Wednesday, September 09, 2020

Decathlon - First timer.


 Assalamualaikum and hello.

2nd week of September. Alhamdullilah last week achieved target sales. Selamat aku. Takde lah kena PIP (Performance Improvement Plan) Pelik-pelik je company aku ni bagi PIP weekly. Selalunya (based on my experience lah), performance is measured monthly. Baru lah fair and square. Dah lah PIP tu affect KPI. huh

So last Saturday, aku nak datang office sebab nak cukupkan sales. Aku request dengan Didy untuk amik cuti and tolong jagakan Ali. Lagipun aku nak tukar tayar motor and servis CVT, petang nak ajak dia teman aku pi Decathlon. Cadangnya nak beli khemah and sikit-sikit accessories untuk bawak pi camping nanti. So, Didy lah yang tolong settlekan motor and Ali. Aku pergi mencari rezeki (ewah!)

Kau nampak bebelan di situ. Hahaha. 

Aku pakai scooter so selalu yang aku perasan kedai motor biasa ni susah nak servis scooter. Servis biasa dia buat lah. Tapi kalau service particular component tu banyak kedai motor tak buat or maybe tak reti buat or maybe tak nak buat. Ntah ! Nasib baik dekat dengan area rumah ada kedai motor yang memang servis scooter sahaja and yes itu kedai orang melayu. Didy pergi kedai jam 10:00am camtu tapi kedai tu tutup. Dia call owner workshop and owner cakap dia open kedai at 12:00pm. Si Didy ni pulak dah siap bawak tayar masa keluar hantar aku kat LRT, dengan si Ali lagi kan....jadi member pun tekanan, so member pun membebel kahkahkah

Aku kat office pulak macam biasa buat call. Disebabkan aku tak achieve lagi target minggu pertama and hari Jumaat aku bawak balik telur busuk, takde sale langsung so Didy challenge aku. If aku achieve 3 sales, dia belanja makan. Apa lagi, peluang keemasan yang ditunggu-tunggu. Aku pun pulun berpeluh-peluh. Akhirnyaaaaaaa achievedddd hahahaha. Seronok kan nak paw orang kahkahkah

We went to Decathlon Jalan Klang Lama. Aku plan nak pergi yang kat Damansara tapi since Didy yang drive so lencongan ke Decathlon JKL sebab cadang nak makan kat Permaisuri, kedai favourite Riang-Riang. Sebelum window shopping, kita late lunch dulu. Decathlon ni letak dia dalam Scott Garden. Aku pun first time sampai sini. Dulu zaman-zaman duduk lepak rumah kawan kat Puchong, rajin lah pass by tapi takat pass by je lah. Kat sebelah Scott Garden ni ada kedai nasi ayam hainan Chee Meng. Kat Bukit Bintang ada satu lagi branch dia kalau tak silap.

Ingat lagi blog post yang aku mengidam nak makan sotong celup tepung kedai Uncle ? So now aku dah jumpa pengganti wahahahaha. Nasi ayam bukan lah favorite food aku sangat tapi memandangkan si Ali ni memang pecinta sup/makanan berkuah so aku okay je lah nak makan kat situ. Wahhh bila nampak sotong terus terbuntang mata aku. Nampak pulak Crispy Salted Egg, terus hilang pedoman weiii hahaha. Aku rasa aku bedal sotong tu lebih daripada separuh. Ali dapat seketul sebab dia ingat itu fries. Didy makan cuit-cuit je, lambat sangat biar aku yang bedal hahaha. Sampai licin pinggan ye. Yang Ali punya satu tu pun aku jugek yang habis kan. Terkial-kial sangat makan kannn meh sini.

Lepas makan, jom lah ke Decathlon. Bak kata Fie kawan Didy, Decathlon JKL ni kecik compared to other places. Which aku tak kisah sangat sebab ni first time pergi Decathlon pun. Tambah pulak kau berjalan dengan Didy ni, so boring sikit. Semua benda nak cepat. Boring ! Cepat-cepat aku cari troli nak letak Ali supaya kurang sikit bertempik aku dalam tu dek kerana perangai tak duduk diam dia tu.

Kemain confident nye aku main amik je khemah kecik tu letak dalam troli aku. Takde rasa nak try pun padahal dorang dah display tent tu untuk kau try masuk. Konon-konon kau kurus muat lah nak sumbat diri sendiri dalam tent sekangkang kera tu. Tudiahhh kemain kecik nak mampus. Memang muat-muat untuk aku and Ali tido. Itupun sebab Ali ni jenis tido nak berhimpit. Masuk si Didy ha amek kauuu...terus jadi tin sardin khemah tu kahkahkah


Khemah yang aku nak beli tu kecik sangat nampaknya. Sebelum ni khemah aku pinjam Angah/Mat Shah punya so aku ingat dah malas nak pinjam dah. Alang-alang beli je lah sendiri tapi tu lah bajet ciput pulak. Khemah yang aku nak (dalam bajet) terlalu kecik untuk aku and Ali. Nak tukar baju pun kena sambil baring, apa jadahhhh. Khemah yang menepati citarasa aku ada tapi aku akan over-bajet like RM100+ jadi aku keluar dengan tangan kosong. Aku anggap aku macam survey barang je lah sebab nak beli khemah lain, kena fikir 40 kali.

Camping Accessories


Seronok bila aku dapat tengok accessories camping ni. Kalau duit dalam poket ni banyak, memang semua benda aku nak beli pastu camping seminggu dua dalam hutan tepi sungai. Perghhh nikmat dia jangan cakap. Cuma jenuh nak mintak cuti tu yang azab arghh. Bila camping ni, kerja aku adalah memasak and jaga anak-anak. Khemah aku pun Mat Shah yang pasangkan. And anak-anak dibiarkan untuk beraktiviti bebas so aku memasak. Tak de lah power tapi boleh lah takat nak makan isi perut sementara dalam hutan. Takde lah sedap macam makan kedai tomyam kann. Jadi bila kau ada periuk-periuk or utensil macam kat atas ni, rasa semangat sikit nak memasak walaupun tertonggeng-tonggeng atas tanah. Kalau aku ni pergi naik kereta sendiri, kalau boleh dapur gas kat rumah tu aku nak angkut sekali. Nasib baik menumpang. 

Inflatable camping bed

Ni nak buat alas tido. Last time aku pergi camping tido beralasakan sleeping bag. Itupun pinjam jugek  (sedihkan aku ni semua benda pinjam). Lebih selesa lah kau tido bila ada alas tilam angin ni kan. Tapi pakai sleeping bag tu pun dah cukup selesa tido aku dah. Ali pulak berbantalkan lengan aku, so takde hal lah. Ali ni kat rumah pun memang suka nak tido atas lengan aku. Sanggup tarik tangan aku tau semata-mata nak buat bantal. Padahal bantal 2-3 dalam bilik tu kau sepak ke bawah kan. Wangi sangat ke bau ketiak aku ni kan. Hewhewhew

End up memang tak beli apa-apa pun. Pulang dengan tangan kosong sebab aku fikir lagi sekali datang sini baru kita beli ape benda yang patut beli. Sebelum balik rumah aku singgah kejap jumpa Zie and Mat Shah since Zie MC sebab sakit mata. So aku bincang-bincang sikit apa yang patut aku beli and all. Maybe weekend ni aku repeat lagi pegi Decathlon. InsyaAllah

Tapi nak bawak Ali ni kena fikir 40-50 kali jugak. Adehhhh ade yang beli online je nanti kang.