Monday, February 15, 2021

COVID 19 / swab test / KK / Pandamart - Part 2

Aku nak sambung previous post.

Esok pagi (10 February 2021)  lebih kurang jam 9.00am aku sampai ke rumah Cik Bee. Ali aku park kat rumah pengasuh.
Aku jadi driver dia haritu hahaha. 
Hari nak pi swab test tu memang panas berdenting. 
Naik pening kepala otak aku. And tempat swab test tu is dekat parking lot, bawah khemah and atas jalan tar. Nangiss. 
Nasib baik smooth je proses kat sana. Kitorang pun sampai awal lebih kurang jam 9.30am so melepak duduk je bawah khemah dulu.
Jam 10:00am perasaan dah lain macam sebab jap lagi nak kena rodok hidung.

Panas bak hangggg. 


Cik Bee beratur nak get ready kena rodok hidung kehkehkeh


First staff akan check nama kau ada dalam listing atau tak.
Aku and Cikbee was hoping nama kitorang ada sebab kalau takde maka mengadap panas tu adalah sia-sia.
Nasib baik lah nama kitorang ada. So tinggal nak tadah hidung and tekak je.
Aku ingat kan kitorang kena buat PCR rupa-rupanya tak. Just buat RTK je. Kalau positive nanti baru buat PCR.
Staff yang set appointment kitorang semalam tu memang ada pesan yang dia set kan appointment untuk surveyance sahaja.
Bukan close contact so takde pink tag. Maybe sebab tu lah kot. 
Tapi masalahnya bila kat KK, kena pakai pink tag. Jammed kejap aku kat situ. 
Tak kisah lah, yang penting dah swab. Phew lega.

Rasa macam bermasalah bila pakai pink tag ni



So bila dah pakai pink tag, faham-faham je lah. Memang kena isolate diri. Duduk rumah diam-diam.
Untuk Ali, tak perlu swab test untuk dia dulu. Tunggu aku dapat result aku. Kalau aku positif, baru lah dia pun kena swab test.
Aku memang harap yang aku negatif sebab aku kesian kan Ali. Rodok hidung tu memang lah sekejap.
Tapi perasaan tak selesa tu lama juga. Aku yang dewasa ni pun rasa perit hidung, inikan anak aku yang baru 4 tahun.
Lepas dah sampai rumah Cikbee, aku terus amik motor and fetch Ali kat rumah pengasuh.

By right, aku kena asingkan diri aku dari Ali. Ye lah, you would never know what the result may be.
Kalau boleh aku tak nak susahkan orang lain untuk jagakan anak aku walaupun aku tahu, nak jaga Ali bukan susah pun
I was so grateful because ada kawan-kawan yang offer diri untuk jagakan Ali if aku tested positive.
Rasa relief lah juga but i was totally hoping that I am not infected.
So terpaksa lah duduk rumah dengan Ali, tak keluar pi memana.

Kalau nak makan, masak je lah or order food panda.
Cerita nak memasak ni satu hal lah juga. Mau rabak poket aku oi order food panda hari-hari.
Aku betul-betul lupa yang aku takde minyak masak setitik pun.
Nampak sangat tak masak kan ? Well memang pun. 
Sebelum ni Didy duduk rumah aku so dapur memang dia conquer. 
Dulu, malam aku tolong dia meniaga satay so celah mana masa aku nak memasak. heh
Since dia dah duduk tempat lain and aku dah tak tolong meniaga satay, memang aku berazam nak memasak.
Haihh kobit ni memang menyusahkannn. 
Nak keluar cari minyak tak boleh. Nak mintak tolong kawan-kawan, semua bekerja and aku ralat nak mintak tolong jiran. 

Cikbee suggest aku guna pandamart. Aku pulak almost forgot yang ada pandamart ni.
Aku bukak apps and tengok oh delivery murahhhh RM0.99 je.
Alang-alang nak beli minyak, aku pulun beli juga yang lain-lain.
Main lauk kat umah aku is ayam and telur which aku yang makan. Ali ni makan ikut mood.
Lauk-lauk lain aku tak berapa gemar. 
Paling-paling terasa nak makan pun is udang. Aku dah beli awal bulan haritu.
Since Ali ada kat rumah dengan aku, aku tahu tahap kepishangan dia. Aku decided untuk lebihkan jajan.

Untuk aku, harga food panda is okay je lah. Kira kau dapat harga macam kau shopping kat JUSCO.
Kalau kau beli kat NSK, kau boleh dapat lagi murah. 
Tapi kalau nak fikirkan kederat, nak fikirkan berat barang kau nak beli, fikirkan nak beratur panjang kat kaunter memang pandamart is a very good alternative.
Nak pulak macam aku yang ada anak teruna sorang, takde sape nak jaga so pandamart is totally a good choice.
So aku order few stuffs and total was RM80 lebih kurang. 

Tak dapat keluar shopping, shopping pakai pandamart je lah.
Not bad eh.


Nanti aku update next post on the swab test status. Acah kan aku ni macam ada ramai readers. Puih