Tuesday, February 16, 2021

Swab test result / Lego / Valentine ♥

Hari Jumaat - 12/02/21 one of my close colleague tested positif covid19. 
Kitorang memang ada buat satu group khas untuk budak-budak level 16 kat office aku yang pi buat swab.
5 orang tested positif termasuk dia yang baru tahu hari jumaat.
Terus tak keruan aku weii. By that time, result aku and Cikbee belum keluar lagi.

Kawan aku message dalam group yang dia positif. Bercampur baur perasaan antara sedih, risau and takut.
To be honest, pagi Isnin tu aku memang ada berkongsi air dengan kawan aku yang positif tu. 
And that was the dumbest thing to do during this pandemic. Bodoh Bodoh Bodoh 
Aku terus call Cikbee. Aku risau kalau aku positif, mana aku nak letak Ali.
Cikbee cuba tenang kan aku. 

While talking to Cikbee, tiba-tiba dia cakap ada SMS dari KKM.
We both hang up the call and I actually received the same SMS as well.
Alhamdullilah, aku negatif. 
Wahhh seronok and terus aku berpelukan dengan Ali.
Ali pulak macam jammed, "Apesal mak aku ni buang tebiat ke apa?"

Happy kid ♥



On the same day jugak, lego Ali sampai. Hewhewhew
Seronok lah dia. Ini hadiah birthday yang ayah Ali belikan.
Well dia bank in duit, so dia suruh aku beli apa yang Ali perlukan.
Budak-budak besar Ali ni kau rasa apa yang dia perlu kan ? Toysssss, exactly !
So aku belikan dia lego sebab dia pernah request dulu.
Also lego is good for kid's imagination and its proven.
Now Ali dah pandai buat kereta versi dia sendiri.

Eh sambung balik pasal kobit

Terus planned dengan Cikbee untuk nak potong tag esok.
Pukul 10am 13/02/21. aku park Ali kat rumah Cikbee.
Kitorang terus ke KK Titiwangsa untuk potong tag tapi sebenarnya kitorang silap.
Jumpa pegawai perubatan kat situ and dia cakap nak bukak tag kena pi PKD.
Hek eleh, semata-mata nak bukak pink tag aku. Aku pelik kenapa PKD ni tak letak sorang representative untuk bukak kan pink tag kat KK tu.
Terus kitorang shoot pi PKD. Alhamdullilah sekejap je dah settle.
Lepas potong gelang, baru dapat surat pelepas untuk bekerja. 
Kalau kau potong pink tag kau sendiri, means kau tak dapat lah surat tu.

Kitorang terus balik and aku terus fetch Ali.
Kitorang sambung main lego. Kitorang ?
Seronok rupanya main lego ni ek. Zaman aku kecik-kecik dulu, aku tak ingat ada toys.
Yang aku ingat ada basikal, skateboard and rollerblade.
Oh skuter letrik pun ada bapak aku belikan. Toys kecik-kecik ni aku tak berapa ingat.
Rasanya takde.
Masa kecik-kecik dulu kalau main dalam rumah, banyak main dengan imaginasi.
Main masak-masak. Main office-office. Main nyorok-nyorok barang.
Sabtu atau ahad baru dapat main kat luar. Aku duduk rumah flat so ruang mainan sangat sempit. 
Sekali sekali dapat lah main kat playground bawah rumah cuma boleh kira berapa kali.

The next day, dah tahu nak buat apa sangat dah.
Sebab dah ada pengalaman pakai pink tag, walaupun dah potong tetap rasa curiga dengan sekeliling.
Disebabkan terlalu boring kat rumah, tak tahu nak buat apa...lebih baik aku keluar jalan-jalan kejap.
So aku bawak Ali pi AEON Alpha Angle. Kalau nak ikutkan Ali, dia tak nak pun follow.
Tapi aku paksa. So aku pancing dia, kalau dia ikut aku belikan Lego lagi satu.
Kemain laju kauuu dia bersiap.
Kebetulan Valentine's Day ek haritu, aku dah macam dating berdua dengan anak aku makan Nandos.
Budak-budak biasalah bila dah dapat mainan, makanan pun tolak tepi. Lepas tu balik rumah, kebulur.

My Valentine. Ali and food