Assalamualaikum and hello gais.
Ya Allah lama betul tak menulis. Masa tu ada, malas pun ada juga hahaha.
Alhamdullilah. PKP dah tamat disambung pula dengan PKPB and now PKPP. Syukur masih di ada kerja, masih di bayar gaji dan masih survive. Alhamdullilah Ya Rabb.
Ali membesar dengan berjaya. Happy Ali is happy Mommy. 😀
Dah pandai mengomel, dah pandai meminta, dah pandai itu-ini. I am so happy to see him growing up cheerfully walaupun kadang-kadang ada juga perangai nak mengamuk/tantrum tapi sekejap je. As i mentioned in my previous post kan, Ali ni senang Mommy nak handle.
Masa mula-mula PKP, i was quite worried juga. I have read and heard ramai orang kena buang kerja la, contract discontinued, small business collapsed and all sort. As a single mother i risau, what if my contract ended within PKP period, what if my salary kena potong and a lot of "what if" playing in my head.
However so, I am so grateful with the company I am working with right now. To be honest, not the dream place to work but the best place to earn. As long as you are putting effort, of course bosses will see and acknowledge so you will be safe. Even masa PKP tu, bosses asked for those yang volunteer untuk bekerja. Walaupun tak ada commission yang di bayar, tapi I volunteered just to secure my position. In case lah kan...
As a single mother, the breadwinner of the house I ada juga terfikir what if (what if lagi, hahaha) i dah tak ada kerja. Macam mana nak bagi anak and diri sendiri makan ? Macam mana nak bayar all the commitments ? Macam mana kalau jadi macam ni, macam mana kalau jadi macam tu ? Lebih-lebih lagi untuk I yang ada anak masih kecil.
The thoughts of "what-if" and "kalau" ni sebenarnya sampai bila-bila pun tak akan habis. Jadi I always sematkan dalam diri and hati, setiap manusia tu rezeki dia ada di mana-mana. Selagi ada usaha and DO NOT give up. I believe Allah is the most gracious and merciful.
And rezeki pula bukan saja datang dari segi duit dan makanan semata-mata. Bagi I, apa sahaja bentuk peluang adalah rezeki. Rezeki untuk berusaha. I yakin bila ada usaha, ada lah jalannya. Selalu lah juga bersabar. I ni bukan jenis yang penyabar (jujur), kadang-kadang nak buka plastik keropok tak lepas pun sanggup beli keropok lain yang lebih mudah nak buka. Hahaha. Tapi dalam hidup, untuk benda-benda yang memerlukan kesabaran suka atau tidak, I mesti bersabar.
Contoh paling jelas, my work. I was not paid my commission during MCO tapi I bersabar sebab I masih perlukan kerja to make ends meet. I need my work to feed me and Ali. I need my work for me to survive. And I cuba untuk tidak mengeluh bila duit tak cukup. Therefore I have to plan to make sure hujung bulan me and Ali tak suffer duit dalam poket tinggal zero. So I masak and bawa bekal ke kerja. Sekat perbelanjaan bukan-bukan i.e beli toys mengarut untuk Ali (hahaha), kurangkan makan di luar, kurangkan beli jajan, kurangkan berjalan tak tentu arah.
Macam tu lah. Selebihnya I berdoa. Berdoa dan bersangka baik. Sebab dengan Tuhan, kita mesti bersangka baik. Walau apa masalah berlaku pun, semua ada hikmah jadi bersangka baik. Tak mungkin Tuhan itu kejam nak bagi ujian yang hamba nya tak mampu nak hadap. Sangkaan baik ini yang I pegang seharian. InsyaAllah.

