Thursday, May 27, 2021

Sotong Celup Tepung ‘anti-tanggal’ Salted Egg.

This entry is an auto-published.

Aku rasa tak pernah lagi aku share resepi dalam blog.
2 hari lepas aku masak SOTONG CELUP TEPUNG SALTED EGG.
Ramai cakap nampak sedap.
Tapi kali ni aku nak share atas permintaan ramai. Gittewww macam ramai sangat readers kau.
Kat instagram ramai orang tanya resepi, so aku buat poll.

Bila mana kau rasa kau sangat artis siap nak buat poll bagai.

Nah resepi penuh. Tapi aku memperkenalkan dulu bahan utama. 
Kalau takde bahan ni, renyah sikit kerja kau.

Nindiaaa, the “star” of the show.

Untuk sotong celup tepung, kau sediakan :

Tepung Ubi
Tepung Jagung
Tepung Bestari (original/pedas)
Lada hitam
Garam
Telur

Cara-cara :

Panaskan minyak.
Kalau boleh minyak biar banyak. 
Nak guna resepi ni, kau wajib persetankan diet kau kkk.

Bahan-bahan kering ni kau gaulkan.
Sukatan dia kau ikut pada berapa banyak sotong kau guna.
Sotong kau potong kecil-kecil. 
Kau jangan tiru aku, potong besar-besar macam mulut ikan paus yang telan.
Nak tercekik aku masa nak mengunyah.

Sotong kau celup dalam telur dulu, then gaul dalam tepung kering and terus ke minyak panas.
InsyaAllah tepung tadi tetap lekat kat sotong tanpa tertanggal.


Satu benda aku tak suka bila kau guna method ni, minyak kau cepat hitam. Pastu lebihan tepung berkumpul kat bawah minyak.
Fry it up sampai garing and angkat dan letak tepi.

Bapak besar siel aku potong sotong ni. KAHKAHKAH



Next is the salted egg sauce.
Aku sertakan gambar ya.


Panaskan butter and minyak masak sikit. Masuk kan cili padi and daun kari.
Optional kalau nak masuk garlic, tapi aku tak letak. 
Malas nak kopek kulit dia hahaha.

Bila dah naik bau daun kari tadi, PERLAHAN kan api dan kau terus masukkan tepung bestari CAMPURAN TELUR MASIN KEEMASAN. KACAU supaya dia tak hangit.

Kalau kau acah-acah nak healthy tak nak guna tepung, kau rebus dulu telur masin 2-3 bijik and just amik telur kuning dia sahaja. Dan kau lenyek-lenyek kan dalam kuali. Sama jugak, dia akan berbuih.

Sebelum kau masukkan sotong, aku cadangkan kau tutup je lah api untuk elakkan hangit.
Salutkan sos bagi dia rata. Ada orang nak letak susu, jadilah BUTTERMILK SALTED EGG SAUCE.
Dipersilakan. Ikut selera tekak masing-masing.


SIAP !!!


Salad tu yang buat meriah sebenarnya.
Tapi memang superb sedap wehh. Promise.

Aku tak masak nasi sebab aku tahu nasi aku tak siap masak lagi, lauk aku ni dah masak.
So aku ratah je lauk ni dengan salad.
So perangai pemalas aku tu korang boleh tiru sebab boleh lah kurus sikit untuk hari tersebut.

Kurus sikit je lah.
Dah kalau kau menggoreng tadi, minyak dah sebeban.
Butter lagi, tepung segera lagi.
Simpan je lah angan-angan.

Bai.