Semalam, pengasuh lama Ali datang rumah aku. She is Ali’s 3rd babysitter and dia terpaksa stop babysitting sebab she’s pregnant and her house’s owner nak amik balik rumah dia. She has to move out to her mom’s house which consist of her mom, her young sister and also her sister’s family.
Note that her mom’s house is the same size as mine with only 2 small bedroom and a very small living room and kitchen also 1 small toilet. Imagine how cramp her mom’s house is.
Masa dia pindah, dia ada tumpangkn barang kat rumah aku. For more than 1 year dia tak call or PM aku about her stuffs so I decided to give them away to other people. I couldnt locate her either because i changed my handphone and her number was in the old phone. Assuming she has my number, so aku memang tunggu dia PM aku or datang terus ke rumah because i am living in the same house still.
So when she came, i told her that we had give all of her stuffs away sebab aku nak pakai bilik yang dia letak barang tu and we make it as a bilik baju. Ali memang tido dengan aku la but somehow i'd plan to make it as ali’s room one day.
She said dia memang dah redha if barang-barang dia dah takde sebab more than a year dia biarkan je barang dia tu.
So aku tanya, what happened to her.
She cried.
Alhamdullilah baby sihat.
Berpantang kat rumah mak yang cramp, tido depan TV and also tak selesa. Masa PKP 1.0 husband kena buang kerja so she had to sell her car to survive. Allahhhuuu aku sebak but i couldn't cry along with her sebab aku tak nak dia lagi down.
Now dia dah dapat rumah sewa baru and she wants to start new. Husband baru dapat kerja tiba-tiba PKP semula tapi dia dapat I-sinar so dia boleh survive at the same time jual dadih.
Masa dia susah, dia hilangkan diri tak jumpa kawan-kawan so now baru dia start cari kawan-kawan dia semula. Which understandable. Somehow not everyone can understand us so its better to keep close to ourselves about our problems.
Aku terus teringat waktu aku berpantang Ali. Sama situasi dengan dia cuma aku bernasib baik sebab aku pilih untuk kuat. Masa aku bersalin kan ali, aku duduk rumah mak aku.
Rumah PPR, tak besar mana but alhamdullilah masih ada ruang untuk pacak katil depan TV. Adik lelaki aku pasangkan. Kakak aku meniaga malam so almost everynight mak aku akan tolong kakak aku. Mak aku akan masak lauk pantang pagi dan tengahari. Malam-malam aku bedal mekdi atau kfc. Nasib baik ada duit yang masih berbaki. Tak banyak tapi cukup lah untuk aku.
Seriously aku tak berpantang. Ada masa aku stress juga sebab orang dok tanya pasal bapak Ali. Aku down. And i remember i was crying kat dapur masa berpantang tu.
“kenapa nasib aku macam ni ?"
"Kesiannya kat anak aku...”
I broke down and i cried. Tapi aku tak down lama sebab orang kata nanti meroyan, so aku buat relax je. Orang nampak aku macam takde masalah, dalam hati aku and Allah je yang tahu.
Masa first check up Ali, aku pergi sendiri. Dalam keadaan perut terbelah (sebab aku c-zer) aku gigih juga bawak kereta alone ke klinik. Itu pun kereta adik aku, aku pinjam. Bagi aku, sudah-sudah lah menyusahkan hidup orang/family. Biar aku susah takpe, sebab aku tahu aku kuat.
2 weeks after pantang aku terus start cari kerja. Ali belum masuk 4 bulan kot, aku dah start hantar dia kat orang. First job aku lepas pantang was very stressful but I managed. Aku pernah kerja clock in at 5am, so Ali kena tido dengan pengasuh. Aku pernah jugak kena kerja time raya so Ali aku biarkan balik kampung pengasuh. Aku sedih tapi aku hidup dengan konsep terima dan redha.
Sebenarnya hidup kita ni, kita decide apa yang kita nak jadi. Kalau kau simpan sakit sendiri, kau tak boleh expect semua orang rasa apa yang kau rasa. Orang lain bukan ahli nujum, boleh tahu semua perasaan yang kau ada. Aku ni asalnya bukan orang yang bergantung hidup dengan orang lain. Aku rasa bila aku lebih bebas, aku lebih berani and independent. Sebab tu even now, kau campak lah aku kat mana-mana aku boleh survive. Aku tak berlagak atau cakap besar. But that is what i need do in order to live.
Jangan katakan orang lain, even family kau sendiri belum tentu boleh faham apa yang kau rasa.
Ada orang boleh terima keadaan kau tanpa perlu faham apa kau rasa. Ada orang yang tak nak terima keadaan dan tak nak faham apa kau rasa.
Aku tak perlukan orang untuk faham aku atau rasa apa aku rasa. Aku cuma mahu kan orang yang boleh buat aku lupa sekejapan masalah atau derita aku. Ya, aku perlukan kawan. Sebab tu dengan anak aku pun aku boleh ajak berborak, padahal bahasa dia tu kucing je boleh faham aku rasa.
Jadi kau pilih sendiri dengan siapa kau nak rapat. Kau pilih sendiri dengan siapa kau nak pegang tangan. Because after all, kau sendiri yang decide apa yang kau nak jadi, apa yang kau nak buat. Dan aku faham bila babysitter tu cakap yang dia larikan diri dari kawan-kawan. Mungkin sebab dia takut dia tak boleh terima pandangan/pendapat orang pada dia. Aku faham sangat
Macam aku cakap tadi aku di tahap yang mana aku redha dan terima apa yang berlaku kat aku ni. I own the mistakes i did and aku tak salahkan orang lain. In order to stay strong and be brave, I use this blog to channel out my anger or rant. Aku cari kawan untuk aku minta pandangan but it is not neccesarily aku akan follow cuma aku perlukan second opinion. That's all.
It is okay not to be okay. You don't need to be strong all the time.
Harini birthday Ali. Dah besar dah anak aku. Semoga dia selalu dalam rahmat Allah.
Amin Ya Rabb.