Thursday, January 07, 2021

If you are good at something, don’t do it for free



Thank you Nuri, Kak Nita, Puteri and Cik Bee belikan hadiah ni. I’m lovin’it ❤️



Cerita dia semalam, aku ni mengantuk nak mati. Ingat lepas mandi aku nak layan-layan mata je dalam bilik. Sekali tertido sampai pagi tadi. Awal aku bangun ye, pukul 4 dah tersentak. Pukul 5 betul-betul bangun and update blog sambil-sambil layan Arashi. 

Oh, Arashi i am soooo gonna miss you guys. Malam 31st December aka malam new year, aku dah stand by depan TV nak layan last konsert Arashi. Hetty boleh buat surprise bagi password salah time aku nak login. Mula-mula dah ingat bakal kecewa nak tengok konsert love streaming ni. Alhamdullilah, dipermudahkan jugek. 

So emotional lah juga sebab the last concert after 13 tahun follow rapat. They have been in the industry for 20 years, they deserved to take a break. So, jaa matta Arashi-san !

Arashi last message. 

Oh by the way, ada siaran ulangan Hetty cakap. Boleh la aku khatam last konsert kali kedua. 

Minggu ni minggu dapat commission. 
(ehem nak cerita ni kena hati-hati sebab TL aku baca blog aku eh. Mampus laaaa) 

Well, commission kat office aku ni kalau tak salah kira, bukan dia. Masa aku mula-mula masuk kerja, aku macam pelik la "how come commission yang tak banyak mana ni korang boleh salah kira". I remember back then aku fight gila-gila bab commission because I believe regardless of how small the amount is, your effort counts. Mampus lah orang nak kata aku ni acah-acah ke, poyo ke...aku tak heran sikit pun.

Even though I disputed (back then), kau ingat dia bayar ? Nan hado. Yes aku makan hati but at least  I have fought for it. Pasrah and redha tu berbeza ye kawan-kawan. Siap ada orang cakap macam ni kat aku, "Kau ingat kau kecoh-kecoh dispute ni, dorang nak bayar ke ?"
Since then, I did my own sales tracker. I separated my daily sales and compile them to make them easier to calculate. Tapi tu lah, one problem after another. Aku dapat TL yang aku tak tahu apa ada dalam kepala wotak dia. Bila aku disputed, dia macam malas layan. Well hello bro, aku ni agent kau ni. Buat sales so your KPI achieve ni. Kau apesal nak bohlayan aku kan. 

1st time dia tak layan aku, aku macam "okay...sebab kau baru lagi ni so aku pejam mata lah". On the second dia nak buat bohlayan lagi kat. Eh ni tak boleh jadi. Maka aku pilih untuk jadi harimau. Aku ni jenis, when i give you a question, i expect a wise answer. Setakat “oh calculation dia memang dari dulu macam tu.” like WTF. At least kau tunjuk cara macam mana kau kira untuk dapat figure macam tu baru kau sembang dengan aku. (Wahh nampak macam kakak kawasan kan) Dengan penuh drama, aku pun mengamok jadi harimau bunting, “Lebih baik En. *** amik kertas-kertas (commission) ni and belajar macam mana nak kira because i need to know how can you get this figure.” Haaaa terkulat-kulat kau nak belajar mengira. 

Well, aku bukan panas baran. Jauh sekali garang. Even though people assumed me like so, but i actually am not. Tegas and firm, yes. Aku tak suka nak samakan nasib aku dengan nasib orang. Kalau aku rasa aku deserve better, i will fight for it. Nak-nak pulak bab duit. Hello, single mom macam aku kalau tolak duit, memang nampak bodoh okay. 

Some people might look at me like i am desperately in need of cash. To be honest, yes. Money is king. Jangan kata aku menafikan Allah. Tak. Aku cuma perlukan duit yang aku usahakan untuk aku and Ali terus hidup berjalan atas dunia. Takde sape nak jatuh miskin weh. Walau singgit dua pun, kalau betul Allah nak bagi aku, aku akan usahakan sampai dapat. Itu lah aku. 

Bab-bab duit, bagi some people are sensitive, also subjective. Bagi aku, ada RM20 sehari aku dah rasa aku “kaya”. Kaya means, aku boleh bawak Ali breakfast RM5, aku ada duit lunch RM10 and kitorang boleh makan malam nasi goreng kampung RM5 share berdua. 
Tapi ada juga orang, ada RM50 dia rasa dia dah jatuh miskin. Pelikkan. Yet that’s what it is. Sebab jangan lah nak menafikan hak orang lain. And never simply judge people by how they acted towards money/salary/commission etc. 

So now, bila orang lain sibuk nak kira komisen and they make me as their reference, i am more than grateful. Sebab at least apa yang aku buat sebelum ni tak salah. Nasib baik aku tak amik kira apa orang kata. Kalau tidak, sampai kesudah aku ni tak jadi apa. Efforts wasted just like that. Kalau kau komisen ribu-riban sebulan, kau nak buat bodoh miscalculation 20-30 hinggit, takpe lah kot kan. Eh kalau aku, aku fight jugak. Mampus lah orang nak kata. 

Kita fight apa yang kita punya. Kita amik kira apa yang kita punya. Kita simpan duit apa yang kita punya. Orang nak kata apa, lantak pi kat depa. Bukan depa yang bagi hang makan. Kalau hang anak beranak kebuloq, mulut hang depa nak suapkan ? 

Nan hado !

P/s : i-kecewa. Korang ?