Assalamualaikum and hello.
Dah 3 hari berjaya bawak bekal ke office, jadi ini adalah satu achievement untuk aku sebab dah sebulan lebih tak bawak bekal secara harian. Sebabnya, pagi-pagikan aku breakfast dengan si teruna, Ali so lunch time aku at 12:30pm perut still kenyang nasi lemak pagi tadi. Jadinya waktu lunch aku melepet je kat workplace or kalau rajin aku continue cari sales. Depends. Selalunya melepet. heh
Since aku memasak pepagi kat rumah ni, aku malas nak pegi breakfast so Ali tu aku bekalkan susu kotak. Kat rumah pengasuh baru dia makan. Baru 3 hari dah rasa tak best sebenarnya sebab tak dapat nak makan sama-sama dengan Ali. Malam kitorang jarang makan sebab Ali biasanya dah makan kat rumah pengasuh,
Target bulan September 2020 are :
- Bawak bekal hari-hari so I could save RM20-RM25 per day. (Gila banyak kan belanja harian aku)
- Achieve weekly target sales
- Bawak Ali keluar on weekend (playground/shopping mall/park)
Hari Isnin lepas, hari gaji so biasanya bila gaji aku akan me-rewardkan diri sendiri dengan makan yang lazat, enak, sedap berkrim di sukai ramai. Masa tengah kerja, aku tiba-tiba craving nak makan sotong celup tepung yang crunchy bukan yang macam cekodok tu. And the only kedai yang aku tau sotong tepung dia sedap is Kedai Uncle kat PJ Uptown Hawker Centre. Dah berzaman aku memang makan situ and kedai tu di introducekan oleh exBF.
So aku pun plan dengan Didy untuk pergi makan sana and as always it is going to be my treat sebab every month selalu memang macam tu. Gaji je, aku memang akan belanja semua dalam rumah tu makan. Dapat komisen pun belanja lagi makan. Untung si Didy jadi housemate aku. 2 kali dapat makan sedap. Memang aku jadikan satu tabiat, bila gaji aku akan belanja siapa-siapa yang rapat dengan aku. Aku anggap itu satu amal sedekah supaya Allah murahkan rezeki aku. Nak belanja semua orang tak mampu, belanja lah yang paling selalu depan mata.
Sampai rumah jam 7:30pm camtu, terus naik kereta amik Ali pulak. Jenuh aku dengan si kecik ni. Jenis tak nak duduk diam, dalam kereta pun perangai macam dalam hutan. Panjat sana, panjat sini. Jerit sana, jerit sini. Bagi phone, baru nak diam. Aku ni kalau boleh tak nak sangat bagi dia biasa dengan phone ni. Nak-nak pulak lepas aku suruh tulis A dia tepuk dahi buat-buat malas lagi aku rasa bengkak hati nak bagi dia main phone. Like it or not, terpaksa bagi supaya member behave sikit. "Deal with it. Mommy" - kata Ali dalam hati.
Sampai je kat sana, aku pun meluru cari Kedai Uncle. Lagi lah bengkak hati aku bila aku tengok kedai Uncle tutup and takde sign macam dia beroperasi. Weh sedih gilaaaaa. Aku ni dalam kereta tadi, dah terbayang-bayang dah siput sedut black pepper, sotong celup tepung, sayur salad and nasi putih. Perghhh kalau dapat ni semua ni, tido tak bangun esok pun tak pe weh. Dah la last aku makan kedai Uncle ni was last year kot. Kalau dulu zaman bujang, sebulan sekali kau nampak muka aku kat situ. And aku memang pegi situ dengan exBf je sebab dia yang selalu rajin bawak pun. hewhewhew
Memandangkan dah memang kat sana, so melantak je lah apa ada kat sana. Aku masih makan sotong celup tepung tapi tak sedap sebab tepung keras nak mampus, boleh rongak gigi aku. Ni kes goreng lama sangat sampai sotong pun kecut, tepung pun keras, Cit ! Sotong tepung kedai Uncle just nice sebab sotong still kenyal yet tepung is crunchy. Aku order nasi goreng cina kat kedai yang sama tapi yang aku dapat nasi goreng bau hangit. Potong wehh.
Tak, bukan tak bersyukur dengan rezeki tapi sedih lah jugak sebab we've traveled so far just nak makan sedap untuk reward diri sendiri. Nehhhh! Ali makan fries je. Memang itu je lah yang dia paling berkenan bila perut dah kenyang nasi. Yup, Ali ni kalau dia bebetul lapar baru dia akan minta nasi and dia makan normal adult portion kkkk. Didy makan chicken grill rasa nya beli kat steven's corner kat situ jugekkk. Tu pun dia kata tak berapa sedap sebab rasa macam ayam marinate banyak dengan kicap instead of blackpepper.

Dulu, tempat makan ni lah tempat berdating. Bukan nak dating sangat pun, lebih kepada nak melantak. Petang aku dah gym kaw-kaw, malam apa lagi....misi balas dendam lah. Ex bf pun layan kan je lah sebab aku belanja. Kalau aku tak belanja, harammmm dia nak bawak. Kahkahkah. Aku ni jenis dating tak payah lah nak pergi taman bunga ke, nak tengok movie bagai. Cukup lah kau bawak aku pegi makan kedai tepi jalan pun aku okay. Dah cukup seronok dah aku ni boleh senyum sampai telinga. Kalau orang lain dating nak kena makan kat fancy restaurant, aku ni makan kedai mamak pun dah abis seronok. Tak payah lah nak movie date sangat sebab bazir masa je tengok movie bukan boleh menyembang pun. Aku rasa masa dengan exbf, sekali je rasanya aku tengok movie dengan dia. Walaupun bersama dah 4 tahun sebab masing-masing pun tak nak tengok movie. Tapi kalau ajak main bowling, masing-masing tak tolak walaupun aku ni asyik kalah je manjanggggg.
Do I still in touch with my ex (es) ?
Yes. I still am. Aku ni tak reti nak bergaduh lama-lama sebab we broke up bukan sebab bergaduh besar pun. Walaupun exbf kantoi curang or ada orang lain sekali pun aku takde nak tiba-tiba melenting. Malas aku nak layan. Kalau kau nak aku, kau cakap betul-betul. Kalau tak nak aku pun kau cakap betul-betul. Jangan nak bazirkan masa aku. Terus terang je. Settle. Masalah timbul bila exbf tak nak mengaku ada orang lain so aku dah letih asyik nak kena mintak justification last-last aku gerak (lari pegi Aussie).
Bila aku balik semula ke sini (Malaysia), exbf cari aku so waktu tu aku dah pun pregnant so aku rasa "this is the end of us" no more waiting game. No more arguments over "you curang, you ada orang lain". Tapi sebab he knew I ran away because of him so he helped me so much during my pregnancy. Orang lain mungkin pandang aku keji lah kot sebab dah nak beranak ada hati lagi nak menggatal or whatsoever. But hey, ini lah orang yang tolong aku bila aku susah. Ini lah orang yang bawak aku makan kedai Uncle when i was mengidam. Ini lah orang yang bawak aku swimming sebab boleh senangkan beranak. So aku takde sebab untuk nak bergaduh or masam muka dengan dia.
Even dengan ex yang lain pun aku masih berkawan je macam biasa. Banyak benda lain lagi aku nak fikir daripada nak bergaduh dengan orang. Dah nama pun ex, dah takde sebab nak makan jiwa lagi dah sebab masing-masing dah ada hidup sendiri. So berbuat baik je lah selama mana kau mampu. Bagi aku, ex aku lebih paham perangai kita macam mana. Its either they can cope up with you or not. Bila dia tak pilih kau tu maknanya dia tak boleh cope up and thats fine. Sebab ada orang lain yang boleh. Berjuta-juta orang dalam dunia ni, tak kan nak tunggu yang sorang tu jugekkk
Betul ke ok ?