This is the first post yang aku letak tajuk dulu baru aku taip content.
Seriously aku tak sure siapa yang baca blog aku and to be honest i just particularly dont care pun. Sebab aku gunakan blog untuk aku nak mengadu bila bersedih, berkongsi waktu suka bila aku gembira. I might look back or read back all of my previous posts just to see how is my journey going.
Dah banyak orang kata riak muka aku sangat mudah dibaca.
Ada juga yang kata luaran aku sangat berbeza dengan apa yang ada dalam hati aku.
Orang kata mulut jahat dari hati yang jahat.
Tapi aku, mulut kata TAK tapi dalam hati kesian. Senang kalah dengan hati. Senang kalah dengan KESIAN.
Aku pun tak tahu mana datang rasa kesian, padahal aku dah bagi muka banyak kali ni. Peluang dah berbakul-bakul jugak aku bagi. Tak pernah tak melimpah peluang yang aku bagi tu. Tapi masih jugak dipijak kepala. Yang pijak kepala tu pulak bahasa tak sedar diri.
Pantang aku bila ada orang jatuhkan air muka aku depan orang lain.
Kenapa nak kena aibkan ?
Kenapa mesti nak malukan ?
Sebab nak orang nampak kau powerful ?
Sebab nak orang nampak kau gangster. ?
Padahal yang jatuhkan air muka aku ni, orang yang aku keep walaupun orang lain kata jangan.
Walaupun orang lain kata, lepas kan je sebab bakal menyusahkan. Tapi aku pilih untuk keep. Sebab aku kesian. Kau takde apa-apa, walaupun peluang kau banyak depan mata tapi kau pilih untuk takde apa-apa.
Bukan aku nak merendahkan, tapi berpijak lah di bumi kau yang nyata. Belajar menunduk kepala dan jangan sesekali sombong atau cakap besar.
Hidup ni, kalau tak belajar menghargai orang sekeliling kau memang tak kan pergi mana. Kalau dengan menyombong dan bercakap besar boleh jadikan seseorang itu kaya dan disanjung, dah ramai manusia kaya raya. Bila hidup tengah susah, jangan lah menyusahkan orang. Belajar meringankan beban.
Hidup jangan berkira. Nak-nak pulak dengan orang yang berbuat baik dengan kau. Aku berbuat baik bukan untuk dibalas budi. Tapi at least, ingat siapa yang ada waktu kau tengah susah. Waktu kau tiada apa-apa. Kalau dah sampai kawan-kawan pun hilang dari radar, kau masih rasa kau betul ? Helloooo, bukak sikit mata luas-luas.
“Oh, I dengan kawan-kawan memang berkira. Dengan partner je I tak kedekut”
Like what ?
Hadis mana yang kau follow ? Pastu bila kawan-kawan lari, kau salah dorang sebab tak support kau. Sebab tinggalkan kau. Ape jadah ?
Orang macam ni aku tinggalkan jauh-jauh. Sebab aku tahu, orang macam ni hanya akan mengambil kesempatan sahaja.
Well,
Aku dah rasa. Aku anggap ini pengalaman berharga untuk aku belajar. It is not easy untuk kau lupakan orang yang kau tolong waktu kau susah. Macam aku cakap, bukan nak balasan berkali ganda. Cukup sekadar ada dan tak menyusahkan.
Tapi kalau dah sampai nak memalukan aku depan orang ramai, apa lagi aku nak tunggu. Lebih baik aku yang berambus. Enough is enough. I have been through a lot of hardship. During those time I endured it alone all myself and this is where I am now. Aku tak kata aku dah berjaya ke apa. But at least aku tak menyusahkan sesiapa.
Jadi kau rasa aku akan benarkan orang untuk sakit kan hati aku lagi ?
Aku takde masa lah nak layan sakit kepala.
GEEZZZZ.