Tuesday, April 27, 2021

Rumah Tamu Datin Halijah



 Henlooooo
How is everyone fasting going ?

Aku stress betul dengan period aku ni.
Actually dah 3 bulan period tak menentu.
Aku dah pi hospital, doc cakap maybe sebab hormonal changes.
So takde ubat la kot sebab takde lak doc bagi ubat kan.
So bulan puasa ni dia datang on-off. And yang datang pun just spotty je.

Bulan Ramadhan ni, aku cuba kurangkan makan nasi.
But thats not the main point kalau nak kurus kan kalau air coke kau minum sebotol seminggu lmao.
Tak tahu lah apa masalah tekak aku ni, hari biasa takde lah nak minum coke sangat.
Bulan puasa ni nampak coke tu temping gila pulak.

Last Saturday aku and officemates ada makan-makan.
We chose Rumah Tamu Datin Halijah untuk berbuka.
RM50/person. Kids below 5 year old is free.
Sebab PKP so dia limit kan 250 pax je termasuk kanak-kanak.

The food was okay. Ada banyak lah juga selection. 
Berbaloi dengan harga per pax.
Unfortunately, aku makan tak banyak malam tu.
Aku tak snap banyak pic makan malam tu, maklum lah dengan Ali yang auto-active bila dengan crowd, so aku snap sikit-sikit je.

First aku makan kambing and fruits



Ni last meal aku kat sana. Ratah lauk je



Ada rojak buah, ada pelbagai jenis pasta like macaroni, spaghetti etc,
Dia ada flavored rice and nasi putih.
Flavoured rice tu aku tak sure nasi minyak ke apa sebab aku tak makan nasi malam tu.
Tapi dorang kata nasi dia keras sikit.
Ada ABC, pisang goreng, keledek goreng jugak.
Air dia pun ada beberapa selection.
Air oren susu (sedap!), sirap selasih, laici. Air panas is teh tarik and kopi kot.
Yong Tau Fu pun ada. Kuih muih traditional pun ada.
And also kambing grill.







Not bad lah kan cuma untuk aku takde apa yang wow sangat.
Tapi berbaloi dengan harga RM50.
Hotel-hotel punya buffet aku tengok kemain mahal dorang main harga.
Semuanya lebih RM100. Of course makanan hotel nampak lebih menarik dari tempat lain.
Tapi waktu bulan puasa ni, berapa banyak sangat makanan yang boleh kau sumbat dalam perut kan.
Sebab tu aku join event ni bukan sebab nak makan.
Tapi lebih kepada nak hang out dengan kawan-kawan.
Pastu photo session.
Ala once in awhile apa salahnya kan.

After break-fasting session, aku rushed jumpa pakcik aku sebab nak amik acar buah nak hantar ke rumah mak aku.
Sekali dengan Cikbee, adik dia and anak dia aku angkut sekali. 
Aku balik rumah mak aku sebab nak amik tart nenas untuk bebudak opis. Ada lah few orders je aku amik.
Penyudahnya aku kena kecam sebab tak open order. 
Bukan tak nak amik order... biasalah barang aku kan semua limited edition katakauuuu
Aku tahu mak aku buat tak banyak. So aku amik order ala-ala buat syarat bagi orang merasa. 
Last-last berebut kihkihkih
Nanti lah kalau ada balance aku bagitahu laa ye kawan-kawan. 

Lepas settle amik kuih raya, kawan-kawan lain dok sambung karoke pulak. 
Tak padan dengan bulan ramadhonnn.
Aku and Cikbee tak join lah sempena menghormati bulan ramadhan.
Kalau aku sorang je, aku rasa aku join karok tu hahahhaa
Tapi we all lepak sama kat mamak near to dorang punya tempat karok sebab perut aku lapaqq
Aku order maggi goreng and Ali nasi lemak.

We ended sampai rumah around 2am jugak la.
And ada insiden menyakitkan hati sebab si Ali berak dalam seluar. 
Bebai aku time nak balik sebab aku tak baju spare Ali.
So Ali aku tinggalkan kat rumah Cikbee sebab kat rumah Cikbee memang ada baju Ali. 
Aku pun balik rumah bawak sekali dengan kereta Cikbee sebab rumah dia takde parking.
Esok pagi nak amik Ali, pulangkan kereta sekali. Motor aku memang aku parking kat sana pun.

So itu lah ending berbuka puasa bersama-sama rakan office.





Friday, April 16, 2021

Kuala Selangor with love - 2

Let’s sambung entry Kuala Selangor.

So on the second we woke up quite early.
Ali awal-awal dah terjun kolam.
Mat Shah cari breakfast.
Aku and Zie dok melepak-lepak tengokkan Ali.

Aku lupa nak bagitahu yang during this trip kan, perut aku memang buat hal.
Aku tak tahu lah aku kena keracunan makanan ke apa.
Tiap kali aku makan, aku memerut.
And memang perut rasa tak selesa betul.

We checked out pukul 1:00pm and terus cari lunchh
And again, mentarang !
It was super hot lah kat sana. Panas nak mampuih sampai aku rasa memang banyak betul aku burn calories.
Tapi tu lah, nak makan banyak sangat tak berani sebab perut aku tak okay.
Kitorang makan kat kedai berhadapan dengan kedai Faridah semalam.
And the mentarang was the best.
Confirm aku repeat lah kalau aku datang sini.
Mentarang dia juicy and tak over-bakar so the shell tak hangus.
Memang rasa juicy masin-masin laut. Ngam !

Remember my mission nak cari crispy sotong celup tepung ?
Yup, found it kat kat kedai ni. 
Aku tak snap pic sotong tapi sotong dia sedap and tepung buatan sendiri.
Aku ingat nak tapau tepung celup dia bagaiiii hahahaha
Nama kedai is Kedai Haji Mentarang Bakar.
Mentarang dia kira by kilo. Sekilo RM35 tapi memang puas hati lahh.

Next stop is jungle trekking kat Taman Alam, Kuala Selangor.
Again, aku tak amik pic pintu masuk sebab perut aku memulas.
Plus panas and monyet berkeliaran banyak gila kat sana.
I let Zie and Mat Shah beli entrance ticket RM4/person.

Dalam taman ni ada banyak benda kau boleh explore
Ada rumah api. Ada meriam yang perang-perang tu.
Tapi kitorang just jalan sampai pokok bakau je.
Tu pun bagai nak patah kepala lutut aku. Maklumlah gemok.
Kalau kau complete the track, it will take 1-2 hours (give or take)
Mampuihhh.
So lepas amik pic kat bakau kitorang patah balik. Tak larat nak 1 round.

Budak ni tak reti penat kk



On the way balik, kitorang singgah kat Pantai Remis.
Dorang cakap Mee Bandung Udang sedap.
Tapi aku masih kenyang and aku risau perut buat hal.
So aku skip makan and minum laici kang je.
Seriously laici kang RM3 tak kedekut bahan kk.
Siap ada kacang, nata de coco, buah pala.
Seronok aku menghirup.

Oh by the way sebelum nak sampai kat Taman Alam tu, boleh pulak bateri kereta Zie kong.
Nasib baik time tu ada kat stesen minyak.
So terus call pomen untuk bawak bateri baru.

Sampai rumah around 8:00pm. Awal kannn
Sebab esoknya aku kerja.
So tak boleh nak melepak sangat.
Plus memang keletihan.
Ini lah natijah bila berat badan kau over 100kg macam aku ni.
Haihhh
Now dah 4 hari puasa. 
Aku cuba cut gula and nasi.
Dengan harapan, seluar Uniqlo size pinggang 36 aku boleh pakai buat raya nanti.

Sunday, April 11, 2021

Kuala Selangor with love.

 A-a-ay, I'm on vacation
Every single day 'cause I love my occupation
A-a-ay, I'm on vacation
If you don't like your life, then you should go and change it

Song / Artist : Vacation - Dirty Heads


Well thats exactly. 
Kalau kau tak suka dengan kehidupan kau, bukan cakap kau nak mati.
Instead, kau ubah cara kehidupan kau.
Because nobody is going to do it for you.
It's your life after all kan.

Ni tak habis-habis guna ayat

Nak mati !
Atau 
Lebih baik aku mati !
Atau
Mati kan lebih bagus !
(aku kata kat diri sendiri kkk)


Khamis lepas I went to a short trip to Kuala Selangor with Zie and Mat Shah.
Memang ni lah kawan-kawan nak berjalan pun hahaha.
It was 2 days trip and sebenarnya berjalan sebab nak merasa makan mentarang.
Aku macam tak sure mentarang tu apa. Rasa macam pernah makan masa aku Melaka tapi dorang cakap mentarang ni ada kat
Kuala Selangor and Pahang je.
So aku tak sure ape benda yang aku makan kat Melaka kahkahkah

Aku adalah sejenis follow orang bila bab-bab berjalan/camping.
Unless kalau aku di-requiredkan untuk buat planning macam time aku pi Ipoh then aku buat lah.
Bukan aku jenis follow sebab aku takde pendirian ke apa, cuma aku lebih suka memudahkan urusan.
Ni kang dok argue nak pi sana, nak pi sana last-last bergaduh je lebih. Geraknya tak jugak.
So lebih baik follow je. Plus Zie and Mat Shah dah pernah pi sana so dorang ada pengalaman.

Hari Selasa malam, ngam-ngam rumah aku takde air. Tapi sebab dah amik order food kat office so aku kena masak juga. 
Nasib baik ada Cikbee yang membantu. Aku tumpng rumah dia untuk basuh ayam and sayur. 
Masak tetap kat rumah aku sebab aku tak selesa masak rumah orang.
Tangan nak berketang ketung pepagi buta rumah orang kannn.
Aku segan walaupun Cikbee offer banyak kali.
Aku appreciate dia punya offer tapi this time aku tolak.
Next time kkkk Cikbee.

Alang-alang rumah takde air so malam Rabu aku tido rumah Zie.
Esok pagi, we all gerak around 11:00am sebab nak lepaskan orang office pi kerja.
Perjalanan smooth, alhamdullilah. 
Ngam-ngam sampai jam 1:00pm and terus makan tengahari.

This is my first time lah sampai sini

These are what we had. Look at the mentarang, sooo sikit yeee


So basically mentarang for me is like a combo of siput buluh and kerang/lala. 
I thought yang kat kedai Faridah ni dah the best mentarang rupanya the best is yet to come. Hewhewhew
Aku order ikan kembung masak lemak cili api sebab aku ingatkan nak bagi Ali.
End up aku juga yang makannya.
Mentarang aku makan not as much as Zie and Mat Shah. Maybe sebab masih baru, so tekak susah nak terima.
Tapi boleh je makan.
Total makan untuk 3 1/2 orang is RM61.
Mentarang dia kira by pinggan. RM17/pinggan.
We took 2 plates.

This is the exciting part. Our stay !
Wish you can watch the 15 sec vid below.



This is our “1 night stay” home. Aku cilok dari google sebab aku tak snap pic.

Nampak macam kecik ? Indeed it is small
Kalau untuk family aku tak recommend sebab ruang nak salin baju is so sempit.
As if kau duduk dalam khemah. If you a tall person pun aku tak recommend duduk sana.
Better kau duduk hotel je lah. 
However so....
The landscape and scenery is MasyaAllah beautiful lillahi Taala.
Aku memang amazed and impressed gila dengan suasana dia.
I fell in love terus sebab all the greenery views are splendid.

Toilet kongsi.
Pantry kongsi and its an outdoor pantry.
TV also kongsi located at the pantry.
Toilet is together dengan shower.
Kolam untuk berendam ada. Both kanak-kanak and dewasa.
Tapi dewasa tak dalam macam olimpik pool lah kk.
RM70/malam on weekday.
RM90/malam on weekend.

Night activity pulak, we went to fireflies watching tour and blue tears cruising tour.
Fireflies korang tahu lah lan.
Kelip-kelip tu. So nak tengok kelip-kelip ni, kena naik boat.
This is Ali’s first time naik boat and alhamdullilah, he was totally okay.
I was so glad. 


Chill and take it easy je stail dia ni.

Aku tak snap pic buat dua-dua activities ni sebab al maklumlah henpon sikit punya cikai.
Disebabkan gelap maka, pictures are all gelap juga.
So tak payah lah aku tepek kat sini.
Tapi seronok nampak kelip-kelip berlambak-lambak kat sini.
Ali tak excited sangat maybe sebab dia tak tahu tu kelip-kelip atau lampu hari raya kahkahkah.

Blue tears ni adalah sesuatu yang sangat baru untuk aku.
Tak pernah aku dengar sebelum ni.
Korang google lah picture dia kk.
Blue tears ni is actually a zillion of plankton kat air.
Dia keluarkan warna biru bila kau godak-godak (disturbed) dia.
So while you were on the boat, pemandu boat akan bagi kayu panjang untuk kau godak-godak air tu.
Kau akan nampak lah blue tears tu.
Memang cantik tapi again, henpon cokia aku tak mampu nak abadikan gambar dek kerana gelap.
Hampehh.
Both tour and cruising is RM35/person. Kanak-kanak or dewasa harga sama.

After the tour, it was drizzling hujan
So we decided untuk makan kat area near to our stay je.
And again, makan mentarang.
Aku order daging masak merah sebab aku tak telan mentarang banyak.
Aku ada mission which aku cari sotong celup tepung yang crispy.
But they are all offer sotong goreng tepung ala-ala cekodok which aku tak berkenan.

Sampai tube house arond 11:30pm and terus rest and relax.
Esok nak balik KL and before balik ada aktiviti merentas desa.
Kahkahkahkaah
Sambung next post lah ek.
Muntah pulak korang baca panjang-panjang.

Friday, April 09, 2021

Throw away the bad experience, but save the lesson

Sebenarnya aku ada banyak benda nak tulis dalam blog ni.
Tapi aku tak tahu mana satu aku nak mula dulu.

Alhamdullilah, aku masih meniaga packed food kat office and as I mentioned before, packed food aku is very the limited edition. 
Aku just boleh buat dalam 10-12 pax je sebab ;

1. Limited time
Well aku buat semua sendiri.
Beli barang, aku.
Prep barang pun, aku.
Memasak pun, aku.
Membungkus pun, aku.
Bawak pi office pun, aku.
Aku balik dari office, aku terus pi beli barang. Aku tak simpan stok sebab aku takde freezer. 
So barang-barang basah like ayam, ikan etc (depends on apa aku nak masak esok) memang aku beli hari-hari. 
Barang-barang kering, aku stock up untuk seminggu. Senang tak kalut.
Balik beli barang, rest for 30-45 minit, then aku prep barang. By the time aku sampai rumah, it’s already 8:30-9:00pm. 
Aku bajet nak tido jam 10:30pm-11:00pm.
So aku ada dalam sejam ke sejam lebih untuk prep barang2 aku.
Esok paginya aku bangun 5:00am untuk start memasak.
Aku cuba siapkan memasak jam 7:00am sebab aku nak spend masa dengan Ali bawak dia pi playground.
Penat memang penat. Tapi aku rasa seronok jugak sebenarnya.
Nak bagi orang rasa air tangan kau.
Aku manusia yang suka kan pujian. So bila masak sedap orang puji.
Berbunga-bunga hati aku.
Bila masakan kau tak berasa, orang tegur.
So kau improve diri and skill kau. Begitu lahhh.

2. Transportation.
Aku bawak motor pi kerja.
Secara auto, makanan aku pun naik motor lah juga.
Aku takde compartment besar gabak untuk aku nak letak makanan aku so 10-12pax is ngam-ngam.
And aku kena hantar Ali ke pengasuh dulu kan. Naik motor jugak,
Ali ni tempat dia memang kat depan. Kalau aku letak kat belakang, alamat aku and motor je yang sampai.
Ali dah terbang ke mana hala.
Aku ada try pakai bag makanan macam rider foodpanda and grab pakai tu.
Tak selesa langsung. Macam mana lah semua riders ni boleh bertenggek atas motor berejam dengan bag gabak kat belakang tu.
Pelik aku. Aku dah puas adjust bag tu supaya selesa dengan posisi kedudukan aku atas motor, punnnnnnn sempit jugak.
So aku end up tak pakai. By the way, bag tu pun bukan aku punya. Pinjam je. 

3. Belum nak kaya lagi.. Kahkahkahkah
Kalau kau rasa kau meniaga boleh buat kau kaya, aku harap kau fikir doploh kali.
It really takes time lah kot untuk kau nak betul-betul kaya dengan meniaga ni.
To be honest, aku meniaga just nak cukup-cukup kan mana yang lopong je.
And at the same time nak timba pengalaman.
Selama ni asyik menumpang pengalaman orang lain je kan. 
Now, aku nak belajar how to handle and manage expenses.
How to attract orang untuk beli makanan aku.
How to handle objection or criticsm or buah pandangan orang lain.
Plus, aku memang ada intention nak berhenti kerja and meniaga cuma bukan sekarang. Bagi aku betul-betul ready untuk tinggalkan kerja office hour ni.

Aku belum kategorikan meniaga packed food ni sebagai business aku.
Bagi aku, benda ni aku anggap sekadar mengisi masa lapang and gain experience.
Alhamdullilah, Allah kurniakan aku skill memasak. Nak kata hebat macam chef tu, tidak lah.
Tapi takde orang complaint kata tak sedap, okay lah kot kannn hahahaha.

One thing I realised about meniaga ni is, duit tak putus.
To tell you the truth, untung meniaga makanan tak banyak mana pun.
Margin rendah bukan  macam meniaga air tepi jalan atau meniaga air kat kedai makan.
Bukan macam meniaga barang-barang kering tak basi like make-up, baju seluar and etc.
And yang kau niagakan is your cooking skill.

Aku ni asalnya bukan pandai memasak sangat kot. Aku ingat lagi dulu, sampai terbakar hitam dapur mak aku,  aku kerjakan.
Puncanya sebab aku lupa aku panaskan minyak nak goreng kentang untuk buka puasa.
Benda simple macam tu pun aku dah failed dah wehhh. Inikan pulak nak masak lauk pauk.
Dulu aku duduk bujang/menyewa. Lagi lah tak masa aku nak belajar memasak so aku makan luar je lah.
Maklum lah, enjoy dengan kawan dan berpeleseran tu lebih pentingggg kata kauuuu.
Fast food was my bestfriend. Lepak mamak sampai jam 5-6 pagi was also normal for me.
Memasak was never my interest.

Until I went to Aussie. Aku muak makan nasi lauk telur.
So aku google resepi and try to get all the ingredients pastu menyesal.
Why ?
Bapak susah kau nak cari spices and herbs yang orang malaysia pakai kat Aussie (depends on where you live). 
When i first touch down, aku duduk Woolgolga (NSW) which ada seketul je Asian shop and barang is limited.
Aku menyesal aku tak belajar masak masa kat Malaysia. Sampaikan kat sana nak makan apa pun aku mati akal. Kat sana aku takde transport sendiri so memang rely on orang lain. Of course la kau naik segan asyik mintak tolong kann.
And bila masakan kau tak sama macam yang kau makan kat Malaysia, lagilah kau rasa frust sangat.
I tell you, rempah kari made in Aussie and Baba’s tak sama okayy.
Walaupun dia tulis curry powder.
Chili powder dia pun tak pedas kkk.
Only sweet chili available okay. Sos cili hanya ada kat Asian shop je.
Maggi dia tak sedap. Milo dia macam muntak budak kkk.

Bila aku dah pindah Mildura, baru lah cooking aku smooth.
Sebab kedai asia ada 2 plus aku dah ada kereta.
Aku tolong masakkan untuk housemates aku (12 orang)
And dorang ni suka buat party kambing bakaq so aku asah cooking skill from there.
So here I am now. Masih masak untuk 10-12 orang makan.
But i get paid for it.
And masih belajar to be better.
InsyaAllah.

Tak sia-sia dapur mak aku hitam kan ?