Assalamualaikum and hai...
Alhamdullilah, harini sampai awal kat office. Tak tahu hantu apa merasuk tapi dapat rasa semangat nak buat sales berkobar-kobar (aicehwahh kau). Overall, target sales bulan ni achieve cukup-cukup makan. So bila cakap pasal cukup-cukup makan ni, maknanya bulan 10 kena ikat perut lah sikit. Gaji bulan 9 kena save lah sikit. Hadoi dah lah dah plan nak beli iPad bulan 10 ni. 👉👈👉👈 Dah lah nak beli barang camping bulan depan ni 😒😒😒 Banyak benar plan kau kannn.
Pelik aku dengan customers ni. Risau benar aku scam dorang. Macam lah kau kaya nau aku nak scam-scam kau ni. Hehhh. Kerja call centre kan, buat sales pun online bukan face to face, mana kau nak tau betul-betul ke kau cakap dengan customer kan. Suruh buat verification pun susah. Bukan suruh fax IC betul pun, bukan suruh bagi no akaun pun, bukan suruh bagi no kredit/debit kan pun...punnnn susah. Pastu dok heboh "scammer...scammerrr" hek elehhhh. Yang aku pelik, kau beli barang online main transfer terus duit barang pun tak dapat lagi takde pulak kau cuak lebih kan... dasarrr.
Aku tak pernah lagi orang call offer-offer ni maybe sebab dalam akaun takde duit kahkahkah (kalau ada pun susah nak angkat sebab office tak boleh bawak masuk phone) tapi logik pemikiran aku, kalau yang appear kat screen handphone kau no customer service telco/bank yang bagi kau offer, selagi tawaran tu ada dalam official website sebijik-sebijik, selagi kau tak perlu bagi no akaun bank semua, aku rasa offer tu legit. Ke sebab aku yang buat kerja call camtu, so aku rasa benda tu legit. And it is totally okay to reject offer tapi jangan simply assume orang scammer boleh ? Sebab kau pun pakai prepaid je ehhh.
Tengah bulan 9 ni, aku dah plan nak camping dengan geng camping. Kemain kan, ada geng-geng sebab kawan-kawan aku berbeza. Kawan lepak lain, kawan kerja lain, kawan camping lain. Kalau zaman bujang, kawan marathon lain, kawan gym lain, kawan gig lain, kawan travel lain. Macam kau famous sangat kan. Tapi seriously, begitulah. Cuma sekarang tbh, kawan lepak ni Ali je. Lepak rumah, lepak makan, lepak shopping mall. Sebab nak pegi mana-mana memang bawak dia je. Bukan tak nak ajak kawan-kawan tapi susah sikit sebab anak aku kalau jumpa orang, excited lain macam.
Sejak bergelar Mommy "monster" ni, aku memang jarang gila nak masuk shopping mall sebabkan Ali ni ada masalah yang aku sebut tadi. Over excited ! Semua benda nak pegang, semua benda nak usik, semua benda nak jahanamkan. So aku malas nak jadi singa depan orang ramai, lebih baik aku jadi menyinga kat rumah je lah. Biar 1 flat dengar aku menjerit, biar dorang tercari-cari siapa yang terpekik-pekik bagai nak runtuh bumi ni. Kalau aku nak shopping sangat pun, kena plan siap-siap kedai mana nak masuk. Dah sampai, terus masuk kedai, amik benda yang kau nak beli, balik rumah. Window shopping ? What is that ?
Back to camping tadi, this is not the first time me and Ali camping. Dah 3-4 kali kot tido 2 malam dalam khemah and masak-masak dalam hutan. Aktiviti takde apa sangat pun sebenarnya, lebih kepada nak enjoy nature (lah kot),masak-masak, relax and lepak dengan kawan-kawan. Geng-geng camping ni dulu zaman bujang is kawan-kawan lepak mamak and gig/konsert. Semua bujang, nak lepak mamak sampai jam 5-6 pagi padahal esok kerja, takde hal ! Sekarang semua dah kerepot sikit, so lepak dalam hutan je lah, main unggun api, main masak-masak. Yang bestnya kan, semua dah kahwin and ada anak. Laki bini semua kawan aku, sekarang Ali kawan dengan anak dorang. Settle, takde masalah keserasian di situ.
Bila bab berkawan ni, kita cuma nak cari yang boleh ngam dengan kita. Yang tegur bila kita ada salah, yang marah kita bila kita buat jahat, yang nasihat kita bila kita perlukan nasihat, yang motivate kita bila kita down, yang tolong kita bila kita perlu. Aku dari dulu memang hidup sebab berkawan. Dari aku bujang, hidup aku dengan kawan-kawan. Aku berkawan dengan semua. Aku bukan berkawan sebab dia ada duit, aku bukan kawan sebab dia cantik ke hensem ke...tak. Aku kawan sebab aku selesa. Aku bercerita sebab aku selesa. Adakah semua kawan-kawan aku ada bila aku susah ? Tak semua ada pun, tapi aku okay je. Kenapa kita nak sentap pulak. Masing-masing kan ada life masing-masing.
Nak berkawan ni, orang kata kena pilih yang baik-baik. Sebab perangai kawan mempengaruhi perangai kita. So aku yang berkawan dengan semua orang ni, dikira macam mana ? Aku tak tahu nak komen. Aku bukan lah baik mana pun, jahat tak tahu lah. Belum pernah bunuh orang lagi. Tapi bagi aku, pengalaman tu banyak membantu. Bukan pengalaman kita saje, pengalaman kawan kita pun boleh bantu hidup kita untuk jadi lebih baik. Setiap manusia tu buat silap, no such thing as dosa-free. Mana yang boleh nasihat, kita nasihat lah. After all, semua terpulang pada diri masing-masing.
Semua nasihat adalah baik tapi bukan semua nasihat sesuai dengan diri kita. Sebab setiap orang ada kemampuan diri masing-masing. Kau boleh buat bukan makna kawan kau pun boleh buat. Kau larat belum tentu kawan kau larat. Jadi biasanya kalau kawan aku minta pandangan, aku akan bagi pendapat/pandangan based pada pengalaman dan pemerhatian aku dan aku akan akhiri dengan "apa-apa pun semua terpulang kepada kau, you know yourself better than anyone else".
Aku tak suka bila orang bagi nasihat and dia mati-mati nak kita ikut nasihat dia. Dia acah-acah dia paling terer dari pakar motivasi. Bila kita dengar pendapat dia, dia assume kita mesti akan ikut cakap dia. And bila kita tak ikut nasihat dia, dia padan kan dengan muka kita. Tu satu hal. Bila kita ikut nasihat dia, and nasihat dia tak boleh pakai ha pandai kau cakap "aku tak suruh kau ikut cakap aku pun" What the fish ? Semua manusia tak sempurna, sebab kalau kau rasa kau perfect kau bukan manusia. Tuhan dah jadikan kau nabi so kau lek-lek je eh.
Aku jarang nak sentap-sentap dengan orang tak tentu pasal. Kalau kau sembang buruk pasal anak aku, aku boleh sentap gila babi (dasar mak-mak kan). Aku pernah lah kena hentam dengan member, selamber je cakap nak lekeh-lekehkan aku. Masa tu aku baru masuk tempat kerja yang sekarang ni. So aku cakap lah, "Aku nak kerja lama sini, malas nak cari kerja lain walaupun sini gaji sikit sebab aku ada anak. Plus kat company ni ada bagi attendance allowance kalau aku takde MC/EL and ada komisen. Jadi lah untuk aku and Ali."
Member aku selamber badak je cakap, "You takkan dapat pun attendance allowance tu sebab you ada anak confirm selalu EL."
And you know what my dear darling, so far untuk setahun tu aku MC/EL 2 kali sahaja ye. Bulan-bulan lain aku tapau habis semua attendance allowance. And kau, duduk rumah jaga anak harap laki bagi duit. Now look whose talking. 😎
Bai.
Friday, August 28, 2020
Friday, August 21, 2020
Creative lefty = Ali.
Assalamualaikum and hello.
Semalam cuti sempena Maal Hijrah 1442H. Disebabkan aku takde plan yang gempak, so aku duduk rumah, bergaduh dengan si Ali and study Forex. Bab Forex ni aku belum lagi trade betul-betul sebab takde masa dan keberanian. Risiko duit lebur tu belum mampu nak hadap jadi aku isikan otak dengan ilmu-ilmu dulu. InsyaAllah, semoga ada berkat dan cepat-cepat boleh buat Forex. Tak sabar nak untung banyok-banyok.
Semalam juga aku masak asam pedas ayam, petang boleh pulak buat rajin buat buah Melaka. Okay lah kan, tepung dah ada...tinggal nak beli daun pandan, gula melaka and kelapa parut je. Modal tak sampai RM5.00, dapat makan kenyang sampai ke malam. Ini tidak, beli kat kedai RM2.00 dapat 5-6 ketul je. Itu pun nasib baik bergula sedap rasa. Kalau dapat kelapa basi and/or gula melaka besar-besar tahi gigi, tak ke hangin badan kau. Aku memang suka sangat kuih-kuih tradisional yang berintikan or ada kelapa. Kuih ketayap, kuih buah melaka, kuih tepung bungkus, kuih koci...memang aku suka gila. Susah jugak nak dapat kuih berbungkus daun pisang sekarang ni. Aku rasa orang lebih suka jual kuih kering-kering. Ke aku yang cari tak jumpa ?
Anywayyy, nak cerita pasal Ali sebenarnya. Semalam disebabkan aku memang akan mengadap laptop, buku and pencil case so aku ajak Ali belajar tulis ABC tapi aku ajak tulis A je. Ali ni memang aku tak biasakan dengan buku. Beli buku tu adalah, tapi tak biasakan sebab aku takde masa and aku tak nak dia rasa terbeban sikit-sikit nak disogok buku. Lagipun aku penat teruk, balik kerja jam 7:00pm, sampai rumah dah dekat jam 8:00pm. Nak amik nafas, nak bergomol-gomol dengan anak, nak mandi-mandi...itu je dah makan sejam lebih. Ali aku biasakan tidur jam 9:30pm so aku boleh ngadap TV, study Forex or me time. Sebab tu dia bangun awal, 6:30am dah bangun lagi awal dari Mommy dia.
Disebabkan aku jarang kawankan dia dengan buku, asyik dengan toys je so dia punya malas nak pegang pencil tu ibarat aku suruh pegang penyapu, sapu satu rumah. Eyyyy geram betul aku dibuatnya. Aku pun amik toys dia, aku simpan tinggi-tinggi. Mula lah drama korean pulak dia bagi kat aku. Punya liat dia nak menulis padahal suruh tulis A je pun. Plus, senang gila je kot kau ikut titik-titik je padahal.
Baru suruh tulis A, dia punya tepuk dahi macam kena tulis tamil. Lepas tu tukar-tukar tangan pegang pensel tu. Kejap tangan kiri, dia nampak aku pegang tangan dia pun tukar tangan kanan. Sibuk nak ikut padahal kidal. Cemane lah aku nak hantar dia sekolah cina ni nanti. Mula lah aku pun berkira-kira dalam otak ni. Last-last aku pesan kat Ali, "kalau nak mainan, tulis A dulu. Mommy nak memasak". Mula lah aku start masak asam pedas ayam.
Semalam cuti sempena Maal Hijrah 1442H. Disebabkan aku takde plan yang gempak, so aku duduk rumah, bergaduh dengan si Ali and study Forex. Bab Forex ni aku belum lagi trade betul-betul sebab takde masa dan keberanian. Risiko duit lebur tu belum mampu nak hadap jadi aku isikan otak dengan ilmu-ilmu dulu. InsyaAllah, semoga ada berkat dan cepat-cepat boleh buat Forex. Tak sabar nak untung banyok-banyok.
Semalam juga aku masak asam pedas ayam, petang boleh pulak buat rajin buat buah Melaka. Okay lah kan, tepung dah ada...tinggal nak beli daun pandan, gula melaka and kelapa parut je. Modal tak sampai RM5.00, dapat makan kenyang sampai ke malam. Ini tidak, beli kat kedai RM2.00 dapat 5-6 ketul je. Itu pun nasib baik bergula sedap rasa. Kalau dapat kelapa basi and/or gula melaka besar-besar tahi gigi, tak ke hangin badan kau. Aku memang suka sangat kuih-kuih tradisional yang berintikan or ada kelapa. Kuih ketayap, kuih buah melaka, kuih tepung bungkus, kuih koci...memang aku suka gila. Susah jugak nak dapat kuih berbungkus daun pisang sekarang ni. Aku rasa orang lebih suka jual kuih kering-kering. Ke aku yang cari tak jumpa ?
Anywayyy, nak cerita pasal Ali sebenarnya. Semalam disebabkan aku memang akan mengadap laptop, buku and pencil case so aku ajak Ali belajar tulis ABC tapi aku ajak tulis A je. Ali ni memang aku tak biasakan dengan buku. Beli buku tu adalah, tapi tak biasakan sebab aku takde masa and aku tak nak dia rasa terbeban sikit-sikit nak disogok buku. Lagipun aku penat teruk, balik kerja jam 7:00pm, sampai rumah dah dekat jam 8:00pm. Nak amik nafas, nak bergomol-gomol dengan anak, nak mandi-mandi...itu je dah makan sejam lebih. Ali aku biasakan tidur jam 9:30pm so aku boleh ngadap TV, study Forex or me time. Sebab tu dia bangun awal, 6:30am dah bangun lagi awal dari Mommy dia.
Disebabkan aku jarang kawankan dia dengan buku, asyik dengan toys je so dia punya malas nak pegang pencil tu ibarat aku suruh pegang penyapu, sapu satu rumah. Eyyyy geram betul aku dibuatnya. Aku pun amik toys dia, aku simpan tinggi-tinggi. Mula lah drama korean pulak dia bagi kat aku. Punya liat dia nak menulis padahal suruh tulis A je pun. Plus, senang gila je kot kau ikut titik-titik je padahal.
Lebih kurang macam ni lah buku dia. |
Dah siap semua masuk kuali tinggal nak mereneh, aku tengok si Ali masuk bilik...berbaring, merenung masa depan. Aku keluar and tengok buku dia, BUKU DIA KOYAKKK.
Mommy : Ali kenapa buku ni koyak. Ali koyak kan ke ?
Ali : (diam, sengih)
Mommy : Ali koyakkan ke ? Mommy kan suruh tulis A.
Ali : Ali koyak. Ali koyak, Mommy.
Mommy : Kenapa Ali koyakkan ?
Ali : Mommy, sebab Ali tak nak tulis A.
Kawan aku kata, budak kidal ni kreatif. Aah kreatif sangat sampai koyak buku sebab tak nak tulis A punya pasal. Kau rasa ? Ali, budak 3 tahun. Aku repeat, 3 tahun.
Wednesday, August 19, 2020
Don't half-ass anything.
Assalamualaikum and hello.
Hari ni terpaksa masuk kerja halfday sebab pengasuh Ali ada domestic issue. Alhamdullilah, bolehlah spend masa dengan Ali walaupun dia tu asyik kena mintak kena marah je kerjanya. Aku pelik kenapa ek budak-budak ni tak reti penat. Berlari sana, berlari sini, terkinja sana, terkinja sini...tiba-tiba datang pelukkkk. Time-time aku tengah nak memasak, nak peluk. Time-time nak membasuh pinggan, dia datang nak peluk. Time aku melepet tengok TV tadi, kau tak nak datang peluk pulak.
Tapi tu lah, kejap sangat dah besar si Ali. Dari kecik cinonet, dah pandai buat kerja rumah sikit-sikit. Kalau setakat nak suruh susun kasut, susun bag sendiri, kemas baju kotor dari dalam bag dia bawak pegi bakul kotor, kencing sendiri, berak sendiri tu semua dia dah boleh buat. Nanti ingat nak ajar dia masak pastu cat rumah. Hikhikhik
Pagi tadi dah goreng kan "welcome-welcome" for both of us santap and berebut sape makan paling banyak. Now baru je siapkan ayam masak kicap for Ali and Didy makan tengahari. Senang hati lah sikit tak payah nak makan kat luar. Dah lah within 1km radius my house ada kes baru Covid19. Prevention is better than cure so better gunakan tulang 4 kerat untuk memasak apa yang ada kan.
Well, pengasuh Ali memang ada issue within her family and she kept telling me stories about it. Aku tak reti nak nak menyimbah minyak dia api panas so aku suruh pengasuh tu relax and fikir anak-anak. Yes, it easier said than done tapi sebagai orang luar yang memerlukan khidmat beliau untuk jaga Ali, aku nasihat yang elok-elok je without being biased. Siapa lah kita nak nasihat kan dia lebih-lebih, padahal dia yang lebih mengetahui perjalanan hidup dia bagaimana.
Based on her stories and experiences, i can relate with mine. But again, I am nobody to meddle with her domestic issue cuma aku bagi dia pencerahan untuk apa yang dia patut buat afterwards. Supaya dia pandang ke depan demi diri sendiri dan anak-anak. Kesian, anak-anak kecil lagi. Masa lahir, mak ayah memang ada depan mata. Tup-tup mak ayah bergaduh juga depan mata. Anak-anak dah nampak mak ayah dah tak tidur sebilik. Kita dengan new normal Covid 19, mereka dengan new normal mak ayah tak bertegur sapa, malah tido berasing. Communication is the key tapi communication medium is whatsapp dan anak-anak jadi posmen. Ibarat badi mendengar suara pasangan, confirm melenting. Anak-anak sedih, lari masuk bilik menangis. 10 years of marriage crashed.
Aku nasihatkan pengasuh Ali untuk carry on walaupun bercerai tu saja dah so hard for her to swallow. Dia tanya aku, adakah dia nampak jahat di mata aku. Orang dah jaga anak aku for 2 years, anak aku sihat cukup makan, anak aku seronok duduk rumah dia pernah siap tak nak ikut Mommy dia balik rumah...kau rasa ?
Aku just pesan supaya dia berdoa dengan Allah sebab perjalanan hidup kita ditentukan Tuhan. Berdoa yang baik-baik, jangan rasa diri bersalah, jangan rasa husband bersalah. Tiada manusia yang sempurna. Kalau kita rasa, kita dah lakukan yang terbaik...of course yang terbaik akan menanti kita(InsyaAllah). Contoh lah kalau kau dah buat terbaik, kau yang terpaling bagus....pasangan pasti menyesal berbuat jahat kat kau. Tapi pasangan kau tak endah and seronok je hidup takde kau, maksudnya apa yang berlaku ni adalah yang terbaik untuk kau.
I DON'T FAVOR HALF ASSED EFFORT ! Putting real effort is one thing, half assed effort is another story. Ibarat berak separuh jalan. Ibarat bagi makan nasi separuh sudu padahal kau boleh bagi sepinggan untuk kenyang. Bukan sekadar asal makan. Kalau buat kerja, buat sehabis baik. Bukan sekadar bekerja. Babi dalam hutan pun bekerja, kau nak jadi lagi low dari babi ke ? Aku ada beberapa contoh lah orang yang half assed effort yang boleh aku ketengahkan. Mari...
Dulu masa aku kat Aussie, ramai sangat budak-budak Malaysia. Well, to be honest aku lari pegi Aussie sebab aku letih kerja office cum frust sikit dengan ex boyfriend. Aku bukan nak kesana sebab nak jadi kaya sebab kerja aku kat Malaysia ni pun kira not bad dah bagi aku. Aku bukan pergi kerja kat sana sebab nak lari dari tanggungjawab ke apa. Tapi tu lah, bawak balik tanggung jawab pulak jadi dia 😅 Masa kat sana kerja macam-macam ada, kau nak buat dengan tak nak je. Sepanjang aku kat sana, belum lagi aku duduk senang lenang goyang kaki bagai tiada hari esok. Aku bekerja to make sure every day I earn at least beberapa AUD pun. Aku nak duit bertambah buat duit berkurang.
So I happened to see some Malaysian kat sana yang tak balik Malaysia sebab depa takde duit. Even dah bertahun-tahun kat Australia, tapi dorang takde saving, You want to know why? Sebab, dorang kerja sekadar nak lepaskan belanja hari-hari. Contohnya, kerja 1 hari can earn AUD100, cukup untuk survive seminggu so dorang kerja sehari je lah untuk hidup seminggu. Can you imagine ? Paneh hati aku ni tengok dorang ni semua.
Kau ada half assed effort nak berhijrah ke negara orang. Cerita bab kerja illegal tu malas aku nak cerita tapi peluang dah ada depan mata, kenapa tak grab sebaik-baiknya. Tu yang aku pelik.
Ada jugak manusia yang aku tengok, orang lain nak bercinta kau pun nak bercinta jugak. Tapi effort tak cukup. Pastu mula lah keluarkan segala butir-butir peluru sialan, "You ni mata duitan !", "Kau ni tak nampak kasih sayang, nampak duit aku je !" Adik-adik, abang-abang...kasih sayang kau tak boleh bagi kenyang makan aku dengan anak aku. Kasih sayang saja tak boleh nak penuhkan beras dalam tong. Kasih sayang saja tak boleh nak bayar bil api, bil air rumah kita nanti. Letih ye aku nak hadap orang-orang macam ni.
Ada orang dia suka dimanja kan dengan kasih sayang, duit dia cari sendiri. Ada orang dia tak perlukan pun kasih sayang ni, yang penting ada anak and pasangan boleh bagi nafkah bulanan. Ibarat, pasangan nak pasang bini 2,3,4 dia tak kisah yang penting DUIT. Ada pasangan nak balance kan semua. Kasih sayang pun dia nak, DUIT banyak pun dia nak, MASA pun dia nak, serba serbi dia nak. Ha cari lah datuk tua. Depa boleh memenuhi kriteria.
Nak cakap pasal effort, aku rasa setiap orang put value on effort differently. Aku value effort bila mana aku terima orang yang dia kerja bawak foodpanda je to put dinner on the table or to buy groceries so that I can cook. I favor effort in which kau kerja work hard grab food je pun, tapi selagi belum achieve target kau tak balik rumah sebelum jam 6pm. I favor effort, bila mana kau dah achieve target awal and you are still on the road untuk cari extra kot-kot nak belanja aku makan malam. And also aku favor effort bila kau plan dengan aku nak travel or jalan-jalan sebab bonding is not only inside the house. Bab duit, don't worry. Alhamdullilah aku masih boleh cari duit sendiri. Takde aku nak mintak kau travel hari-hari pun pakai duit kau sahaja. Setakat nak tolong kau, takde masalah. Tapi kalau from head to toe komitment aku nak support for months and you work just for the sake of get out from the house acah-acah kau kerja macam orang lain and only to settle your part of problems not OUR commitments, tell me whats the points of having a relationship ?
Sebab tu aku rela hidup berdua je dengan Ali. Sebab aku tahu dia tanggungjawab aku and aku tak perlu jatuh harap pada orang lain. Aku akan minta tolong bila perlu. Selebihnya aku cuba sehabis baik guna kederat sendiri. Aku pun tak sakit hati and tak perlu jaga hati. Walaupun ramai kawan-kawan yang suruh aku cari pasangan cepat-cepat, tapi aku tak nampak sebab kukuh untuk aku ada pasangan kalau selama ni aku sendiri usaha untuk aku and Ali to keep survive. Ntah lah. Mungkin nampak macam aku ni hati keras, tapi aku tak nak ada drama di kemudian hari. Aku tak nak anak aku kena hadap situasi macam anak pengasuh tu tadi. I maybe overthinking, tapi takpe lah. For now I am happy as I am and I hope one day Ali will understands.

Friday, August 14, 2020
I am no prefect mother but I am the real one.
Assalamualaikum and hello.
Semalam ada orang argue about my parenting towards Ali. Of course as a mom I would do my very best to protect my child by all means. So bila ada orang question about his appearance, his (future) education, his (future) lifestyle yadaa yadaa yadaa, aku macam bengang pulak. Budak tu baru nak masuk 4 tahun so apa sangat yang kau nak arguekan. Dia budak kecil lagi, so apa yang dia buat harini tak determine apa dia akan jadi akan datang. Sebab tu aku ni jadi mak dia, provide all the necessaries untuk dia. InsyaAllah.
I am not a good mother, I admit. Bukan macam mak-mak lain yang semua benda dia boleh sediakan untuk anak dia. Ali tu, nak toys pun kena tunggu occasion. Sebab aku dah naik muak beli toys kat kedai Eco Shop RM2.10 tu. Kejap je jahanam. So aku tunggu lah dapat duit raya ke, dapat duit bapak dia bagi ke, baru aku belikan toys. Tak nak kalah toys dia RM100+ jugak harga dia. Beli pulak kat Toys 'R Us. Tapi takpe, aku puas hati tengok anak aku puas main. Sebulan sekali aku beli lah Happy Meal untuk dia, dapat lah toys free Mc Donald's tu walaupun dia hanya excited nak makan fries and toys je. Yang lain aku bedal.
Ali dah 3 tahun 8 bulan. Budak-budak zaman now, baya-baya ni dah ada iPad sendiri. Aku pernah teringin nak belikan satu iPad untuk Ali. Tapi bila fikir-fikir balik, tak payah lah beli. Aku ada iPhone 6s Plus lama tu, bagi je lah dia main. iPhone tu pun dah tak pakai. Tapi jangan kau sangka dia boleh mengadap iPhone tu seharian. Macam aku cakap, occasionally. Time dalam kereta so he sits still, time kat kedai makan itupun dah jarang bagi sebab ada banyak benda aku boleh sembangkan dengan dia. Nasib baik Ali ni tak tantrum hentak-hentak kaki kalau dia mintak iPhone tu aku tak bagi. Sebab dia tahu laju je Mommy dia hentakkan dia pulak nanti.
Issue rambut. Bukan kali pertama aku hadap soalan manusia-manusia ni yang kata rambut panjang anak aku tu bakal menyebabkan dia jadi macam Sajat. Seriouslyyy, what the F? Yes rambut Ali tu saja aku bela panjang sampai boleh ikat sebab aku suka rambut dia yang lurus tebal and cantik tu. Tapi beb, anak aku baru kecik cinonet kau dah risau-risau anak aku nanti ada masalah keliru identiti. Kau dah kenapa ? Kau belek gambar-gambar Sajat masa kecik, ada rambut dia panjang ? Takde aku rasa. Tapi kesudahnya, begitu jugak kejadian dia. Jadi, statement kau invalid.
Bab sekolah. Aku memang bercita-cita dari waktu aku bujang. Aku memang nak anak-anak aku sekolah cina. Sebab aku tengok kawan-kawan aku yang bersekolah cina, kelebihan dia jauh lebih baik dari aku. Kau bayangkan zaman sekarang nak kerja pun, priority is given to Mandarin speaker. And also, aku ada kawan yang disebabkan dia pandai cakap Mandarin, gaji dia lebih tinggi dari aku walaupun tak ada komisen. Kau rasaaaa? Sentap hati mak, nak.
Jadi aku gunakan pemerhatian aku untuk make sure yang Ali diberi peluang untuk belajar Mandarin. Sebab aku nak dia tak perlu susah-susah nak compete dengan orang lain di masa depan nanti. Aku berikan yang terbaik, semampu aku supaya anak aku tak ketinggalan. Kenapa nak risaukan pendidikan agama dia. Takde lagi aku tengok anak cina, anak india yang sekolah kebangsaan convert Islam sebab dorang sekolah kebangsaan. Kawan aku yang sekolah cina tu elok je bertudung, tak de pulak murtad. Jadi isu apa yang kau nak bahaskan ni ?
Bukan aku nak kata pendidikan islam tu tak penting. Tapi untuk budak yang nak sekolah tadika umur 4 tahun apa sangat kau nak ajar dia pasal agama melainkan nilai-nilai murni. Bab quran dan solat, bab tajwid, bab fekah, bab sirah tunggu dia 7 tahun baru kau fikir mana sekolah agama kau nak dia masuk. Atau transitkan dia kat pusat tuisyen yang ada kelas KAFA. Apa kau ingat aku tak fikir ke semua tu, beb ? Jauh lagi perjalanan dia.
Isu aku adalah anak aku baru nak masuk 4 tahun dah ada yang prejudis dengan future dia. As his mom, aku terasa sebab kau seolah-olah question cara parenting aku. Its okay to give advice but it is totally not okay to judge. Sebab tu aku pelik bin ajaib, ada manusia-manusia sekeliling aku ni yang pandang apa yang aku buat, bukan hasil yang aku dapat. Orang cakap Ali ni terlalu manja tapi aku ni cuma ada masa beberapa jam je dengan dia untuk sehari, jadi aku rasa aku patut manjakan dia. At the same time aku jugak tahu batas-batas manja dia. Ada juga yang kata Ali ni spoilt, sebab dia selalu dapat apa yang dia nak. Ehem ! Macam aku kata, Ali ni nak apa-apa pun dia dapat occasionally. Bukan selalu aku nak bagi. Kalau compare kan dengan apa yang budak lain dapat, aku rasa Ali ni jauh ketinggalan.
Mana-mana mak pun semua nak bagi yang terbaik untuk anak dia. Sama lah juga macam aku. Yet, tak akan ada mak yang betul-betul sempurna dalam dunia. And also, single mother macam aku ni yang nak kena juggle here and there, memang title perfect mother jauh lagi aku nak pegang. Tapi takpe, aku tak perlukan title tu pun sebab aku cuma nak yang terbaik untuk aku dan anak aku. To be honest, aku dah malas nak layan orang yang judge cara aku besarkan anak aku. Cukup lah orang nampak anak aku berbaju, sihat tubuh badan, pandai dengar arahan dan pandai cakap "terima kasih". Untuk budak 4 tahun, itu dah cukup membanggakan aku. So kenapa aku nak kena impress orang lain ?

Thursday, August 13, 2020
Kau manusia, kau tak boleh ada semua.
Semalam secara officialnya (gituu) aku dah bubuh blog address kat dalam insta profile. Macam lah aku ni artis tapi takpe lah. Saja-saja je aku letak. Mana tahu ada peminat misteri yang nak tahu perkembangan diri inihhhhhh KAHKAHKAH
Aku baru settle lunch. Makan burger Nuri (budak office) jual. Hari ni burger ayam grill, menu tak pernah buat sebab selalu dia buat burger crispy. Murah je burger dia RM5. Berbaloi dengan harga.
Pagi-pagi aku akan breakfast dengan Ali dulu kat CD Corner ataupun mamak Barakath. Takde lah tengahari aku nak makan pelahap sangat sebab lunch pun awal pukul 12:30pm so makan burger je lah. Kalau aku bawak bekal, makan lah makanan bekal yang aku masak tu.
Kemain payah nak buat sales kat office lately ni. Kadang-kadang rasa sampai nak terkeluar anak tekak bercakap dengan customer tapi last-last tak nak jugak. Takpe lah, nexttttttt. Yang penting tak give up. Kena faham lah juga musim-musim lepas PKP ni mungkin ramai yang tak mampu dan berduit. Nak paksa-paksa pun aku rasa tak kena gaya. So aku proceed next customer je lah. Hati pun tak sakit.
Kita ni manusia, expect good things everyday. Macam aku, selalu harapkan hari-hari sales banyak or achieve daily target. Hari-hari harapkan Ali akan behave and tak bagi Mommy dia jadi naga. Tapi end up, selalunya haremmmm tak menjadi. Tetap nak bagi Mommy dia marah-marah sampai naik berasap telinga aku ni. Ali ni aku rasa makin lama makin kalis agaknya dengan pekikan Mommy dia menempik. Gegendang telinga dah kebal dengar suara Mommy dia nyaring menjerit macam langsuir.
Sama jugak dengan buat sales. Setiap pagi aku bangun pagi dengan harapan leads/base customer adalah yang best-best supaya aku boleh achieve daily target and top up tunggakkan sales hari-hari lepas. Bila sampai office, kau dapat leads yang sama, repeated. Tak ke naik darah tinggi kau, nak mengamuk. Pastu, customer kau mengamuk pulak lagi sebab baru je orang lain offer benda sama, kau offer lagi benda sama. Perghhh menyirap je rasa hati ni.
Mula lah aku mengorek-ngorek leads lama yang ada. Sebab apa yang penting adalah usaha, effort. Because at the end of the day, that is what matter. Yang lain semua Tuhan punya kuasa.
Semua orang kalau boleh nak hidup, bukak mata je dah ada RM40K depan mata; tanpa usaha. Seronok kan kalau jadi kenyataan. Macam anak raja, anak sultan, anak kerabat lah gamak nya cita-cita kau. Tapi tu lah, kalau bukan kerana usaha, ada berjuta-juta pun tak kan kekal lama. Kejap je lah lebur.
Aku ni sejenis manusia yang walaupun aku dapat 1 sales je selepas seharian berhempas pulas sampai
nak terkeluar anak tekak pun, aku punya rasa lega tu dah to the max (at the end of the day). At least ada jugak hasil daripada langsung takde. Aku cukup pantang dengan manusia yang buat pun belum lagi dah rasa susah lah, tak boleh la. Kalau kau put effort kat tempat/kerja lain takpe. Ini tidak, mengangkang je mengharapkan duit turun dari langit. Cukup aku pantang dengan manusia macam ni.
Tahun 2015, aku pergi Australia nak cari pengalaman kerja petik buah yang orang kata masyuk sangat tu. To be frank, memang masyuk kalau kau rajin and pandai cari peluang. There was one time (actually, more) kerja best-best takde. Yang ada petik buah peach yang gatak merenyam kalau habuk-habuk dia masuk mata, gatal dia macam kau nak cungkil bijik mata kau bawak keluar kejappp. Tapi sebab takde pilihan, aku kerja je walaupun sehari gaji aku AUD50 je. Padahal kerja bagai nak mampus nak kena panjat tangga tinggi bagai. Sebab aku fikir, aku ni di negara orang, takde sape aku nak bergantung harap melainkan diri sendiri.
Yang aku pelik, ada orang (4-5 orang housemates) yang boleh duduk terbaring terbongkang tido macam takde apa. Mengharapkan duit turun dari langit gamaknya. Aku ni bangun bersiap pagi-pagi, sakit hati pulak tengok dorang ni semua. Pastu petang kelaparan takde duit nak makan. Nak tak nak aku kena lah berkongsi rezeki. Tak, bukan aku berkira tapi beb, kalau dorang ada usaha cari rezeki lain aku tak kisah. Ada usaha tapi takde rezeki, aku boleh kongsi rezeki aku. Ini tidak, usaha takde, harapkan rezeki orang, itu yang aku menyampah. Last-last balik Malaysia jugak semuanya. Ada lah sorang tu masih kat sana, sebut Australia pun masih Ostroliaaa dengan confidentnya. KAHKAHKAH
Nanti lah aku cerita lebih banyak pengalaman kerja kat sana. Banyak pengajaran bila aku bekerja kat sana. Suka ada, duka pun ada.
Aku selalu berpesan-pesan kat diri sendiri untuk tidak menyusahkan orang. Even dengan Ali sendiri aku setiap pagi berpesan-pesan.
"Take care of yourself Ali."
"Dengar cakap Ibu tau."
"Nak kencing, nak berak bagitau Ibu ye Ali."
"Jangan nakal-nakal ye Ali."
Sebab aku tak nak menyusahkan orang dan aku tak nak anak aku menyusahkan orang lain jugak. Walaupun aku bayar pengasuh untuk jaga Ali dari pagi sampai ke malam, aku akan make sure untuk memudahkan kerja pengasuh. Setiap pagi Ali akan sampai rumah pengasuh dalam keadaan clean and full tummy. Aku akan make sure mandikan dia, dan pergi breakfast sama-sama.
Thursday, August 06, 2020
Comparison is the fastest way to feel unhappy.
Assalamualaikum and hello semua.
Saja harini nak update blog sebab macam ada banyak benda bermain dalam fikiran tapi tak tahu mana satu nak diluahkan dulu.
Office dah start balik kerja hari Sabtu, alternate. Kalau achieve target, suka hati nak datang ke tak. Tapi kalau tak achieve, sah-sah lah kena datang. Kalau tidak memang kena perli lah dengan Kak Siti, my team leader.
Masalahnya aku ni, hari Sabtu pengasuh tetap Ali buat part time mengemas rumah orang. Macam masyuk juga aku tengok dia, 1 rumah dia kemas dapat RM20-RM30. Itu rate kalau kemas 1 area dalam rumah. Kalau tuan rumah suruh kemas bilik, so dia pergi untuk kemas bilik je. Kalau tuan rumah nak kemas area lain, kena charge lain pulak.
Aku ni sabit tak suka mengemas je. Kalau tidak, aku dah sauk jugak kerja tu geng dengan pengasuh Ali ni. Tapi tu lah, rumah aku yang kecik sekangkang kera tu pun kemain liat nak kemas. Kemas tu sekadar asal takde barang atas lantai je. Yang berlonggok atas meja, lenkali lah aku sentuh. Tahap begitu teruk nya cara aku mengemas.
Dulu pengasuh aku ni jaga Ali hari Sabtu tapi last time office cakap Sabtu dah tak payah kerja. So aku pun heboh lah kat akak pengasuh, that's why lah dia buat part time tu. Aku pun okay kan je lah, sebab akak tu pun kesian jugak kisah hidup dia. Husband kerja bawak grab food, gaji ala kadar. Nak bayar rumah pun tak dan duit. Semua duit rumah harapkan duit akak tu mengasuh budak. Aku hanya mampu bersimpati je lah. Tolong pun, sekadar mendengar keluh kesah akak tu je lah. Aku doa kan semoga dia sentiasa tabah.
Most of the time, kita rasa hidup kita yang terpaling susah. Kita lah yang terpaling struggle. Kita lah yang terpaling makan pagi, kais pagi, makan petang, kais petang. Aku kadang-kadang rasa macam tu. Ye lah, kau bandingkan diri kau dengan kawan yang lebih berjaya dari kau, lebih senang dari kau, semua nya dia yang lebih serba serbi, mula lah kau rasa insecure and rasa diri tu yang terpaling dirundum malang. Padahal, perbandingan kau dengan dia tu invalid.
Bagi aku lah, yang sememangnya hidup aku memang struggle dari sejak Ali lahir, aku bersyukur sebab struggle aku ni buat aku kalis dengan kata-kata keji manusia. Kalis dengan kesusahan kewangan. Hidup aku adalah, makan apa yang ada. Kalau tak de buat cara takde. Kalau nak bercuti, kumpul duit, main kutu. Nak makan sedap, tunggu gaji. Kalau takde duit, buat cara takde duit duduk kau diam-diam kat sana.
Pinjam? Ada juga meminjam sampai satu tahap aku rasa beban nya aku nak membayar bila sampai waktu gaji. Pernah juga duit gaji habis sebab bayar hutang je. Jadi aku ubah cara berbelanja. Aku bawak bekal pergi office. Lecehnya bawak bekal ni kena bangun pagi-pagi buta nak memasak. Tapi takpe lah, bangun pagi tu tak guna duit, guna kederat je. Dulu zaman bujang, setiap kali gaji mesti nak beli baju baru. Baju pulak brand tak nak kalah, mesti nak ESPRIT, BERSHKA. Baju dalam Jusco, Tesco semua tak layan. Dulu jugak, rajin masuk marathon. Setiap bulan mesti ada 1 run nak join, tiap kali nak lari nak beli 1 kasut running. Lama-lama kasut tu mereput jugak, takde satu pun yang kekal sampai harini.
Sekarang ni sebab aku kerja buat sales so senang sikit aku planning. Aku main kutu dengan budak office. Sebulan RM500 , duit tu jugak la aku buat duit simpan. Kalau RM500 ni dalam tangan, alamat tak jadi lah menyimpan. Mesti habis kat makanan. Tahun lepas pun aku buat macam ni. Aku nak pegi Hatyai. Jadi aku main kutu and minta untuk turn aku waktu nak pergi bercuti tu. Macam tu lah aku plan setiap kali nak bercuti atau apa-apa planning yang memerlukan belanja yang besar.
Tahun depan, Ali nak sekolah. Kemain member setiap malam peringat kan aku.
"Mommy, tahun depan Ali pergi sekolah kan ?"
Padahal kau berak dalam jamban pun meraung mintak Mommy kau teman.
Aku pun iya kan saja sebab memang aku dah bercakap-cakap dengan dia. Macam aku berjanji tapi elok lah juga dia peringatkan, supaya cargas sikit aku kat office nak buat sales kaw-kaw.
Ali dah pandai alphabet, count 1-10 (haritu macam dah sebut-sebut sebelas, pat belas) jadi aku nak hantarkan dia ke chinese pre-school supaya dapat belajar in a proper way. Ada teacher and ada kawan-kawan. Aku plan nak hantar time umur dia 3 tahun tapi sebab kewangan tak mengizinkan so aku postpone next year. Tu pun ada orang yang suruh tangguh lagi sebab kewangan lah, kesian kat Ali lah.
Eh tak payah ! Takpe, duit boleh cari. Nak kesian kat Ali ? Tak payah lah nak kesian sangat, dia pun otak laju je catch up apa orang ajar so buat apa nak bazirkan kelebihan dia tu. Haritu dah consult dengan teacher so ada tempoh percubaan 2 minggu. Kalau Ali okay, carry on je lah. Dengan harapan, Ali boleh bawa diri and sekolah kebangsaan cina nanti. Itu memang cita-cita aku sebelum Ali lahir lagi. Nak dia sekolah cina and boleh cakap mandarin. Mommy kau ni nak cakap Jepun pun belajar sendiri nak dengar lagu Arashi. Kahkahkah.
![]() |
Dah tua dah depa ni. Tua-tua pun hensem and masih inspiring. |
ARASHI !
ARASHI !
For dream ~
Monday, August 03, 2020
BERSYUKUR
Assalamualaikum and hello everyone.
Kisahnya harini, I masuk office half day sebab sakit gigi. Actually takde lah sakit sangat sampai tak boleh makan cuma gigi geraham belah kanan tak selesa untuk mengunyah. Alternatively, I guna geraham kiri tapi tak selesa and hilang nikmat makan. Selera makan tak hilang KAHKAHKAH.
So mula-mula pagi tadi I pergi Klinik Pergigian (government) kat Jalan Titiwangsa tu. Tapi sebab covid so dorang tak amik walk in, hanya emergency sahaja. They asked me to make appointment with the nearest government dentist with my house which I tak nak sebab kat situ kecik and mesti ramai orang. Lagipun I prefer pegi Titiwangsa tu sebab klinik dia besar sikit. Servis better than klinik kerajaan yang kecik and also I bagi peluang untuk penduduk setempat untuk pergi klinik kecik tu sebab maybe ada yang susah nak pergi klinik kerajaan yang jauh-jauh. Begitulah analogi dalam kepala otak ni.
So I decided untuk pergi klinik swasta just untuk check and consultation sahaja. Since I tak pernah jumpa dentist selain klinik kerajaan, so I gamble je lah dengan harapan consult fee tak mahal. I bajet dalam RM50 je. Memang ada pilihan untuk lantak kan saje lah gigi ni tapi risau effect in future so I check je lah. Prevention is better than cure kaedah nya.
Went to see the doc, she suggested me to do Xray gigi sebab masa dia ketuk-ketuk gigi yang berlubang tu memang sakit tapi macam mild je lah level dia. So dia nak tunjuk how far/deep is the cavity. I pun ok kan aje lah without realizing my bajet is only RM50. Done with the Xray, memang kedalaman cavity to is quite severe. Cuma I tak rasa sakit sangat sebab dia belum sampai ke gusi bahagian dalam or bernanah and sebab maybe bacteria belum betul-betul merebak. Sama ada kena cabut gigi atau buat root canal.
ROOT CANAL / RAWATAN AKAR NI BAPAK MAHAL NAK MATI YEEEEE. SEPARUH GAJI AKU HILANG DI SITU.
So I end up tak buat apa-apa. Consult and Xray cost me RM80. Redha je lah sebab kalau tak Xray I wouldn't know how severe is the cavity kan. Ingat nak tampal tapi doc kata cavity tu bahagian dalam hence agak impossible nak tampal. Tak pe lah. I cakap next time lah I datang lagi bila dah ada duit dengan harapan gigi tak sakit sangat atau pun maybe buat je lah appointment dengan klinik kerajaan cuma kena sabar sikit and doa supaya gigi tak meragam.
Haihh bila lah nak habis kisah hidup I yang nak buat apa-apa kena kira-kira. Sampai kan kesihatan diri pun kena bertangguh sebab kewangan. Bila lah nak kaya, bila lah nak hidup senang, bila lah boleh duduk rumah tak payah kerja susah-susah. Tapi tu lah, bila ada ayat "bila lah nak ni..." " bila lah nak tuuu...." nampak macam tak bersyukur nikmat Allah SWT bagi. Terus muhasabah diri.
Walaupun I ada benda yang boleh dirungutkan dalam hidup sebenarnya I ada jugak beribu-ribu benda yang boleh I bersyukur dalam hidup.
Alhamdullilah masih ada rumah untuk tidur,
Alhamdullilah masih ada kerja untuk bayar sewa and besarkan Ali,
Alhamdullilah masih ada kederat nak bangun pagi cari rezeki,
Alhamdullilah masih ada nafas untuk berjuang demi anak dan diri sendiri
dan banyak lagi sebenarnya.
Cabut gigi and root canal tu tak semestinya pun buat kat private dental. Kat klinik government tu bayar RM1 je pun. Cuma kau mampu tunggu atau tak je. Cuma gigi kau mampu bertahan atau tidak je. Jadi aku pun berkonklusi sendiri, takpe buat je appointment kat Klinik Pergigian Setapak (kerajaan) tu dulu, doa semoga gigi mampu bertahan. At the same time kumpul duit mana tahu tiba-tiba gigi kau buat hal, shoot je private dentist.
I dah berjanji dengan diri sendiri untuk kurang kan merungut dan lebihkan bersyukur sebab tak nak nampak diri ni bagai di rundum malang. Semoga dengan lebih bersyukur maka lebih rezeki.
InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)