Monday, August 03, 2020

BERSYUKUR

Assalamualaikum and hello everyone.

Kisahnya harini, I masuk office half day sebab sakit gigi. Actually takde lah sakit sangat sampai tak boleh makan cuma gigi geraham belah kanan tak selesa untuk mengunyah. Alternatively, I guna geraham kiri tapi tak selesa and hilang nikmat makan. Selera makan tak hilang KAHKAHKAH.

So mula-mula pagi tadi I pergi Klinik Pergigian (government) kat Jalan Titiwangsa tu. Tapi sebab covid so dorang tak amik walk in, hanya emergency sahaja. They asked me to make appointment with the nearest government dentist with my house which I tak nak sebab kat situ kecik and mesti ramai orang. Lagipun I prefer pegi Titiwangsa tu sebab klinik dia besar sikit. Servis better than klinik kerajaan yang kecik and also I bagi peluang untuk penduduk setempat untuk pergi klinik kecik tu sebab maybe ada yang susah nak pergi klinik kerajaan yang jauh-jauh. Begitulah analogi dalam kepala otak ni.

So I decided untuk pergi klinik swasta just untuk check and consultation sahaja. Since I tak pernah jumpa dentist selain klinik kerajaan, so I gamble je lah dengan harapan consult fee tak mahal. I bajet dalam RM50 je. Memang ada pilihan untuk lantak kan saje lah gigi ni tapi risau effect in future so I check je lah. Prevention is better than cure kaedah nya.

Went to see the doc, she suggested me to do Xray gigi sebab masa dia ketuk-ketuk gigi yang berlubang tu memang sakit tapi macam mild je lah level dia. So dia nak tunjuk how far/deep is the cavity. I pun ok kan aje lah without realizing my bajet is only RM50. Done with the Xray, memang kedalaman cavity to is quite severe. Cuma I tak rasa sakit sangat sebab dia belum sampai ke gusi bahagian dalam or bernanah and sebab maybe bacteria belum betul-betul merebak. Sama ada kena cabut gigi atau buat root canal.

ROOT CANAL / RAWATAN AKAR NI BAPAK MAHAL NAK MATI YEEEEE. SEPARUH GAJI AKU HILANG DI SITU.

So I end up tak buat apa-apa. Consult and Xray cost me RM80. Redha je lah sebab kalau tak Xray I wouldn't know how severe is the cavity kan. Ingat nak tampal tapi doc kata cavity tu bahagian dalam hence agak impossible nak tampal. Tak pe lah. I cakap next time lah I datang lagi bila dah ada duit dengan harapan gigi tak sakit sangat atau pun maybe buat je lah appointment dengan klinik kerajaan cuma kena sabar sikit and doa supaya gigi tak meragam.

Haihh bila lah nak habis kisah hidup I yang nak buat apa-apa kena kira-kira. Sampai kan kesihatan diri pun kena bertangguh sebab kewangan. Bila lah nak kaya, bila lah nak hidup senang, bila lah boleh duduk rumah tak payah kerja susah-susah. Tapi tu lah, bila ada ayat "bila lah nak ni..." " bila lah nak tuuu...." nampak macam tak bersyukur nikmat Allah SWT bagi. Terus muhasabah diri.

Walaupun I ada benda yang boleh dirungutkan dalam hidup sebenarnya I ada jugak beribu-ribu benda yang boleh I bersyukur dalam hidup.

Alhamdullilah masih ada rumah untuk tidur,
Alhamdullilah masih ada kerja untuk bayar sewa and besarkan Ali,
Alhamdullilah masih ada kederat nak bangun pagi cari rezeki,
Alhamdullilah masih ada nafas untuk berjuang demi anak dan diri sendiri

dan banyak lagi sebenarnya.

Cabut gigi and root canal tu tak semestinya pun buat kat private dental. Kat klinik government tu bayar RM1 je pun. Cuma kau mampu tunggu atau tak je. Cuma gigi kau mampu bertahan atau tidak je. Jadi aku pun berkonklusi sendiri, takpe buat je appointment kat Klinik Pergigian Setapak (kerajaan) tu dulu, doa semoga gigi mampu bertahan. At the same time kumpul duit mana tahu tiba-tiba gigi kau buat hal, shoot je private dentist.

I dah berjanji dengan diri sendiri untuk kurang kan merungut dan lebihkan bersyukur sebab tak nak nampak diri ni bagai di rundum malang. Semoga dengan lebih bersyukur maka lebih rezeki.

InsyaAllah.