Monday, December 07, 2020

Annual Leave

 Assalamualaikum and hello gais.

Pagi tadi aku rasa mata aku kena gam dengan gam UHU. Rasa letih dan mengantuk memang tak boleh tahan. Penat siel meniaga semalam. Bisnes okay, alhamdullilah. Walaupun ada jugak lah halangan yang mampu menyakitkan hati Heh. 




Ali hanya mampu bertahan kat rumah kawan aku 3 malam sahaja. Malam ketiga tu pun dah merengek-rengek nak balik rumah Mommy. Pastu kawan aku kata dia mengigau malam-malam j\rit-jerit panggil Mommy ! Mommy ! Allahuuuu sedih pulak aku dengar. Aku ingat malam ketiga tu jugak nak pi amik dia sebab masa tengahari aku call pun dia dah cakap, "Mommy. Ali nak balik rumah Mommy...".  Tak meruntun jiwa kau dengar anak kau cakap macam tu. Dah la si Ali ni champion bab buat muka sedih ni. 

Disebabkan aku cuti Selasa and Rabu lepas so aku pi lah amik dia. Time amik dia tu memang member bad mood habis weh. Peluk taknak, cium taknak semua benda dia taknak. Oh handphone dia nak pulak ek. Tapi jelas bad mood muka dia haritu. Macam aku pulak yang tinggalkan kat dia kat rumah orang. Masa kau terkinja-kinja nak follow, tak pulak dia pikir meruntun hati kita ni. 

Macam pelik kan aku amik cuti Rabu and Khamis. Tengah-tengah minggu pulak tu...apa kejadah ? Ni lah masalah office aku. Cuti nak kena apply 2 months in advance. Pulak tu ada quota 1 hari berapa orang boleh AL. Staff ada 200 orang. Stress aku. Sejak kerja kat sini, time birthday harapan sangat lah aku dapat apply cuti. Sape suruh kau beranak Christmast Eve, cuti dah kena freeze padan muka. (Nangisssss)

So cuti haritu aku settlekan roadtax motor and tukar tayar sekali. Tayar depan aku dah tukar haritu, so kalini tayar belakang pulak. Baru aku tahu road tax boleh buat onliine je. Beria-ria aku amik cuti ingatkan nak kena queue kat kaunter JPJ. Tayar motor aku beli kat shopee je. Upah pasang tayar RM15. Aku rasa dah save banyak sebab tayar yang aku beli kat shopee  murah RM30-RM40 dari harga kedai. Alang-alang nak tukar tayar, service lah motor sekali harung. Melayang RM80.

Sambil update ni aku tengah layan konsert Arashi 2019. Dah tua-tua muka bae aku semua. Aku been drooling over them dah 10 tahun. Tak ramai kawan-kawan aku expect aku boleh minat griup Jpop seketul ni. Nak bersara dah pun depa 5 orang ni. Dah lama sgt dalam industri. 

❤️💛💜💚💙

Almost 12am...time to sleep