Saturday, May 29, 2021

Total Lockdown 2.0

Kerajaan dah umum total lockdown 2.0 bermula 1/6/21.
Part of me is happy, but part of me is sad untuk peniaga-peniaga kecil diluar sana.
Even aku yang employed ni pun, tak tahu berapa lama bertahan dengan kerja ini.
Kalau boleh bertahan, tak tahu sampai bila gaji basic kekal sama time MCO ni.
Sekarang pun komisen jarang-jarang nampak batang hidung.

Aku kerja call centre untuk telco.
Obviously, kerja aku is one of the exemption service for MCO.
Telco is an esential service melainkan aku kerja di kaunter.
Masa lockdown tahun lepas, semua budak-budak office aku cuti bergaji kecuali yang 15 orang termasuk aku.
Basically, aku memang tak cuti since tahun lepas.
Office aku ada buat rotation basis tapi sekejap sangat. Last-last semua kena kerja macam biasa.
Aku tak merasa duduk rumah time lockdown berminggu-minggu macam orang lain.
Ni aku dapat duduk rumah pun sebab self-quarantine. 

Ada budak office aku yang tak setuju kena kerja waktu lockdown.
Risau kan diri sendiri terdedah dengan covid.
Rasa macam risiko kan diri sendiri datang office kena kerja.
Tapi duduk rumah nak gaji penuh.
Bila office cut gaji sebab kau duduk rumah, pandai pulak kau mengeluh.
Kau nak mengadu kat pejabat buruh bagai.
Senang cerita buat apa pun kau nak mengadu lah.
Mana kau belajar matematik ni ?

Aku faham semua orang pun risau pasal covid.
Tapi jangan take it for granted.
Be it staffs ataupun bosses.
Yup covid is real, tapi precaution dia is very easy.
Stay at home. But if you really have to go out, follow SOP.
Benda pasal SOP ni dah banyak kali orang tekankan.
Dalam TV ada iklan. Dalam public transportation pun ada iklan.
Kat most of the building pun ada iklan. Entrance shopping mall pun ada iklan.
Entrance mana-mana pintu bangunan pun ada iklan.
So apa lagi yang kau tak pahamnya.

Hand sanitizer pakai.
Sama macam iklan-iklan SOP, sanitizer ni pun berlambak.
Every entrance memang akan ada sanitizer.
So pakai lah. Bukan nye sekali kau picit dia charge kau kan.
Pakai mask. Bila kat luar, pakai mask all the times.
Double mask kalau kau larat.
Budak-budak kecil, jangan bagi keluar rumah.
Aku yang ada anak kecil pun, aku minimumkan masa dia kat luar.
Pegi rumah pengasuh, balik dari rumah pengasuh.
Kalau aku kena keluar nak beli barang, aku beli sebelum aku amik Ali.
Tapi kalau urgent sangat, aku tinggalkan Ali dengan iPad.
Boleh facetime all the time.
Ali pun pandai call aku guna facetime ni.
Teknologi ada, gunakan lah. Take advantage on the technologies yang dah diciptakan ni. Geezzzz.

MCO kali ni aku cuak juga sebenarnya.
Aku tak tahu berapa lama company aku boleh sustain tapi aku doakan Allah permudahkan urusan aku ni.
SQ kali ni betul-betul membuatkan aku berfikir panjang.
Pasal kerja, pasal anak, pasal diri sendiri.
Entry aku kali ni bukan untuk sape yang baca je.
Aku peringatkan diri sendiri juga.
Sebab sebelum ni yang terpaling rimas pakai mask kat office is aku la.
Sebab aku rasa social distancing is enough.
Pakai mask bila nak bangun and nak ke tandas or meja orang.
Maybe this time, aku akan sentiasa pakai mask and kurangkan menyinggah ke meja orang.

Aku serik 10 hari tak jumpa anak.
Rindu dia tak tertanggung.




Friday, May 28, 2021

Seminggu tanpa Ali.

Another auto-published entry.

Harini adalah hari ke-7 aku alone kat rumah and Ali kat rumah pengasuh.
The last time Ali tak balik rumah was when he is 1 year old plus.
Masa tu, aku terpaksa kerja masa Hari Raya Aidilfitri.
Ali terpaksa aku bagi pengasuh bawak balik kampung.
Aku beruntung waktu tu sebab at least pengasuh nak bawak Ali balik kampung.

Dulu aku kerja customer service. So operation is 24/7, korang faham-faham je lah.
Kerja aku waktu tu is rotational basis.
Ada time aku kerja pagi, ada time aku keje malam.
And waktu tu Ali kecil lagi, aku rasa ok lah kot aku kerja cari duit dulu.
So aku lepaskan Ali kat pengasuh.

Nak jadi single mother ni susah bila kau takde DUIT.
Everything is money. Even masa kau pun duit, cuti kau pun duit.
So i make use off all the OTs I can do, public holidays, more working hours and so on.
Yes, during that time masa aku dengan Ali is very limited.
Weekends kerja, hari cuti aku nak rehat.
Tapi aku paksa diri untuk spend masa dengan Ali.
Yes, kena paksa diri. Sebab kalau tak paksa, i’d rather be sleeping lunaskan hutang-hutang tidur.

I documented my journey with Ali in my insta-story and facebook statuses.

Raya 2018. Seminggu dia balik kampung pengasuh. Aku raya sorang-sorang kat sini.

So aku decided biarkan Ali tido kat rumah pengasuh supaya
aku tak payah nak ketuk rumah orang pagi-pagi buta.

Semua yang aku buat macam suruh pengasuh bawak Ali balik kampung, jaga anak aku time public holiday atau jaga anak aku lebih masa bukan bermodalkan air liur sahaja ya. 
Semua ni melibatkan duit. Kau amik masa orang, kau ganti dengan duit. Win-win.
Waktu ni gaji boleh tahan la. Boleh la nak spend RM500-600 sebulan untuk mengasuh Ali je.
Dah macam hantar anak masuk playschool cina.

Aku tukar kerja masa Ali umur hampir 2 tahun.
Waktu ni aku rasa tak berbaloi sebenarnya aku kerja gaji banyak tapi takde peace of mind.
Dah la aku sacrifices masa dengan anak, aku kejar duit tapi end up kat office ada orang busuk hati dengan kau.
Tak berbaloi ya bila aku ditikam dari belakang. 
Last-last aku berhenti. Eh kalau nak cerita pasal pengalaman kerja ni, berlambakkkk.
Racism, incompetent boss, kawan-kawan dengki, kipas mengipas.
Nanti lah aku cerita kat post lain.

Sampai lah aku jumpa kerja aku sekarang.
Sumpah, gaji sangat beza dengan apa yang pernah aku earned sebelum ni. 
Beza as in my basic salary is low.
This is not the best company I have ever work with, tapi alhamdullilah masih ada semangat aku nak bangun pi kerja hari-hari.
Aku ada peace of mind, supportive coleagues and walaupun haywire here and there but I can say aku ada plenty of times dengan Ali.

I was so lucky to have Ali as my son.
I stressed this all the time but I DONT WANT TO TRADE HIM WITH ANYTHING ELSE.
Dari dia kecil sampai lah now dah 4 tahun, we cope with each other really well.
Aku cakap ni bukan sebab Ali anak aku, but he is such a sweet boy.
Sejak aku kuarantin, aku hari-hari update dengan pengasuh pasal Ali.
And Ali pulak hari-hari tanya kat pengasuh,

“Bila Mommy nak sihat ?”

Terharu doh aku bila budak umur 4 tahun boleh concerned macam tu.
Ali ni ada perangai tolerable and his consideration level is high juga.
Adalah at certain time kadang-kadang dia being unreasonable juga.
Bila datang unreasonable dia, itu jadi tugas aku kena ajar dia lah kan.

Belum pernah lagi Ali throw tantrums teruk-teruk depan orang ramai.
Belum pernah lagi Ali jerit-jerit kat aku depan orang ramai.
Ali is so friendly dengan budak-budak sebaya dia and also orang dewasa.
Cuma, Ali ni ada masalah bila dengan crowd dia tak duduk diam.
Dia akan lari non-stop.
This is something yang aku rasa aku kena refer doctors.
Tu je lah kot.

Dah lama tak rasa Ali tak tido sebantal dengan aku, selalu ada je dia kejap-kejap mintak peluk la, mintak cium la, mintak kena marah pun ada.
So kau faham tak perasaan rindu dia macam manaaa.
😢😢😢
Pantang aku duduk diam-diam dalam bilik atau dalam toilet, mesti ada Ali nak menyebok.
Pastu tengah-tengah malam mengadu lapar padahal dah makan nasi 3 pinggan adult portion.
Pastu sibuk datang tunjukkan kat aku invention dia guna lego tu.
Macam-macam dia reka.
Airplane la, race car la, dinasour la, race car airplane pun ada.
Dah bosan sangat dia ajak aku baca Peter and Jane.

Ada je lah jalan nak communicate dengan aku.
Sebab tu bila dia takde seminggu ni, suram betul kehidupan aku jadinya.
Nasib baik lah aku negative kobit.
Kalau aku positive kobit, aku rasa entry aku mungkin bunyi lain macam and boleh buat korang nangis.

Cepat lah 30 May !

Thursday, May 27, 2021

Sotong Celup Tepung ‘anti-tanggal’ Salted Egg.

This entry is an auto-published.

Aku rasa tak pernah lagi aku share resepi dalam blog.
2 hari lepas aku masak SOTONG CELUP TEPUNG SALTED EGG.
Ramai cakap nampak sedap.
Tapi kali ni aku nak share atas permintaan ramai. Gittewww macam ramai sangat readers kau.
Kat instagram ramai orang tanya resepi, so aku buat poll.

Bila mana kau rasa kau sangat artis siap nak buat poll bagai.

Nah resepi penuh. Tapi aku memperkenalkan dulu bahan utama. 
Kalau takde bahan ni, renyah sikit kerja kau.

Nindiaaa, the “star” of the show.

Untuk sotong celup tepung, kau sediakan :

Tepung Ubi
Tepung Jagung
Tepung Bestari (original/pedas)
Lada hitam
Garam
Telur

Cara-cara :

Panaskan minyak.
Kalau boleh minyak biar banyak. 
Nak guna resepi ni, kau wajib persetankan diet kau kkk.

Bahan-bahan kering ni kau gaulkan.
Sukatan dia kau ikut pada berapa banyak sotong kau guna.
Sotong kau potong kecil-kecil. 
Kau jangan tiru aku, potong besar-besar macam mulut ikan paus yang telan.
Nak tercekik aku masa nak mengunyah.

Sotong kau celup dalam telur dulu, then gaul dalam tepung kering and terus ke minyak panas.
InsyaAllah tepung tadi tetap lekat kat sotong tanpa tertanggal.


Satu benda aku tak suka bila kau guna method ni, minyak kau cepat hitam. Pastu lebihan tepung berkumpul kat bawah minyak.
Fry it up sampai garing and angkat dan letak tepi.

Bapak besar siel aku potong sotong ni. KAHKAHKAH



Next is the salted egg sauce.
Aku sertakan gambar ya.


Panaskan butter and minyak masak sikit. Masuk kan cili padi and daun kari.
Optional kalau nak masuk garlic, tapi aku tak letak. 
Malas nak kopek kulit dia hahaha.

Bila dah naik bau daun kari tadi, PERLAHAN kan api dan kau terus masukkan tepung bestari CAMPURAN TELUR MASIN KEEMASAN. KACAU supaya dia tak hangit.

Kalau kau acah-acah nak healthy tak nak guna tepung, kau rebus dulu telur masin 2-3 bijik and just amik telur kuning dia sahaja. Dan kau lenyek-lenyek kan dalam kuali. Sama jugak, dia akan berbuih.

Sebelum kau masukkan sotong, aku cadangkan kau tutup je lah api untuk elakkan hangit.
Salutkan sos bagi dia rata. Ada orang nak letak susu, jadilah BUTTERMILK SALTED EGG SAUCE.
Dipersilakan. Ikut selera tekak masing-masing.


SIAP !!!


Salad tu yang buat meriah sebenarnya.
Tapi memang superb sedap wehh. Promise.

Aku tak masak nasi sebab aku tahu nasi aku tak siap masak lagi, lauk aku ni dah masak.
So aku ratah je lauk ni dengan salad.
So perangai pemalas aku tu korang boleh tiru sebab boleh lah kurus sikit untuk hari tersebut.

Kurus sikit je lah.
Dah kalau kau menggoreng tadi, minyak dah sebeban.
Butter lagi, tepung segera lagi.
Simpan je lah angan-angan.

Bai.

Wednesday, May 26, 2021

Self Quarantine 2nd time in 2021.

Hello.
Harini bersiaran dari rumah, self quarantine tanpa Ali disisi.
Sedih weh, dah 6 hari tak jumpa anak.
Aku harap Ali masih mahu mengaku aku mommy dia bila aku dah habis quarantine nanti.
Insya Allah amin. Hahaha 🤪 

Ini kali kedua aku menempuh self-quarantine untuk tahun 2021.
Cuma kali ni perasaan tu berbeza. Tahap nervous, risau, cuak berkali-kali ganda level dia.
Sebab yang positive is TL aku.
Last time yang positive is staff/agent a.k.a kawan-kawan aku so aku tak takut sangat sebab waktu dorang kena tu aku tengah cuti.
Tapi ni kena kat TL aku sendiri yang selalu datang tempat aku. You know lah TL, she walked all over the places.
Aku pun selalu pi tempat dia. Of course aku sangat risau walaupun pakai mask. Apa yang dia sentuh, aku sentuh juga. Itu yang buat lagi cuak.

Hari Jumaat, aku rasa aku orang terakhir yang tahu TL aku positif.
Betapa lembabnya otak aku bekerja, aku ingatkan TL aku balik awal sebab emergency.
Aku tak proses langsung dalam otak aku yang dia positif. Kahkahkah.
So after lunch, ada 6 orang close contact Assistant Manager aku panggil untuk buat PCR.
Look, this is not the first time aku experience close contact.
Aku rasa first experience aku masih valid.
So aku bajet macam nak tunggu KKM call untuk swab test.
Oh tak boleh ! Aku disuruh juga buat PCR kat private.
I was lucky aku jumpa tempat yang murah. RM175 harga promo (Klinik Len Seng, Cheras)
Plus nak fork out money after raya and almost end of month, aku faham ramai yang tak bernasib baik macam aku.
But what to do. Dapat arahan bodoh, kena lah buat kerja bodoh.

Hari Jumaat buat PCR kat private, hari Ahad dapat news kena buat juga di KKM.
Like WTF ? Seriously, aku rasa office aku ni kena do something on their management lahhhh.
Instruction macam lahanat dan menyusahkan. Oh by the way, 32 orang kena SQ aand buat swab kat KKM.
More than half of these 32 buat swab kat private. Padahal if we could wait for awhile, we don’t have to take out our own money untuk buat kat private clinics. Sialan.

Hari Ahad, aku dapt result dari private clinic. Alhamdullilah
Aku negatif.
KKM process is always the same. Buat swab KKM memang akan dapat gelang keramat.
So gelang keramat ni (pink tag), kau memang kena duduk rumah. 
Oh I am so done order kat panda mart sebab aku geram kalau lauk basah aku tak boleh pilih pegang dengan tangan. 
And I am living alone, Ali aku park kat rumah pengasuh.
So aku lari jap pi NSK beli lauk basah. 

Hari Isnin, appoinment KKM is at 10:00am.
Seriously, panas and beratur panjang.
Tapi sebab jumpa kawan-kawan office, takde lah rasa letih.
But we shared excitement and experience kena SQ.
Process is smooth tapi kena rodok hidung dua kali dalam masa 3 hari bukan lah satu benda yang seronok ya kawan-kawan.
After settle all semua kena quarantin until 30/5/21.
Now dah hari ke 6 sejak dari Klinik Len Seng,aku dah puas duduk rumah. 
Aku dah puas dengan zikir sendiri lapar, sendiri prep meal, sendiri masak, sendiri makan, sendiri kemas, sendiri basuh, sendiri buang - repeat.
Kalau ada Ali, senang sikt hati dapat makan puji-pujian.

Harini, aku dah dapat result KKM and of course aku negatif kobit. Alhamdullilah.
Betul lah bak kata Nuri, aku ni gagah perkasa. Hahahaha
Aku berdoa sangat aku tak positif, kalau betul pun dah takdir aku kena korona ni...biarlah lepas 4/6 ni.
Sebab itu tarikh aku nak suntik vaksin Astra.
Nasib baik aku register awal-awal bulan lepas.
Takde lah berebut macam 2nd batch.

Korang ada ke kawan anti-vaksin ?
Aku ada cuma dia jenis tak menghasut orang. Which is overall not good.
Sebab dia tak menghasut orang, tapi dia tak vaksin.
Dia boleh jadi pembawa dan menyusahkan masyarakat.
So aku decided untuk pilih tidak akan berkawan dengan orang anti-vaksin.
Mampus lah orang nak cakap apa.

Ada aku kisah ?
Kau sekolah ke tidak ?
SPM kau lulus ke tidak ?

Monday, May 17, 2021

Tragedi Malam Raya Pertama

Selamat Hari Raya readers.
Maaf zahir dan batin.
I hope everybody celebrated it with a blast walaupun PKP throughout the nation.

Aku faham ada orang yang marah sebab kerajaan tiba-tiba nak buat PKP seminggu sebelum raya.
Lepastu SOP yang haywire. Kejap bazar ramadan boleh bukak, kejap tak boleh.
PKP time raya,  SOP meraban.
Ziarah parents kat different daerah tak boleh. 
Aktiviti ziarah untuk raya pertama tak lebih 20 orang.
Shopping mall beroperasi macam biasa. Haaaa kemain ramai lah orang menziarah di shopping mall. Apekebodo?

Nasib baik rumah aku and parents dalam daerah yang sama.
So raya aku balik sana.
Adik beradik aku dah memang ada kat sana so takde hal sangat nak beraya.
Cuma kakak sulung and adik no 5 je takde. Masing-masing kat Perak and Terengganu.
Macam biasa, malam raya bunyi mercun dah macam perang kat Palestine. 
Memng acara tahunan kat perumahan awam so takde sape boleh marah.
Amik la upacara perayaan apa pun. Sama je.

Sorry aku tak take picture juadah hari raya.
And aku tak berapa pegang phone sangat sebab line kat rumah mak aku is super slowwww.
Aku list down and korang imagine je la ek.

1. Lemang
2. Nasi impit.
3. Kuah kacang (yang aku jual)
4. Rendang ayam.
5. Daging dendeng.
6. Pulut kuning.

So semua makanan-makanan ni selamat masuk perut aku tanpa segan silu.
Diet ?
Apakah itu ?

Oh tema baju raya tahun ni is OLIVE GREEN. As usual, bab-bab tema ni selalu aku failed miserably.
Kain dah olive green tapi cari baju tak jumpa.
Dah 2 tahun aku beli baju raya online and dua-dua kali pun failed.
Last year, aku beli 2 kali sebab aku bajet aku ni kecik. Rupanya dah size 3XL rupanya.
KAHKAHKAH
This year around pulak, aku beli last minit.
Kain aku beli online. Aku rasa aku gain weight teruk so aku amik 6XL terus.
Aku ingat 6XL is 4XL la sebab selalu online kan macam tu.
Aku based on pengalaman.
Sekali hambekk kau.
Dah macam pakai guni.
Tak pasal-pasal pagi raya dah kena menjahit-jahit.
Baju pulak aku tak jumpa olive green yang berkenan so aku pakai sauk je apa ada kat AEON.
Asalkan matching dengan warna kain.
End up waktu bergambar, aku sauk pulak baju kakak aku. Sebab obvious sangat baju aku tak ikut tema.
Layannnnn 

Ni original baju aku. Tantek kannnn

BIG FAMILY



Aku memang tak tahan lama tido rumah mak aku. Semalaman dah cukup.
Sebab rumah aku dekat so aku better balik tido rumah aku.
And to be honest since aku ada anak, aku lebih prefer duduk rumah sendiri,
Senang aku nak jeritkan si Ali kot dia buat bukan-bukan.

So malam tu aku balik rumah Wangsa Maju.
Shit rumah aku banjir. Bergenang-genang air kat ruang tamu.
Sumpah aku stress malam tu. Sedih mengenang nasib.
Dah lah penat weiii beraya walaupun PKP.
Rupanya punca dari paip washing machine yang dah dua kali aku (kawan aku) betulkan dalam seminggu.
FAKKKK !

Bau dah semacam so aku bet paip tu leaking time aku balik Jalan Ipoh.
Aku seriously penat gila malam tu so aku mandi and masuk bilik tido.
Takde masa aku nak layan sakit kepala paip bocor.
Esok baru aku settlekan.

So aku terpaksa bogelkan rumah aku. Ruang tamu and dapur affected.
Tikar getah aku cabut and buang. Lagipun dah memang koyak rabak tikar getah tu, so i guess it’s about time to change.
Karpet aku jemur sebab karpet aku bukan jenis boleh basuh mesin.
Nasib baik dua-dua bilik selamat.
Orang kemas rumah sebelum raya, yang aku ni kemas rumah lepas raya. Apedaaaaa....

Now rumah aku berlantaikan simen.
Ada lah karpet buat lapik kaki tak nak bagi merekah.
Aku dah beli tikar getah untuk dapur and aku dah pasang tadi.
Kat ruang tamu ni aku tak sure nak pasang tikar getah atau nak beli karpet je buat penuh ruang.
Kalau pindah boleh angkut.

Lantai simen ni, sejuk lain macam so memang aku habiskan masa atas katil je.
Pantang pijak simen sikit terus nak terkucil.
Sejuk sangat.

Friday, May 07, 2021

7A - Siblings from different parents

 Bersiaran live dari Wangsa Maju, alone sebab Ali tido rumah Cikbee.
Hewhewhew

Esok MCO kali ke 3 untuk certain parts of Malaysia including KL.
Therefore, me and my colleagues decided untuk berkumpul and berbuka kat Nu Sentral, Original Kayu Nasi Kandar.
Makan malam harini di taja oleh my team leader Farah sebab kalah betting hahahaha

Berkumpul hari ini was different because this will be our last gathering together for group 7A.
Nope, I am not resigning. 
I will be changing my team and my team leader as well.
It’s a sad moment for me. I thought I wouldn’t be crying. But I did.

No matter where you work at, you are bound to make friends.
Regardless kau kerja office atau retail, F&B or freelance.
You will make friends with the people at your workplace.
Because you spend half of your every day with them.

Benda paling best bila kau bekerja is when you get along with your coworkers and you being understanding with each other. I treat 7A (we were 7D when I first joined them) as my family.  And I love our bonding and togetherness.

3 years with them and tiba-tiba kena tukar group and it was very sudden. Of course, I was furious and frustrated because never had I ever thought that I will be parted with them.  

For 3 years, they are my family.
They understand my struggles. 
They stop me from quitting my job because I couldn't take it when my commission was being calculated wrongly. 
Or when some action executed unfairly. 
Because most of my teammates are older than me, some are around my age they are like my sister and siblings for me from a different parents.
They get along, take care and treated Ali so nicely that they put my son first instead of me (on some occasion).
I am a person who always looking for motivation for my self in something or someone to keep going.
They gave me exactly the motivation that I need.
They will care about you on your good days,  be there for you on your bad days.
We feel the same amount of pain during the hard times when our commission is not enough especially during the pandemic, some of us live paycheck to paycheck and some of us barely struggle to get by.

I am thankful for the team that I was in. 
They are all nice and funny.
There is never a dull moment I work because we know when to have fun, and when to be serious.
I learn to work together as a team and form a close family out of it.
We had each other backs (though we badmouth each other too heee) and you look out for one another.


You guys are ❤️



Now it's time to turn the page, to a team and new chapter of my work journal.
Even though we are still under the same roof, I am pretty sure the feeling won't be the same.
Nevertheless, I hope I can maintain the same amount of spirit and withstand the changes.
I know I will.