Wednesday, February 24, 2021

It is either my way or no way.

Semalaman aku mencari kunci rumah aku.
Aku tak sure aku letak kat mana but aku confirm the keys was with me lepas aku balik dari pasar malam  sebab celah mana aku nak masuk rumah kalau takde kunci.
I can just change the lock but masalah jadi besar bila kunci motor aku attached sekali. 
And kunci motor nowadays sangat canggih pakai remote je okayyy. 
Tak payah jolok-jolok dah. Duduk rapat- rapat pun dah boleh on motor asalkan remote tu ada.
Remote motor tu yg membuatkan aku tak keruan sebenarnya.






Aku encounter the above posting shared on my facebook feed and can’t help but to give my opinion and personal view. 
To be pretty honest, aku memang garang dengan Ali and garang aku bertempat (read:bukan mendera).
Aku masih percaya method ajaran and didikan lama mak ayah kita masih relevan. And i strongly against budak-budak kecil apatah lagi yang umur baru setahun jagung nak menghambakan mak ayah dorang. So so not good.

Ali is the only child (so far) and he doesn't have anyone to follow or copy for his reference. 
So aku kena train dia dari awal untuk belajar jadi manusia. Every parents did the same cuma Ali cuma ada aku untuk dia nak manja. Kalau kena marah pun, dari aku lah juga.
Susah lah juga kau nak train sebab Ali tend to confused sebab at one time aku marah, on another time aku manjakan dia and nurtured him with love. Dia macam “Eh mak aku ni ape benda? Kejap marah,kejap ok.”
Lama-lama bila aku marah dia dah tak lut. Dia boleh mengejek aku sebab dia tahu at one point aku akan okay and manja kan dia balik.

Ok back to posting fb tu lah.
Ali as early as 2 years old, aku dah belikan rotan kat pasar malam RM1.00 sebatang.
Kalau nak nampak kejam, boleh je aku beli 10 batang terus. Tapi aku beli sebatang pun, makcik-makcik zaman millenium ni usya aku lain macam. 
Ada yang perli sinis ;

“Habislah nanti anak dia dirotannya.”
“Wow garangnya mak dia ni.”
“Anak kecik lagi, tak perlu rotan bla bla bla...”

Calm your tits ladies and gentlemen.
Aku beli rotan bukan sebab nak dera anak aku. Tapi aku nak anak aku takut (read: respect) aku as his parent.
Kalau anak-anak lain ada ayah dia yang boleh tolong mak dia jadi garang, aku perlukan rotan untuk tolong aku jadi garang.
Buat libas-libas lantai and dinding sampai bersepai hujung rotan tu. 

Ali is more indepencent than how I expected him to be. He is 4 years old now.
Independent as in, bila dia nak main mainan dia tahu dia kena kemas.
Kalau dia kencing, he can take off his seluar and pee in the toilet, flushed it off and clean up after himself.
Kalau dia nak berak, dia tahu apa dia nak buat. Bukak seluar, shuuuuu lari masuk tandas and only jerit panggil aku bila dia finish with his business.
Kalau dia makan jajan or ice cream, dia tahu dia kena buang plastik dalam tong sampaih or sink (i allow him)
Kalau dia nak minum air, dia tuang sendiri dalam cawan. Aku get cawan and jug air ready.
Kalau dia nak makan, he prefers to eat by himself. Lepas makan, di terus amik pinggan letak kat sinki. Aku tinggal sapu nasi tumpah je.

Kau tengok, senang kan keje aku ?

Aku starts to train Ali since dia nak masuk 2 tahun and it was not an easy task to accomplish pun.
Masa tu, ada orang kata aku train anak aku macam askar padahal anak aku baru 2 tahun.
Suara aku memang high pitch, satu flat boleh dengar suara aku but i dont care pun.
Biar lah orang nampak aku macam kampung-kampung yang penting anak aku tak menyusahkan aku.

Yup, itu je goal aku. 
Sebab aku single mother so aku tak nak anak aku menyusahkan hidup aku.
I had enough with other difficulties so anak aku biarlah menyenangkan. 
In order to achieve that, biar lah aku memetir time dia kecik-kecik. Senang semua benda yang aku petirkan lekat dalam kepala otak dia.
Aku tak membebel punya orang. Aku jenis mak-mak yang bagi instructions or senang cerita mengarah.
Yes itu anak aku. And he should hold that title and be a good one.
I am his mother and i am the boss. 
Its either my way or no way. Thats it.

Bab parenting, aku jarang nak komen orang lain punya style.
But i always love to share mine and mintak pendapat in case ada benda yang aku tak boleh handle.
Aku compile and execute depending on situations.
Sebab macam aku cakap tadi, Ali tend to confused whether aku marah or manjakan dia. 
Since aku single mother, aku kena banyak main emosi and sabar.
Letih ye main emosi, sebab aku ni jenis yang tindakan reflex tangan sangat laju kahkahkah.

Aku akan make sure, aku breakfast dengan Ali or make breakfast for him.
Balik kerja, aku akan borak at least 10 minit dengan Ali.
Selebihnya lebih kepada aktiviti bebas but selalunya every 15 minit Ali akan datang mintak peluk.
Sekarang musim PKP, so aku cuba hadkan aktiviti kat luar.
Kalau aku rajin aku bawak main playground.
Kalau tak rajin, aku bawak dia main scooter kat parking motor bawah rumah.
Kalau tak pun, aku main lah lego sama-sama atau main ipad sama-sama atau dengar lagu Arashi sama-sama.
Mana-mana yang aku sempat lah.
Weekends, kalau aku tak masak aku bawak dia pi mall.
Kalau aku masak, back to activity kat atas.








See, it is not about having time. 
It's about making time.
Wahhh gittewww ayat kau. Boleh ganti Jay Shetty

Tuesday, February 16, 2021

Swab test result / Lego / Valentine ♥

Hari Jumaat - 12/02/21 one of my close colleague tested positif covid19. 
Kitorang memang ada buat satu group khas untuk budak-budak level 16 kat office aku yang pi buat swab.
5 orang tested positif termasuk dia yang baru tahu hari jumaat.
Terus tak keruan aku weii. By that time, result aku and Cikbee belum keluar lagi.

Kawan aku message dalam group yang dia positif. Bercampur baur perasaan antara sedih, risau and takut.
To be honest, pagi Isnin tu aku memang ada berkongsi air dengan kawan aku yang positif tu. 
And that was the dumbest thing to do during this pandemic. Bodoh Bodoh Bodoh 
Aku terus call Cikbee. Aku risau kalau aku positif, mana aku nak letak Ali.
Cikbee cuba tenang kan aku. 

While talking to Cikbee, tiba-tiba dia cakap ada SMS dari KKM.
We both hang up the call and I actually received the same SMS as well.
Alhamdullilah, aku negatif. 
Wahhh seronok and terus aku berpelukan dengan Ali.
Ali pulak macam jammed, "Apesal mak aku ni buang tebiat ke apa?"

Happy kid ♥



On the same day jugak, lego Ali sampai. Hewhewhew
Seronok lah dia. Ini hadiah birthday yang ayah Ali belikan.
Well dia bank in duit, so dia suruh aku beli apa yang Ali perlukan.
Budak-budak besar Ali ni kau rasa apa yang dia perlu kan ? Toysssss, exactly !
So aku belikan dia lego sebab dia pernah request dulu.
Also lego is good for kid's imagination and its proven.
Now Ali dah pandai buat kereta versi dia sendiri.

Eh sambung balik pasal kobit

Terus planned dengan Cikbee untuk nak potong tag esok.
Pukul 10am 13/02/21. aku park Ali kat rumah Cikbee.
Kitorang terus ke KK Titiwangsa untuk potong tag tapi sebenarnya kitorang silap.
Jumpa pegawai perubatan kat situ and dia cakap nak bukak tag kena pi PKD.
Hek eleh, semata-mata nak bukak pink tag aku. Aku pelik kenapa PKD ni tak letak sorang representative untuk bukak kan pink tag kat KK tu.
Terus kitorang shoot pi PKD. Alhamdullilah sekejap je dah settle.
Lepas potong gelang, baru dapat surat pelepas untuk bekerja. 
Kalau kau potong pink tag kau sendiri, means kau tak dapat lah surat tu.

Kitorang terus balik and aku terus fetch Ali.
Kitorang sambung main lego. Kitorang ?
Seronok rupanya main lego ni ek. Zaman aku kecik-kecik dulu, aku tak ingat ada toys.
Yang aku ingat ada basikal, skateboard and rollerblade.
Oh skuter letrik pun ada bapak aku belikan. Toys kecik-kecik ni aku tak berapa ingat.
Rasanya takde.
Masa kecik-kecik dulu kalau main dalam rumah, banyak main dengan imaginasi.
Main masak-masak. Main office-office. Main nyorok-nyorok barang.
Sabtu atau ahad baru dapat main kat luar. Aku duduk rumah flat so ruang mainan sangat sempit. 
Sekali sekali dapat lah main kat playground bawah rumah cuma boleh kira berapa kali.

The next day, dah tahu nak buat apa sangat dah.
Sebab dah ada pengalaman pakai pink tag, walaupun dah potong tetap rasa curiga dengan sekeliling.
Disebabkan terlalu boring kat rumah, tak tahu nak buat apa...lebih baik aku keluar jalan-jalan kejap.
So aku bawak Ali pi AEON Alpha Angle. Kalau nak ikutkan Ali, dia tak nak pun follow.
Tapi aku paksa. So aku pancing dia, kalau dia ikut aku belikan Lego lagi satu.
Kemain laju kauuu dia bersiap.
Kebetulan Valentine's Day ek haritu, aku dah macam dating berdua dengan anak aku makan Nandos.
Budak-budak biasalah bila dah dapat mainan, makanan pun tolak tepi. Lepas tu balik rumah, kebulur.

My Valentine. Ali and food






Monday, February 15, 2021

COVID 19 / swab test / KK / Pandamart - Part 2

Aku nak sambung previous post.

Esok pagi (10 February 2021)  lebih kurang jam 9.00am aku sampai ke rumah Cik Bee. Ali aku park kat rumah pengasuh.
Aku jadi driver dia haritu hahaha. 
Hari nak pi swab test tu memang panas berdenting. 
Naik pening kepala otak aku. And tempat swab test tu is dekat parking lot, bawah khemah and atas jalan tar. Nangiss. 
Nasib baik smooth je proses kat sana. Kitorang pun sampai awal lebih kurang jam 9.30am so melepak duduk je bawah khemah dulu.
Jam 10:00am perasaan dah lain macam sebab jap lagi nak kena rodok hidung.

Panas bak hangggg. 


Cik Bee beratur nak get ready kena rodok hidung kehkehkeh


First staff akan check nama kau ada dalam listing atau tak.
Aku and Cikbee was hoping nama kitorang ada sebab kalau takde maka mengadap panas tu adalah sia-sia.
Nasib baik lah nama kitorang ada. So tinggal nak tadah hidung and tekak je.
Aku ingat kan kitorang kena buat PCR rupa-rupanya tak. Just buat RTK je. Kalau positive nanti baru buat PCR.
Staff yang set appointment kitorang semalam tu memang ada pesan yang dia set kan appointment untuk surveyance sahaja.
Bukan close contact so takde pink tag. Maybe sebab tu lah kot. 
Tapi masalahnya bila kat KK, kena pakai pink tag. Jammed kejap aku kat situ. 
Tak kisah lah, yang penting dah swab. Phew lega.

Rasa macam bermasalah bila pakai pink tag ni



So bila dah pakai pink tag, faham-faham je lah. Memang kena isolate diri. Duduk rumah diam-diam.
Untuk Ali, tak perlu swab test untuk dia dulu. Tunggu aku dapat result aku. Kalau aku positif, baru lah dia pun kena swab test.
Aku memang harap yang aku negatif sebab aku kesian kan Ali. Rodok hidung tu memang lah sekejap.
Tapi perasaan tak selesa tu lama juga. Aku yang dewasa ni pun rasa perit hidung, inikan anak aku yang baru 4 tahun.
Lepas dah sampai rumah Cikbee, aku terus amik motor and fetch Ali kat rumah pengasuh.

By right, aku kena asingkan diri aku dari Ali. Ye lah, you would never know what the result may be.
Kalau boleh aku tak nak susahkan orang lain untuk jagakan anak aku walaupun aku tahu, nak jaga Ali bukan susah pun
I was so grateful because ada kawan-kawan yang offer diri untuk jagakan Ali if aku tested positive.
Rasa relief lah juga but i was totally hoping that I am not infected.
So terpaksa lah duduk rumah dengan Ali, tak keluar pi memana.

Kalau nak makan, masak je lah or order food panda.
Cerita nak memasak ni satu hal lah juga. Mau rabak poket aku oi order food panda hari-hari.
Aku betul-betul lupa yang aku takde minyak masak setitik pun.
Nampak sangat tak masak kan ? Well memang pun. 
Sebelum ni Didy duduk rumah aku so dapur memang dia conquer. 
Dulu, malam aku tolong dia meniaga satay so celah mana masa aku nak memasak. heh
Since dia dah duduk tempat lain and aku dah tak tolong meniaga satay, memang aku berazam nak memasak.
Haihh kobit ni memang menyusahkannn. 
Nak keluar cari minyak tak boleh. Nak mintak tolong kawan-kawan, semua bekerja and aku ralat nak mintak tolong jiran. 

Cikbee suggest aku guna pandamart. Aku pulak almost forgot yang ada pandamart ni.
Aku bukak apps and tengok oh delivery murahhhh RM0.99 je.
Alang-alang nak beli minyak, aku pulun beli juga yang lain-lain.
Main lauk kat umah aku is ayam and telur which aku yang makan. Ali ni makan ikut mood.
Lauk-lauk lain aku tak berapa gemar. 
Paling-paling terasa nak makan pun is udang. Aku dah beli awal bulan haritu.
Since Ali ada kat rumah dengan aku, aku tahu tahap kepishangan dia. Aku decided untuk lebihkan jajan.

Untuk aku, harga food panda is okay je lah. Kira kau dapat harga macam kau shopping kat JUSCO.
Kalau kau beli kat NSK, kau boleh dapat lagi murah. 
Tapi kalau nak fikirkan kederat, nak fikirkan berat barang kau nak beli, fikirkan nak beratur panjang kat kaunter memang pandamart is a very good alternative.
Nak pulak macam aku yang ada anak teruna sorang, takde sape nak jaga so pandamart is totally a good choice.
So aku order few stuffs and total was RM80 lebih kurang. 

Tak dapat keluar shopping, shopping pakai pandamart je lah.
Not bad eh.


Nanti aku update next post on the swab test status. Acah kan aku ni macam ada ramai readers. Puih


Friday, February 12, 2021

COVID-19 / swab test / PKD 😩

Aku update blog pakai iphone harini sebab external keyboard aku tak boleh tekan spacebar. Aku tak sure apa masalah dia, aku dah deactivated keyboard accessibility kat setting but still spacebar not working. Button lain okay pulak takde masalah. Kimek.


And so, never have i ever thought that aku kena self quaratine sebab ada kontak rapat covid 19.  Now aku kena kuarantin for 4 days and dah buat swab test (RTK) semalam. Kau jangan tanya kenapa 4 days. Aku tak sure proses KKM sekarang ni macam mana.


It happen on Monday lepas. Datang kerja macam biasa and buat call macam biasa. Tiba-tiba around 11:30am like that, manager suruh semua balik batch by batch. Bear in mind dalam floor ada lebih dari 50 orang staffs and ada social distancing. Selang semeja setiap orang. Aku dah lah tengah buat call nak close customer, konon datang pagi-pagi nak buat sales lah ni sebab dah cuti panjang 4 hari. Haremmm. Berbondong-bondong orang semua keluar and macam blur apa yang berlaku. 

Nak dijadikan cerita, budak campaign aku yang positif. Damn. Dia duduk selang 2 row dengan aku and identified as positive on Monday tu jugak. Tapi aku tak jumpa dia pun. 


Aku and kawan-kawan aku(yang duduk satu row) tak terus balik. Lepak bawah dulu cuba nak analisis apa yang berlaku. Aicehhh. Majoriti kata yang benda ni spread hari jumaat atau sabtu sebab dorang ada sharing food with one another. Aku takde di tempat kejadian so 60% aku rasa aku selamat. Semua macam dah cuak tapi aku relax lagi. Sebab aku macam blur jap apa nak buat.


Nak kena swab test ke ?

Nak buat kat mana swab test tu ?

Berapa ringgit kos dia ?

Company tanggung ke kos dia ?

And most importantly, Ali macam mana ??


Aku balik rumah and relax jap. Aku tak amik Ali from babysitter yet sebab aku nak balik bersihkan diri dulu. Lepas amik Ali baru aku start fikir and baru start cuak. Lambat kan action aku ? 


Esoknya, aku plan dengan Cik Bee untuk pegi swab test sama-sama. Disebabkan aku tak nak pakai duit sendiri (kalau boleh), aku call PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) untuk nak buat swab test. Baru aku tahu rupanya, PKD hanya buat swab test untuk kontak rapat satu rumah sahaja. Kalau kontak rapat di office, aku kena buat sendiri and company akan tanggung dari perkeso ke cemane ntah. Senang cerita aku kena bayar dulu, baru boleh claim. Something like that. 


So aku start recce mana klinik area rumah yang boleh buat swab test. Aku call satu-satu dan buat perbandingan harga. Wahh dah macam trivago nak banding-banding harga bagai. Paling murah RTK is RM120. Jadi aku cakap dengan Cik Bee, we go to Klinik Kesihatan  (KK) dulu and tengok apa dorang cakap. Kalau memang kena ada appointment, then we figure out. 


We went to KK after lunch. Aku park motor kat umah Cik Bee and terus gerak ke sana. Sampai je sana, dah macam bola kitorang kena tendang. Sorang pegawai cakap macam ni, sorang lagi pegawai cakap macam tu. kitorang dah pening. And kawan-kawan yang berlainan PKD senang gila boleh dapat appointment. Watdehek ? Disebabkan tak nak keluar duit sendiri punya pasal, kitorang cari sendiri PKD. Tu pun Saufi bagitahu sebab dia dah buat 2nd swab test kat area dekat dengan PKD ni. He’s positive COVID-19, unfortunately. 


Nak cari PKD ni pun satu hal lah juga. Dengan panas bahang lagi, memang betul-betul menguji kesabaran betul. Last-last kitorang ntah macam mana boleh tersesat ke KK Tang Ling. aku jumpa pegawai kat situ and unfortunately dorang ni juga tak membantu. Tak membantu as in, dorang tak banyak info. Apa yang dorang bagitau aku, semua aku dah buat. Until at one point, dorang cakap pegi je PKD and terus tanya pengawai sana. Disebabkan aku and Cik Bee duduk di kawasan yang sama, so PKD Titiwangsa it is. Staff TKK Tang Lin ni bagitahu, bab-bab COVID-19 ni memang PKD yang jaga so dorang memang tak banyak info and takde apa-apa authority. Sigh...


Dah sampai PKD Titiwangsa (actually dekat-dekat je tempat dorang ni, cuma confused tang jalan) terus aku jumpa dengan pegawai. Dengan berpeluh-peluhnya. Nasib baik pakai baju gelap weii, kalau tidak confirm nampak ketiak becak. Pegawai tu cakap, we both can isi form tapi procedure is tak sama dengan yang lain. Dia kata tak kena kuarantin and tak declare kontak rapat macam orang lain. Aku macam, ok je lah. Aku nak kan appoinment tu sebab itu yang penting. We ended up dapat appointment on the next day, 10 am. Phewww...



Aku sambung esok lah. Mengantuk.


Monday, February 08, 2021

2021 tak mintak banyak. Nak kurus and sihat je.




Kau tengok facebook buat perangai apa ?

Mentang-mentang lah berat badan aku sekarang naik berkilo-kilo, pndai facebook ni menganjing kahkahkahkah


Let me be honest. 

Sekarang berat badan aku is over 100kg. Dengan ketinggian aku yang hanya 157cm, aku dikira obesiti. Ke overweight ? Aku pun tak sure. Yang aku tahu, jauh dari berat badan ideal. 

Ini yang paling berat ke ? Yes. 


Tak pernah lagi berat aku lebih 100kg sebelum ni. Paling dia nak naik pun 80kg. Yup masih gemok tapi okay je. Sekarang, baru jalan nak buang sampah dia punya mengah serupa marathon 5km. Even masa aku bersalin kan Ali, berat aku still dalam 65-70kg. Itu pun orang masih tak sangka yang aku ada anak. 

Mungkin sebab perangai aku yang happy go lucky ?

Atau

Mungkin sebab awet muda ? Aicehwahhh kau 😆

 

Ni pic aku sebelum join gym. Kau nampak lengan Incredible Hulk kat situ ?


Sebelum aku berjinak-jinak dengan main gym/cardio, berat badan aku is around 80kg. Dulu, minum air coke hari-hari macam takde rasa bersalah. Setiap malam lepak mamak dengan Mat Shah and Hana kat Taman Tasik Permaisuri, kalau tak air coke confirm teh tarik. Langsung tak jaga makan sebab rasa macam yakin gila dengan badan sendiri. “Aku makan tak pakai duit kau pun” kaedahnya. 


Bila jumpa dengan ex-boyfriend, baru lah dia encourage untuk pergi gym. Mula-mula aku rasa macam “Alaaaaa tak yah lah pegi gym....terima lah ku seadanya”. Ex-boyfriend cabar aku untuk register Fitness First. Aku ni bab cabar-mencabar ni, pantang sikit. Confirm buat punya. Nak tunjuk hebat. 

Aku pun register Fitness First MBF kat Jalan Sultan Ismail. Dah tutup dah pun a year before aku pi Aussie. 


Bila kat sana aku jumpa kawan-kawan gym. Mula-mula ingat nak main-main mesin dia je. Ada treadmill, basikal and rowing machine tu. Ada kelas kardio tapi nak join aku segan sebab tak kenal orang. FF ada sediakan personal trainer (PT) upon enrollment tapi untuk berapa kali session je free. Lepas tu kau kena bayar. Mahal lak tu. Makan ribu-ribu. Aku nak bayar monthly subscription pun kira-kira tau. RM200+ bagi aku mahal. Tapi tu lah, pantang dicabar punya pasal. Kahkahkah



Ni pic lepas 6 bulan aku join gym. Amacam ? 



Waktu aku join gym tu, tahun 2012 kot. Sekeliling aku, takde kawan-kawan or adik beradik yang main gym macam aku. Kalau ada pun ex-boyfriend and adik lelaki aku yang memang pegi gym untuk angkat besi. Bila aku masuk FF tu memang macam “peghak” and blur. Mana satu mesin lah aku nak pakai dulu ni ? Macam mana lah aku operate mesin rowing ni ? Paling bongok, masuk bilik sauna pakai exercise gear. Jakun kejap orang lain masuk selamber je berkemban pakai towel.


Bila dah ada kawan dalam gym siap create group exercise lagi, dah jadi kepentingan pulak bayar monthly subscription tu. Dah jadi komitmen sebab nak jumpa kawan-kawan and nak exercise dengan kawan-kawan. Support dari kawan gym lagi menggunung sampaikan support ex-boyfriend pun ntah kemana. Sebab ex-boyfriend ingat aku hanya bertahan sebulan je, dia tak jangka aku akan bertahan bertahun-tahun. Hah kau, mencabar lah aku lagi kan. 


Seronok nya bila ada kawan-kawan, benda kita rasa susah nak buat pun jadi boleh buat. Kat FF dia ada program LesMills atau cardio class. Varieties of cardio class contoh macam kelas dancing (SH’BAM), kelas boxing (BodyCombat), kelas body step and banyak lagi lah. So mana kelas yang kawan-kawan aku masuk, aku pun masuk. Sudahnya, aku yang lembik teruk sebab gemok sangat. Overall aku turun dalam 25-30kg. Ini pun dalam masa 4-5 bulan je. Selebihnya berat aku maintain sebab aku tak diet. Aku hanya mengamalkan exercise nye. Tak diet means, aku masih ceduk kuah kari banjir, aku masih minum air nescafe pagi-pagi, aku masih makan mekdi breakfast in the morning. Petang tu aku join 2 cardio classes. 


Aussie. 


Wadi Waseem, Aku, Liena, Yana Nazeri, Budi, Syafiq Mobin, Akim and Wincy Tang. 
Rindu lah kat dorang ni semua !
Ni pic after almost 2 tahun aku join gym. 


Marathon. 

Aku first join marathon tahun 2013 kot. Itu pun aku jadi ghost runner je sebab last minute Izzati ajak. She was a frequent marathoner. It was a Women’s Marathon and was held at Shah Alam so aku tido umah Izzati untuk aku join marathon tu. Mula-mula aku skeptikal dengan diri sendiri. Mampu ke ek, 5km ni. Dah lah gemok, takat main gym join kardio je pun. Mampu ke lutut aku ni nak tampung aku untuk 5km ni ? Izzati cakap, “You lari slow-slow je Awin. 5km bukan jauh pun.”


First marathon fun run 5km.

Oh waktu aku lari tu, musim jerebu so memang hazy gila pagi-pagi tu. Dia punya tak jauh tu, bagai nak luruh jantung aku mengepam darah sebab semput. Alhamdullilah I made it. Masa lari tu memang rasa macam haram jadah. Bila dah settle, rasa macam puas hati torture diri sendiri. So sebab aku ghsot runner, so medal takde lah untuk first marathon aku. Lepas pada tu, setiap marathon aku cuba join. Banyak juga yang aku ni jadi ghost runner jugak sebab nak berlari punya pasal. Medal takde pun takpe. Yang penting rekod dalam Nikerun Apps ada. Kahkahkah.


First and last trail run. Taubat lahum tak mau repeat dah.
Dia punya stress sampai dah habis event pun belum habis.

Penang Bridge Marathon. 21km. 3 jam. 
Macam takde benda lain kau nak buat. 3 jam berlari jugak yang kau sanggup.

Marathon betul-betul membuatkan ex-boyfriend aku tercengang sebab dia tak expect yang aku akan gigih sampai macam tu sekali. Ini lah penangan kawan-kawan yang supportive. Bila kawan-kawan kau positif and kau tak menolak ajakan maka yang baik-baik and yang positif-positif jugak hasil dia. Aku start join marathon 10km, 15km and 21km. Jadi betul lah when you surround yourself with positive mind, positive soul, positive people you will lead a positive life. 


Walaupun at that time ade je orang yang macam 

“Ala, kalau nak kurus diet je. Tak yah pun nak spent ratus-ratus untuk gym.”

“Wahh dah macam orang kaya-kaya join fitness.”

“Alaa poyo lah gemok ni nak gym bagai.”


Tapi aku macam, pi lah mampus orang nak cakap apa. Sebab aku pergi gym bukan nak impressed kan sesiapa pun. Bukan nak tunjuk kaya sape ade duit banyak. Aku nak kan kepuasan dari segi fizikal and kehidupan aku. Puas okay dapat kawan dengan orang-orang positif yang sentiasa ada idea nak uplift your mood. 


Nadzatul, Fazira, Aku and Kak Jue. Ali pun cinonet lagi ha.
Ali 6 bulan and kau tengok badan aku. Nangissss


Sekarang ni, aku berazam nak balik berat aku jadi at least 70kg at least. Dah seminggu ni aku tak makan malam and aku cuba cut gula. Bab kurang makan tu aku okay lagi. Bab cut gula tu aku fail sikit sebab sikit-sikit nak order Eclairs Choc Stix Auntie Anne, kejap-kejap nak order Bang-Bang Signature Brown Sugar Tealive, pastu mula lah tekak nak Frappucino Starbucks. Ha kau bukan main-main tekak aku punya request. 


Kau nak tengok badan aku sekarang.

Tak payah lah. Tak lalu makan nanti kang.


Since aku dah stop tolong meniaga satay, aku rasa this is the time to focus on myself lah pulak. Also nak belajar Forex semula. Kalau tak start sekarang, bila lagi. Masa tengah ada ni, tak kan nak sia-siakan.


Ok lah, nak siap-siap amik Ali. Nanti lah aku up kan Ali punya birthday celebration. Meriah hadiah-hadiah dia tahun ni. 

Wednesday, February 03, 2021

Enough is enough

This is the first post yang aku letak tajuk dulu baru aku taip content.

Seriously aku tak sure siapa yang baca blog aku and to be honest i just particularly dont care pun. Sebab aku gunakan blog untuk aku nak mengadu bila bersedih, berkongsi waktu suka bila aku gembira. I might look back or read back all of my previous posts just to see how is my journey going.

Dah banyak orang kata riak muka aku sangat mudah dibaca.
Ada juga yang kata luaran aku sangat berbeza dengan apa yang ada dalam hati aku.
Orang kata mulut jahat dari hati yang jahat.
Tapi aku, mulut kata TAK tapi dalam hati kesian. Senang kalah dengan hati. Senang kalah dengan KESIAN.

Aku pun tak tahu mana datang rasa kesian, padahal aku dah bagi muka banyak kali ni. Peluang dah berbakul-bakul jugak aku bagi. Tak pernah tak melimpah peluang yang aku bagi tu. Tapi masih jugak dipijak kepala. Yang pijak kepala tu pulak bahasa tak sedar diri.

Pantang aku bila ada orang jatuhkan air muka aku depan orang lain. 
Kenapa nak kena aibkan ? 
Kenapa mesti nak malukan ? 
Sebab nak orang nampak kau powerful ?
Sebab nak orang nampak kau gangster. ?
Padahal yang jatuhkan air muka aku ni, orang yang aku keep walaupun orang lain kata jangan.

Walaupun orang lain kata, lepas kan je sebab bakal menyusahkan. Tapi aku pilih untuk keep. Sebab aku kesian. Kau takde apa-apa, walaupun peluang kau banyak depan mata tapi kau pilih untuk takde apa-apa.
Bukan aku nak merendahkan, tapi berpijak lah di bumi kau yang nyata. Belajar menunduk kepala dan jangan sesekali sombong atau cakap besar. 

Hidup ni, kalau tak belajar menghargai orang sekeliling kau memang tak kan pergi mana. Kalau dengan menyombong dan bercakap besar boleh jadikan seseorang itu kaya dan disanjung, dah ramai manusia kaya raya. Bila hidup tengah susah, jangan lah menyusahkan orang. Belajar meringankan beban. 

Hidup jangan berkira. Nak-nak pulak dengan orang yang berbuat baik dengan kau. Aku berbuat baik bukan untuk dibalas budi. Tapi at least, ingat siapa yang ada waktu kau tengah susah. Waktu kau tiada apa-apa. Kalau dah sampai kawan-kawan pun hilang dari radar, kau masih rasa kau betul ? Helloooo, bukak sikit mata luas-luas.

“Oh, I dengan kawan-kawan memang berkira. Dengan partner je I tak kedekut”

Like what ?
Hadis mana yang kau follow ? Pastu bila kawan-kawan lari, kau salah dorang sebab tak support kau. Sebab tinggalkan kau. Ape jadah ? 
Orang macam ni aku tinggalkan jauh-jauh. Sebab aku tahu, orang macam ni hanya akan mengambil kesempatan sahaja. 

Well,
Aku dah rasa. Aku anggap ini pengalaman berharga untuk aku belajar. It is not easy untuk kau lupakan orang yang kau tolong waktu kau susah. Macam aku cakap, bukan nak balasan berkali ganda. Cukup sekadar ada dan tak menyusahkan. 

Tapi kalau dah sampai nak memalukan aku depan orang ramai, apa lagi aku nak tunggu. Lebih baik aku yang berambus. Enough is enough. I have been through a lot of hardship. During those time I endured it alone all myself and this is where I am now. Aku tak kata aku dah berjaya ke apa. But at least aku tak menyusahkan sesiapa. 

Jadi kau rasa aku akan benarkan orang untuk sakit kan hati aku lagi ?
Aku takde masa lah  nak layan sakit kepala. 

GEEZZZZ.