Thursday, August 13, 2020

Kau manusia, kau tak boleh ada semua.


Assalamualaikum and hello.

Semalam secara officialnya (gituu) aku dah bubuh blog address kat dalam insta profile. Macam lah aku ni artis tapi takpe lah. Saja-saja je aku letak. Mana tahu ada peminat misteri yang nak tahu perkembangan diri inihhhhhh KAHKAHKAH

Aku baru settle lunch. Makan burger Nuri (budak office) jual. Hari ni burger ayam grill, menu tak pernah buat sebab selalu dia buat burger crispy. Murah je burger dia RM5. Berbaloi dengan harga.
Pagi-pagi aku akan breakfast dengan Ali dulu kat CD Corner ataupun mamak Barakath. Takde lah tengahari aku nak makan pelahap sangat sebab lunch pun awal pukul 12:30pm so makan burger je lah. Kalau aku bawak bekal, makan lah makanan bekal yang aku masak tu.

Kemain payah nak buat sales kat office lately ni. Kadang-kadang rasa sampai nak terkeluar anak tekak bercakap dengan customer tapi last-last tak nak jugak. Takpe lah, nexttttttt. Yang penting tak give up. Kena faham lah juga musim-musim lepas PKP ni mungkin ramai yang tak mampu dan berduit. Nak paksa-paksa pun aku rasa tak kena gaya. So aku proceed next customer je lah. Hati pun tak sakit.

Kita ni manusia, expect good things everyday. Macam aku, selalu harapkan hari-hari sales banyak or achieve daily target. Hari-hari harapkan Ali akan behave and tak bagi Mommy dia jadi naga. Tapi end up, selalunya haremmmm tak menjadi. Tetap nak bagi Mommy dia marah-marah sampai naik berasap telinga aku ni. Ali ni aku rasa makin lama makin kalis agaknya dengan pekikan Mommy dia menempik. Gegendang telinga dah kebal dengar suara Mommy dia nyaring menjerit macam langsuir.

Sama jugak dengan buat sales. Setiap pagi aku bangun pagi dengan harapan leads/base customer adalah yang best-best supaya aku boleh achieve daily target and top up tunggakkan sales hari-hari lepas. Bila sampai office, kau dapat leads yang sama, repeated. Tak ke naik darah tinggi kau, nak mengamuk. Pastu, customer kau mengamuk pulak lagi sebab baru je orang lain offer benda sama, kau offer lagi benda sama. Perghhh menyirap je rasa hati ni.

Mula lah aku mengorek-ngorek leads lama yang ada. Sebab apa yang penting adalah usaha, effort. Because at the end of the day, that is what matter. Yang lain semua Tuhan punya kuasa.

Semua orang kalau boleh nak hidup, bukak mata je dah ada RM40K depan mata; tanpa usaha. Seronok kan kalau jadi kenyataan. Macam anak raja, anak sultan, anak kerabat lah gamak nya cita-cita kau. Tapi tu lah, kalau bukan kerana usaha, ada berjuta-juta pun tak kan kekal lama. Kejap je lah lebur.

Aku ni sejenis manusia yang walaupun aku dapat 1 sales je selepas seharian berhempas pulas sampai
nak terkeluar anak tekak pun, aku punya rasa lega tu dah to the max (at the end of the day). At least ada jugak hasil daripada langsung takde. Aku cukup pantang dengan manusia yang buat pun belum lagi dah rasa susah lah, tak boleh la. Kalau kau put effort kat tempat/kerja lain takpe. Ini tidak, mengangkang je mengharapkan duit turun dari langit. Cukup aku pantang dengan manusia macam ni.

Tahun 2015, aku pergi Australia nak cari pengalaman kerja petik buah yang orang kata masyuk sangat tu. To be frank, memang masyuk kalau kau rajin and pandai cari peluang. There was one time (actually, more) kerja best-best takde. Yang ada petik buah peach yang gatak merenyam kalau habuk-habuk dia masuk mata, gatal dia macam kau nak cungkil bijik mata kau bawak keluar kejappp. Tapi sebab takde pilihan, aku kerja je walaupun sehari gaji aku AUD50 je. Padahal kerja bagai nak mampus nak kena panjat tangga tinggi bagai. Sebab aku fikir, aku ni di negara orang, takde sape aku nak bergantung harap melainkan diri sendiri.

Yang aku pelik, ada orang  (4-5 orang housemates) yang boleh duduk terbaring terbongkang tido macam takde apa. Mengharapkan duit turun dari langit gamaknya. Aku ni bangun bersiap pagi-pagi, sakit hati pulak tengok dorang ni semua. Pastu petang kelaparan takde duit nak makan. Nak tak nak aku kena lah berkongsi rezeki. Tak, bukan aku berkira tapi beb, kalau dorang ada usaha cari rezeki lain aku tak kisah. Ada usaha tapi takde rezeki, aku boleh kongsi rezeki aku. Ini tidak, usaha takde, harapkan rezeki orang, itu yang aku menyampah. Last-last balik Malaysia jugak semuanya. Ada lah sorang tu masih kat sana, sebut Australia pun masih Ostroliaaa dengan confidentnya. KAHKAHKAH

Nanti lah aku cerita lebih banyak pengalaman kerja kat sana. Banyak pengajaran bila aku bekerja kat sana. Suka ada, duka pun ada.

Aku selalu berpesan-pesan kat diri sendiri untuk tidak menyusahkan orang. Even dengan Ali sendiri aku setiap pagi berpesan-pesan.
"Take care of yourself Ali."
"Dengar cakap Ibu tau."
"Nak kencing, nak berak bagitau Ibu ye Ali."
"Jangan nakal-nakal ye Ali."

Sebab aku tak nak menyusahkan orang dan aku tak nak anak aku menyusahkan orang lain jugak. Walaupun aku bayar pengasuh untuk jaga Ali dari pagi sampai ke malam, aku akan make sure untuk memudahkan kerja pengasuh. Setiap pagi Ali akan sampai rumah pengasuh dalam keadaan clean and full tummy. Aku akan make sure mandikan dia, dan pergi breakfast sama-sama.


Barang siapa mudahkan urusan orang lain. Allah akan mudahkan ...


Jangan lah hidup hanya mengharapkan orang lain. Setiap manusia tu ada cabaran hidup yang masing-masing. Takde manusia yang tak bermasalah. Kecil masalah bagi kita, besar masalah bagi dia. Besar usaha kita, besar rezeki kita. Likewise. Ini tidak, asyik nak mengharapkan rezeki setinggi gunung tapi kau pusing-pusing sampai patah kaki kat kaki gunung je, pastu kau salahkan Tuhan. Eh kau dah kenapa ?