Wednesday, September 30, 2020

Kedekut taik hidung masin

Assalamualaikum and hello

This is a schedule post.

Kau ada tak kawan yang kedekut tahap bila dia nak bagi pinjam barang, dia mesej kau hari-hari suruh kau jaga barang dia elok-elok macam kau ni bodoh sangat tak faham bahasa masa dia remind kau on the first day ? Tapi bila orang tak bagi pinjam barang kat dia, dia punya mengata tu macam dia terpaling mulia, Aku ada.

Aku ni selalu berpegang pada konsep jangan menagih pada orang. Tak kira lah menagih kasih sayang ke, menagih bantuan ke, menagih janji ke. Keras kan nampaknya aku ni. Kahkahkah kira aku ni golongan orang susah yang tersakiti lah. Aku memang bukan jenis mengharapkan bantuan orang lain. Selagi aku mampu buat sendiri aku usaha sampai dapat. Tapi ada satu masa aku jatuh terduduk and aku diberi "sinaran" konon-konon this certain people will help me through - along the way. So aku termakan janji-janji dorang ni. I was ended up alone and malah dipersalahkan kerana "bernasib malang" or senang cerita, kau lah punca maka kau hidup lah sendiri jangan menyusahkan orang. 

Since then aku stop menagih simpati orang. Since then aku bukak mata aku luas-luas yang hidup ini adalah bersandarkan pada doa dan usaha. Orang nak tolong aku tadah tangan. Orang tak nak tolong pun takpe. Aku okay. 

Orang kedekut ni dia sayang barang. Dia rasa dia je yang mampu jaga kepunyaan dia elok-elok. Orang lain tak mampu. So aku tak kisah pun kalau dia tak bagi pinjam. Aku ni cukup husnuzon dengan manusia kedekut ni. Aku selalu rasa kalau dia kedekut, itu hak dia. Dia kedekut maybe sebab itu satu-satunya barang yang dia ada, so layak lah dia kedekut kan. 

Ada orang dia kedekut sebab dia tak diajar berkongsi. Dia memang diajar barang dia walaupun dia ada 20 jenis barang yang sama, orang mintak jangan kasi. Memang semua kau punya. Walaupun barang tu kau tak pakai pun. Tetappppp kau rasa orang lain tak perlu nak manfaatkan apa yang kau ada. Dorang boleh cari sendiri sama macam mana kau cari sendiri. Nanti bagi pinjam kang, naik lemak pulak kan.

Ada jugak orang yang kedekut dengan kau je sebenornya. Dengan orang lain dia bagi je pinjam. So obviously dia tak suka kau hahahaha gelakkan je kat diri sendiri. Jangan pi bantai tanya or pertikaikan kenapa orang lain dia bagi, kau dia tak nak bagi. Hak dia, barang dia so sukahati dia. Jangan nak memperbodohkan diri sendiri pegi tanya. 

Bila kau jumpa orang macam ni, buat apa lagi nak question cara hidup dia. Orang kedekut ni kawan dia biasa orang kaya-kaya or berduit. Jarang orang kedekut kawan dengan orang susah sebab dia tak suka orang yang menyusahkan dia. This is from my observation ye. Thats why bila ada kawan-kawan lain yang mengata pasal budak kedekut ni aku malas nak komen panjang. Sebab dia nak kedekut tu, pasai kat dia la. Kita ni jangan jadi macam dia.

And part yang paling lawak is when this kedekut people tanya aku, 

"Why la my life is unhappy..."

"People hate me with no reasons..."

"People avoiding me when i approaches..."

"People ignore me when i seek help..."

Eyyyy memang laju tangan aku nak jentik dahi dia tapi aku rasa tak guna jugak. Kalau sampai tahap ni dia punya questions, maksudnya dia orang tak sedar diri. So aku bagi nasihat lah bagi dia bukak mata. Masalah orang macam ni, kau bagi nasihat macam mana pun dia dah memang asal tak sedar diri so apa kau boleh buat lagi. Diam sudehhhh.

Also orang macam ni selalunya dia bengang bila orang lain kedekut sama macam mana dia buat. Sebab dia rasa dia ada hak untuk protes. Ayat contoh ;

"Susah betul nak pinjam duit dia. Padahal dalam bank dia ada banyak duit kot. Aku nak pinjam sikit je pun..."

Kaedahnya, dia buat orang boleh. Orang lain buat tak boleh. Wah hebat darjat kau kan. Aku ni perati je orang gaya macam ni. Annoying yet aku rasa macam hiburan pun ada. Positif lain macam kan aku ? Sebab aku geram. Macam orang macam ni boleh hidup tapi dia tak happy pun. Dia sedar yang dia tak happy. Dia tak salahkan diri dia, dia salahkan orang sekeliling. 

Bodoh ke bengap ?


Sunday, September 27, 2020

CAMPING AIR TERJUN JERIAU - PART 1

 Assalamualaikun and hello gais.

Harini nak update pasal camping last week. Alhamdullilah we all selamat naik atas sana, selamat turun juga, Walaupun Bob bawak kereta macam roller coaster. Haihh. Kalini ada banyak khemah yang join. Selalu 4 khemah je but this time, 6 khemah siap ada fly sebab Angah nak amik gambar and untuk memasak. Macam biasa, equipment aku and Ali tak cukup lagi. Tapi aku dah boleh predict cuaca hujan and sejuk, jadi jaket and baju hujan memang aku bawak. Kitorang gerak on 17 September. 16 Sept kan hari Malaysia so aku kelam kabut cari baju hujan and seluar. Beli bundle je lah murah sikit. Kalau rosak or kotor pun tak heran sangat. Malam tu gerak Permaisuri, tido rumah Zie and Mat Shah senang nak gerak esok pagi. We all gerak jam 6:50am - 7:00am kot, ntah. Aku tak tengok jam. 

Ali pulak senang betul bangun pagi walaupun malam sebelum tu dia terpaling tak nak tido. Dah kena paksa (read : marah, cubit, jentik) baru dia nak tido. Tu pun tido sebab nak letih merengek, menangis. Sebelum bergerak nak mengadap traffic jammed orang nak pergi kerja, kitorang tapau breakfast dulu. Nasi lemak biasa 7 bungkus, kuih muih RM6 untuk makan-makan dalam kereta. Sampai bandar Bukit Fraser tak tahu lah pukul berapa. Yang aku tahu, aku ni nak mampus menahan muntah sebab jalan bengkang bengkok. 

Breakfast dulu kat food court atas sana. Since we all gerak hari Khamis so takde manusia sangat kat atas tu. Angah and Saddiq with their families gerak separately. So we all sampai atas dulu. After breakfast, terus gerak ke Air Terjun Jeriau, the only air terjun kat atas sana. Masa sampai sana, Mat Shah yang setup tempat and all. Since the area is small not enough to occupy 6 tents, so terpaksa lah separate. Angah and Saddiq with their families on the other side. Me, Bob and Mat Shah is on the other side. 

First tent setup.

Budak paling senang jaga yet paling tak duduk diam. Enjoy je.

Remember the khemah that I bought ? This was it. Totally tak function okay. Kuyup ye dalam khemah aku bergenang air kahkahkah. Nasib baik lah aku bawak exercise mat yang tak serap air so selesai 1 masalah kat situ walaupun mat tu muat-muat aku yang gedabak ni sorang. Kesian Ali kena berebut malam-malam dengan aku. Nasib lah Ali dapat Mommy gemok. Since my khemah was easy to assemble so quickly me and Zie memasak untuk lunch sebab all the guys are busy with their own tents. First day lunch was nasi putih, ayam sambal and telur goreng. Siti ada masak ayam masak lemak jugak so meriah lauk first day. Tapi tak snap picture sebab tak pegang phone sangat.

Aku rasa kawasan ni tak kemas and banyak gila daun-daun kering. Assuming sebab PKP so renjer or keeper maybe tak jaga lah kot sebab takde sape nak datang. After lunch, we lepak jap and later to air terjun jeriau. Again, phone tak pegang sebab dok pimpin tangan Ali. I gained weight a lot so mendaki tangga tu bagai menuju neraka hewhewhew. Jauh siak nak naik turun tangga. Mat Shah, Zie and Ali kemain laju maju ke depan. Ada la rasa menyesal sebab beria nau nak pegi air terjun, halfway aku rasa macam "korang je la pegi, lutut aku macam nak tertanggal ni". Dah la hujan petang tu kan, dengan lecak lagi lah buat malas plus sejuk dia menikam sampai tulang weii

Ali rilek je main air yang sejuk tahap menggigil bagai kena parkinson ye

Air Terjun Jeriau.

Nampak macam biasa-biasa kan, Memang pun. Kahkahkah cuma aku ke sana waktu lepas hujan so feeling dia macam kau duduk depan peti ais yang pintu terbukak haaaa gittewww. Tempias-tempias air terjun pakej sekali dengan angin tu memang buat gaduh la kan. Tapi aku memang salute tabik spring habis kat Ali. Sikit dia tak heran sejuk air tu. Siap boleh berendam bergolek dalam air okeh. Kulit cap apa pun aku tak tahu la.

Malam tu aku skip dinner. Well 2 malam aku dok dalam hutan, 2 malam aku skip dinner. Bagi aku duduk hutan seminggu dua confirm kurus ni. Nak di jadikan cerita, POKOK TUMBANG malam tu. Timpa tepi khemah aku nasib baik Ali dalam khemah tapi duduk tengah-tengah. Kalau tidak confirm hospital lah malam tu. Aku seriau tapi aku tau Ali is safe sebab aku nampak pokok tu tumbang tepi khemah. Malam tu memang tido tak lena lah sebab risau tumbang lagi sebatang dua, mampus arwah aku di tempat kejadian.

Sorry kamera cap cokia. Tak clear sangat pic pokok

Pokok nampak elok kan, rupanya akar dia dah reput dek anai-anai.

Malam tu juga Angah projekkan pokok tu. Dia kerat kecik-kecik since dia ada bawak gergaji pokok. And also checking on other trees and dia cakap ada few pokok yang kena potong jugak esok. Risau sebab takut reput  and tumbang lagi. Angah suruh aku relocate tent aku tapi suruh aku buat esok sebab dah lewat malam plus lampu takde kan. Harapkan head lamp je.

2nd night sambung next entry la. Juling pulak bijik mata kau baca panjang-panjang ni.

Till then, daaa~



Monday, September 14, 2020

Survival

Assalamualaikum and hello.

Alhamdullilah, sales target last week achieved. Seronok bukan main sebab aku tak yah nak datang kerja sabtu. Malas okeh. Duduk rumah lagi seronok, boleh melayan Ali, tengok movie. Duduk dengan Ali ni, tak boleh lama-lama, boleh sakit jiwa. Sehari-dua boleh lah, buat lepas rindu. Ali ni bukan lah budak clingy sampai tahap kau tak boleh buat kerja. Tapi kalau kau hilang kejap-kejap tu, dia mulalah mencari. Nak-nak time kau berak, mula lah dia menggagau cari kau. Dah lah rumah aku kecik sekangkang kera, selamber je dia boleh jerit.

"Mommy GEMOK oooo mommy GEMOK. (sambil ketuk pintu bilik air). Mommy GEMOK buat apa tu? Mommy sayangku ooo mommy sayangkuuuu......"

Kalau jiran aku tengah minum air, mau tersedak air terkeluar ikut hidung gamaknya. 

Sabtu lepas, lepas dah settle kemas rumah and masukkan baju dalam washing machine, Didy ajak keluar makan. Aku memang plan nak masak tapi tu lah. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan kehkehkeh. Masalah dengan Didy ni kan, dia tanya aku nak makan kat mana. Dia jugak tanya aku ada nak pergi mana-mana ke. Bila aku cakap aku tak kisah nak makan mana, dia pun cakap tak kisah nak makan mana. By right, 1st question tu dah takde masalah sebab jawapan aku is TAK KISAH. Soalan kedua tu menjadi masalah. Dia nak pergi Daiso or Eco shop. Aku ok je lah. Dia tanya aku nak pergi mana, aku cakap nak pergi Machine (Apple Reseller) sebab nak survey iPad. Macam-macam alasan pulak dia bagi. 

Taknak masuk KL lah.
Susah parking lah.
Nanti duit banyak habis lah.

Hek eleh... baik kau tak payah tanya kannn. 

We ended up had our brunch at Old Town Sri Rampai. And later to Mr DIY kat sederet je dengan Old Town. Boringnya aku shopping dengan Didy ni, dia jenis lepas beli terus balik. Takde maknanya lah kau nak window shopping ke, nak survey-survey ke. Takde. So masa masuk Mr DIY tu memang aku pejam mata je lah. Takde mood aku nak survey barang ke, nak cuci mata ke. Aku pejam mata, pejam hati dalam tu. Kalau tak pejam, mau beg duit yang elok-elok tertutup jadi rabak pulak. 

English breakfast - set

English breakfast - ala carte

Bezanya menu Didy and Ali is fries je. Ali tu kaki fries. Sepatutnya tukar je plate dorang


Meriahkan minyak bergenang-genang dalam mangkuk mee kari aku. 

Thank you Didy, belanja we all makan-makannnnnn.....

Oh by the way, khemah camping akan sampai petang Sabtu tu. So aku sempat lah paw Didy air-pillow RM5 je. Jadi lah sebab kat rumah memang dah ada U-Pillow. Si Ali macam biasa, berbantalkan lengan aku lah. Kat rumah berlambak-lambak bantal pun, lengan aku jugak yang ditariknya. Aku beli khemah pop-up. Maksudnya tak payah nak susah payah masukkan besi bagai. Lipat-lipat, libas-libas....siap. 

Khemah dah sampai yeayy.. Nampak tak seronok nya sahabat karib dua orang tu ?

Fan and lamp for outdoor camping. Function weh benda ni. Lampu cerah, kipas not bad.


Nampak khemah macam reliable kan. Tapi practicality dia is unsure. Sebab aku pun tak pernah pakai. Aku beli kat shopee sekali dengan fan/lamp outdoor camping tu. Total is RM90 lebih kurang. So tak payah lah Mat Shah susah payah nak setting khemah aku. Letak je atas tanah, nahhhh dah siap. Senang aku nak beraktiviti bebas. Aku tinggal nak beli kanvas /alas khemah to make sure kain tapak dia tak koyak and also windbreaker in case hujan. Eh salah bukan in case, memang sekarang musim hujan. Ali tu semua ada dah. Jimat sikit duit aku.

Ini kali ke 3 aku tido dalam hutan. 1st experience kat ulu yam. 2nd was at Kuala Woh, Perak. So kali ke-3 ni aku rasa better semua barang-barang utama aku beli sendiri je lah. Especially tent. Letih lah asyik nak meminjam je kan. Aku tak kata aku expert sangat nak bercamping ni. Tapi kalau bukan kerana MCO ni aku rasa maybe camping kali ni adalah yang ke 5 atau 6 lah kot. Sebab Angah and Mat Shah tu memang kaki outdoor. Masing-masing ada bini yang sempoi, so memang takde hal lah kan. 

Year : 2018 (2nd time camping)
Angah (dukung Lissa), Siti, Me and Mat Shah. 
Yang amik gambar is Zie.
Mana Ali ?
Power kan naik Kelisa pun boleh sampai Cameron Highland walaupun bersimpang siur.

Camping ni is all about survival and bonding with nature (ahgitewww). Memang lah kau bawak semua barang-barang, kau siap sediakan awal-awal. Tapi takde TV, line handphone maybe kejap ada kejap takde. So kerja aku dalam tu is memasak and menyembang kahkahkah. Tak de nak makan ayam ke, daging ke, udang ke, sotong ke...semua nye yang simple-simple. Tak telur, sardin. Telur pulak kau pelbagaikan. Kari telur rebus lah, sambal telur rebus/ telur goreng, kari sardin. Yang paling best is tenang. Dengar bunyi-bunyi cengkerik, bunyi-bunyi daun, bau air hujan campur bau daun, bunyi air sungai... semua benda ni is priceless. Tidur pun automatic the most quality sleep ever !

Aku minat outdoor activities. Sebab aku rasa bila aku diluar, aku lebih aktif. Lebih produktif. Bagi aku, kalau boleh survive dalam hutan, you can survive anywhere. Aku kategori kan diri aku macam tu. Aku boleh survive di mana-mana. Letak lah kat penjuru mana sekalipun, aku boleh hidup. Sebab tu bila aku sorang-sorang, bela anak aku pun sorang-sorang, cari makan untuk diri sendiri pun sorang-sorang...dah cukup membanggakan aku. Memang susah (well, at first) tapi lama-lama kau immune. Asalkan kau tak menyusahkan hidup orang lain. Kau dah tak heran. Yang penting kau hidup. Ali punya survival rate pun bagi aku tinggi jugak. Bila mana dia boleh handle mommy dia ni, dia boleh survive di mana-mana hahahaha. Ali tu letak kat pengasuh mana pun dia okay. Tak memilih melainkan kalau pengasuh bantai dia, memang dia memberontak. Kalau aku pun boleh naik hantu.

Bila kita dah biasa semua benda kita buat sendiri, kita tahu rentak hati kita macam mana. Kita tahu benda apa kita suka, benda apa kita tak suka. Kita tahu benda apa kita tahu buat, benda apa kita tak tahu buat. Kita highlightkan apa yang kita berkenan. Yang tak berkenan kita cuba terima. Kalau tak boleh terima, kita tolak tepi. Kita move on.  Kita punya adaptation mesti kena ada, seiring dengan penerimaan orang kepada kita. Bila kau masuk hutan  or any other outdoor activity, adaptation ni yang penting. Kau mesti adapt tido atas tanah, kau mesti adapt mandi sungai, tak berbilas air dalam tandas, kau mesti adapt makan ala kadar. Bila kita adapt, baru kita akan okay. Selesa, maybe tidak tapi okay. Masih hidup. Nama pun nak survive kan. 

Survival rate setiap manusia bukan boleh diukur. Setiap orang ada rate tersendiri. Jadi tak perlu pun nak banding-bandingkan. Setiap manusia tu kemampuan dia di tahap yang berbeza-beza. Same goes to tahap keselesaan. Kalau selesa makan nasi pinggan plastik, ada orang masih selesa beralaskan daun pisang. Jadi, adapt. Bukan mesti kena samakan. Bukan rendah-rendahkan.  Tapi kalau time tu ada daun sireh je nak buat alas makan, tak kan kau nak demand pinggan kaca jugak. Begitulah. 


Ni gambar latest Ali yang aku snap masa kitorang makan kat Old Town. Dah besar dah anak aku. Kelebaran pipi tu pun dah sama besar dengan mommy dia. Didy kata perangai Ali sebijik macam aku. Degil dia, mengamok dia, sikap nak menang dia...sebijik sama macam aku. Kau nak tahu survival rate aku sampai mana, kau tengok lah anak aku. Sihat anak aku, tinggi lah survival rate aku. 

When all choices is taken from you, life become a game of survival.
He is the reason for me to not give up.

Walaupun dia panggil aku Mommy Gemok. 





Wednesday, September 09, 2020

Decathlon - First timer.


 Assalamualaikum and hello.

2nd week of September. Alhamdullilah last week achieved target sales. Selamat aku. Takde lah kena PIP (Performance Improvement Plan) Pelik-pelik je company aku ni bagi PIP weekly. Selalunya (based on my experience lah), performance is measured monthly. Baru lah fair and square. Dah lah PIP tu affect KPI. huh

So last Saturday, aku nak datang office sebab nak cukupkan sales. Aku request dengan Didy untuk amik cuti and tolong jagakan Ali. Lagipun aku nak tukar tayar motor and servis CVT, petang nak ajak dia teman aku pi Decathlon. Cadangnya nak beli khemah and sikit-sikit accessories untuk bawak pi camping nanti. So, Didy lah yang tolong settlekan motor and Ali. Aku pergi mencari rezeki (ewah!)

Kau nampak bebelan di situ. Hahaha. 

Aku pakai scooter so selalu yang aku perasan kedai motor biasa ni susah nak servis scooter. Servis biasa dia buat lah. Tapi kalau service particular component tu banyak kedai motor tak buat or maybe tak reti buat or maybe tak nak buat. Ntah ! Nasib baik dekat dengan area rumah ada kedai motor yang memang servis scooter sahaja and yes itu kedai orang melayu. Didy pergi kedai jam 10:00am camtu tapi kedai tu tutup. Dia call owner workshop and owner cakap dia open kedai at 12:00pm. Si Didy ni pulak dah siap bawak tayar masa keluar hantar aku kat LRT, dengan si Ali lagi kan....jadi member pun tekanan, so member pun membebel kahkahkah

Aku kat office pulak macam biasa buat call. Disebabkan aku tak achieve lagi target minggu pertama and hari Jumaat aku bawak balik telur busuk, takde sale langsung so Didy challenge aku. If aku achieve 3 sales, dia belanja makan. Apa lagi, peluang keemasan yang ditunggu-tunggu. Aku pun pulun berpeluh-peluh. Akhirnyaaaaaaa achievedddd hahahaha. Seronok kan nak paw orang kahkahkah

We went to Decathlon Jalan Klang Lama. Aku plan nak pergi yang kat Damansara tapi since Didy yang drive so lencongan ke Decathlon JKL sebab cadang nak makan kat Permaisuri, kedai favourite Riang-Riang. Sebelum window shopping, kita late lunch dulu. Decathlon ni letak dia dalam Scott Garden. Aku pun first time sampai sini. Dulu zaman-zaman duduk lepak rumah kawan kat Puchong, rajin lah pass by tapi takat pass by je lah. Kat sebelah Scott Garden ni ada kedai nasi ayam hainan Chee Meng. Kat Bukit Bintang ada satu lagi branch dia kalau tak silap.

Ingat lagi blog post yang aku mengidam nak makan sotong celup tepung kedai Uncle ? So now aku dah jumpa pengganti wahahahaha. Nasi ayam bukan lah favorite food aku sangat tapi memandangkan si Ali ni memang pecinta sup/makanan berkuah so aku okay je lah nak makan kat situ. Wahhh bila nampak sotong terus terbuntang mata aku. Nampak pulak Crispy Salted Egg, terus hilang pedoman weiii hahaha. Aku rasa aku bedal sotong tu lebih daripada separuh. Ali dapat seketul sebab dia ingat itu fries. Didy makan cuit-cuit je, lambat sangat biar aku yang bedal hahaha. Sampai licin pinggan ye. Yang Ali punya satu tu pun aku jugek yang habis kan. Terkial-kial sangat makan kannn meh sini.

Lepas makan, jom lah ke Decathlon. Bak kata Fie kawan Didy, Decathlon JKL ni kecik compared to other places. Which aku tak kisah sangat sebab ni first time pergi Decathlon pun. Tambah pulak kau berjalan dengan Didy ni, so boring sikit. Semua benda nak cepat. Boring ! Cepat-cepat aku cari troli nak letak Ali supaya kurang sikit bertempik aku dalam tu dek kerana perangai tak duduk diam dia tu.

Kemain confident nye aku main amik je khemah kecik tu letak dalam troli aku. Takde rasa nak try pun padahal dorang dah display tent tu untuk kau try masuk. Konon-konon kau kurus muat lah nak sumbat diri sendiri dalam tent sekangkang kera tu. Tudiahhh kemain kecik nak mampus. Memang muat-muat untuk aku and Ali tido. Itupun sebab Ali ni jenis tido nak berhimpit. Masuk si Didy ha amek kauuu...terus jadi tin sardin khemah tu kahkahkah


Khemah yang aku nak beli tu kecik sangat nampaknya. Sebelum ni khemah aku pinjam Angah/Mat Shah punya so aku ingat dah malas nak pinjam dah. Alang-alang beli je lah sendiri tapi tu lah bajet ciput pulak. Khemah yang aku nak (dalam bajet) terlalu kecik untuk aku and Ali. Nak tukar baju pun kena sambil baring, apa jadahhhh. Khemah yang menepati citarasa aku ada tapi aku akan over-bajet like RM100+ jadi aku keluar dengan tangan kosong. Aku anggap aku macam survey barang je lah sebab nak beli khemah lain, kena fikir 40 kali.

Camping Accessories


Seronok bila aku dapat tengok accessories camping ni. Kalau duit dalam poket ni banyak, memang semua benda aku nak beli pastu camping seminggu dua dalam hutan tepi sungai. Perghhh nikmat dia jangan cakap. Cuma jenuh nak mintak cuti tu yang azab arghh. Bila camping ni, kerja aku adalah memasak and jaga anak-anak. Khemah aku pun Mat Shah yang pasangkan. And anak-anak dibiarkan untuk beraktiviti bebas so aku memasak. Tak de lah power tapi boleh lah takat nak makan isi perut sementara dalam hutan. Takde lah sedap macam makan kedai tomyam kann. Jadi bila kau ada periuk-periuk or utensil macam kat atas ni, rasa semangat sikit nak memasak walaupun tertonggeng-tonggeng atas tanah. Kalau aku ni pergi naik kereta sendiri, kalau boleh dapur gas kat rumah tu aku nak angkut sekali. Nasib baik menumpang. 

Inflatable camping bed

Ni nak buat alas tido. Last time aku pergi camping tido beralasakan sleeping bag. Itupun pinjam jugek  (sedihkan aku ni semua benda pinjam). Lebih selesa lah kau tido bila ada alas tilam angin ni kan. Tapi pakai sleeping bag tu pun dah cukup selesa tido aku dah. Ali pulak berbantalkan lengan aku, so takde hal lah. Ali ni kat rumah pun memang suka nak tido atas lengan aku. Sanggup tarik tangan aku tau semata-mata nak buat bantal. Padahal bantal 2-3 dalam bilik tu kau sepak ke bawah kan. Wangi sangat ke bau ketiak aku ni kan. Hewhewhew

End up memang tak beli apa-apa pun. Pulang dengan tangan kosong sebab aku fikir lagi sekali datang sini baru kita beli ape benda yang patut beli. Sebelum balik rumah aku singgah kejap jumpa Zie and Mat Shah since Zie MC sebab sakit mata. So aku bincang-bincang sikit apa yang patut aku beli and all. Maybe weekend ni aku repeat lagi pegi Decathlon. InsyaAllah

Tapi nak bawak Ali ni kena fikir 40-50 kali jugak. Adehhhh ade yang beli online je nanti kang.