Friday, August 21, 2020

Creative lefty = Ali.

Assalamualaikum and hello.

Semalam cuti sempena Maal Hijrah 1442H. Disebabkan aku takde plan yang gempak, so aku duduk rumah, bergaduh dengan si Ali and study Forex. Bab Forex ni aku belum lagi trade betul-betul sebab takde masa dan keberanian. Risiko duit lebur tu belum mampu nak hadap jadi aku isikan otak dengan ilmu-ilmu dulu. InsyaAllah, semoga ada berkat dan cepat-cepat boleh buat Forex. Tak sabar nak untung banyok-banyok.

Semalam juga aku masak asam pedas ayam, petang boleh pulak buat rajin buat buah Melaka. Okay lah kan, tepung dah ada...tinggal nak beli daun pandan, gula melaka and kelapa parut je. Modal tak sampai RM5.00, dapat makan kenyang sampai ke malam. Ini tidak, beli kat kedai RM2.00 dapat 5-6 ketul je. Itu pun nasib baik bergula sedap rasa. Kalau dapat kelapa basi and/or gula melaka besar-besar tahi gigi, tak ke hangin badan kau. Aku memang suka sangat kuih-kuih tradisional yang berintikan or ada kelapa. Kuih ketayap, kuih buah melaka, kuih tepung bungkus, kuih koci...memang aku suka gila. Susah jugak nak dapat kuih berbungkus daun pisang sekarang ni. Aku rasa orang lebih suka jual kuih kering-kering. Ke aku yang cari tak jumpa ?

Anywayyy, nak cerita pasal Ali sebenarnya. Semalam disebabkan aku memang akan mengadap laptop, buku and pencil case so aku ajak Ali belajar tulis ABC tapi aku ajak tulis A je. Ali ni memang aku tak biasakan dengan buku. Beli buku tu adalah, tapi tak biasakan sebab aku takde masa and aku tak nak dia rasa terbeban sikit-sikit nak disogok buku. Lagipun aku penat teruk, balik kerja jam 7:00pm, sampai rumah dah dekat jam 8:00pm. Nak amik nafas, nak bergomol-gomol dengan anak, nak mandi-mandi...itu je dah makan sejam lebih. Ali aku biasakan tidur jam 9:30pm so aku boleh ngadap TV, study Forex or me time. Sebab tu dia bangun awal, 6:30am dah bangun lagi awal dari Mommy dia.

Disebabkan aku jarang kawankan dia dengan buku, asyik dengan toys je so dia punya malas nak pegang pencil tu ibarat aku suruh pegang penyapu, sapu satu rumah. Eyyyy geram betul aku dibuatnya. Aku pun amik toys dia, aku simpan tinggi-tinggi. Mula lah drama korean pulak dia bagi kat aku. Punya liat dia nak menulis padahal suruh tulis A je pun. Plus, senang gila je kot kau ikut titik-titik je padahal.

Free Printable Alphabet Book - Alphabet Worksheets for Pre-K and K ...
Lebih kurang macam ni lah buku dia.


Baru suruh tulis A, dia punya tepuk dahi macam kena tulis tamil. Lepas tu tukar-tukar tangan pegang pensel tu. Kejap tangan kiri, dia nampak aku pegang tangan dia pun tukar tangan kanan. Sibuk nak ikut padahal kidal. Cemane lah aku nak hantar dia sekolah cina ni nanti. Mula lah aku pun berkira-kira dalam otak ni. Last-last aku pesan kat Ali, "kalau nak mainan, tulis A dulu. Mommy nak memasak". Mula lah aku start masak asam pedas ayam.

Dah siap semua masuk kuali tinggal nak mereneh, aku tengok si Ali masuk bilik...berbaring, merenung masa depan. Aku keluar and tengok buku dia, BUKU DIA KOYAKKK. 

Mommy : Ali kenapa buku ni koyak. Ali koyak kan ke ?

Ali : (diam, sengih)

Mommy : Ali koyakkan ke ? Mommy kan suruh tulis A.

Ali : Ali koyak. Ali koyak, Mommy.

Mommy : Kenapa Ali koyakkan ?

Ali : Mommy, sebab Ali tak nak tulis A.

Kawan aku kata, budak kidal ni kreatif. Aah kreatif sangat sampai koyak buku sebab tak nak tulis A punya pasal. Kau rasa ? Ali, budak 3 tahun. Aku repeat, 3 tahun.