Assalamualaikum.
This is entry pagi-pagi time kepala otak tengah fresh. Baru lepas kemas dapur, sidai kain and tengah tunggu nasi nak masak utk menggoreng buat bekalan.
"Penat tak jadi ibu tunggal ?"
"Macam mana manage financial since aku sorang je yang cari duit ?"
"Macam mana manage masa since aku sorang je ada dengan Ali ?"
"Tak nak cari ke peneman (husband/partner baru) ?"
"Tak kesian ke Ali takde ayah/bapak ?"
Di antara soalan yang aku selalu dapat ditepek-tepek kat dahi bila menyembang dengan kawan-kawan. Sampai satu tahap aku ni rasa malas nak menjawab soalan dorang ni.
Kau adalah ibu tunggal yang terbahagia, bila kau ada family support from the beginning to help you throughout your disaster life. Bila mana kau kena kerja OT untuk menambah pendapatan, family kau boleh tolong jagakan anak. Bila mana kau boleh cari kerja part time so family boleh tolong jagakan anak kau during the weekend. Aku takde semua ni. Harap maklum.
Kau ibu tunggal terbahagia, bila mana gaji kau mampu tanggung 2-3 orang dalam family. Senang kata kau siap sedia berkarier then kau ditinggalkan. You have no issue with financial, boleh provide serba serbi untuk kau dan anak. Kau dah ada kereta sendiri untuk bawa anak kau ke sana ke mari. Boleh beli toys or apa-apa yang boleh distract anak kau so they wont kacau when you are working at home. Lebih beruntung anak kau disiap sediakan dengan insurance sebagai perlindungan masa akan datang. Aku ni semua benda takde lagi. Career, kereta, insurance untuk Ali pun takde. Loser kan pada pandangan mata kau ?
Kau ibu tunggal terbahagia, bila mana bapak anak kau masih in touch dengan kau and anak. Masih beri nafkah every month supaya kau tak rasa beban sangat nak bela anak kau ni. Or at least bapak dia tanya khabar walaupun tak mampu bagi duit just to show that he cares and concerns. So that the child is happy even though the parents aren’t living under one roof. Bapak Ali ? Setahun sekali pun payah nak tanya khabar. Apalagi nak berjumpa sebab bapak dia duduk seberang laut sana.
Kau ibu tunggal terpaling bahagia bila kau jumpa partner baru yang boleh terima kau seadanya dan anak kau tanpa diskriminasi. Aku ni asyik jumpa orang yang nak bercinta dengan aku dan aku sahaja. Anak aku sikit punya comel, baik dengar kata, senang mingle dengan orang kau boleh reject. Nak dating dengan aku je. Nak bahagia dengan aku sahaja. Bukan sekali dengan anak aku. So kau boleh nampak betapa give up nya aku nak bercinta lagi.
Aku dah terbiasa hidup 3-4 tahun sorang-sorang macam ni. Kau bayangkan sebelum aku ada motor, aku boleh usung anak aku kehulu kehilir dalam stroller sorang-sorang. Tangga setinggi-tinggi alam aku daki. Sebelah tangan dukung Ali, sebelah tangan dukung stroller aku gagahkan juga. Sebab kalau bukan aku yang buat, siapa nak tolong buatkan. Aku dah terbiasa makan breakfast, lunch and dinner berdua dengan Ali je. Lagi aku seronok tak payah nak cover cun bagai. Siap boleh gelak ketawa, sembang heart to heart dengan Ali walaupun bahasa kartun dia aku tak berapa paham. Sekarang ni dah becok sikit, baru faham.
Alhamdullilah bab kerja, gaji aku tak banyak berjuta-juta lemon. Tapi cukup untuk bayar sewa, bayar pengasuh malahan berlebih nak makan mewah sebulan sekali. Aku ada anak yang memahami, Mommy dia kena kerja cari duit so dia kena tinggal dengan pengasuh. Ali okay. Seminggu sekali, aku bawak dia jalan-jalan. Kalau tak seminggu sekali, sebulan sekali. Kat rumah, kitorang tak boring. Masing-masing pandai menghiburkan hati masing-masing.
My me time is with Ali. Always. Aku korbankan masa libur dengan kawan-kawan after work sebab tak sabar betul nak amik Ali dari pengasuh. Aku korbankan weekend untuk sit down dengan Ali ajarkan dia ABC, bawak dia pergi playground, duduk rumah dengan Ali walaupun tak buat apa-apa yang menarik pun. Tapi aku okay. Walaupun ada kawan-kawan yang suruh aku take a break kejap from Ali tapi aku always cakap it’s okay. Sebab time like this won’t last long. So aku nak spend masa selagi ada dengan Ali. Dia dah besar nanti, maybe dia dah tak clingy.
Aku sabar dan ramai cakap aku tabah. Betul. Penat ? Wehh, penat sangat weh. Penat dia tak tergambar dek kata-kata. Belum campur resah perasaan fikirkan masa depan aku, masa depan Ali. Tapi tu lah, bila nampak Ali senyum gelak ketawa hilang terus rasa resah gelisah. Aku tak mintak untuk jadi ibu tunggal tapi bila Ali lahir aku pilih untuk jadi ibu tunggal. All the bad consequences, I’ll bear them and make it right. And took all credit to all the good ones.
Bila dah lama strong and independent, when it comes to looking for a partner aku realised i am not looking for a rich one atau yang muda atau career driven sebab aku ni pun nothingggg. Cukup lah orang yang boleh dijadikan companion yang boleh bersama susah dan senang. Terima kekurangan aku dan Ali. Bila semua benda aku boleh buat sendiri, aku tak cari partner yang boleh ambil alih kerja aku. Cukup lah kalau boleh bahagia dan gembirakan aku dan Ali.
To all the single mother out there... I feel you. Let’s be strong together. People may look down on us, badmouthing about us. Let them be. We mind our own business and keep ourheads up towards more shining stars ahead. Jangan senang berkecil hati dengan soalan-soalan orang luar. Be firm and brave. Stand up and express your feelings when people look down on us.
There are so many good things awaits for us ahead. InsyaAllah.