Friday, February 12, 2021

COVID-19 / swab test / PKD 😩

Aku update blog pakai iphone harini sebab external keyboard aku tak boleh tekan spacebar. Aku tak sure apa masalah dia, aku dah deactivated keyboard accessibility kat setting but still spacebar not working. Button lain okay pulak takde masalah. Kimek.


And so, never have i ever thought that aku kena self quaratine sebab ada kontak rapat covid 19.  Now aku kena kuarantin for 4 days and dah buat swab test (RTK) semalam. Kau jangan tanya kenapa 4 days. Aku tak sure proses KKM sekarang ni macam mana.


It happen on Monday lepas. Datang kerja macam biasa and buat call macam biasa. Tiba-tiba around 11:30am like that, manager suruh semua balik batch by batch. Bear in mind dalam floor ada lebih dari 50 orang staffs and ada social distancing. Selang semeja setiap orang. Aku dah lah tengah buat call nak close customer, konon datang pagi-pagi nak buat sales lah ni sebab dah cuti panjang 4 hari. Haremmm. Berbondong-bondong orang semua keluar and macam blur apa yang berlaku. 

Nak dijadikan cerita, budak campaign aku yang positif. Damn. Dia duduk selang 2 row dengan aku and identified as positive on Monday tu jugak. Tapi aku tak jumpa dia pun. 


Aku and kawan-kawan aku(yang duduk satu row) tak terus balik. Lepak bawah dulu cuba nak analisis apa yang berlaku. Aicehhh. Majoriti kata yang benda ni spread hari jumaat atau sabtu sebab dorang ada sharing food with one another. Aku takde di tempat kejadian so 60% aku rasa aku selamat. Semua macam dah cuak tapi aku relax lagi. Sebab aku macam blur jap apa nak buat.


Nak kena swab test ke ?

Nak buat kat mana swab test tu ?

Berapa ringgit kos dia ?

Company tanggung ke kos dia ?

And most importantly, Ali macam mana ??


Aku balik rumah and relax jap. Aku tak amik Ali from babysitter yet sebab aku nak balik bersihkan diri dulu. Lepas amik Ali baru aku start fikir and baru start cuak. Lambat kan action aku ? 


Esoknya, aku plan dengan Cik Bee untuk pegi swab test sama-sama. Disebabkan aku tak nak pakai duit sendiri (kalau boleh), aku call PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) untuk nak buat swab test. Baru aku tahu rupanya, PKD hanya buat swab test untuk kontak rapat satu rumah sahaja. Kalau kontak rapat di office, aku kena buat sendiri and company akan tanggung dari perkeso ke cemane ntah. Senang cerita aku kena bayar dulu, baru boleh claim. Something like that. 


So aku start recce mana klinik area rumah yang boleh buat swab test. Aku call satu-satu dan buat perbandingan harga. Wahh dah macam trivago nak banding-banding harga bagai. Paling murah RTK is RM120. Jadi aku cakap dengan Cik Bee, we go to Klinik Kesihatan  (KK) dulu and tengok apa dorang cakap. Kalau memang kena ada appointment, then we figure out. 


We went to KK after lunch. Aku park motor kat umah Cik Bee and terus gerak ke sana. Sampai je sana, dah macam bola kitorang kena tendang. Sorang pegawai cakap macam ni, sorang lagi pegawai cakap macam tu. kitorang dah pening. And kawan-kawan yang berlainan PKD senang gila boleh dapat appointment. Watdehek ? Disebabkan tak nak keluar duit sendiri punya pasal, kitorang cari sendiri PKD. Tu pun Saufi bagitahu sebab dia dah buat 2nd swab test kat area dekat dengan PKD ni. He’s positive COVID-19, unfortunately. 


Nak cari PKD ni pun satu hal lah juga. Dengan panas bahang lagi, memang betul-betul menguji kesabaran betul. Last-last kitorang ntah macam mana boleh tersesat ke KK Tang Ling. aku jumpa pegawai kat situ and unfortunately dorang ni juga tak membantu. Tak membantu as in, dorang tak banyak info. Apa yang dorang bagitau aku, semua aku dah buat. Until at one point, dorang cakap pegi je PKD and terus tanya pengawai sana. Disebabkan aku and Cik Bee duduk di kawasan yang sama, so PKD Titiwangsa it is. Staff TKK Tang Lin ni bagitahu, bab-bab COVID-19 ni memang PKD yang jaga so dorang memang tak banyak info and takde apa-apa authority. Sigh...


Dah sampai PKD Titiwangsa (actually dekat-dekat je tempat dorang ni, cuma confused tang jalan) terus aku jumpa dengan pegawai. Dengan berpeluh-peluhnya. Nasib baik pakai baju gelap weii, kalau tidak confirm nampak ketiak becak. Pegawai tu cakap, we both can isi form tapi procedure is tak sama dengan yang lain. Dia kata tak kena kuarantin and tak declare kontak rapat macam orang lain. Aku macam, ok je lah. Aku nak kan appoinment tu sebab itu yang penting. We ended up dapat appointment on the next day, 10 am. Phewww...



Aku sambung esok lah. Mengantuk.