Friday, December 25, 2020
Birthday post, another year of life
Saturday, December 19, 2020
Paradise on earth
![]() |
This is Arashi. |
![]() |
Gokusen 1 |
Thursday, December 10, 2020
A scale can’t measure your value
Carrying loaded of bags not in our country is fun.This shall repeat ! |
5km, 10km, 15km and 21km aku dah tapau. Full marathon ? Harapannnn |
Monday, December 07, 2020
Annual Leave
Assalamualaikum and hello gais.
Pagi tadi aku rasa mata aku kena gam dengan gam UHU. Rasa letih dan mengantuk memang tak boleh tahan. Penat siel meniaga semalam. Bisnes okay, alhamdullilah. Walaupun ada jugak lah halangan yang mampu menyakitkan hati Heh.
Ali hanya mampu bertahan kat rumah kawan aku 3 malam sahaja. Malam ketiga tu pun dah merengek-rengek nak balik rumah Mommy. Pastu kawan aku kata dia mengigau malam-malam j\rit-jerit panggil Mommy ! Mommy ! Allahuuuu sedih pulak aku dengar. Aku ingat malam ketiga tu jugak nak pi amik dia sebab masa tengahari aku call pun dia dah cakap, "Mommy. Ali nak balik rumah Mommy...". Tak meruntun jiwa kau dengar anak kau cakap macam tu. Dah la si Ali ni champion bab buat muka sedih ni.
Disebabkan aku cuti Selasa and Rabu lepas so aku pi lah amik dia. Time amik dia tu memang member bad mood habis weh. Peluk taknak, cium taknak semua benda dia taknak. Oh handphone dia nak pulak ek. Tapi jelas bad mood muka dia haritu. Macam aku pulak yang tinggalkan kat dia kat rumah orang. Masa kau terkinja-kinja nak follow, tak pulak dia pikir meruntun hati kita ni.
Macam pelik kan aku amik cuti Rabu and Khamis. Tengah-tengah minggu pulak tu...apa kejadah ? Ni lah masalah office aku. Cuti nak kena apply 2 months in advance. Pulak tu ada quota 1 hari berapa orang boleh AL. Staff ada 200 orang. Stress aku. Sejak kerja kat sini, time birthday harapan sangat lah aku dapat apply cuti. Sape suruh kau beranak Christmast Eve, cuti dah kena freeze padan muka. (Nangisssss)
So cuti haritu aku settlekan roadtax motor and tukar tayar sekali. Tayar depan aku dah tukar haritu, so kalini tayar belakang pulak. Baru aku tahu road tax boleh buat onliine je. Beria-ria aku amik cuti ingatkan nak kena queue kat kaunter JPJ. Tayar motor aku beli kat shopee je. Upah pasang tayar RM15. Aku rasa dah save banyak sebab tayar yang aku beli kat shopee murah RM30-RM40 dari harga kedai. Alang-alang nak tukar tayar, service lah motor sekali harung. Melayang RM80.
Sambil update ni aku tengah layan konsert Arashi 2019. Dah tua-tua muka bae aku semua. Aku been drooling over them dah 10 tahun. Tak ramai kawan-kawan aku expect aku boleh minat griup Jpop seketul ni. Nak bersara dah pun depa 5 orang ni. Dah lama sgt dalam industri.
![]() |
❤️💛💜💚💙 |
Almost 12am...time to sleep
Tuesday, December 01, 2020
Duit atas angin
Assalamualaikum and hello.
Musim-musim pandemic ni, aku tengok ramai orang sengsara. Kalau dah sampai kes bunuh diri 600+ bagi aku, sebenarnya orang Malaysia ni pun banyak yang ada masalah tekanan especially bab duit. It's all about surviving. Alangkan kapten kapal terbang pun turun pangkat jual burger tepi jalan. Aku ni punya bersyukur masih employed. Masih ada gaji masuk setiap bulan walaupun terjejas sikit. So kena pandai bajet. Walaupun usaha aku letak 110% dari sebelum ni, masih pendapatan terjejas. Rasa give up tu ada, tapi sebab aku fikir ada anak so aku bertahan. Waktu-waktu pandemik ni, tak banyak pilihan yang kita ada kan.
Food court kat bawah office aku, kebanyakkan nya dah tutup. Kita rasa kita yang makan gaji ni susah, yang business owner pun lagi susah. Nak sustain bisnes lagi, nak profit lagi, nak bayar pekerja lagi and etc. Kawan aku meniaga nasi kukus kat food court bawah tu, dia pun cakap separuh pendapatan dia hilang. Yelah, targeted crowd dia pun memang yang bekerja office. Sekarang ni semua pakat WFH. Berapa kerat je yang kena kerja office, Pastu ramai pulak yang bawak bekalnya, yang order food panda nye, yang tapau food dari luar nya...memang terjejas pendapatan member aku yang sorang ni. Kesian aku dengar cerita dia.
Bila aku meniaga satay ni, targeted crowd aku is orang-orang kat area perumahan ni. Target penjualan pun aku cakap dengan Didy, tak yah lah nak target banyak-banyak. Cukup lah 150-200 bagi aku dah cukup banyak untuk stall kecik tepi jalan. Kat kawasan perumahan pulak tu. Kalau kau nak berangan bukak frnachise ke, nak amik stok ribu-riban ke, kau tunggu covid ni dah berambus. Time ekonomi dah okay, baru boleh cerita lebat-lebat untung ribu-riban.
Bisnes satay ni alhamdullilah okay. Nak kata boleh jutawan segera tu apa kau ingat ni MLM. Sabtu lepas laku 50 cucuk je. Yang si Ali dok lah menanya, "Mommy mana orang ? Takde orang pun..." Aku yang stress. Tapi dalam hati, aku tau adat meniaga macam tu lah. Ada hari untung, ada hari kau melangut. Kalau hari-hari untung semua orang pakat niaga. Yang penting konsisten. Itu yang aku cakap dengan Didy. And Didy pulak memang dah pernah berniaga sebelum ni. By right, dia lagi tahu lah permainan berniaga ni macam mana kan.
Marrvelous weh ! Puji bukan sebab satay sendiri tapi sebab memang sedao 😋 |
Bila nampak tempat pembakar tu penuh dengan satay , orang keliling ingat "Wah masyukkk lah tokey satayyyy" tapi kau tak tahu hazabnya Didy nak mengipas, aku ni nak amik order and membungkus. Itu belum kira bila aku blur-blur ayam sampai aku dok ulang order customer 5-6 kali. Kawan-kawan aku banyak kali pesan, meniaga ni memang seronok sebab kederat kau di bayar cash. tapi hati-hati dengan orang sekeliling. Bukan semua suka muka kita senyum memanjang. Akan ada orang yang busuk hati. Akan ada manusia yang panas bontot. Dalam pemikiran aku pulak, setakat meniaga tepi jalan, tak kan ada orang nak mendengki. Oh rupanya lagi kuat ! Terkejut aku Seriously terkejut.
Well, aku berniaga kaki lima je beb. Since DBKL kata KL ni dah jadi wilayah bebas niaga, kau nak meniaga mana-mana pun takpe. takde orang nak kacau. So aku and Didy amik peluang bukak bisnes kecik satay ni. Berniaga ni memang ada ups and down. Cuma yang aku tak berkenan bila ada yang nak amik kesempatan. Ntah macam mana ada orang mintak kitorang bayar sewa. of course aku tak agree, tapi Didy insist nak bayar but with condition. Kalau nak kami bayar sewa, kena bagi space untuk letak barang. FYI, barang-barang semua kitorang angkut bawak balik. Pembakar, meja banquet, display rack..eh semua lah. Siap tapak kaki pun kitorang tak tinggal jejak k. Lepas abis niaga, wajib cuci lantai. Sebarang abu arang pun tak tinggal.
Bagi orang yang biasa bisnes macam Didy, dia kata lebih baik bayar or nego harga sewa sikit sebab tak nak ada masam muka sebab kita berniaga nak menhadap ramai orang. Tapi bagi aku, kalau kena bayar sewa padahal kita tak pakai barang dia, bukan meniaga dalam kedai dia lebih baik bayar sewa untuk proper kedai. Since the business isnt mine so i am not a decision maker. As expected, Didy nego untuk sewa lebih rendah and mintak jugak space untuk letak barang yang tak seberapa tu. Win-win situation. Kau dapat sewa, kitorang dapat letak barang. Heh
Ini lah risiko orang berniaga. Akan ada yang mendengki. Kalau bisnes kau merancak lebih, lagi banyak orang nak mendengki. Macam lah takde kerja lain dorang nak buat. Pelik aku !Dulu mak aku meniag nasi lemak kat pasar cina belakang Pejabat Pos Sentul Mak aku is the only melayu yang meniaga kat situ and jual nasi lemak. Ada je chinese yang jual nasi lemak kat situ. Tapi mak aku melayu punya lah. Mak aku meniaga memang rambo style. Takde lesen, main pacak je payung. Alhamdullilajh, ramai orang beli sebab sambal ayam mak aku memang sedap. Tak pedas and manis-manis gitu.
Bila DBKL lalu situ, kebanyakkan seller rambo macam mak aku memang lari dulu. Macam ada yang tahu-tahu DBKL nak datang. Sebelum DBKL sampai, dorang dah siap packing masuk barang dalam van masing-masing. Mak aku ? Paling relax. Nak angkut, angkut lah. Dia macam tak heran, dah macam redha. Ada rezeki, ada lah. Bukan mak aku tak nak apply lesen, tapi dia kata leceh. Anak ramai, kalau nak tinggalkan susah. Ayah pulak kerja jarang-jarang kat rumah. So rambo je lah. Yet so far, takde pun kena angkut. Habis kuat pun kena saman. Which mak aku tetap tak bayar jugak kat DBKL sebab kalau mak aku kaya, mak aku tak berniaga tepi jalan. Aku faham situasi tersepit mak aku tu.
Tetap mak aku dituduh bukan-bukan. Orang kata mak aku rasuah pegawai DBKL sebab dia nampak mak aku hulur nasi lemak. Padahal pegawai tu datang beli sambil-sambil bagi surat saman. Yang bagi surat saman kau tak nampak, yang hulur nasi lemak kau nampak. So bila bab mendengki ni kena kat batang hidung sendiri, baru aku merasa macam mana sakit hati nya hidup dikeliling orang busuh hati ni. Dah lah kita hidup tengah susah. Ditambah lagi beban sebab hati manusia yang busuk sangat.
Hikmah dia, nasib baik aku tak own the business sebab perangai aku ni auto tak elok bila tengah bengang. Didy pulak lebih rasional and lebih mudah dibawa berbincang. Sikit sebanyak aku terasa bila orang mintak kami bayar sewa padahal dia amik sewa tu atas angin je. Bukan tanah tu dia punya., tapi dia yang over. Sebab dia panas hati tengok pemabakar satay tu asyik berasap agaknya. Aku tak tahu celah mana lagi aku nak bersangka baik dengan orang macam ni. Sebab orang yang mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain ni layak dikeji.
![]() |
Ali is away for 5 days since last Sunday. |
kau tengok anak aku. Kecik-kecik dah pandai tak balik rumah. Hari Ahad lepas BFF dia datang kedai satay. Angah, Siti, Lissa (BFF Ali). Saddiq and Eka. Walaupun satay dah habis, tetap nak datang jugak. Sebabnya, Siti and Angah dah janji dengan Lissa nak bawak jumpa Ali. Budak-budak sekarang ni pantang kau berjanji. Mesti kena bagi. Kalau zaman aku dulu, nak apa-apa jangan berharap sangat. Kalau ada, adalah. Kalau takde, takde nye kau nak tanya. Silap-silap makan maki. Disebabkan Lissa kat rumah takde kawan, so dorang bawak Ali balik. Tu pun sebab memang dorang ada plan nak repeat datang kedai sebab haritu datang satay abis.
Aku bersyukur di berikan kawan-kawan and sahabat-sahabat yang baik disekeliling aku. Orang-orang yang baik ni, aku anggap rezeki Allah kat aku. Alhamdullilah