Selamat Hari Raya readers.
Maaf zahir dan batin.
I hope everybody celebrated it with a blast walaupun PKP throughout the nation.
Aku faham ada orang yang marah sebab kerajaan tiba-tiba nak buat PKP seminggu sebelum raya.
Lepastu SOP yang haywire. Kejap bazar ramadan boleh bukak, kejap tak boleh.
PKP time raya, SOP meraban.
Ziarah parents kat different daerah tak boleh.
Aktiviti ziarah untuk raya pertama tak lebih 20 orang.
Shopping mall beroperasi macam biasa. Haaaa kemain ramai lah orang menziarah di shopping mall. Apekebodo?
Nasib baik rumah aku and parents dalam daerah yang sama.
So raya aku balik sana.
Adik beradik aku dah memang ada kat sana so takde hal sangat nak beraya.
Cuma kakak sulung and adik no 5 je takde. Masing-masing kat Perak and Terengganu.
Macam biasa, malam raya bunyi mercun dah macam perang kat Palestine.
Memng acara tahunan kat perumahan awam so takde sape boleh marah.
Amik la upacara perayaan apa pun. Sama je.
Sorry aku tak take picture juadah hari raya.
And aku tak berapa pegang phone sangat sebab line kat rumah mak aku is super slowwww.
Aku list down and korang imagine je la ek.
1. Lemang
2. Nasi impit.
3. Kuah kacang (yang aku jual)
4. Rendang ayam.
5. Daging dendeng.
6. Pulut kuning.
So semua makanan-makanan ni selamat masuk perut aku tanpa segan silu.
Diet ?
Apakah itu ?
Oh tema baju raya tahun ni is OLIVE GREEN. As usual, bab-bab tema ni selalu aku failed miserably.
Kain dah olive green tapi cari baju tak jumpa.
Dah 2 tahun aku beli baju raya online and dua-dua kali pun failed.
Last year, aku beli 2 kali sebab aku bajet aku ni kecik. Rupanya dah size 3XL rupanya.
KAHKAHKAH
This year around pulak, aku beli last minit.
Kain aku beli online. Aku rasa aku gain weight teruk so aku amik 6XL terus.
Aku ingat 6XL is 4XL la sebab selalu online kan macam tu.
Aku based on pengalaman.
Sekali hambekk kau.
Dah macam pakai guni.
Tak pasal-pasal pagi raya dah kena menjahit-jahit.
Baju pulak aku tak jumpa olive green yang berkenan so aku pakai sauk je apa ada kat AEON.
Asalkan matching dengan warna kain.
End up waktu bergambar, aku sauk pulak baju kakak aku. Sebab obvious sangat baju aku tak ikut tema.
Layannnnn
![]() |
Ni original baju aku. Tantek kannnn |
![]() |
BIG FAMILY |
Aku memang tak tahan lama tido rumah mak aku. Semalaman dah cukup.
Sebab rumah aku dekat so aku better balik tido rumah aku.
And to be honest since aku ada anak, aku lebih prefer duduk rumah sendiri,
Senang aku nak jeritkan si Ali kot dia buat bukan-bukan.
So malam tu aku balik rumah Wangsa Maju.
Shit rumah aku banjir. Bergenang-genang air kat ruang tamu.
Sumpah aku stress malam tu. Sedih mengenang nasib.
Dah lah penat weiii beraya walaupun PKP.
Rupanya punca dari paip washing machine yang dah dua kali aku (kawan aku) betulkan dalam seminggu.
FAKKKK !
Bau dah semacam so aku bet paip tu leaking time aku balik Jalan Ipoh.
Aku seriously penat gila malam tu so aku mandi and masuk bilik tido.
Takde masa aku nak layan sakit kepala paip bocor.
Esok baru aku settlekan.
So aku terpaksa bogelkan rumah aku. Ruang tamu and dapur affected.
Tikar getah aku cabut and buang. Lagipun dah memang koyak rabak tikar getah tu, so i guess it’s about time to change.
Karpet aku jemur sebab karpet aku bukan jenis boleh basuh mesin.
Nasib baik dua-dua bilik selamat.
Orang kemas rumah sebelum raya, yang aku ni kemas rumah lepas raya. Apedaaaaa....
Now rumah aku berlantaikan simen.
Ada lah karpet buat lapik kaki tak nak bagi merekah.
Aku dah beli tikar getah untuk dapur and aku dah pasang tadi.
Kat ruang tamu ni aku tak sure nak pasang tikar getah atau nak beli karpet je buat penuh ruang.
Kalau pindah boleh angkut.
Lantai simen ni, sejuk lain macam so memang aku habiskan masa atas katil je.
Pantang pijak simen sikit terus nak terkucil.
Sejuk sangat.