Henlooooo
How is everyone fasting going ?
Aku stress betul dengan period aku ni.
Actually dah 3 bulan period tak menentu.
Aku dah pi hospital, doc cakap maybe sebab hormonal changes.
So takde ubat la kot sebab takde lak doc bagi ubat kan.
So bulan puasa ni dia datang on-off. And yang datang pun just spotty je.
Bulan Ramadhan ni, aku cuba kurangkan makan nasi.
But thats not the main point kalau nak kurus kan kalau air coke kau minum sebotol seminggu lmao.
Tak tahu lah apa masalah tekak aku ni, hari biasa takde lah nak minum coke sangat.
Bulan puasa ni nampak coke tu temping gila pulak.
Last Saturday aku and officemates ada makan-makan.
We chose Rumah Tamu Datin Halijah untuk berbuka.
RM50/person. Kids below 5 year old is free.
Sebab PKP so dia limit kan 250 pax je termasuk kanak-kanak.
The food was okay. Ada banyak lah juga selection.
Berbaloi dengan harga per pax.
Unfortunately, aku makan tak banyak malam tu.
Aku tak snap banyak pic makan malam tu, maklum lah dengan Ali yang auto-active bila dengan crowd, so aku snap sikit-sikit je.
![]() |
First aku makan kambing and fruits |
Ni last meal aku kat sana. Ratah lauk je |
Ada rojak buah, ada pelbagai jenis pasta like macaroni, spaghetti etc,
Dia ada flavored rice and nasi putih.
Flavoured rice tu aku tak sure nasi minyak ke apa sebab aku tak makan nasi malam tu.
Tapi dorang kata nasi dia keras sikit.
Ada ABC, pisang goreng, keledek goreng jugak.
Air dia pun ada beberapa selection.
Air oren susu (sedap!), sirap selasih, laici. Air panas is teh tarik and kopi kot.
Yong Tau Fu pun ada. Kuih muih traditional pun ada.
And also kambing grill.
Not bad lah kan cuma untuk aku takde apa yang wow sangat.
Tapi berbaloi dengan harga RM50.
Hotel-hotel punya buffet aku tengok kemain mahal dorang main harga.
Semuanya lebih RM100. Of course makanan hotel nampak lebih menarik dari tempat lain.
Tapi waktu bulan puasa ni, berapa banyak sangat makanan yang boleh kau sumbat dalam perut kan.
Sebab tu aku join event ni bukan sebab nak makan.
Tapi lebih kepada nak hang out dengan kawan-kawan.
Pastu photo session.
Ala once in awhile apa salahnya kan.
After break-fasting session, aku rushed jumpa pakcik aku sebab nak amik acar buah nak hantar ke rumah mak aku.
Sekali dengan Cikbee, adik dia and anak dia aku angkut sekali.
Aku balik rumah mak aku sebab nak amik tart nenas untuk bebudak opis. Ada lah few orders je aku amik.
Penyudahnya aku kena kecam sebab tak open order.
Bukan tak nak amik order... biasalah barang aku kan semua limited edition katakauuuu
Aku tahu mak aku buat tak banyak. So aku amik order ala-ala buat syarat bagi orang merasa.
Last-last berebut kihkihkih
Nanti lah kalau ada balance aku bagitahu laa ye kawan-kawan.
Lepas settle amik kuih raya, kawan-kawan lain dok sambung karoke pulak.
Tak padan dengan bulan ramadhonnn.
Aku and Cikbee tak join lah sempena menghormati bulan ramadhan.
Kalau aku sorang je, aku rasa aku join karok tu hahahhaa
Tapi we all lepak sama kat mamak near to dorang punya tempat karok sebab perut aku lapaqq
Aku order maggi goreng and Ali nasi lemak.
We ended sampai rumah around 2am jugak la.
And ada insiden menyakitkan hati sebab si Ali berak dalam seluar.
Bebai aku time nak balik sebab aku tak baju spare Ali.
So Ali aku tinggalkan kat rumah Cikbee sebab kat rumah Cikbee memang ada baju Ali.
Aku pun balik rumah bawak sekali dengan kereta Cikbee sebab rumah dia takde parking.
Esok pagi nak amik Ali, pulangkan kereta sekali. Motor aku memang aku parking kat sana pun.
So itu lah ending berbuka puasa bersama-sama rakan office.