Friday, September 04, 2020

Do no take people for granted.

 Assalamualaikum and hai.


Kemain kan rajin update blog. Semalam baru je update, harini update lg. Paham-paham lah kalau ada update, ada cerita. hewhewhew

Blog ni memang aku create untuk aku nak mengadu and bercerita semua benda yang aku nak kongsi. Baik yang tak elok ke, elok ke, nak mengumpat ke, nak mengata ke, nak meluahkan ke, sini lah tempat nya. Walaupun aku tau takde sape de nak baca blog aku, so aku peduli apa. 

So harini, pengasuh amik cuti lg. Minggu depan hari Isnin dia nak cuti lagi. So direct 4 hari lah dia cuti senang cerita. Aku tak kisah dia nak amik cuti sebenarnya tapi yang aku kisah is dia suka bagitahu tu last minute. Dah lah office aku ni susah nak bagi cuti last minute ni, dia senang-senang nak ikut suka dia nak bagitahu tak boleh jaga Ali jam 8:30am time aku bersiap nak pergi kerja. Alasan, rumah takde air. Yes aku faham rumah takde air, tapi aku nak kena fikirkan ke solution untuk dia ?

Aku siap offer, aku bawakkan air se-carton untuk kencing and berak Ali walaupun aku tau Ali ni takkan berak kat rumah dia. Dia bantai perli-perli dalam group pulak, air secarton tak cukup la apa la. Last-last dia mesej aku and dia kata dia takkan masak so aku kena bawak makanan Ali sendiri. So kau seharian telan air liur je ke macam mana ? Eyyy geram pulak akuuuu

Bukan aku nak berkira dengan pengasuh. Memang dia jaga anak aku okay, anak aku sihat walafiat cuma yang aku tak berkenan is last minute. Kalau aku cuti, bukannya office nak tolak AL aku ye. Company tolak gaji aku. Tapi aku tak tolak gaji dia atas dasar simpati. Sebab aku tahu dia pun sama susah macam aku jugak. Last-last aku yang kena hantar Ali kat pnegasuh lain and kena bayar RM30 extra. Kalau 2 hari dia cuti, RM60...gugur bulu ketiak ni dah 3 bulan berturut-turut buat mcm ni. Tu belum kira Sabtu kalau aku kerja, aku kena bayar RM30 per Saturday ye. You do the math.

Aku boleh je nak hantar Ali kat orang lain sebab dah tak lama dah dia nak sekolah. Tapi sebab aku ni fikirkan kesian kat pengasuh ni je tu yang aku still hantar kat dia sebab aku tau dia nak pakai duit. Walaupun sebelum ni dia memang kerap amik cuti. aku tak pernah potong gaji dia sebab aku tak sampai hati. Lagipun susah aku nak kira berapa aku nak tolak sehari, berapa banyak pulak je yang dia dapat kalau gaji dia kena tolak. Eh gaji aku kena tolak takpe. heh

Sebab tu aku ni tak sabar nak berhenti kerja and nak bekerja sendiri. Meniaga nasi lemak tepi jalan pun takpe yang penting anak aku tak payah nak dicampak sana sini. Susah bila kita ni mengharapkan orang lain jagakan anak kita. Berbekalkan duit bulanan yang kita bayar dari usaha kita, aku ni kalau boleh nak pengasuh yang boleh jaga anak aku elok-elok je. Ali ni bukan demand makan ke, alergik yang bukan-bukan ke. Apa yang kau makan dia makan jugak. Dia tak memilih. Dulu pengasuh lama Ali, hari-hari dia bagi anak aku makan telur. Aku pun tak tahu apesal dia asyik masak telur tapi aku assume telur tu makanan favorite dia so aku diamkan aje. Yang penting anak aku sihat, bab makan takpe aku boleh bawak dia pegi makan dinner sedap-sedap afterwork. Nehhhh! Di bantainye anak aku sampai lebam-lebam. Terus aku bawak Ali tukar mengasuh lain.

Masa mula-mula hantar aku dah pesan, aku ni pesen susah nak cuti ape ntah lagi MC sebab office aku ada bagi attendance allowance. Aku anggap tu duit extra-senang dapat untuk aku. So kalau pengasuh nak cuti, bagitahu awal-awal senang aku nak arrangekan. Kalau bagitahu last minute, mana aku nak campak anak aku ni. Kalau company aku kerja tu bapak aku punya, lain lah cerita. And kalau kau buat perangai ni jarang-jarang, aku ok je. Ni dah 3 bulan berturut-turut buat perangai macam ni, tak ke menyusahkan hidup aku. Tak sabar betul aku nak bagi Ali sekolah niiii.

Bila orang buat baik dengan kita, jangan lah take it for granted. People do us good favor, appreciate it. Ni tidak, since we are okay and tolerate kau rasa "oh takpe, dia okay je ni kalau aku buat macam ni lagi" yet kau tak tahu apa kesusahan yang orang lain kena hadap bila kau buat perangai macam tu. How far can people tolerate with you if its end up menyusahkan orang lain tu. And you also have to understand, kita hidup ni bukan kita sorang je. Bila kita susah, bukan nak fikir kita sorang sahaja. Fikirkan orang sekeliling yang mungkin affected with your action. Sebab orang sekeliling ni yang ada waktu kau susah so jangan selfish.

Aku tak boleh brain dengan manusia yang nak kita fikir susah dia jeeeeee. Macam orang lain ni hidup aman damai takde masalah. Orang dah bagi solution, kau twist pulak cerita lain. Kau nak apa sebenarnya ? Migrain kejap akuuuu