Hari ni terpaksa masuk kerja halfday sebab pengasuh Ali ada domestic issue. Alhamdullilah, bolehlah spend masa dengan Ali walaupun dia tu asyik kena mintak kena marah je kerjanya. Aku pelik kenapa ek budak-budak ni tak reti penat. Berlari sana, berlari sini, terkinja sana, terkinja sini...tiba-tiba datang pelukkkk. Time-time aku tengah nak memasak, nak peluk. Time-time nak membasuh pinggan, dia datang nak peluk. Time aku melepet tengok TV tadi, kau tak nak datang peluk pulak.
Tapi tu lah, kejap sangat dah besar si Ali. Dari kecik cinonet, dah pandai buat kerja rumah sikit-sikit. Kalau setakat nak suruh susun kasut, susun bag sendiri, kemas baju kotor dari dalam bag dia bawak pegi bakul kotor, kencing sendiri, berak sendiri tu semua dia dah boleh buat. Nanti ingat nak ajar dia masak pastu cat rumah. Hikhikhik
Pagi tadi dah goreng kan "welcome-welcome" for both of us santap and berebut sape makan paling banyak. Now baru je siapkan ayam masak kicap for Ali and Didy makan tengahari. Senang hati lah sikit tak payah nak makan kat luar. Dah lah within 1km radius my house ada kes baru Covid19. Prevention is better than cure so better gunakan tulang 4 kerat untuk memasak apa yang ada kan.
Well, pengasuh Ali memang ada issue within her family and she kept telling me stories about it. Aku tak reti nak nak menyimbah minyak dia api panas so aku suruh pengasuh tu relax and fikir anak-anak. Yes, it easier said than done tapi sebagai orang luar yang memerlukan khidmat beliau untuk jaga Ali, aku nasihat yang elok-elok je without being biased. Siapa lah kita nak nasihat kan dia lebih-lebih, padahal dia yang lebih mengetahui perjalanan hidup dia bagaimana.
Based on her stories and experiences, i can relate with mine. But again, I am nobody to meddle with her domestic issue cuma aku bagi dia pencerahan untuk apa yang dia patut buat afterwards. Supaya dia pandang ke depan demi diri sendiri dan anak-anak. Kesian, anak-anak kecil lagi. Masa lahir, mak ayah memang ada depan mata. Tup-tup mak ayah bergaduh juga depan mata. Anak-anak dah nampak mak ayah dah tak tidur sebilik. Kita dengan new normal Covid 19, mereka dengan new normal mak ayah tak bertegur sapa, malah tido berasing. Communication is the key tapi communication medium is whatsapp dan anak-anak jadi posmen. Ibarat badi mendengar suara pasangan, confirm melenting. Anak-anak sedih, lari masuk bilik menangis. 10 years of marriage crashed.
Aku nasihatkan pengasuh Ali untuk carry on walaupun bercerai tu saja dah so hard for her to swallow. Dia tanya aku, adakah dia nampak jahat di mata aku. Orang dah jaga anak aku for 2 years, anak aku sihat cukup makan, anak aku seronok duduk rumah dia pernah siap tak nak ikut Mommy dia balik rumah...kau rasa ?
Aku just pesan supaya dia berdoa dengan Allah sebab perjalanan hidup kita ditentukan Tuhan. Berdoa yang baik-baik, jangan rasa diri bersalah, jangan rasa husband bersalah. Tiada manusia yang sempurna. Kalau kita rasa, kita dah lakukan yang terbaik...of course yang terbaik akan menanti kita(InsyaAllah). Contoh lah kalau kau dah buat terbaik, kau yang terpaling bagus....pasangan pasti menyesal berbuat jahat kat kau. Tapi pasangan kau tak endah and seronok je hidup takde kau, maksudnya apa yang berlaku ni adalah yang terbaik untuk kau.
I DON'T FAVOR HALF ASSED EFFORT ! Putting real effort is one thing, half assed effort is another story. Ibarat berak separuh jalan. Ibarat bagi makan nasi separuh sudu padahal kau boleh bagi sepinggan untuk kenyang. Bukan sekadar asal makan. Kalau buat kerja, buat sehabis baik. Bukan sekadar bekerja. Babi dalam hutan pun bekerja, kau nak jadi lagi low dari babi ke ? Aku ada beberapa contoh lah orang yang half assed effort yang boleh aku ketengahkan. Mari...
Dulu masa aku kat Aussie, ramai sangat budak-budak Malaysia. Well, to be honest aku lari pegi Aussie sebab aku letih kerja office cum frust sikit dengan ex boyfriend. Aku bukan nak kesana sebab nak jadi kaya sebab kerja aku kat Malaysia ni pun kira not bad dah bagi aku. Aku bukan pergi kerja kat sana sebab nak lari dari tanggungjawab ke apa. Tapi tu lah, bawak balik tanggung jawab pulak jadi dia 😅 Masa kat sana kerja macam-macam ada, kau nak buat dengan tak nak je. Sepanjang aku kat sana, belum lagi aku duduk senang lenang goyang kaki bagai tiada hari esok. Aku bekerja to make sure every day I earn at least beberapa AUD pun. Aku nak duit bertambah buat duit berkurang.
So I happened to see some Malaysian kat sana yang tak balik Malaysia sebab depa takde duit. Even dah bertahun-tahun kat Australia, tapi dorang takde saving, You want to know why? Sebab, dorang kerja sekadar nak lepaskan belanja hari-hari. Contohnya, kerja 1 hari can earn AUD100, cukup untuk survive seminggu so dorang kerja sehari je lah untuk hidup seminggu. Can you imagine ? Paneh hati aku ni tengok dorang ni semua.
Kau ada half assed effort nak berhijrah ke negara orang. Cerita bab kerja illegal tu malas aku nak cerita tapi peluang dah ada depan mata, kenapa tak grab sebaik-baiknya. Tu yang aku pelik.
Ada jugak manusia yang aku tengok, orang lain nak bercinta kau pun nak bercinta jugak. Tapi effort tak cukup. Pastu mula lah keluarkan segala butir-butir peluru sialan, "You ni mata duitan !", "Kau ni tak nampak kasih sayang, nampak duit aku je !" Adik-adik, abang-abang...kasih sayang kau tak boleh bagi kenyang makan aku dengan anak aku. Kasih sayang saja tak boleh nak penuhkan beras dalam tong. Kasih sayang saja tak boleh nak bayar bil api, bil air rumah kita nanti. Letih ye aku nak hadap orang-orang macam ni.
Ada orang dia suka dimanja kan dengan kasih sayang, duit dia cari sendiri. Ada orang dia tak perlukan pun kasih sayang ni, yang penting ada anak and pasangan boleh bagi nafkah bulanan. Ibarat, pasangan nak pasang bini 2,3,4 dia tak kisah yang penting DUIT. Ada pasangan nak balance kan semua. Kasih sayang pun dia nak, DUIT banyak pun dia nak, MASA pun dia nak, serba serbi dia nak. Ha cari lah datuk tua. Depa boleh memenuhi kriteria.
Nak cakap pasal effort, aku rasa setiap orang put value on effort differently. Aku value effort bila mana aku terima orang yang dia kerja bawak foodpanda je to put dinner on the table or to buy groceries so that I can cook. I favor effort in which kau kerja work hard grab food je pun, tapi selagi belum achieve target kau tak balik rumah sebelum jam 6pm. I favor effort, bila mana kau dah achieve target awal and you are still on the road untuk cari extra kot-kot nak belanja aku makan malam. And also aku favor effort bila kau plan dengan aku nak travel or jalan-jalan sebab bonding is not only inside the house. Bab duit, don't worry. Alhamdullilah aku masih boleh cari duit sendiri. Takde aku nak mintak kau travel hari-hari pun pakai duit kau sahaja. Setakat nak tolong kau, takde masalah. Tapi kalau from head to toe komitment aku nak support for months and you work just for the sake of get out from the house acah-acah kau kerja macam orang lain and only to settle your part of problems not OUR commitments, tell me whats the points of having a relationship ?
Sebab tu aku rela hidup berdua je dengan Ali. Sebab aku tahu dia tanggungjawab aku and aku tak perlu jatuh harap pada orang lain. Aku akan minta tolong bila perlu. Selebihnya aku cuba sehabis baik guna kederat sendiri. Aku pun tak sakit hati and tak perlu jaga hati. Walaupun ramai kawan-kawan yang suruh aku cari pasangan cepat-cepat, tapi aku tak nampak sebab kukuh untuk aku ada pasangan kalau selama ni aku sendiri usaha untuk aku and Ali to keep survive. Ntah lah. Mungkin nampak macam aku ni hati keras, tapi aku tak nak ada drama di kemudian hari. Aku tak nak anak aku kena hadap situasi macam anak pengasuh tu tadi. I maybe overthinking, tapi takpe lah. For now I am happy as I am and I hope one day Ali will understands.
