Friday, August 28, 2020

"KAWAN"

Assalamualaikum and hai...

Alhamdullilah, harini sampai awal kat office. Tak tahu hantu apa merasuk tapi dapat rasa semangat nak buat sales berkobar-kobar (aicehwahh kau). Overall, target sales bulan ni achieve cukup-cukup makan. So bila cakap pasal cukup-cukup makan ni, maknanya bulan 10 kena ikat perut lah sikit. Gaji bulan 9 kena save lah sikit. Hadoi dah lah dah plan nak beli iPad bulan 10 ni. 👉👈👉👈 Dah lah nak beli barang camping bulan depan ni 😒😒😒 Banyak benar plan kau kannn.

Pelik aku dengan customers ni. Risau benar aku scam dorang. Macam lah kau kaya nau aku nak scam-scam kau ni. Hehhh. Kerja call centre kan, buat sales pun online bukan face to face, mana kau nak tau betul-betul ke kau cakap dengan customer kan. Suruh buat verification pun susah. Bukan suruh fax IC betul pun, bukan suruh bagi no akaun pun, bukan suruh bagi no kredit/debit kan pun...punnnn susah. Pastu dok heboh "scammer...scammerrr" hek elehhhh. Yang aku pelik, kau beli barang online main transfer terus duit barang pun tak dapat lagi takde pulak kau cuak lebih kan... dasarrr.

Aku tak pernah lagi orang call offer-offer ni maybe sebab dalam akaun takde duit kahkahkah (kalau ada pun susah nak angkat sebab office tak boleh bawak masuk phone) tapi logik pemikiran aku, kalau yang appear kat screen handphone kau no customer service telco/bank yang bagi kau offer, selagi tawaran tu ada dalam official website sebijik-sebijik, selagi kau tak perlu bagi no akaun bank semua, aku rasa offer tu legit. Ke sebab aku yang buat kerja call camtu, so aku rasa benda tu legit. And it is totally okay to reject offer tapi jangan simply assume orang scammer boleh ? Sebab kau pun pakai prepaid je ehhh.

Tengah bulan 9 ni, aku dah plan nak camping dengan geng camping. Kemain kan, ada geng-geng sebab kawan-kawan aku berbeza. Kawan lepak lain, kawan kerja lain, kawan camping lain. Kalau zaman bujang, kawan marathon lain, kawan gym lain, kawan gig lain, kawan travel lain. Macam kau famous sangat kan. Tapi seriously, begitulah. Cuma sekarang tbh, kawan lepak ni Ali je. Lepak rumah, lepak makan, lepak shopping mall. Sebab nak pegi mana-mana memang bawak dia je. Bukan tak nak ajak kawan-kawan tapi susah sikit sebab anak aku kalau jumpa orang, excited lain macam.

Sejak bergelar Mommy "monster" ni, aku memang jarang gila nak masuk shopping mall sebabkan Ali ni ada masalah yang aku sebut tadi. Over excited ! Semua benda nak pegang, semua benda nak usik, semua benda nak jahanamkan. So aku malas nak jadi singa depan orang ramai, lebih baik aku jadi menyinga kat rumah je lah. Biar 1 flat dengar aku menjerit, biar dorang tercari-cari siapa yang terpekik-pekik bagai nak runtuh bumi ni. Kalau aku nak shopping sangat pun, kena plan siap-siap kedai mana nak masuk. Dah sampai, terus masuk kedai, amik benda yang kau nak beli, balik rumah. Window shopping ? What is that ?

Back to camping tadi, this is not the first time me and Ali camping. Dah 3-4 kali kot tido 2 malam dalam khemah and masak-masak dalam hutan. Aktiviti takde apa sangat pun sebenarnya, lebih kepada nak enjoy nature (lah kot),masak-masak, relax and lepak dengan kawan-kawan. Geng-geng camping ni dulu zaman bujang is kawan-kawan lepak mamak and gig/konsert. Semua bujang, nak lepak mamak sampai jam 5-6 pagi padahal esok kerja, takde hal ! Sekarang semua dah kerepot sikit, so lepak dalam hutan je lah, main unggun api, main masak-masak. Yang bestnya kan, semua dah kahwin and ada anak. Laki bini semua kawan aku, sekarang Ali kawan dengan anak dorang. Settle, takde masalah keserasian di situ.

Bila bab berkawan ni, kita cuma nak cari yang boleh ngam dengan kita. Yang tegur bila kita ada salah, yang marah kita bila kita buat jahat, yang nasihat kita bila kita perlukan nasihat, yang motivate kita bila kita down, yang tolong kita bila kita perlu. Aku dari dulu memang hidup sebab berkawan. Dari aku bujang, hidup aku dengan kawan-kawan. Aku berkawan dengan semua. Aku bukan berkawan sebab dia ada duit, aku bukan kawan sebab dia cantik ke hensem ke...tak. Aku kawan sebab aku selesa. Aku bercerita sebab aku selesa. Adakah semua kawan-kawan aku ada bila aku susah ? Tak semua ada pun, tapi aku okay je. Kenapa kita nak sentap pulak. Masing-masing kan ada life masing-masing.

Nak berkawan ni, orang kata kena pilih yang baik-baik. Sebab perangai kawan mempengaruhi perangai kita. So aku yang berkawan dengan semua orang ni, dikira macam mana ? Aku tak tahu nak komen. Aku bukan lah baik mana pun, jahat tak tahu lah. Belum pernah bunuh orang lagi. Tapi bagi aku, pengalaman tu banyak membantu. Bukan pengalaman kita saje, pengalaman kawan kita pun boleh bantu hidup kita untuk jadi lebih baik. Setiap manusia tu buat silap, no such thing as dosa-free. Mana yang boleh nasihat, kita nasihat lah. After all, semua terpulang pada diri masing-masing.

Semua nasihat adalah baik tapi bukan semua nasihat sesuai dengan diri kita. Sebab setiap orang ada kemampuan diri masing-masing. Kau boleh buat bukan makna kawan kau pun boleh buat. Kau larat belum tentu kawan kau larat. Jadi biasanya kalau kawan aku minta pandangan, aku akan bagi pendapat/pandangan based pada pengalaman dan pemerhatian aku dan aku akan akhiri dengan "apa-apa pun semua terpulang kepada kau, you know yourself better than anyone else".

Aku tak suka bila orang bagi nasihat and dia mati-mati nak kita ikut nasihat dia. Dia acah-acah dia paling terer dari pakar motivasi. Bila kita dengar pendapat dia, dia assume kita mesti akan ikut cakap dia. And bila kita tak ikut nasihat dia, dia padan kan dengan muka kita. Tu satu hal. Bila kita ikut nasihat dia, and nasihat dia tak boleh pakai ha pandai kau cakap "aku tak suruh kau ikut cakap aku pun" What the fish ? Semua manusia tak sempurna, sebab kalau kau rasa kau perfect kau bukan manusia. Tuhan dah jadikan kau nabi so kau lek-lek je eh.

Aku jarang nak sentap-sentap dengan orang tak tentu pasal. Kalau kau sembang buruk pasal anak aku, aku boleh sentap gila babi (dasar mak-mak kan). Aku pernah lah kena hentam dengan member, selamber je cakap nak lekeh-lekehkan aku. Masa tu aku baru masuk tempat kerja yang sekarang ni. So aku cakap lah, "Aku nak kerja lama sini, malas nak cari kerja lain walaupun sini gaji sikit sebab aku ada anak. Plus kat company ni ada bagi attendance allowance kalau aku takde MC/EL and ada komisen. Jadi lah untuk aku and Ali."
Member aku selamber badak je cakap, "You takkan dapat pun attendance allowance tu sebab you ada anak confirm selalu EL."
And you know what my dear darling, so far untuk setahun tu aku MC/EL 2 kali sahaja ye. Bulan-bulan lain aku tapau habis semua attendance allowance. And kau, duduk rumah jaga anak harap laki bagi duit. Now look whose talking. 😎

Bai.