Assalamualaikum and hello gais.
I haven't been updating my blog for awhile bukan sebab busy tapi sebab tak ada masa. Acah-acah kan aku ni macam ada bisnes jutaan ringgit.
On the 3rd of October, first week of the month aku and Ali went on a trip to Ipoh with my officemates. A very short trip for 2 hari 1 malam with 9 adults and 2 kids. Ngam! Actually planning nak pegi Ipoh was totally last minute. Semua orang macam boring gila duduk KL and nak berjalan ramai-ramai. Aku jenis tak kisah. Disebabkan aku ni menumpang kereta so memana ada kosong, aku okay je kalau ada yang nak bawak. Aku bayar duit minyak hewhewhew
 |
I made the itinerary based on citarasa semua 9 adults. |
Sebelum aku create itinerary. aku tanya dulu semua 9 adults mana tempat yang dorang nak pergi. Well, you know lah Ipoh mana ada tempat nak berjalan sangat. Tempat makan bersepah-sepah so aku suka hahaha. Mula-mula semua setuju nak pegi Lost World of Tambun tapi sebab covid are increasing so we all decided to pull it out from itinerary.
Alhamdullilah we were actually ahead from estimated time dalam itinerary. Gerak asing-asing sebab dua kereta. Kerata Kak Yan and kereta Nuri. Aku naik kereta Nuri so dia kena fetch aku kat Wangsa Maju sebab nak kena amik Ali dari pengasuh dulu. Then amik Kak Nita sebab we are living near to each other. KaK Yan with Shufri. Puteri, kawan Puteri and her kid, Amir in one car. Kitorang pilih RNR Tapah untuk late dinner. Aku and Nuri dah selamat dinner kat area rumah aku sebab husband Nuri (Daus) dah kelaparan. Aku tumpang sekaki. Heh.
Sampai RNR Tapah around 11:00pm and we settled makan around 12:00am- 12:30am kot. Ntah tak tengok jam. Perjalanan ke Ipoh smooth walaupun Ali tak tido pun sepanjang perjalanan. Maybe excited sangat berjalan jauh sebab asyik terperap kat rumah. Tbh, aku sangat pelik sebab malam tu Ali sangat-sangat behave. [Ali : Mommy sabajap !]
Sampai je kat homestay, terus semua siap-siap nak tido. Aku dah pesan awal-awal kat semua orang. Kita nak terjah New Hollywood, tempat viral ramai orang so better by 7am kita dah ada kat sana. Alhamdullilah semua bagus-bagus and dengar cakap. Sampai-sampai, take turn mandi, lepak-lepak sembang kejap zassss terus masuk tido. Hebat kan kawan-kawan aku.
Day 1 (03/04/20)
Aku bangun 5:40am and aku ingat aku yang terpaling awal bangun rupanya ada orang lan yang lagi terer awal bangun dari aku. As per itinerary we reached New Hollywood around 7:00am++ and we were so lucky sebab tak ramai yang beratur. Sampai-sampai dah boleh terus duduk and buy food. Aku first time lah masuk sini kan so baru tau rupanya dia macam kedai besar with small stalls. Ada jual pan mee, kueteow, roti telur goyang, roti canai and so on.
 |
This is all of us in a picture. From left : Daus (husband Nuri), Amir, Kak Nita, Kak Yan, Puteri,Nuri, Shufri (at the back), Nana (kawan Puteri) and me. Kids : Ali and Adam |
I really like Adam. He is so behave and baik sangat. Susah betul nak dengar suara dia tau. Yang si Ali, pot pet pot pet manjang. "Mommy ni apa?" "Mommy kita kat mana?", "Mommy kenapa kita ni...?", "Mommy kenapa kita tu...?" Sabar je lahhhh.
So aku makan Pan Mee Soup and this is always my favourite. Kalau aku dah bosan makan foodcourt kat office, aku ajak Shufri makan kat foodcourt KL Sentral makan pan mee kat sana. Yumsss. I also ordered kopi ais kaw-kaw sedap yakmat. Untuk Ali, aku order roti canai. I forgot to take picture of roti telur goyang tapi the taste is for me okay je lah. Tak kena dengan taste bud aku. Orang kata kalau kat tempat lain dorang letak sekaya. Kat sini semata-mata roti salut butter/planta and telur 3 suku.
 |
Pan Mee Soup |
 |
Roti Canai Ali
|
Lepas breakfast, kitorang jalan-jalan kat
Concubine Lane.
Aku ingatkan lane ni macam Jonker Street Melaka la sebab aku baca review and aku tengok suggested place semua kata tempat ni macam best. Tapi aku rasa biasa-biasa je lah. Taklde kedai-kedai beli barang pun macam Jonker Street tu. Kat sini je aku asyik kena paw je dengan Ali. Masuk-masuk dah kedai toys, kau rasa ?? Semalam kat RNR Tapah aku dah kena paw siap-siap dah. Redha je lah Mommy.
 |
Hasil paw yang ketiga di Ipoh. |
 |
Pic taken by Shufri. Pandai betul amik pic. Cantikkk |
Kalau ikut itinerary, lepas Concubine Lane kitorang ke Taman Gunung Lang. Aku pernah la pegi sana sebab Sham kawan Didy pernah bawak kitorang pegi sana masa kitorang datang sini. So aku suggest tempat ni at least ada lah sikit aktiviti untuk budak-budak dalam ni. Nak ke Taman Gunung Lang, kau kena naik bot untuk ke seberang and kat sana ada mini zoo, ada rumah-rumah style kampung yang mesti dorang suka nak ber OOTD kan. Malangnya, since its Covid19 bot nak ke seberang tu ada restriction which budak below 12 years old tak boleh naik.
Berkonsepkan, sorang tak boleh pergi semua tak pergi so we all stuck tak tahu nak buat apa dah. Last-last semua pakat amik gambar kat air terjun buatan je lah. Memang ada kat situ.
 |
Ni nama dia posing selamat. Kalau ngadap depan takut korang tak lalu makan. |
Aku dah kata Ipoh ni banyak tempat mentekedarah je so kitorang patah balik town and terus ke Plan B, a hipster cafe and aku memang nak sangat makan kat sini.
Sampai Plan B, semua orang order makanan masing-masing. Kak Yan planned nak ke workshop kereta sebab semalam while on the way to Ipoh radio dia tak boleh turn on. Seronok betul Plan B ni. Ambience dia, cozy dia is a good combo with their good food. And one thing aku suka is to order food, we need to scan barcode and the menu will be on our smart phone. Bagus kan, save paper safe environment. Plus musim penyakit ni, elok pun takyah menu-menu buku tu. Buat berjangkit penyakit je. Aku order Buttermilk Chicken Cabonara and Blooming Bonito Flakes Fries for Ali. Betapa pelahap nye aku haritu, dapat-dapat makanan terus makan tak amik gambar kahkahkah.
 |
Aku lupa apa nama air ni tapi ada laici and lime. Ali macam biasa, paw tu satu kewajipan. Helokk kan man-bun Ali. Kihkihkih |
 |
Nampak kan perbezaan Adam and anak aku. Malas aku nak elobrate. Food : Blooming Bonito Flake Fries. Dah macam jambangan bunga. Tantekkkk |
Food dia memang pricey bagi aku. Tapi good portion and tasty so aku tak kisah bayar lebih. Total lunch aku ni RM63.00. Kemain kan berbelanja. Once in awhile boleh la. Hari-hari makan macam ni, boleh luruh segala bulu kat badan aku ni. Next station is workshop.
Since we all dah semua decided nak balik rumah and rest sebab malam nak pegi Gerbang Malam so kita cari desert siap-siap. Aku memang nak sangat makan Hokaido Ice Cream Puff sebab selalu sangat benda tu lalu timeline FB. Kat sana memang takde parking depan-depan kedai nak-nak pulak kau pegi sana weekend kan. So aku and Amir je turun beratur and beli. Ramai jugak orang beratur walaupun flavor favourite dah tak ada. Yang ada cuma Durian, Mango and Coconut. Aku beli Mango.
Aiskrim dia sedap macam biasa kau makan aiskrim lah kan. Tapi aku suka betul dengan puff dia tu. Kat luar keras-keras rangup and dalam lembut. Sedappp. Aku ngap dalam kereta sebelum sampai rumah sebab Nuri kata nanti cair tak sedap. Kemain aku ngabehkan dalam kereta jugak sebab tak nak puff dia menggelebeh dek aiskrim cair. Daus makan macam makan burger, lagi menaikkan nafsu aku nak makan natang tu kan. Oh yang ni Ali tak paw Mommy punya sebab aku amik Mango dia tak suka. So dia paw Kak Nita sebab dia amik perisa durian. Paw tetap pawww.
Sampai rumah elok je aku tengok Shufri makan puff tak cair pun. Aku yang cair kena kencing dengan Nuri. Ciss
 |
Yang dia letak tape tu maknanya takde. Tapi yang tak letak tape pun ada yang takde gak.
|
Kitorang sampai rumah awal sangat lebih kurang jam 4pm so its a rest and relax time. Tak relax sangat pun sebab petang tu Nuri ajak main badminton. Sham and Zera kawan Didy datang jugak nak jumpa plus hantarkan Macaroni Cheese. Its their business (
@mcqueens.ipoh) and sumpah sedap macaroni dia. Sebabkan aku nak makan dinner dah kejap lagi, so aku simpan dalam peti ais dulu. Esok pagi buat sarapan ramai-ramai. Memang semua puji sedap.
Sebelum ke Gerbang Malam, kitorang singgah makan dulu. Dinner tak ikut itinerary sebab tak sure sedap ke tak kedai ikan bakar near to Lost World of Tambun tu. Suggested by Shufri tapi mungkin sebab risau kena kecam so tukar plan. Kitorang makan Royale Shell Out. Aku bukan peminat shell out sebab aku tak reti makan ketam and aku allergik seafood. Tapi aku bedal jugak sebab aku tengok semua orang makan macam sedap je. Pic tak amik sebab Shufri amik video so aku malas nak post kat sini.
Lepas dinner terus ke Gerbang Malam. Again, aku expect dia macam Jonker Street malang sekali dia sebijik sebijon macam pasar malam rumah aku. Seronok lagi pasar malam rumah aku kahkahkah. Masa on the way ke sini Ali dah tido dalam kereta. Nak tak nak kena kejutkan jugak so aku pancing dia dengan kedai-kedai mainan kat dalam ni. Sampai kedai toys pertama, aku beli lah 3-4 barang bagi dia hilang mengantuk. Pastu aku cakap, "Ali kat dalam ni ada lagi banyak kedai toys. Jom kita jalan nak ?" Ali pun okay with excited plus ngantuk. Tapi bila sampai kedai kedua, aku cakap benda yang sama. Sampai kedai ketiga, aku cakap lagi benda yang sama. Lama-lama anak aku fedup dengan helah mak dia. Maka dia pilih untuk mengamuk dalam tu.
Kau bayangkan dalam Gerbang Malam tu sikit punya ramai manusia, selamber badak anak aku sound Mommy dia "Cepat lah jalan, Mommy!" Padahal orang tengah ramai bersesak nak berjalan. Semua pandang anak aku semacam. Mommy dia dah cuak-cuak risau kena debik kat sana nasib baik pakai mask so orang tak kenal sape. Memang nampak macam Ali rude kat aku kan. Tapi aku tak boleh nak marah dia sangat sebab memang dia tersangat penat. Aku pulak nak kata NO untuk ikut dorang berjalan tak boleh jugak sebab menumpang kan. Jadi terpaksa aku hadapkan je perangai Ali. Sampaikan aku nak beli towel pun aku kena marah dengan anak aku.
"Tak payah beli towel Mommy. Kita jalan je!"
Tu ayat aku bagi kat dia bila lalu kedai toys kat shopping mall. heh
Day 2 sambung next entry kk