Thursday, October 28, 2021

Our trip to Batu Gajah. Ali first ride in ETS.

 Salam and hai.

Lama sungguh lah aku ni tak update belog.
Malas pun ada. Take it for granted pun ada.
Sebab benda ada depan mata kan. 
Terus jadi malas and bertangguh-tangguh.

After so long aku bekerja kat rumah, bulan November nanti aku dah kena masuk office macam biasa.
Ada lah dalam 3 bulan aku merasa kerja di rumah. 
Sempat lah merasa bekerja dengan Ali ada kat rumah.
Sempat lah merasa sambil bekerja sambil memasak.
Sempat lah merasa waktu lunch, aku nap atas katil.
Sempat lah merasa time tengah takde case, aku pi sidai kain.

Sekarang zaman IT.
Company aku memang make use of the technology very well.
Kalau nak huddle, zoom or google meet ada.
Kalau nak seek information, whatsapp and slack ada.
Kalau nak update attendance, whatsapp je.
Anything official, email ada.
Susah nak ada communication error. Everything is at your fingertips.
So macam takde alasan untuk tak productive, takde alasan untuk tak boleh buat.

Isnin and Selasa adalah hari aku cuti sejak aku kerja tempat baru dah  3 bulan ni.
Off day belum tukar. Yang bertukar hanya shift je. 
Shift pagi pernah, shift petang pun pernah.
Kerja shift ni letih lah juga. 
Nak pulak aku ni dok terkejarkan masa nak exercise and workout.
Kalau nak exercise petang tu, memang tidak laaaa. 
Dah habis tenaga dah aku ni. 
Mana nak melayan si Ali, nak bersiap, nak bekerja. 
Tenaga dah tak macam waktu muda-muda dulu.

Nak dijadikan cerita sebab aku bosan sangat tak tahu nak buat apa offday kelmarin,
aku decided untuk bawak Ali balik rumah Kaknis (1st sister) aku kat Batu Gajah, Perak. 
Plan ni, kena buat last minute baru menjadi.
Kakwa (2nd sister) memang dah ada kat sana since Khamis.
Dia ada ajak aku pi sana sekali tapi sebab aku kerja, so aku next time kan aje ajakan dia.
Boleh je nak WFH kat rumah Kaknis. 
Tapi perasaan kena tinggal memang tak best lah kalau dorang nak kesana kesini kan.

Since Kakwa balik KL hari Selasa, so aku decide why not aku ke sana spending my day off.
Boleh lah Ali jumpa cousins dia. 
Aku memang konon-konon nak berehat kahkahkah

Apa-apa hal beli tiket dulu. Online sajo

Aku rahsiakan destinasi dari Ali. 
Pertama, aku saja tak nak bagitahu sebab nanti sampai ke sudah dia asyik dok tanya,
"Tak sampai lagi ke Mommy?"
Aku letih nak jawab soalan yang sama setiap 3 minit sekali.
Kedua, memang aku nak surprise kan dia.
Bagi dia rasa seronok nak jumpa cousins dia.


8:00am, KL Sentral

Sendu kan KL Sentral di hari Isnin pagi.
Sejak Covid 19 melanda ni, semua benda berubah.
Kedai banyak tutup. Kebanyakkan orang bekerja dirumah.
Jalan jadi lengang. 
KL Sentral ni, sebusy-busy tempat kot. Tapi time aku sampai ni, kosong sendu je.
Train aku depart at 8:50am.
Tak silap aku, ni kali kedua aku ETS seumur hidup aku.
Alhamdullilah perjalanan sangat smooth.
Ni kali kedua aku berjalan jauh berdua dengan Ali.
Kali pertama, aku naik bas ke Arau, Perlis. 8 jam perjalanan.
Budak zaman sekarang, kau kasi gadget alhamdullilah senyap lah dorang.
Behave tak terkata.
Bonus lah kalau ada jajan kiri kanan tangan.

Bila Ali bertenang, aku pun senang

Aku arrived according to itinerary, 11:05am.
Alhamdullilah.
Ali's first ride in ETS mission was a succes.
Walaupun di hujung-hujung perjalanan, dia pi tumpah Pringles ke lantai.
SMH 😪😠

Happy kiddo



Sampai-sampai je, Kakwa memang dah tunggu kat station.
Tapau Tau Fu Fa and air soya, kedai favourite dorang and amik Ainnur, anak Kaknis dari sekolah.
Then terus ke rumah Kaknis.
Adam, anak teruna Kaknis and Maliq tengah bermandi-manda dalam kolam kecil.
Apa lagi, semua turut serta la.

Petang tu, kitorang pi makan kat AEON Station 18.
Kaknis belanja makan Mr Dakgalbi.
One thing for sure, i will never repeat makan benda alah ni.
Aku tak pasti kalau korang boleh tengok video bawah ni.
Kalau tak boleh, google la ek


Setakat combo nasi goreng and maggi, letak cheese 2-3 keping, sedikit kobis with mayo, kimchi sesuap and air mangga 1 jug, kau nak charged sampai RM70+....aku rela masak sendiri.
Overpriced sangat kot.
Tapi masih ramai je orang yang makan kat restoran tu.
Kalau bukan sebab Kaknis belanja, aku memang tak kan makan.
Seriously tak berbaloi. 
Ali of course dia suka sebab ada maggi.
Aku belum jumpa lagi budak-budak yang tak suka maggi.
Tapi kalau korang nak try or suka makan, suka hati korang la kan.

Hari ke-2 kat Batu Gajah adalah hari aku betul-betul berehat.
Selepas tidur, aku tidur lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Betul-betul aku khatam tidur yang tertunggak tu.
Pastu malam gerak balik KL.
Pun aku bantai tidur jugak dalam kereta.
So semalam kira hari tidur sedunia aku.
Pastu malam ni, aku jadi burung hantu. 
Mata tak mau katup.

Tuesday, September 07, 2021

Off day activities.

Harini aku off day. Kemain lama tak masuk dapur, harini aku masak nasi goreng.
Ali semangat lah makan, nasi goreng memang favourite dia.
Semalam aku cuti jugak. Aku bawak Ali pi jalan-jalan.
Last week cuti pun, aku buat aktiviti yang sama. 
Cuma last week aku bawak dia pi beli kasut jogging. Sebab dah janji.

Last week, aku bawak Ali pi Intermark Mall sebab ada Sport Direct.
Kat situ je mall yang aku tahu boleh bawak budak.
Mall lain aku tak sure (last week lah). 
The next day, aku pi Pavilion...Ali aku tinggat kat pengasuh. 
This week baru ada news yang ada certain mall lain, budak bawah 12 tahun boleh masuk.
Aku memang dah janji nak belikan kasut jogging untuk Ali.
Kasut dia yang sedia ada, dah kecil.
Covie 19 ni memang menyusahkan. Kasut Ali tu aku beli tahun lepas, tapi baru berapa kali je pakai.
End up, kena beli baru sebab kasut kecik. Bukan sebab rosak.

Aku memang jarang nak bershopping sakan macam zaman bujang.
Tambah pulak dah ada anak. Semua benda nak beli kena fikir banyak kali.
Duit adalah benda yang aku sayang sesejak covid ni. Sebab aku tak tahu berapa lama boleh bertahan dengan kerja. Takut kena buang, takde duit emergency. Mampus. Tak pasal-pasal kena merempat bawah jambatan.
Pastu, aku dah duduk berdua je dengan Ali. At least, ada juga duit tambahan bila ada orang lain sewa sekali. Sekarang semua beban, aku tanggung sendiri. Lagi lah kena berkira itu ini.

Baju Ali aku shopping 3-4 bulan sekali. Itu pun beli sikit and aku beli baju besar sikit.
Senang, lama boleh pakai. Pakai kat rumah je pun kan.
Aku memang rekemen T-shirt budak kat Uniqlo. RM14.90 je, value buy.
Kalau dapat harga diskaun, RM 9.90 tak silap aku.
Alaaaa, RM14.90 tu bagi aku kira murah dah.
Sebab aku suka, kau basuh la baju tu berapa kali sekali pun...baju dia still ok.
Means, collar leher dia tak rosak. Takde la nampak selekeh.
Sekali aku beli baju Ali, 5 helai terus aku beli. Senang, sekali kaut hahahaha.

Tu last week punya cerita. 
Semalam punya cerita, aku bawak dia pi KL East Mall.
Sebenarnya nak pi Decathlon nak beli weight plate 5kg.
Tapi ended up tak beli pun sebab berat sangat, tak cukup gagah nak bawak kehulu kehilir dengan si Ali ni lagi kan.
So aku end up beli workout gear. Aku ni tu lah masalah dia dari dulu, bila aku macam excited nak workout kan aku memang akan sanggup berhabis beli gear banyak-banyak.
Nasib baik kat Decathlon murah la juga.

Then, aku plan nak makan kat Ole-ole Bali. Nampak macam best je kedai dia. Kitorang pun masuk la.
Hampeh betul, bila semua menu takde. Not available. Yang ada pasta je.
Aku and Ali jenis perut nak makan nasi. Last-last aku order je kids pasta untuk Ali sebab dia dah mengadu lapar.
Aku order Mango shake and Ali punya is Orange Juice.
Tapi aku suka la ambience restaurant dia. Relax and boleh makan dengan bertenang. 
Aku ni dah bawak Ali memang susah sikit lah nak bertenang kan. 





Dah habis makan, kitorang jalan-jalan lagi. Padahal KL East Mall tu bukan ada apa pun tau.
So sebab takde apa-apa, kitorang singgah pulak makan ice cream kat Gula Cakery.
Aku tak berapa nak sangat, tapi sebab Ali dah meronta-ronta why not.
Dia punya ice cream ada letak cake as topping. Ok lah not bad lah rasa ice cream dia.





Dah settle makan ice cream, aku nak balik.
Aku ingat nak tapau nasi je kat kedai area rumah, and makan kat rumah.
Letih nau nak mencari kedai makan, pastu nak bukak phone scan my sejahtera sambil anak kau lompat sini sana. 
On the way nak ke parking, ada kedai sushi.
Ali ni dok sibuk nak makan sushi pulak dah. Sape ntah yang ajar dia makan sushi ni.
Aku seriously takde mood nak makan dalam mall dah. Aku cakap dengan Ali next time je lah.
Tapi tu la, susah bila kau dapat anak lambat give up ni.
Sampai ke parking motor, mulut dia dok berzikir nak sushi.
Aku dah malas nak masuk balilk, terpaksa lah pi mall lain.

First, kitorang pi Wangsa Walk Mall. Ada sushi king dalam tu.
Baru aku teringat kat sini lah aku pernah bawak Ali makan sushi.
Dah masuk mall, dah scan MySJ last-last kedai sushi tutup.
Demmmm si Ali masih dengan zikir sushi dia kkk.
Tak nak bazir masa, aku bawak dia pi Festival Mall.
Ni kira last resort la. Kalau tutup jugak, zikir tak zikir aku nak balik makan kat rumah.
Aku dah pesan siap-siap kat Ali.
Alhamdullilah, kedai sushi bukak. Rupanya Ali bukan nak makan sushi sangat.
Dia nak bento. Aku pulak kalau dah makan sushi, payah nak berhenti.




Aku cakap dengan Ali bento tu kongsi la.
Aku nak sikit. Nan hadoooo.
Semua habis ke perut Ali.
Budak kecik kuat makan, memang seronok kita tengok. 
Tapi anak aku ni makin lama aku tengok, kemain semangat badan dia.
Walaupun dia aktifkan, aku risau juga.
Kalau nak control sekarang, takut melarat gemok macam mak dia.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
MAK DIA DAH KECIK SIKIT. kahkahkahkahkah

Thursday, September 02, 2021

HUTANG

Hello. Ada masa sikit sebelum nak start kerja pukul 12:00pm.

Berat sikit topik aku nak share harini. Tapi aku nak share la juga.
Kau nak baca, kau baca. Tak nak baca, sudah.
Macam lah kau ni baca readers kan Awin. Hahahaha

Bab hutang ni, aku pun pernah buat hutang dengan manusia.
Sebab aku pernah susah yang mana gaji aku tak masuk. And aku ada komitmen yang nak kena bayar.
Suka tak suka, pinjam duit kawan-kawan.
Aku pernah juga berjanji nak pinjam harini, janji nak bayar minggu depan.
But end up, minggu depan tak boleh bayar sebab keadaan tak mengizinkan.

Tapi...kalau aku tak boleh bayar, aku make sure bagitau kawan aku awal-awal.
Aku tak buat dek je, aku tak buat tak tahu je, aku tak buat "dont know" je. 
Sebab aku dah gained their trust so aku tak nak lah dorang sangka yang bukan-bukan.
Status aku sebagai ibu tunggal sekarang ni, banyak buka pintu-pintu rezeki. Alhamdullilah.
Allah mudahkan aku dengan kawan-kawan yang memahami.
However, aku tak amik kesempatan nor take advantage or take it for granted.

Bila nak meminjam, aku make sure aku pinjam amount yang aku mampu bayar.
Aku ulang, yang aku MAMPU bayar.
Bukan pinjam segedebuk banyak, pastu terhegeh-hegeh nak bayar.
Aku pernah tau, ada kawan aku yang pinjam sekali banyak-banyak dengan harapan dia boleh grow duit tu.
Grow duit dengan forex or investment or meniaga. Lebih kurang la.

First of all, kau pinjam duit untuk invest or meniaga bagi aku dah salah. 
Dua benda yang risky and then kau pakai duit kau.
Kalau benda jadi/boleh grow then, okay lah. Alhamdullilah.
Kalau benda tak jadi/ rugi, macam mana ???
Emosi kau tak okay, jenuh nak membayar pulak satu hal.
Tak ke bodoh lepas tu ?

Dulu aku hampir nak terjebak buat benda yang sama. Tapi nasib baik, aku tak buat la. Allah selamatkan aku.
Kawan aku ajak aku join MLM, jual barang kesihatan.
Tapi aku kena ada modal RM3k untuk starter. Aku macam "gulp!"
Aku takde modal sebanyak tu in cash. Aku ada credit card time tu, tapi tak kan aku nak swipe semata-mata kan.
So kawan aku suruh aku pinjam duit dengan kawan-kawan.
Kat orang ni sikit, kat orang tu sikit.
Of course aku reluctant la kan sebab kalau 5 orang aku cari, dah sorang RM600.
Tapi kawan aku ni pandai tau, dia cakap macam ni,

"Time ni lah you akan tahu sape yang ada dengan you waktu you susah, Awin"

Aku macam termakan tau dengan kata-kata dia tu.
Aku pun mula lah mencari. Ada ya orang yang nak bagi aku pinjam. Siap bank in lagi.
Sampai lah aku jumpa kawan lagi sorang yang tanya, apa aku nak buat dengan duit ni.
Aku cerita kat dia, and dia marah aku. Suruh aku stop.
Dia tanya aku, pasti ke aku boleh bayar semua nanti.
Pasti ke MLM yang aku nak join ni akan berjaya ?

Aku tersentak. Betul apa yang dia cakap tu. Aku end up tak join. 
Slowly aku back off.
Sebab aku fikir semula macam mana aku nak bayar balik nanti kalau aku rugi. 
Payah juga nak cari RM3k. Itu bukan satu amount mudah untuk aku yang waktu umur 23 tahun kahkahkahkah, 
Bodoh lah juga waktu tu. Nak main bisnes tapi modal nak pinjam orang. 
Tak malu ke oiii
kata aku kepada diri sendiri. Smh

Aku ada juga kawan yang banyak sangat berhutang sampai aku keluar dengan dia kan, kalau aku nak up story kat insta ke apa, dia tak nak gambar dia ada sekali.
Aku tanya la kenapa ? 
Oh, sebab tak nak si polan nampak dia keluar jalan-jalan as if dia berduit sebab dia ada hutang dengan si polan.
Aku macam WTF ? Kau dah ada duit, bayar hutang dulu mat.
Ni tak pasal-pasal nak sorok sana sini. Tak ke susah hidup kau ?

Hutang dengan manusia ni, bagi aku la. Kalau tak mampu bayar semua, bayar sikit-sikit.
Especially musim-musim pandemik ni. Semua orang terkesan.
Ni tidak, kau dapat gaji kau berjoli sakan.
Bila orang minta hutang, selamber je kau cakap "Lamberttt lagi aku bayar hutang kau"
Eh banyak cantik muka kau kan.
Masa pinjam janji nak bayar time gaji. Bila dah gaji, kau cakap tak cukup duit. 
Bila aku ajak berjalan, kau laju je.
Pastu kau punya bershopping mengalahkan aku.
Padahal kau hutang aku ni ??

Ape ke siel ?



Sunday, August 29, 2021

Excuses don't burn calories. Gittewwwww

Hi all.

Esok and lusa aku cuti. Aku rasa minggu ni macam lama sangattttt.
Ke sebab aku dok WFH and tak jumpa orang?
Nampak macam jakun ek aku ni kan ? Orang lain dah dekat 2 tahun WFH, kau baru nak merasa Awin !

Alhamdullilah. Dah sebulan lebih kat tempat baru. 
Walaupun cuti hari biasa, nasib baik dapat pengasuh memahami. Bersyukur sangat.
Esok dah plan nak keluar bawak Ali pi KL East Mall atau The Intermark.
2 shopping mall ni je yang aku tahu budak bawah 12 tahun boleh masuk.
Aku plan nak belikan kasut jogging Ali and baju dia.
Kesian Ali... baju dia semua dah sendat.
Aku tengok pun tak lalu wehhh.

Aku dah mula kehidupan lama masa bujang dulu.
Exercise and cardio. Secara tak langsung Ali pun terjebak.
Cuma masalahnya, Ali lagi excited dari mommy dia.

Aku rasa aku dah banyak kali ulang, berat aku kali ni is the heaviest.
Pastu bila aku tgk badan aku kat mirror, dia jadi lebih scary yaaaa. Allahhhhh gemok nya aku ni.
Aku sampai tahap body shaming diri aku kkkk...sebab memang gemok sangat.
So suka tak suka, kena buat lah.
Aku workout pagi. Alang-alang aku senang bangun pagi, so buat pagi je la.
Aku perasan energy aku tak macam dulu. Of course lah oi, dah beranak oiiii. Urat-urat putus tak sambung-sambung. 
Ada yang tanya, tak letih ke ? Jawapan dia, yes letih. 

Pukul 9:30pm-10:00pm tu mata aku dah sipi-sipi je bukak. Tu dah kira saki baki energy left. Kalau ikut bar bateri tu, dah kaler merah lah.
Semua ingat aku drain out sebab kerja yang baru ni. Padahal no, aku dah kerah habis tenaga aku seharian workout, Ali and office.
Untuk exercise, aku subscribe monthly program Lesmills. Actually, masa kat gym dulu memang kelas cardio pakai program ni. So aku macam terbiasa and sape yang kenal aku memang tahu la aku memang gila kelas step.
Body step, easy step and advance step... memang tak kan miss join lah dulu.

Step board aku beli tahun lepas. Masa PKP sebab ingat nak kurus lah. Angan-angan mesti kena ada la kannnnn hahahaha. Aku beli kat decathlon. RM 70-80 camtu. Murah la tapi cukup kuat nak tampung berat badan aku. Dah banyak berjasa pun board tu cuma aku rasa aku kena upgrade sebab board decathlon ni kecik sikit, so bila aku baring nak buat BodyPump... bontot aku tergantung.
Aku dah usha board yang berkenan di hati. Tapi kena kumpul duit dulu.

Cara paling mudah nak kurus is, kurangkan makan. 
Eat healthy food, kira kalori, kurangkan minyak, kurang gula yada yada yada
Aku ada masalah dengan gula. Sebab setiap pagi memang nak nescafe. Nescafe kosong aku tak minum.
Kopi o kosong aku boleh telan. Tapi aku nak nescafe. Kau paham tak ?
Pastu bab nak prep makan is satu masalah juga. Aku tak cukup masa. Masa ada tapi aku akan terkejar-kejar.
Masa first to two weeks, aku rajin la prep masak apa semua. Last-last aku rasa cam ni tau,

"Aku dah penat-penat exercise bagai nak mampus, tak kan aku seksa perut aku makan benda tak sedap. Tak kan aku nak dera badan aku lagi nak memasak bagai ??"
So aku ditch amalan memasak and eat healthy food. Aku cuma kawal portion je.
Tapi aku cakap kau la, keje shift ni payah sikit nak jaga makan. 
Pagi aku dah exercise dengan Ali. Lepas tu breakfast.
Aku masuk kerja jam 12pm, time tu aku kenyang lagi la sebab dah breakfast.
And aku lunch jam 4pm. Ape jadah nya. 
Aku pun makan la. Pastu balik kerja jam 9pm, confirm lapar lagi. Makan lagi.
Cemana nak kurus siel. Tapi aku cuba tak makan malam. Walaupun itu sesuatu yang menyiksakan.

Serious cakap la, aku bab makan ni memang fail. Dari dulu lagi.
Dulu masa pi gym, aku konsisten. Makan tak jaga pun sebab Taufik cakap, tak payah jaga makan tapi cuba kurangkan gula.
Aku ingat lagi, dulu memalam dia jugak yang rajin bawak aku pi makan kepsi mekdi semua.
So aku minum nescafe pagi2 je. Dulu breakfast wajib is roti gardenia coklat 1, roti bun sambal 1, nescafe setin.
Tengahari, wajib makan nasi campur.
Malam, makan yogurt and epal hijau.
Tapi kalau datang mood nak makan sedap, aku layankan je tekak aku ni.
Tetapppppp turun jugak badan aku ni. Siap boleh marathon lagi.

Tahu sebab apa ? Sebab aku boleh layan 2 kelas 1 malam. So aku burn around 1000cal sehari.
Sekarang ni, aku nak burn 400 cal, aku pancit. Peha besar sangat. Stress aku.
Tapi takpe. InsyaAllah semoga aku capai impian 36 inch pinggang aku ni.
For now, aku cuba konsisten exercise. Bab makan, aku give it a time.
Semoga lama-lama selera nak makan sedap-sedap saja ni hilang sikit-sikit.
Kehkehkeh

Ali is very supportive lah dengan benda-benda melompat berlari ni.
Aku kesian jugak kat dia time PKP asyik terperap je kan. So aku try bawak dia pi jogging. Alhamdullilah dia boleh follow.
Pagi-pagi nak kejut pun senang. Sekali sebut je JOGGING, terus buntang bijik mata dia. 
Semangat dia tinggi melangit. Risau aku kekadang.

Esok nak pi beli kasut Ali sebab kasut dia sekarang ni kecik.
Pakai jarang-jarang, PKP punya pasal sampai spender dia pun sendat.
Seluar baju semua sangkut takat perut sebab si Ali ni makan banyak sangat.
Gemok macam mak dia.


Wednesday, August 25, 2021

New workplace.

 Hello everyone.

OMG ! Lama sungguh la tak update blog.
Alasan tak lain tak bukan is, MALAS.
Malas ni penyakit susah nak sembuh yaaaaa.

I made changes in my life during my absence from blog days.
First of all, aku tukar kerja. Resigned.
Never have I ever thought yang aku akan berhenti kerja time pandemik ni.
But since covid jugak dah affected me and my family, so aku macam trauma nak kerja tampat yang sama. 

Look, my old workplace ni kan even until now, covid cases is never-ending.
Hari-hari memang akan ada kes. And sadly, bosses are all tak jaga welfare and safety staff. Tu yang buat aku sedih sangat. Sayang sebab environment and colleagues wise are all positive. Tapi bab bosses nak jaga staffs, seriously kelaut.
No, aku tak cakap macam ni now sebab aku dah resign. Masa aku masih bekerja, aku dah bersuara pasal benda ni. Out loud. I repeat, out loud. Tapi tu lah, TL cakap bosses yang suruh. Bosses cakap client yang suruh. Dok ulang-ulang cakap benda sama, sampai abang Jamil mam....

Ok about new work place.
Ni kalau aku cakap ni, orang cakap aku tak bersyukur pulak kan.
Aku ni ada masalah sikit dengan kerja yang terlalu senang and selesa. 
Aku pernah dulu kerja aku seharian mengadap youtube siap boleh khatam 2-3 movies sehari. 
Sebab calls masuk yang tak banyak.
But end up, aku kena end contract. Bukan sebab tak perform, tapi sebab project ended.
Aku jugak pernah je kerja yang tersangat senang, allowance pun mudah dapat, attend orang malaysia punya call je pulak tu, so tak payah terbelit lidah nak speaking bagai. 
Punnnn aku resigned juga sebab bos aku celaka. 

What I am trying to say is, bila kerja senang ni you have nothing to impress people or bosses tau. 
Sebab semua orang boleh buat kerja yang kau buat. 
So bila kau kerja buat sales (contohnya), your effort, the numbers you bring in, the quality sales you did, the quantity sales you made are all counted. 
Ni semua akan jadi penyebab untuk company keep you especially during pandemic ni.

So bila aku kan tempat kerja baru ni, aku macam cuak sikit.
Kerja dia boleh dikatakan senang juga. 
And plus point, aku boleh pilih untuk kerja di rumah aka WFH.
Tapi aku jarang sangat kerja kat rumah sebab environment rumah aku tak sesuai la.
Dengan si Ali lagi dok memekak, dengan bunyi lrt nya lagi, dengan bunyi kereta lalu lalang nye lagi, dengan bunyi orang nak bertukang nye lagi.
Tapi aku try wfh harini, nak tengok macam mana pergi dia. 
Tu pun lepas aku dah deal dengan Ali supaya dia tak buat bising time aku kerja.
Benda-benda lain nak memekak, tu dah out of my control.

And then, plus point lagi... office aku ni ada OT.
OT yang voluntarily kau nak buat ke tak. Macam kelakar kan sebab ada perkataan sukarela sebab sepatutnya OT ni memang sape yang volunteer je.
Office lama aku tidak yaaaaaaa. OT wajib kalau kena OT.
Since ada OT ni, seronok sikit aku nak buat duit lebih. Cuma tu lah, tak berapa nak rajin sangat sesejak ada anak ni. Tak laratttt

Bila ada peluang kerja dari rumah, memang seronok.
Aku dapat kurang risiko kena covid macam aku kena sebelum ni.
Your work is your responsibility. Kau tak kan diganggu as long as kau kerja dengan betul.
They treat you like an adult.
Tu yang aku suka tu.
By the way, aku kerja shift. This week aku shift tengahari 12pm-9pm.
So pagi tu aku ada masa nak berjogging dengan si Ali.
Ada masa boleh spend dengan anak kan.

Aku nak start kerja dah ni.
Nanti aku sambung lagi. Ada benda interesting nak share.

Monday, July 19, 2021

Covid-19 cepat lah berambus.

Hello.
Hari-hari aku nak update blog tapi dia punya malas tu nauzubillahh.
Padahal duduk rumah je kot. Penat apa pun tak tahu lah,
Mood tak sampai.

So aku dah recover from Covid-19. Recover means aku dah bebas dari kuarantin. 
Covid tetap covid sebab aku akan ada covid ni for 3 months. Katanya lahhhh.
So apparently, my second sister and my mother are also infected.
Ali pun positive juga.
Aku macam sedih gila kot.
Tak pasal-pasal dah infected ke orang lain. As of today, mak aku masuk Hosital Sungai Buloh.
I cried and of course my second sister is much more sedih.

01/07/2021
Aku swab test and right after aku sampai rumah, aku terus hilang deria bau. 
Deria rasa still okay. Tekak aku macam perit-perit sikit.

03/07/21
Aku confiirmed positve Covid-19. My SJ dah bertukar merah and siap naik notification.
Aku informed my second sister as she and my mother datang rumah aku to send food over.
Dorang buat swab test on the 5th.

06/07/21
Kakak aku dah dapat result and she is positive Covid-19. And mak aku negative. Ali pulak baru buat swab and thanks to Zie Basri, sebab dia tolong bawakkan Ali ke KK. 
So kakak aku decided untuk quarantine kat rumah aku je. Maka rumah aku dah jadi Maeps cawangan Wangsa Maju kahkahkah. Now kita tunggu result Ali pulak.

09/07/21
Ali disahkan positive Covid-19. Aku memang dah boleh agak sebab mustahil pulak Ali boleh negative kalau aku positive kann. Dah nama tido sekatil, duduk serumah. So by that time, adik beradik aku decided untuk buat second swab untuk mak aku. 

12/07/21
Mak aku swab test kali kedua. Aku pulak potong gelang. Kalau nak ikutkan 13th aku dah boleh masuk office but since Ali potong gelang on 16th, so aku kena tarikh Ali.
Kakak aku potong gelang on 15th.
 
14/07/21
Malam around 11pm like that baru keluar result mak aku. She is positive Covid-19 also. Since esok tu kakak aku nak potong gelang keesokkan harinya so dia bawak mak aku ke CAC sekali.

So on 15th bawak mak aku pi CAC. By this time, kakak aku dah tahu mak aku confirm kena pi Maeps or hospital sebab mak aku ada pnyakit berangkai tu. Kencing manis, darah tinggi and BMI > 40.
Later, kakak aku call and cakap mak aku kena pi Maeps. Masa tu aku dah start nangis. Kakak aku kau tak payah tanya laaa. Koyak habissssss. Mak aku pulak tak pernah kena hospitalised melainkan time beranak. Suka atau tidak, kena lepaskan juga. Kalau tak redha, kena kompaun RM5K. 

From Maeps, mak aku direferkan ke Hospital Sungai Buloh sebab doctor kata paru-paru mak aku dah infected sikit dengan Covid-19. 
Masa tu pun semua dah koyak habis. So as of now, mak aku ada kat hospital. 
So far she is okay and stabil la. Cuma aku risau bila dia kata dia tak cukup tido and  oksigen below 90%. 

Aku bab-bab medical aku tak berapa tahu. 
I let my youngest sister to advise sebab dia memang nurse.  
Cuma aku suruh mak aku banyak rehat and berlatih bernafas. 
Thats the least aku boleh bantu. 

Aku doakan mak aku cepat sembuh. Semoga Covid-19 cepat-cepat berambus dari hidup aku sekeluarga dan aku harap lepas ni jangan ada lagi musibah at family aku
Sedihh weiiii

Monday, July 05, 2021

Covid 19 - Positive.

Today marks hari ke 3 after I tested positive for Covid 19.
Perasaan ? 
Takut.
Nervous.
Redha dan pasrah

Aku buat swab test on the 1st of July as a close contact to Cik Bee.
I admit when i knew Ali was tested negative, I get a little over-confident.
Rupa-rupanya aku ni tak segagah perkasa seperti yang aku sangkakan.

Sebelum aku cerita further pasal covid 19 ni, aku nak share sesuatu yang lan.
I’ve also started a new routine recently.
I started to eat clean and healthy.
Aku exercise, following my schedule as I join #fastburnerchallenge by LesMills.
I documented my loss weight journey by Instagram.

So sehari sebelum aku pi swab test, aku memang tak sihat.
Aku ingatkan sebab aaku exercise sebab otot jadi sengal-sengal.
Masa aku nak buat swab test tu, aku cakap dengan kawan aku yang aku tak berapa sihat.
And aku rasa hidung aku gatal-gatal maca sinus.
Aku mati-mati ingatkan sinus.

Lepas aku swab test, balik rumah dengan harapan boleh lah meneruskan rutin-rutin kehidupan seperti biasa.
So, aku masuk baju dalam washing machine.
By the time aku nak sidai, aku bau lah baju-baju aku.
TAKDE BAUUUU.
Memang aku cuak gila laaa.
Seteruk-teruk aku sinus, takde lah sampai takde bau.
Aku call Nuri, dia ada experience covid.
Aku bagitahu dia and dia convincekan aku yang ni sinus je.

70% aku dah rasa aku covid.
Aku tanya kawan aku, 

Ali macam mana ?
How about Ali ?

Yes, Ali yang aku risaukan.
Since aku takde any other option left so aku duduk je lah dengan Ali.
Mana lagi aku nak letak dia kan.
Result aku keluar on the 3rd of July.
Aku dah tahu aku positive so aku dah pasrah.

Now is about Ali.
Since aku dapat tahu aku positive tu on Saturday night, so aku macam blur apa aku nak buat.
Aku tunggu KKM call aku on the next day tapi nan hado.
Kawan aku cakap maybe sebab Ahad dorang tutup kot.
Aku dah terfikir nak bawak Ali pi swab swasta je.

Cikbee suruh aku whatsapp PKD Titiwangsa and tanya dorang how is the process.
Aku whatsapp PKP pagi tadi, PKD Titiwangsa terus fix kan appointment aku dengan Covid Assesment Centre (CAC) harini juga pukul 2:00pm.
PKD Titiwangsa also fixkan swab test Ali esok at 10am.
Zie akan tolong aku bawakkan Ali.

So I went to CAC for a health check up.
Sepatutnya aku kena bawak pakaian semua sekali in case kalau aku kena ke pusat kuarantin.
Tapi aku tak bawak, sebab Ali belum swab lagi.
And I dont plan to go there sebab aku memang nak request to kuarantin kat rumah sebab aku and Ali je ada kat rumah pun.

Sampai sana, ada 4 stesen pit stop dia.
1st pitstop is pendaftaran.
Boleh pulak aku tak bawak IC. Nasib baik IC copy ada dalam email.

2nd pitstop is health assesment.
Dia timbang berat badan.
Check tekanan darah.
Check oksigen level.
And buat 1 minute sit to stand.

I have problem with blood pressure. Tekanan darah aku rendah.
Bacaan aku tadi is 89/58.
And aku obesity with bacaan BMI is 40.3
Aku ada masalah darah rendah since after aku lahirkan Ali.
And aku found out benda ni sebab aku failed nak derma darah banyak kali.

Since aku ada darah rendah ni so I was brought to bilik pemeriksaan.
Kat situ the doc told me that i migght need to get to the ambulance to go to the hospital.
Like no wayyyyy sebab aku tinggalkan Ali alone at home.
So aku bagitahu doc about my condition Ali is yet to swab.
Then the doc kata aku boleh kuarantin kat rumah je.
Tapi aku kena CAC jugak untuk health assessment Ali if Ali positif.

So now, aku tunggu Ali pi swab esok and result dia.
Nanti aku update lagi.
Semoga Allah permudahkan urusan aku dan Ali.

Thursday, July 01, 2021

Self quarantine (again) / Ali’s swab test

Tahun ni saja dah 3x SQ (self quarantine).
Aku bukan pesakit covid tapi close contact and aku penat dengan SQ ni.
Bila lah agaknyaa covid ni nak berambus.
Haihhh.
Aku dah pun swab test harini. Tunggu lah result lagi 2-3 hari.

This time yang positive is Cik Bee.
Unfortunately, her whole family is infected.
Termasuk lah Wo, makcik Cik Bee yang mengasuh Ali.
Aku risaukan both sebab Cik Bee ada darah tinggi and Wo sudah berusia.
Alhamdullilah, dorang dah kena angkut pi Maeps sefamily and condition Cik Bee is worrying. 
Dia mengadu sakit dada and susah bernafas.
Up till this time, dia masih belum dapat katil. 
Kes dah sampai dekat 7K, kau rasa ada lagi ke katil spare kat Maeps tu.
Haihhh.

Aku masih tak boleh brain dengan office aku yang tak nak bagi WFH.
Only Bosses and HR je yang WFH okay.
Kitorang staff biasa ni dah macam tentera kat medan perang, risiko kan diri sendiri.
Pastu bagi alasan PDPA sebab handle akaun customer.
Okay, fine !
Buat lah rotation, at least.
Try to curb the virus from spreading.
Kurang lah risiko orang nak kena covid ni kaann.

Ali pun aku dah swab testkan hari Ahad lepas.
Alhamdullilah result dia NEGATIVE.
Tapi Ali demam since malam Sabtu so aku agak cuak juga.
Sampaikan most of kawan aku suruh aku swab testkan Ali sekali lagi.
Aku cakap dengan dorang, tunggu lah lagi 2 hari ni kalau tak okay aku bawak pi klinik kesihatan.

Aku dah pun bagi Ali ubat klinik swasta sebab lepas swab hari Ahad tu, aku terus ke klinik swasta minta ubat.
Hari Selasa lepas, Ali masih demam and dedar.
Okay, satu benda aku perasan kat Ali ni kan…kalau ubat KK memang dia cepat sembuh.
Memang dasar anak B40.
So aku bawak dia ke KK Titiwangsa.
KK Titiwangsa memang bukan bawah jajahan aku, tapi setahu aku kat sini je ada fever centre or tempat swab.
Jadi aku terus ke sana and Ali memang ada rekod kat sana pun.
Bila aku sampai sana, 1st pegawai tak bagi aku masuk and suruh aku patah balik ke KK Sri Rampai.

Then aku cakap yang Ali ada history close contact and dia demam berterusan since Sabtu. And aku dah swab test, result Negative.

Pegawai : Kalau macam tu Puan kena bawak anak pi PKD. Nanti dorang yang akan tentukan bila nk swab test.

Aku : Anak saya demam berterusan since Sabtu. Close contact is pengasuh dia.

Pegawai : Kita kena tahu macam mana anak puan boleh jadi close contact. Pergi rumah pengasuh ke ? Melawat pengasuh ke ? (Like WTF Pn Pegawai ni)

Aku : Dah nama pun pengasuh, saya hantar mengasuh lah. Saya ni bekerja. Anak saya duduk rumah pengasuh lebih dari 10jam sehari.

Baru lah ada 2nd pegawai datang and tanya aku.
Memang nak kena mengamuk dulu ke baru nak bagi aku masuk ??
Then dia tanya aku, datang sebab apa, close contact dengan sape and apa result swab.
After aku reveal everything, then dia bagi aku masuk.
Ali ended up tak swab pun sebab previous swab test is negative.
So doc just amik darah and check oksigen level.
Alhamdullilah semua okay.

Aku dah kata ubat KK works kat Ali.
Esoknya Ali dah sihat.
Cuma selera makan kurang sikit but gradually increase day by day.
Sampai lah kehari ni, asyik mintak makan jeeeeee.
Tak kisah la kannn, yang penting anak aku sihat kannn.








Ramai yang risaukan Ali.
Terima kasih sebab ambil berat. 
Tapi tu laaa, dorang tanya Ali dulu baru tanya condition aku.

Korang ni berkawan dengan aku ke anak aku ?

Monday, June 14, 2021

To all girls and women, You do YOU !

Bukan main marah orang perempuan kat luar sana bila dengar statements Prof Muhaya.
Rata-rata orang tak setuju dengan statement dia pasal nak jodoh kena jadi bodoh. 
Aku tak setuju and sampai bila-bila tak akan setuju.

Jodoh ni ketentuan Allah.
Kau bodoh ke, kau hodoh ke, kau cantik ke, kau pandai ke...bila bab jodoh Allah yang tentukan.
It is okay kalau kau nak highlightkan apa yang perlu perempuan prepare before they get into a marrige life.
It is also acceptable to educate perempuan how to behave towards lelaki yang bakal dijadikan suami.
But to advise perempuan untuk jadi bodoh, seolah-olah macam nak downgrade kan martabat seorang perempuan... HELL NO !

Stigma sesetengah orang, perempuan ni bukan semua benda dia boleh buat.
Which is true enough kalau kau masukkan kerja yang menggunakan kederat in the loop.
Tapi zaman sekarang, kalau ada duit semua benda jalan.
Yang penting, duit mesti mau ada.
Aku pernah cakap dalam post sebelum ni, nak jadi ibu tunggal ni sangat senang kalau kau ada DUIT.
And also you need knowledge.
Ilmu kalau takde, duit bertimbun pun kau boleh jatuh miskin.

Aku pernah kena sound gini "Jangan semua benda kau nak buat Win. Jangan nampak independant sangat Win, susah lelaki nak lekat."
Aku rasa pissed off dengan statement kawan aku ni sebab kenapa pun kalau aku nak strong ?
Kenapa pun kalau aku nak buat semua sendiri?
Kenapa pun kalau aku tak nak susahkan orang ?
Bukan ke apa yang aku buat ni sepatutnya memudahkan orang sekeliling and also lelaki yang nak lekat kat aku yang makan untung ?
No ?

Aku tak nak kata yang lelaki ni intimidated dengan succesful career woman.
Walaupun aku tahu ada sesetengah orangyang memandang rendah dengan keupayaan perempuan.
Contoh ayat common la, "Alahhh perempuan ni belajar tinggi-tinggi, kalau tak tahu ke dapur punah jugaaaa"
So kalau kau (lelaki) boleh masuk dapur, kenapa tak nak tolong ?
Bukan ke relationship is about complemeting each other ?

Aku kuat bukan sebab aku nak tunjuk hebat.
Aku kuat sebab aku kena kuat.
Pernah je aku dapat orang yang suka/minat kat aku sebab aku independent.
Pernah je ada orang yang intimidated dengan aku sebab semua benda aku boleh buat.
But end up dua-dua pun bukan jodoh. 
Jadi aku teruskan je kehidupan aku yang aku buat kuat tu. Sebab kalau bukan aku yang buat, sape lagi nak buat ?

Aku cerita lah pengalaman aku untuk kedua-dua orang yang aku jumpa ni.
Dua-dua jenis orang yang aku jumpa ni ada tedency nak take me for granted.
Cuma jenis pertama lebih appreciate aku sebab aku tak menyusahkan dia.
Kalau takat nak isi minyak tu tak yah lah susah kan dia nak angkat nozzle semata-mata. 
Kalau takat lapar tu, tak yah dia kalut-kalut nak belikan makanan. 
Sebab orang macam ni tahu, aku akan hanya akan mintak tolong dia bila perlu.

Cuma dengan orang jenis pertama ni yang makan hati is AKU sendiri.
Yang membuatkan aku triggered untuk sentap is orang sekeliling.
Because for them girls, lelaki ni kena buat kerja lebih instead of me buat semua benda sendiri.
Zaman dulu-dulu biasalah kan, pantang orang pull trigger kita mula lah koyak.
Bila aku complaint kat partner aku, dia marah aku.
Sebab kenapa untuk benda remeh, yang aku boleh buat sendiri aku nak kena susahkan dia.
Itu nama dia annoying and mengada-ngada.
Sentap doh aku hahahaha kena tepek sekali kat muka.

Tapi betul, dengan orang jenis pertama ni aku lebih bebas.
Aku ada quality time untuk diri sendiri. Which aku bebas nak kemana-mana and bebas nak berkawan dengan siapa-siapa.
We celebrated our times together occasionally sebab for him relationship ni bukan kena duduk berdua all the times.
And kalau keluar berdua, kami kongsi expenses. 
Tiket wayang dia bayar, lunch aku belanja.
Bowling dia belanja, dinner is on me.
Bila dah breakoff, takde material yang rugi.
Rugi masa tapi dapat pengalaman.
Eventhough we ended up not working out tapi we still keep in touch. Sebab apa tak de jodoh tu, jawapan dia cliche la.
JODOH NI ALLAH YANG TENTUKAN.

Ive been with the 2nd type of person for almost 2 years.
This is by far the most stressfull time of my life.
Orang macam ni jenis nak kita duduk layan masalah dia and tak boleh tengok kita berjaya.
The funny part is, orang yang jenis kedua ni memang tahu aku jenis independent and sebenarnya nak tumpang senang perangai aku.
Let me elaborate.

Aku dah biasa bayar semua benda sendiri.
Makan pakai aku semua aku beli sendiri.
Aku jenis tak suka harap orang and aku dah biasa bebas buat aktiviti aku.
When this person came around, dia macam nak ubah aku to be someone that i am not.
Mula-mula this person get comfortable around me sebab semua benda aku buatkan.
Sampai lah aku mula bersuara untuk get him to work.
Dia mula furious sebab selama ni dah bersenang lenang kan.

To live with me is very simple.
Kau kerja cari duit and aku buat benda sama.
Bab bercinta ni bukan takat nak bersayang-sayang je.
Duit kena jalan seiring. 
So bila aku achieve apa yang aku nak, aku dapat apa yang aku inginkan this person meremehkan aku pulak.
Aku bukan over-achiever pun, tapi at least aku nak apa aku usaha sendiri.
And whats the point of having partner kalau semua benda, i repeat semua benda aku boleh buat sendiri.
It's so obvious to not last longer with this person kalau begini perangai dia.

Kau bayangkan kalau aku "buat-buat bodoh" dengan orang yang jenis kedua ni?
Where will i end up ? sudah lah bodoh, diperbodohkan pula.

Look, if you are lazy to cari duit at least get yourself useful in other things.
Kalau kau malas nak bekerja, at least tolong jaga anak aku so aku save RM400/sebulan.
Kalau kau malas nak bekerja, at least tolong kemaskan rumah walaupun anak aku yang sepahkan.
Kalau kau malas nak bekerja, at least tolong keluarkan lauk (defrost) so aku balik kerja terus boleh memasak.
Kalau kau malas nak bekerja, stop talking nonsense.
Kalau kau malas nak bekerja, jangan cerita kalau kau kaya. Bullshit semua tu.

Point aku kat sini, tak kira lelaki atau perempuan jangan ada perangai bodoh.
Bila perempuan kena buat bodoh sangat sebab nak jodoh lekat, mana kau tahu jodoh kau tahan berapa lama ?
Nak bagi peluang/ruang untuk lelaki tunjuk power, kenapa perlu nak bersaing ?
Buat semua benda sama-sama tak boleh ke ?
Yang aku perasan, ada lelaki yang berkahwin ni sekadar nak tukar status je.
Dengan alasan, dah lama hidup membujang.
Korang pernah jumpa tak ? Aku pernah.
Sebab tu ada aku baca satu artikel, "Perempuan yang paling rugi is perempuan yang salah pilih suami."

Ada ramai wanita berkeluarga yang berjaya dan boleh dijadikan contoh.
Sama juga dengan lelaki, behind every succesfull wife there is a supportive husband behind them.
And to all single women and single mothers out there, just chill and relax.
Just do whatever best to you. You do you.
Everything you do is based on the chouces you make.
Not your parents, your past relationship, your spouses or anything else but you.
So aku rasa tak perlu sebab nak puaskan hati orang sekeliling kau nak kena buat sesuatu yang bukan represent diri kau.
Sebab at the end of the day, yang menanggung nya pun kau juga.
Cari orang yang boleh terima kau, kelebihan kau dan keburukkan kau.
Dont worry, aku pun tengah cari orang yang sama.
So tak payah nak jadi bodoh-bodoh sangat. 

Done bebel.

Wednesday, June 09, 2021

Vaccine AZ side effects (on me)

 Hello.

Today marks 4 days after vaccine. Kesan dia ?

1st day - fever and chills. Also sakit-sakit sendi. Aku MC sebab memang tak larat nak kerja. Aku nak rest.
2nd day - i sweat a lot. Ape benda yang panas pun tak tahu la tapi memang aku berpeluh sampai berlengas badan. Masih rasa letih so aku keep on berbaring lepas siap satu kerja.
3rd day - Rasa pening or migraine sebab kepala aku sakit bila aku sneezing or cough. Aku ada sinus kan so pagi-pagi most of the time aku akan bersin. Tapi sakit kepala mild je.
4th day - Badan masih letih tapi better compared to 1-3 days. Aku boleh keluar beli barang.
5th day - Semalam, badan rasa lemau. Tak demam tapi lemau. Tekak rasa mual and loya macam pregnant pulak dah rasa dia. Aku half day MC sebab rasa tak selesa. Also cirit birit. Aku tak sure aku cirit birit sebab vaksin atau sebab minum green tea. Hewhewhew
6th day - Today I feel a lot better. And I hope the vaccine's effects last yesterday.

Saturday, June 05, 2021

I am vaccinated.

Di kalangan kawan-kawan, aku tahu ada yang anti-vaksin.
Orang yang anti-vaksin ni dia ada yang jenis terang-terang tolak vaksin. Ada juga yang subtle atau indirectly.
Aku ada la cuba explain kenapa perlunya amik vaksin ni, tapi sebab aku bukan doctor or medical punya orang so explaination aku ditolak.
Well, suka hati kau lah kan. I have done my part. Takkan sebab vaksin nak bertumbuk pulak kan.
But to be honest, aku pandang remeh pada anti-vaxxers sekalian. 

Aku cucuk vaksin harini and i was so excited.
Aku register first batch Astra Zeneca (AZ) on 2nd May and aku pilih 4th June sebab memang aku dah apply AL since January.
I am so glad to be on the first batch sebab the second time they open for registration, semua orang macam bengang sebab page dia hang due to traffic/congested sebab semua orang kalut nak register.
If i am not mistaken, during the first one ramai tak register sebab maybe ramai yang masih takut or tak pasti.

I asked around kawan-kawan yang dah pi amik vaksin and below are their advises to me :

1. JANGAN sampai terlalu awal sebab kau akan meramaikan orang di pintu masuk. Be there at least 5 minutes before your appointment.
2. DO BUY paracetemol before hand and took them after your jab. Kemungkinan kau akan demam and pening.
3. Drink PLENTY of water and stay hydrated.

So aku sampai vaccine facility 8:59 am and I am so happy that the process was very smooth.
Polis and pasukan RELA memang sangat membantu dengan instruction yang sangat mudah difahami.



Ada 2 tempat yang kau kena scan MySejahtera. First sebelum kau masuk.
Handphone memang sentiasa di tangan sebab polis akan check kau punya appointment and profile.
Untuk status diprofile selain low risk and kontak kasual tidak bergejala maybe appointment akan dijadualkan semula.




You will walk along your allocated station pathway. Aku station 2.
So kau berjalan la and basically kau akan follow instruction atau just follow je orang depan.
Sampai lah kau kat ruangan nak isi consent form.



Consent form ni macam health declaration la and also macam agreement.
Kalau kau tak agree, kau datang buat apa kannn.
Lepas dah isi, tunggu no kau di appeared kat screen TV depan hall.
Then baru kau ke sesi consultation.
Consultant just reconfirm semula apa yang kau isi kat borang tadi je.
Then terus lah pi jab.

Kat tempat jab, tak boleh take picture which is sad sebab aku nak save this precious moment. Haihh
Aku sempat tanya medical officer on the after vaccin effects, and the medical explained to me really well.
So lepas dah jab, kena duduk di ruang menunggu for 15 minutes to monitor kalau-kalau after vaccine effect.
Alhamdullilah, aku okay.
By 10am aku dah vaccinated and after 12 weeks dorang akan update new date for 2nd dose.


Since belum ada apa-apa effect, so aku pantasss beli barang dapur sikit and masak sup ayam and daging.
Lepas masak aku amik Ali from babysitter.
Lepas lunch, dua-dua membongkang. Sorang depan TV, sorang dalam bilik.
Bila dah bangun, dah bagi Ali dinner... thats when the effect took its place.

Time aku update blog ni, aku rasa mild fever and a little headache.
Aku dah telan panadol regular and actifast tadi.
And also minum green tea and plenty of water.
Lengan tempat jab tu sore and si Ali ni pulak dok sentuh-sentuh,
Eyyy kecik besar kecik besar je aku perati dia ni.

So gitu lah perjalanan hidup amuk vaksin harini.
Aku nak tido sebab aku rasa malam ni demam akan severe lagi.
Maklum lah, jenis jarang-jarang demam.
Bak kata Nuri officemate aku, “Awin kan gagah perkasa”

Friday, June 04, 2021

Annual Leave during MCO 3.0

Self quarantine dah settle so now, aku menghabiskan masa di rumah minggu sebab aku dah apply AL since January untuk 4 days.
Main reason kenapa aku amik cuti panjang is, aku nak settlekan banyak urusan.

1. Nak bawak Ali check up.
2. Nak settlekan rumah DBKL, aku baru nak mohon.
3. Nak settlekan lesen motor, QTI.
4. Vaksin.

Due to PKP, no 2 and 3 aku tak boleh nak settle.
Nak mohon rumah DBKL aku kena ada surat sokongan ADUN dari kawasan yang aku duduk ni.
Disebabkan PKP, terpaksa tangguh sebab pejabat ADUN tutup.
Nak mohon rumah DBKL dah mudah, pakai online je.
Semua borang, download, print, fill-up, cop and scan je untuk upload balik ke portal dorang.
Technology really made everything easy. Most of everything is just one click away.


Lesen motor pun tangguh juga. Haihh.
Dari bulan November tahun lepas, lesen motor aku takat tu je.
Ape yang aku belajar lepas-lepas, memang aku dah lupa.
Memang kena bukak youtube refresh balik semua benda. 
Aku dah bayar penuh, memang rugi kalau tak habiskan.
Nak tak nak, bertabah je la. Dah la nak set appointment kemain payah. 
Sebabkan PKP, kena tunggu lagi. 


Semalam aku bawak Ali pi check up. Pengasuh Ali cakap Ali ni ada ciri-ciri budak ADHD.
Aku try google, ape bende ADHD ni. Dia lebih kurang macam hyperactive tapi ada lagi lah dia ciri-ciri lain yang aku tak berapa pasti.
For me, I thought Ali is normal. I mean, his active behavior is just like a normal active kids who are excited and keen to explore new things. That is what I thought.
Cuma satu benda yang aku realize is, Ali ni susah nak ikut arahan bila kat crowd.
Contoh macam aku ada kat rumah pengasuh, Ali takkan dengar instruction aku.
Even aku dah terpekik terlolong pon dia memang sengaja tak nak ikut.
Sebab dia tahu aku takkan/jarang marah dia depan crowd.
Bagi aku, benda tu normal. Sebab when i am not around, he can follow instructions well. Vice versa.

Tapi bila babysitter cakap Ali macam ada symptoms ADHD of course aku triggered. 
Babysuttrr oula memang ada pengalaman handle budak ADHD so aku guna pakai pendapat dia and aku bawak Ali jumpa doctor. 
Here lies my mistakes.
Doc terkejut aku tiba-tiba datang and claimed anak aku ADHD. Then aku cakap, aku nak check je just in case Ali memang ada symptoms sebab babysitter cakap anak aku ada symptoms.
Doc tanya aku “Puan bawa buku anak tak ?”
I was like, damn aku tak bawak buku and its been ages since I updated the book. Yup, aku tak bawak Ali check up since he is 2 years old.
I told the doc, aku tak check up since 2 years ago sebab aku dah pindah rumah and the klinik ibu dan anak i went to check up Ali masa dia baby is quite far. Aku tak transport (that time) so aku simply tak pergi.
Kat situ lah salah aku.

Doc buat test sikit kat Ali like tanya soalan, sembang-sembang sikit and all and she said, Ali is totally normal.
He can follow instructions cuma dia excited and it normal for kid his age to be excited.
Alhamdullilah, aku lega.
Doctor asked me to go the klinik ibu and anak yang near to my current house and make a new appointment to follow up semula. Kanak-kanak ni akan diobserved sampai umur dia 7 tahun and it is not simply they can detect kalau budak kecil ni ada penyakit bahaya atau kecacatan mental.


Hence, the next day aku terus buat appointment di klinik ibu dan anak Sri Rampai.
His appointment will be on 16th June ni.
Nampak lah productive walaupun tujuan asal AL tak jadi nak buat.
Oh and aku open order packed food kat office juga.
Alhamdullilah, it was great.



Bila aku kira-kira meniaga packed food ni, untung dia tak lah banyak mana.
Kadang-kadang aku rasa lebih kepada tolong masakkan je untuk orang takde upah. Lebih kurang gitu lah.
But after all, aku suka bila ada orang yang suka makanan aku. And juga ada yang bad review in a good way. 

And harini, aku amik vaksin. Next post aku cerita lah process dia. Kang aku sumbat semua kat sini, muntah darah pulak korang baca. 

Bye 👋 

Saturday, May 29, 2021

Total Lockdown 2.0

Kerajaan dah umum total lockdown 2.0 bermula 1/6/21.
Part of me is happy, but part of me is sad untuk peniaga-peniaga kecil diluar sana.
Even aku yang employed ni pun, tak tahu berapa lama bertahan dengan kerja ini.
Kalau boleh bertahan, tak tahu sampai bila gaji basic kekal sama time MCO ni.
Sekarang pun komisen jarang-jarang nampak batang hidung.

Aku kerja call centre untuk telco.
Obviously, kerja aku is one of the exemption service for MCO.
Telco is an esential service melainkan aku kerja di kaunter.
Masa lockdown tahun lepas, semua budak-budak office aku cuti bergaji kecuali yang 15 orang termasuk aku.
Basically, aku memang tak cuti since tahun lepas.
Office aku ada buat rotation basis tapi sekejap sangat. Last-last semua kena kerja macam biasa.
Aku tak merasa duduk rumah time lockdown berminggu-minggu macam orang lain.
Ni aku dapat duduk rumah pun sebab self-quarantine. 

Ada budak office aku yang tak setuju kena kerja waktu lockdown.
Risau kan diri sendiri terdedah dengan covid.
Rasa macam risiko kan diri sendiri datang office kena kerja.
Tapi duduk rumah nak gaji penuh.
Bila office cut gaji sebab kau duduk rumah, pandai pulak kau mengeluh.
Kau nak mengadu kat pejabat buruh bagai.
Senang cerita buat apa pun kau nak mengadu lah.
Mana kau belajar matematik ni ?

Aku faham semua orang pun risau pasal covid.
Tapi jangan take it for granted.
Be it staffs ataupun bosses.
Yup covid is real, tapi precaution dia is very easy.
Stay at home. But if you really have to go out, follow SOP.
Benda pasal SOP ni dah banyak kali orang tekankan.
Dalam TV ada iklan. Dalam public transportation pun ada iklan.
Kat most of the building pun ada iklan. Entrance shopping mall pun ada iklan.
Entrance mana-mana pintu bangunan pun ada iklan.
So apa lagi yang kau tak pahamnya.

Hand sanitizer pakai.
Sama macam iklan-iklan SOP, sanitizer ni pun berlambak.
Every entrance memang akan ada sanitizer.
So pakai lah. Bukan nye sekali kau picit dia charge kau kan.
Pakai mask. Bila kat luar, pakai mask all the times.
Double mask kalau kau larat.
Budak-budak kecil, jangan bagi keluar rumah.
Aku yang ada anak kecil pun, aku minimumkan masa dia kat luar.
Pegi rumah pengasuh, balik dari rumah pengasuh.
Kalau aku kena keluar nak beli barang, aku beli sebelum aku amik Ali.
Tapi kalau urgent sangat, aku tinggalkan Ali dengan iPad.
Boleh facetime all the time.
Ali pun pandai call aku guna facetime ni.
Teknologi ada, gunakan lah. Take advantage on the technologies yang dah diciptakan ni. Geezzzz.

MCO kali ni aku cuak juga sebenarnya.
Aku tak tahu berapa lama company aku boleh sustain tapi aku doakan Allah permudahkan urusan aku ni.
SQ kali ni betul-betul membuatkan aku berfikir panjang.
Pasal kerja, pasal anak, pasal diri sendiri.
Entry aku kali ni bukan untuk sape yang baca je.
Aku peringatkan diri sendiri juga.
Sebab sebelum ni yang terpaling rimas pakai mask kat office is aku la.
Sebab aku rasa social distancing is enough.
Pakai mask bila nak bangun and nak ke tandas or meja orang.
Maybe this time, aku akan sentiasa pakai mask and kurangkan menyinggah ke meja orang.

Aku serik 10 hari tak jumpa anak.
Rindu dia tak tertanggung.




Friday, May 28, 2021

Seminggu tanpa Ali.

Another auto-published entry.

Harini adalah hari ke-7 aku alone kat rumah and Ali kat rumah pengasuh.
The last time Ali tak balik rumah was when he is 1 year old plus.
Masa tu, aku terpaksa kerja masa Hari Raya Aidilfitri.
Ali terpaksa aku bagi pengasuh bawak balik kampung.
Aku beruntung waktu tu sebab at least pengasuh nak bawak Ali balik kampung.

Dulu aku kerja customer service. So operation is 24/7, korang faham-faham je lah.
Kerja aku waktu tu is rotational basis.
Ada time aku kerja pagi, ada time aku keje malam.
And waktu tu Ali kecil lagi, aku rasa ok lah kot aku kerja cari duit dulu.
So aku lepaskan Ali kat pengasuh.

Nak jadi single mother ni susah bila kau takde DUIT.
Everything is money. Even masa kau pun duit, cuti kau pun duit.
So i make use off all the OTs I can do, public holidays, more working hours and so on.
Yes, during that time masa aku dengan Ali is very limited.
Weekends kerja, hari cuti aku nak rehat.
Tapi aku paksa diri untuk spend masa dengan Ali.
Yes, kena paksa diri. Sebab kalau tak paksa, i’d rather be sleeping lunaskan hutang-hutang tidur.

I documented my journey with Ali in my insta-story and facebook statuses.

Raya 2018. Seminggu dia balik kampung pengasuh. Aku raya sorang-sorang kat sini.

So aku decided biarkan Ali tido kat rumah pengasuh supaya
aku tak payah nak ketuk rumah orang pagi-pagi buta.

Semua yang aku buat macam suruh pengasuh bawak Ali balik kampung, jaga anak aku time public holiday atau jaga anak aku lebih masa bukan bermodalkan air liur sahaja ya. 
Semua ni melibatkan duit. Kau amik masa orang, kau ganti dengan duit. Win-win.
Waktu ni gaji boleh tahan la. Boleh la nak spend RM500-600 sebulan untuk mengasuh Ali je.
Dah macam hantar anak masuk playschool cina.

Aku tukar kerja masa Ali umur hampir 2 tahun.
Waktu ni aku rasa tak berbaloi sebenarnya aku kerja gaji banyak tapi takde peace of mind.
Dah la aku sacrifices masa dengan anak, aku kejar duit tapi end up kat office ada orang busuk hati dengan kau.
Tak berbaloi ya bila aku ditikam dari belakang. 
Last-last aku berhenti. Eh kalau nak cerita pasal pengalaman kerja ni, berlambakkkk.
Racism, incompetent boss, kawan-kawan dengki, kipas mengipas.
Nanti lah aku cerita kat post lain.

Sampai lah aku jumpa kerja aku sekarang.
Sumpah, gaji sangat beza dengan apa yang pernah aku earned sebelum ni. 
Beza as in my basic salary is low.
This is not the best company I have ever work with, tapi alhamdullilah masih ada semangat aku nak bangun pi kerja hari-hari.
Aku ada peace of mind, supportive coleagues and walaupun haywire here and there but I can say aku ada plenty of times dengan Ali.

I was so lucky to have Ali as my son.
I stressed this all the time but I DONT WANT TO TRADE HIM WITH ANYTHING ELSE.
Dari dia kecil sampai lah now dah 4 tahun, we cope with each other really well.
Aku cakap ni bukan sebab Ali anak aku, but he is such a sweet boy.
Sejak aku kuarantin, aku hari-hari update dengan pengasuh pasal Ali.
And Ali pulak hari-hari tanya kat pengasuh,

“Bila Mommy nak sihat ?”

Terharu doh aku bila budak umur 4 tahun boleh concerned macam tu.
Ali ni ada perangai tolerable and his consideration level is high juga.
Adalah at certain time kadang-kadang dia being unreasonable juga.
Bila datang unreasonable dia, itu jadi tugas aku kena ajar dia lah kan.

Belum pernah lagi Ali throw tantrums teruk-teruk depan orang ramai.
Belum pernah lagi Ali jerit-jerit kat aku depan orang ramai.
Ali is so friendly dengan budak-budak sebaya dia and also orang dewasa.
Cuma, Ali ni ada masalah bila dengan crowd dia tak duduk diam.
Dia akan lari non-stop.
This is something yang aku rasa aku kena refer doctors.
Tu je lah kot.

Dah lama tak rasa Ali tak tido sebantal dengan aku, selalu ada je dia kejap-kejap mintak peluk la, mintak cium la, mintak kena marah pun ada.
So kau faham tak perasaan rindu dia macam manaaa.
😢😢😢
Pantang aku duduk diam-diam dalam bilik atau dalam toilet, mesti ada Ali nak menyebok.
Pastu tengah-tengah malam mengadu lapar padahal dah makan nasi 3 pinggan adult portion.
Pastu sibuk datang tunjukkan kat aku invention dia guna lego tu.
Macam-macam dia reka.
Airplane la, race car la, dinasour la, race car airplane pun ada.
Dah bosan sangat dia ajak aku baca Peter and Jane.

Ada je lah jalan nak communicate dengan aku.
Sebab tu bila dia takde seminggu ni, suram betul kehidupan aku jadinya.
Nasib baik lah aku negative kobit.
Kalau aku positive kobit, aku rasa entry aku mungkin bunyi lain macam and boleh buat korang nangis.

Cepat lah 30 May !

Thursday, May 27, 2021

Sotong Celup Tepung ‘anti-tanggal’ Salted Egg.

This entry is an auto-published.

Aku rasa tak pernah lagi aku share resepi dalam blog.
2 hari lepas aku masak SOTONG CELUP TEPUNG SALTED EGG.
Ramai cakap nampak sedap.
Tapi kali ni aku nak share atas permintaan ramai. Gittewww macam ramai sangat readers kau.
Kat instagram ramai orang tanya resepi, so aku buat poll.

Bila mana kau rasa kau sangat artis siap nak buat poll bagai.

Nah resepi penuh. Tapi aku memperkenalkan dulu bahan utama. 
Kalau takde bahan ni, renyah sikit kerja kau.

Nindiaaa, the “star” of the show.

Untuk sotong celup tepung, kau sediakan :

Tepung Ubi
Tepung Jagung
Tepung Bestari (original/pedas)
Lada hitam
Garam
Telur

Cara-cara :

Panaskan minyak.
Kalau boleh minyak biar banyak. 
Nak guna resepi ni, kau wajib persetankan diet kau kkk.

Bahan-bahan kering ni kau gaulkan.
Sukatan dia kau ikut pada berapa banyak sotong kau guna.
Sotong kau potong kecil-kecil. 
Kau jangan tiru aku, potong besar-besar macam mulut ikan paus yang telan.
Nak tercekik aku masa nak mengunyah.

Sotong kau celup dalam telur dulu, then gaul dalam tepung kering and terus ke minyak panas.
InsyaAllah tepung tadi tetap lekat kat sotong tanpa tertanggal.


Satu benda aku tak suka bila kau guna method ni, minyak kau cepat hitam. Pastu lebihan tepung berkumpul kat bawah minyak.
Fry it up sampai garing and angkat dan letak tepi.

Bapak besar siel aku potong sotong ni. KAHKAHKAH



Next is the salted egg sauce.
Aku sertakan gambar ya.


Panaskan butter and minyak masak sikit. Masuk kan cili padi and daun kari.
Optional kalau nak masuk garlic, tapi aku tak letak. 
Malas nak kopek kulit dia hahaha.

Bila dah naik bau daun kari tadi, PERLAHAN kan api dan kau terus masukkan tepung bestari CAMPURAN TELUR MASIN KEEMASAN. KACAU supaya dia tak hangit.

Kalau kau acah-acah nak healthy tak nak guna tepung, kau rebus dulu telur masin 2-3 bijik and just amik telur kuning dia sahaja. Dan kau lenyek-lenyek kan dalam kuali. Sama jugak, dia akan berbuih.

Sebelum kau masukkan sotong, aku cadangkan kau tutup je lah api untuk elakkan hangit.
Salutkan sos bagi dia rata. Ada orang nak letak susu, jadilah BUTTERMILK SALTED EGG SAUCE.
Dipersilakan. Ikut selera tekak masing-masing.


SIAP !!!


Salad tu yang buat meriah sebenarnya.
Tapi memang superb sedap wehh. Promise.

Aku tak masak nasi sebab aku tahu nasi aku tak siap masak lagi, lauk aku ni dah masak.
So aku ratah je lauk ni dengan salad.
So perangai pemalas aku tu korang boleh tiru sebab boleh lah kurus sikit untuk hari tersebut.

Kurus sikit je lah.
Dah kalau kau menggoreng tadi, minyak dah sebeban.
Butter lagi, tepung segera lagi.
Simpan je lah angan-angan.

Bai.