hahahaha. Ali tu letak kat pengasuh mana pun dia okay. Tak memilih melainkan kalau pengasuh bantai dia, memang dia memberontak. Kalau aku pun boleh naik hantu.
Bila kita dah biasa semua benda kita buat sendiri, kita tahu rentak hati kita macam mana. Kita tahu benda apa kita suka, benda apa kita tak suka. Kita tahu benda apa kita tahu buat, benda apa kita tak tahu buat. Kita highlightkan apa yang kita berkenan. Yang tak berkenan kita cuba terima. Kalau tak boleh terima, kita tolak tepi. Kita move on. Kita punya adaptation mesti kena ada, seiring dengan penerimaan orang kepada kita. Bila kau masuk hutan or any other outdoor activity, adaptation ni yang penting. Kau mesti adapt tido atas tanah, kau mesti adapt mandi sungai, tak berbilas air dalam tandas, kau mesti adapt makan ala kadar. Bila kita adapt, baru kita akan okay. Selesa, maybe tidak tapi okay. Masih hidup. Nama pun nak survive kan.
Survival rate setiap manusia bukan boleh diukur. Setiap orang ada rate tersendiri. Jadi tak perlu pun nak banding-bandingkan. Setiap manusia tu kemampuan dia di tahap yang berbeza-beza. Same goes to tahap keselesaan. Kalau selesa makan nasi pinggan plastik, ada orang masih selesa beralaskan daun pisang. Jadi, adapt. Bukan mesti kena samakan. Bukan rendah-rendahkan. Tapi kalau time tu ada daun sireh je nak buat alas makan, tak kan kau nak demand pinggan kaca jugak. Begitulah.
Ni gambar latest Ali yang aku snap masa kitorang makan kat Old Town. Dah besar dah anak aku. Kelebaran pipi tu pun dah sama besar dengan mommy dia. Didy kata perangai Ali sebijik macam aku. Degil dia, mengamok dia, sikap nak menang dia...sebijik sama macam aku. Kau nak tahu survival rate aku sampai mana, kau tengok lah anak aku. Sihat anak aku, tinggi lah survival rate aku.
When all choices is taken from you, life become a game of survival.
He is the reason for me to not give up.
Walaupun dia panggil aku Mommy Gemok.