Malam tadi first time aku buat delivery untuk kedai Satay Abah. Why ? Sebab aku tak tahu mana pergi semua rider lala move. Mentang-mentang esok PKP 2.0, semua pakat balik kampung ke cemane ? Nasib baik hantar pun dekat-dekat je. Untung ek buat delivery ni. Tak sampai 5km pun hantar dah dapat RM10, minyak alehaiii macam 10 titik je pakai aku rasa. So tak salah lah kalau aku nak buat part time food panda ke grab food pasni kan. Alang-alang lesen L sudah di tangan.
Esok PKP balik, aku masih bekerja macam biasa. Alhamdullilah. Walaupun komisen nan hado, yang penting ada kerja. Malang pulak bagi Ali, time birthday dia pulak PKP ni nak mai. Wrong timing betul. Aku dah plan nak celebrate birthday dia kat kedai makan and nak bawak dia pegi Toys ‘R Us so that dia boleh pilih mainan mana dia nak. Ali okay lagi buat masa ni, tapi mommy dia yang sedih lain macam. ðŸ˜
Yang tak wrong timing adalah aktiviti riadah Sabtu lepas. Nasib baik sempat proceed plan last minute. Budak-budak office ajak main badminton on last Saturday. It’s actually a trial lah to see if ada yang minat nak join so we could make it a weekly activity. Since court badminton murah dekat dengan ruma aku so, why not untuk aku join. Aku, Kak Yan, Cik Bee and Shufri lah jadi starter pack. Kahkahkahkah
Bukan main berpencak kitorang kat court tu macam kan ada tournament. 😂 Ali pun ada macam biasa dia lah cheeleader aku.
Dah lama tak buat aktiviti peluh-peluh. Seronok pulak rasa dapat beraktiviti sihat dengan kawan-kawan. Seronok sangat sampai semua langsung tak warm up. Sauk raket and terus smash sana, smash sini. Yang si Ali sibuk nak masuk court jugak. Alololo kesian aku tengok dia. Nak main, tapi tak pandai lagi. Aku dah sua-sua iPad and iPhone so that dia tak boring. Tapi dia tak nak jugek. Nak badminton jugek. Kesudahnya, bagi dia raket satu, shuttle cock yang dah rosak satu...duduk sana diam-diam.
Lepas badminton, dah burn calories sikit-sikit and now its turn to replace balik so we all decided to lepak Mekdi. Mula-mula kitorang pegi Mekdi Danau Kota sebab Mekdi tu baru bukak dengan harapan tak ramai orang lah kan. Tudiahhhhh kemain ramai manusia dine in kat situ. Last-last Cik Bee suggest makan kat Mekdi Intermark Mall. Wahhhhh betul-betul menggamit kenangan.
Back then 2017, aku kerja dengan Apple Call Centre dekat Intermark Mall ni. Aku try nak retrieve balik gambar tapi jenuh pula nak mencari kat google photo. Dalam banyak-banyak kerja call centre yang pernah aku kerja, kat sini lah yang paling relax and cool sekali. That was the first time aku belajar bekerja dengan foreigner dalam satu office. Trainer aku was a Pakistani guy and both of my supervisors was from Philiphines.
Yang seronoknya kerja kat situ, call tak banyak masuk tapi netflix 1 series confirm boleh khatam. Kahkahkah. Rasa macam kerja gomen, seriously. Selama aku kerja call centre, kena maki dengan customer tu macam satu acara wajib nak-nak pulak bila customer kau Singaporean. Nope bukan nak discriminte or put label tapi selalunya macam tu lah. Tapi sebab aku kerja dengan Apple, jenama terbesar dunia secara auto customer kau jadi polite-polite belaka. Semacam kau ni orang penting, dorang ni yang bersungguh-sungguh nak mintak tolong kau. Gitu lahhhhh
Esoknya hari Ahad, lepas amik stok satay aku ajak Didy pi makan noodle kat Taiwan House, Ampang Point. Sebenarnya nak pi beli Hokkaido Cheese Tart dek kerana instastory Shufri. Kalau aku tahu kat Intermark Mall ada Hokkaide Cheese Tart tu tak payah aku susah-susah nak keluar sampai ke Ampang Point sana.
Taiwan House ni Didy yang rekemen kan kat aku. Kalau mee-mee cina ni yang paling aku boleh masuk is Pan Mee (dry/soup) je. Yang lain aku tak pernah try. Since Didy kata makanan cina ni memang banyak sup-sup and healthy food so aku okay kan je lah. Dia suruh aku try glass noodle tapi aku muak makan mee halus-halus ni. So aku go for dry beef noodle and aku terus jatuh cinta.
Ali ?
Dia mana makan benda-benda "dewasa"macam ni. I was lucky sebab sebelah Taiwan House ni ada Pizza Hut and Ali favourite betul dengan Aloha Chicken. Hokkaido Cheese Tart pun memang berdekatan je so senang semua one stop centre.
Serious lah aku cakap eh, nak makan pakai chopstick pun susah nau. Sebab apa ? Penangan main badminton tak warm up. Nak angkat tangan panggil akak waitress pun sakit okayyy. Betapa excited sangat nak main, masuk court terus terkinja-kinja macam monyet tak pernah jumpa raket. Even malam semalam nya pun tido nak berapa nak lena sebab muscle all cryinggggg kahkahkah.
After makan, we all jalan jap cari hadiah Kak Nita (her birthday on 28 December) and then aku rembat sehelai seluar sukan kat sport planet atas Ampang Point tu.
Semangat mesti ada, PKP ke tak belakang kira.