Tuesday, February 08, 2022

Tadika Kayangan katakauu

After so long ta update, banyak gila la stories nak share.
Bila banyak stories nak share, jari pulak malas nak menaip.
Dah pun masuk tahun baru 2022. Dah masuk bulan February pun.
By the way, Ali dah start sekolah. So far alhamdullilah, tak smooth tapi okay lah for now.
Gotta sacrifice here and there. Gotta cut here and there too.

Then later today, I encountered this post on FB.



To be honest, aku memang dah lama tak post status kat FB. 
Senang cerita, aku buka FB just untuk tengok short video time dalam jamban. Thats it.
But when I encountered posting and comments like above, aku rasa aku perlu respond.
Not by explaining because sure enough manusia yang bernama K tu tak kan paham.

Betul, tadika perpaduan or tadika kemas memang murah.
Betul, kebanyakkan kita yang dah tua-tua ni produk tadika kemas dan masih hidup sampai sekarang.
Tapi untuk aku, bukan isu nak compete tadika anak sape paling mahal abad ini. No!
Untuk aku, tadika mana yang sesuai untuk aku yang bekerja shift, yang tiada siapa boleh tolong fetch kalau Ali habis sekolah awal and at the same time monthly fees is cheap.

Aku dah buat research aku sendiri.
Tadika kemas, yuran memang very cheap. I am talking about the monthly fees. 
Sesuai dengan aku yang berpendapatan rendah tapi komitmen tinggi.
Sekolah ends at 12:00pm.
Registration, first come first serve. Ada 25 seaters.
Aliran asas sahaja. No added subject macam Bahasa Arab/Mandarin.

Aku decide untuk hantar Ali ke tadika swasta. RM350/sebulan untuk half day. 
Kalau aku nak proceed day care, RM500/sebulan.
Ada added Bahasa Arab and Mandarin.
Makan pagi and tengahari. Time nak fetch, dah siap mandi.
School starts at 7:30am, ends at 2:00pm
Why I ended up chose tadika swasta ?
Kuota Tadika Kemas/Perpaduan kat rumah aku dah penuh.

Sebelum Ali sekolah (dari umur 4 bulan - 4 tahun), aku hantar dia ke babysitter RM350-RM400 sebulan.
Kosong lah. Tak belajar. Tolong jaga, kasi makan, kasi mandi, main-main. Aku fetch bawak balik.
Dulu, aku memang nak Ali masuk sekolah masa umur 4 tahun. 
Aku nak dia masuk playschool supaya amount yang aku spend untuk dia every month is worth it.
Tapi sebab pandemik, aku simpan harapan.

Dulu aku kerja office hours.
Aku dah fikir siap-siap, kalau anak aku habis sekolah pukul 12pm sape yang nak fetch dia?
Pastu nak transit kan dia lagi. Kena juga bayar pengasuh. 
So alang-alang aku nak bayar pengasuh, lebih baik aku hantar daycare.
Sebab calculation dia sama. 
Murah kat sekolah, sama harga kat pengasuh.
Lebih baik bayar satu harga, semua ada. All in.
Dari Ali dalam perut, aku dah plan untuk dia. Aku nak dia masuk sekolah cina.
Zaman dia aku sure is very competitive. Aku kena siap sedia kan untuk dia.

So, aku jumpa sekolah yang aku hantar dia now.
Yearly fees, memang mahal. RM2500 lah lebih kurang.
Menggeletar tangan nak membayor.
Aku ingat lagi masa nak bayar, just one click away aku dok fikir 

"Ish berbaloi ke ni?"
"Banyak bil lain pending ni. Ke nak dulukan bil yang lain?"
"Macam rugi pulak la. Apesal mahal sangat yearly fees ni?"

Last-last, aku clicked je la.
Benda aku dah lama fikir. Buat apa nak ada thousand thoughts lagi.

Pastu aku sengkek. Hahahaha
Duit dah habis bayar yuran sekolah. And time ni (January) aku belum stop pengasuh.
So untuk Ali je, aku spend RM700 sebulan. 
Wahh, kalah belanja aku sebulan masa kat UiTM dulu.

Masa ni aku ada thoughts lagi.
Apa lagi aku nak cut sebab RM700 is too much untuk aku.
Oh and by this time, aku kerja shift malam 11:00pm-8:00am.
Aku hantar Ali untuk babysitter kasi tido je.
Dinner aku dah kasi, breakfast kat sekolah esok paginya.
Ada masa aku WFH, so aku settlekan Ali sendiri.
Aku ada nego dengan babysitter mintak kurangkan bayaran bulanan.
Nego tipis je sebab aku faham pengasuh pun ada komitmen.
Tapi sebab aku kerja malam sahaja and anak aku tumpang tidur, aku harap babysitter faham situasi.
Unfortunately, nego tipis tak berjaya.

Aku dah stuck. Shit, macam mana ni.
Aku dah cut habis semua benda. 
Dah takde benda boleh cut lagi.
Aku tanya pendapat from few friends. And semua tak kasi stop sekolah.
Aku tanya Ali pun, dia memang seronok ke sekolah.
And aku memang half hearted nak stopkan dia sekolah.

Last-last aku stop babysitter.
Aku handle Ali sendiri. Aku request kerja malam and WFH.
So far, takde issue bab kerja aku.
Aku dah siap plan kalau aku perlu ke office, aku biar Ali tido kat rumah.
Aku pasang CCTV so aku boleh monitor dia kat office.
Plan je lah ni, belum execute lagi. Gila kau. Aku sembang je plan ni macam yakin.
Sebenarnya aku pun tak berapa yakin HAHAHAHA.

So apa yang aku cuba nak sampaikan, bukan sebab nak hantar anak ke tadika kayangan.
Tapi untuk ibu tunggal macam aku, itu sahaja pilihan terbaik yang ada.
Kau nak juggle antara pendidikan terbaik untuk anak kau, kehidupan bajet ciput and work-life balance.
Kau rasa kau dapat ?
Nope.
Aku ni sejak kerja malam, tido berkualiti hanya hari cuti. 
Kalau hari kerja, tido 4 jam sehari. Selebihnya curi-curi tido ayam.
Ini pun nasib office ada WFH. Kalau dah ditarik privilege, aku kena figure out cara lain pulak.

Jadi, jangan suka-suka hati nak judge orang.
Oh hantar sekolah swasta sebab tadika kayangan.
Oh hantar sekolah swasta sebab bajet kayo.
Aku ni tak berduit mana pun. Tapi aku nak yang the best untuk satu-satunya anak aku.
At the same time, aku nak mudahkan hidup aku.
Tak payah nak semak otak itu ini.
Kalau kau boleh hantar anak kau kat tadika kemas, good for you.
Kalau kau boleh home schooled anak kau sendiri, good for you.
Kalau kau itu, kalau kau ini... semua tu good for you.
Jangan nak sama kan kerak periuk nasi kau dengan orang lain.

Tu aku komen balik kat FB tu, saja sarkastik sebenarnya.
Tu cara aku untuk tak nak argue bodoh dengan orang. 
Reply selepasnya tu, pandai-pandai la cari.

Thursday, October 28, 2021

Our trip to Batu Gajah. Ali first ride in ETS.

 Salam and hai.

Lama sungguh lah aku ni tak update belog.
Malas pun ada. Take it for granted pun ada.
Sebab benda ada depan mata kan. 
Terus jadi malas and bertangguh-tangguh.

After so long aku bekerja kat rumah, bulan November nanti aku dah kena masuk office macam biasa.
Ada lah dalam 3 bulan aku merasa kerja di rumah. 
Sempat lah merasa bekerja dengan Ali ada kat rumah.
Sempat lah merasa sambil bekerja sambil memasak.
Sempat lah merasa waktu lunch, aku nap atas katil.
Sempat lah merasa time tengah takde case, aku pi sidai kain.

Sekarang zaman IT.
Company aku memang make use of the technology very well.
Kalau nak huddle, zoom or google meet ada.
Kalau nak seek information, whatsapp and slack ada.
Kalau nak update attendance, whatsapp je.
Anything official, email ada.
Susah nak ada communication error. Everything is at your fingertips.
So macam takde alasan untuk tak productive, takde alasan untuk tak boleh buat.

Isnin and Selasa adalah hari aku cuti sejak aku kerja tempat baru dah  3 bulan ni.
Off day belum tukar. Yang bertukar hanya shift je. 
Shift pagi pernah, shift petang pun pernah.
Kerja shift ni letih lah juga. 
Nak pulak aku ni dok terkejarkan masa nak exercise and workout.
Kalau nak exercise petang tu, memang tidak laaaa. 
Dah habis tenaga dah aku ni. 
Mana nak melayan si Ali, nak bersiap, nak bekerja. 
Tenaga dah tak macam waktu muda-muda dulu.

Nak dijadikan cerita sebab aku bosan sangat tak tahu nak buat apa offday kelmarin,
aku decided untuk bawak Ali balik rumah Kaknis (1st sister) aku kat Batu Gajah, Perak. 
Plan ni, kena buat last minute baru menjadi.
Kakwa (2nd sister) memang dah ada kat sana since Khamis.
Dia ada ajak aku pi sana sekali tapi sebab aku kerja, so aku next time kan aje ajakan dia.
Boleh je nak WFH kat rumah Kaknis. 
Tapi perasaan kena tinggal memang tak best lah kalau dorang nak kesana kesini kan.

Since Kakwa balik KL hari Selasa, so aku decide why not aku ke sana spending my day off.
Boleh lah Ali jumpa cousins dia. 
Aku memang konon-konon nak berehat kahkahkah

Apa-apa hal beli tiket dulu. Online sajo

Aku rahsiakan destinasi dari Ali. 
Pertama, aku saja tak nak bagitahu sebab nanti sampai ke sudah dia asyik dok tanya,
"Tak sampai lagi ke Mommy?"
Aku letih nak jawab soalan yang sama setiap 3 minit sekali.
Kedua, memang aku nak surprise kan dia.
Bagi dia rasa seronok nak jumpa cousins dia.


8:00am, KL Sentral

Sendu kan KL Sentral di hari Isnin pagi.
Sejak Covid 19 melanda ni, semua benda berubah.
Kedai banyak tutup. Kebanyakkan orang bekerja dirumah.
Jalan jadi lengang. 
KL Sentral ni, sebusy-busy tempat kot. Tapi time aku sampai ni, kosong sendu je.
Train aku depart at 8:50am.
Tak silap aku, ni kali kedua aku ETS seumur hidup aku.
Alhamdullilah perjalanan sangat smooth.
Ni kali kedua aku berjalan jauh berdua dengan Ali.
Kali pertama, aku naik bas ke Arau, Perlis. 8 jam perjalanan.
Budak zaman sekarang, kau kasi gadget alhamdullilah senyap lah dorang.
Behave tak terkata.
Bonus lah kalau ada jajan kiri kanan tangan.

Bila Ali bertenang, aku pun senang

Aku arrived according to itinerary, 11:05am.
Alhamdullilah.
Ali's first ride in ETS mission was a succes.
Walaupun di hujung-hujung perjalanan, dia pi tumpah Pringles ke lantai.
SMH 😪😠

Happy kiddo



Sampai-sampai je, Kakwa memang dah tunggu kat station.
Tapau Tau Fu Fa and air soya, kedai favourite dorang and amik Ainnur, anak Kaknis dari sekolah.
Then terus ke rumah Kaknis.
Adam, anak teruna Kaknis and Maliq tengah bermandi-manda dalam kolam kecil.
Apa lagi, semua turut serta la.

Petang tu, kitorang pi makan kat AEON Station 18.
Kaknis belanja makan Mr Dakgalbi.
One thing for sure, i will never repeat makan benda alah ni.
Aku tak pasti kalau korang boleh tengok video bawah ni.
Kalau tak boleh, google la ek


Setakat combo nasi goreng and maggi, letak cheese 2-3 keping, sedikit kobis with mayo, kimchi sesuap and air mangga 1 jug, kau nak charged sampai RM70+....aku rela masak sendiri.
Overpriced sangat kot.
Tapi masih ramai je orang yang makan kat restoran tu.
Kalau bukan sebab Kaknis belanja, aku memang tak kan makan.
Seriously tak berbaloi. 
Ali of course dia suka sebab ada maggi.
Aku belum jumpa lagi budak-budak yang tak suka maggi.
Tapi kalau korang nak try or suka makan, suka hati korang la kan.

Hari ke-2 kat Batu Gajah adalah hari aku betul-betul berehat.
Selepas tidur, aku tidur lagi dan lagi dan lagi dan lagi.
Betul-betul aku khatam tidur yang tertunggak tu.
Pastu malam gerak balik KL.
Pun aku bantai tidur jugak dalam kereta.
So semalam kira hari tidur sedunia aku.
Pastu malam ni, aku jadi burung hantu. 
Mata tak mau katup.

Tuesday, September 07, 2021

Off day activities.

Harini aku off day. Kemain lama tak masuk dapur, harini aku masak nasi goreng.
Ali semangat lah makan, nasi goreng memang favourite dia.
Semalam aku cuti jugak. Aku bawak Ali pi jalan-jalan.
Last week cuti pun, aku buat aktiviti yang sama. 
Cuma last week aku bawak dia pi beli kasut jogging. Sebab dah janji.

Last week, aku bawak Ali pi Intermark Mall sebab ada Sport Direct.
Kat situ je mall yang aku tahu boleh bawak budak.
Mall lain aku tak sure (last week lah). 
The next day, aku pi Pavilion...Ali aku tinggat kat pengasuh. 
This week baru ada news yang ada certain mall lain, budak bawah 12 tahun boleh masuk.
Aku memang dah janji nak belikan kasut jogging untuk Ali.
Kasut dia yang sedia ada, dah kecil.
Covie 19 ni memang menyusahkan. Kasut Ali tu aku beli tahun lepas, tapi baru berapa kali je pakai.
End up, kena beli baru sebab kasut kecik. Bukan sebab rosak.

Aku memang jarang nak bershopping sakan macam zaman bujang.
Tambah pulak dah ada anak. Semua benda nak beli kena fikir banyak kali.
Duit adalah benda yang aku sayang sesejak covid ni. Sebab aku tak tahu berapa lama boleh bertahan dengan kerja. Takut kena buang, takde duit emergency. Mampus. Tak pasal-pasal kena merempat bawah jambatan.
Pastu, aku dah duduk berdua je dengan Ali. At least, ada juga duit tambahan bila ada orang lain sewa sekali. Sekarang semua beban, aku tanggung sendiri. Lagi lah kena berkira itu ini.

Baju Ali aku shopping 3-4 bulan sekali. Itu pun beli sikit and aku beli baju besar sikit.
Senang, lama boleh pakai. Pakai kat rumah je pun kan.
Aku memang rekemen T-shirt budak kat Uniqlo. RM14.90 je, value buy.
Kalau dapat harga diskaun, RM 9.90 tak silap aku.
Alaaaa, RM14.90 tu bagi aku kira murah dah.
Sebab aku suka, kau basuh la baju tu berapa kali sekali pun...baju dia still ok.
Means, collar leher dia tak rosak. Takde la nampak selekeh.
Sekali aku beli baju Ali, 5 helai terus aku beli. Senang, sekali kaut hahahaha.

Tu last week punya cerita. 
Semalam punya cerita, aku bawak dia pi KL East Mall.
Sebenarnya nak pi Decathlon nak beli weight plate 5kg.
Tapi ended up tak beli pun sebab berat sangat, tak cukup gagah nak bawak kehulu kehilir dengan si Ali ni lagi kan.
So aku end up beli workout gear. Aku ni tu lah masalah dia dari dulu, bila aku macam excited nak workout kan aku memang akan sanggup berhabis beli gear banyak-banyak.
Nasib baik kat Decathlon murah la juga.

Then, aku plan nak makan kat Ole-ole Bali. Nampak macam best je kedai dia. Kitorang pun masuk la.
Hampeh betul, bila semua menu takde. Not available. Yang ada pasta je.
Aku and Ali jenis perut nak makan nasi. Last-last aku order je kids pasta untuk Ali sebab dia dah mengadu lapar.
Aku order Mango shake and Ali punya is Orange Juice.
Tapi aku suka la ambience restaurant dia. Relax and boleh makan dengan bertenang. 
Aku ni dah bawak Ali memang susah sikit lah nak bertenang kan. 





Dah habis makan, kitorang jalan-jalan lagi. Padahal KL East Mall tu bukan ada apa pun tau.
So sebab takde apa-apa, kitorang singgah pulak makan ice cream kat Gula Cakery.
Aku tak berapa nak sangat, tapi sebab Ali dah meronta-ronta why not.
Dia punya ice cream ada letak cake as topping. Ok lah not bad lah rasa ice cream dia.





Dah settle makan ice cream, aku nak balik.
Aku ingat nak tapau nasi je kat kedai area rumah, and makan kat rumah.
Letih nau nak mencari kedai makan, pastu nak bukak phone scan my sejahtera sambil anak kau lompat sini sana. 
On the way nak ke parking, ada kedai sushi.
Ali ni dok sibuk nak makan sushi pulak dah. Sape ntah yang ajar dia makan sushi ni.
Aku seriously takde mood nak makan dalam mall dah. Aku cakap dengan Ali next time je lah.
Tapi tu la, susah bila kau dapat anak lambat give up ni.
Sampai ke parking motor, mulut dia dok berzikir nak sushi.
Aku dah malas nak masuk balilk, terpaksa lah pi mall lain.

First, kitorang pi Wangsa Walk Mall. Ada sushi king dalam tu.
Baru aku teringat kat sini lah aku pernah bawak Ali makan sushi.
Dah masuk mall, dah scan MySJ last-last kedai sushi tutup.
Demmmm si Ali masih dengan zikir sushi dia kkk.
Tak nak bazir masa, aku bawak dia pi Festival Mall.
Ni kira last resort la. Kalau tutup jugak, zikir tak zikir aku nak balik makan kat rumah.
Aku dah pesan siap-siap kat Ali.
Alhamdullilah, kedai sushi bukak. Rupanya Ali bukan nak makan sushi sangat.
Dia nak bento. Aku pulak kalau dah makan sushi, payah nak berhenti.




Aku cakap dengan Ali bento tu kongsi la.
Aku nak sikit. Nan hadoooo.
Semua habis ke perut Ali.
Budak kecik kuat makan, memang seronok kita tengok. 
Tapi anak aku ni makin lama aku tengok, kemain semangat badan dia.
Walaupun dia aktifkan, aku risau juga.
Kalau nak control sekarang, takut melarat gemok macam mak dia.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
MAK DIA DAH KECIK SIKIT. kahkahkahkahkah

Thursday, September 02, 2021

HUTANG

Hello. Ada masa sikit sebelum nak start kerja pukul 12:00pm.

Berat sikit topik aku nak share harini. Tapi aku nak share la juga.
Kau nak baca, kau baca. Tak nak baca, sudah.
Macam lah kau ni baca readers kan Awin. Hahahaha

Bab hutang ni, aku pun pernah buat hutang dengan manusia.
Sebab aku pernah susah yang mana gaji aku tak masuk. And aku ada komitmen yang nak kena bayar.
Suka tak suka, pinjam duit kawan-kawan.
Aku pernah juga berjanji nak pinjam harini, janji nak bayar minggu depan.
But end up, minggu depan tak boleh bayar sebab keadaan tak mengizinkan.

Tapi...kalau aku tak boleh bayar, aku make sure bagitau kawan aku awal-awal.
Aku tak buat dek je, aku tak buat tak tahu je, aku tak buat "dont know" je. 
Sebab aku dah gained their trust so aku tak nak lah dorang sangka yang bukan-bukan.
Status aku sebagai ibu tunggal sekarang ni, banyak buka pintu-pintu rezeki. Alhamdullilah.
Allah mudahkan aku dengan kawan-kawan yang memahami.
However, aku tak amik kesempatan nor take advantage or take it for granted.

Bila nak meminjam, aku make sure aku pinjam amount yang aku mampu bayar.
Aku ulang, yang aku MAMPU bayar.
Bukan pinjam segedebuk banyak, pastu terhegeh-hegeh nak bayar.
Aku pernah tau, ada kawan aku yang pinjam sekali banyak-banyak dengan harapan dia boleh grow duit tu.
Grow duit dengan forex or investment or meniaga. Lebih kurang la.

First of all, kau pinjam duit untuk invest or meniaga bagi aku dah salah. 
Dua benda yang risky and then kau pakai duit kau.
Kalau benda jadi/boleh grow then, okay lah. Alhamdullilah.
Kalau benda tak jadi/ rugi, macam mana ???
Emosi kau tak okay, jenuh nak membayar pulak satu hal.
Tak ke bodoh lepas tu ?

Dulu aku hampir nak terjebak buat benda yang sama. Tapi nasib baik, aku tak buat la. Allah selamatkan aku.
Kawan aku ajak aku join MLM, jual barang kesihatan.
Tapi aku kena ada modal RM3k untuk starter. Aku macam "gulp!"
Aku takde modal sebanyak tu in cash. Aku ada credit card time tu, tapi tak kan aku nak swipe semata-mata kan.
So kawan aku suruh aku pinjam duit dengan kawan-kawan.
Kat orang ni sikit, kat orang tu sikit.
Of course aku reluctant la kan sebab kalau 5 orang aku cari, dah sorang RM600.
Tapi kawan aku ni pandai tau, dia cakap macam ni,

"Time ni lah you akan tahu sape yang ada dengan you waktu you susah, Awin"

Aku macam termakan tau dengan kata-kata dia tu.
Aku pun mula lah mencari. Ada ya orang yang nak bagi aku pinjam. Siap bank in lagi.
Sampai lah aku jumpa kawan lagi sorang yang tanya, apa aku nak buat dengan duit ni.
Aku cerita kat dia, and dia marah aku. Suruh aku stop.
Dia tanya aku, pasti ke aku boleh bayar semua nanti.
Pasti ke MLM yang aku nak join ni akan berjaya ?

Aku tersentak. Betul apa yang dia cakap tu. Aku end up tak join. 
Slowly aku back off.
Sebab aku fikir semula macam mana aku nak bayar balik nanti kalau aku rugi. 
Payah juga nak cari RM3k. Itu bukan satu amount mudah untuk aku yang waktu umur 23 tahun kahkahkahkah, 
Bodoh lah juga waktu tu. Nak main bisnes tapi modal nak pinjam orang. 
Tak malu ke oiii
kata aku kepada diri sendiri. Smh

Aku ada juga kawan yang banyak sangat berhutang sampai aku keluar dengan dia kan, kalau aku nak up story kat insta ke apa, dia tak nak gambar dia ada sekali.
Aku tanya la kenapa ? 
Oh, sebab tak nak si polan nampak dia keluar jalan-jalan as if dia berduit sebab dia ada hutang dengan si polan.
Aku macam WTF ? Kau dah ada duit, bayar hutang dulu mat.
Ni tak pasal-pasal nak sorok sana sini. Tak ke susah hidup kau ?

Hutang dengan manusia ni, bagi aku la. Kalau tak mampu bayar semua, bayar sikit-sikit.
Especially musim-musim pandemik ni. Semua orang terkesan.
Ni tidak, kau dapat gaji kau berjoli sakan.
Bila orang minta hutang, selamber je kau cakap "Lamberttt lagi aku bayar hutang kau"
Eh banyak cantik muka kau kan.
Masa pinjam janji nak bayar time gaji. Bila dah gaji, kau cakap tak cukup duit. 
Bila aku ajak berjalan, kau laju je.
Pastu kau punya bershopping mengalahkan aku.
Padahal kau hutang aku ni ??

Ape ke siel ?



Sunday, August 29, 2021

Excuses don't burn calories. Gittewwwww

Hi all.

Esok and lusa aku cuti. Aku rasa minggu ni macam lama sangattttt.
Ke sebab aku dok WFH and tak jumpa orang?
Nampak macam jakun ek aku ni kan ? Orang lain dah dekat 2 tahun WFH, kau baru nak merasa Awin !

Alhamdullilah. Dah sebulan lebih kat tempat baru. 
Walaupun cuti hari biasa, nasib baik dapat pengasuh memahami. Bersyukur sangat.
Esok dah plan nak keluar bawak Ali pi KL East Mall atau The Intermark.
2 shopping mall ni je yang aku tahu budak bawah 12 tahun boleh masuk.
Aku plan nak belikan kasut jogging Ali and baju dia.
Kesian Ali... baju dia semua dah sendat.
Aku tengok pun tak lalu wehhh.

Aku dah mula kehidupan lama masa bujang dulu.
Exercise and cardio. Secara tak langsung Ali pun terjebak.
Cuma masalahnya, Ali lagi excited dari mommy dia.

Aku rasa aku dah banyak kali ulang, berat aku kali ni is the heaviest.
Pastu bila aku tgk badan aku kat mirror, dia jadi lebih scary yaaaa. Allahhhhh gemok nya aku ni.
Aku sampai tahap body shaming diri aku kkkk...sebab memang gemok sangat.
So suka tak suka, kena buat lah.
Aku workout pagi. Alang-alang aku senang bangun pagi, so buat pagi je la.
Aku perasan energy aku tak macam dulu. Of course lah oi, dah beranak oiiii. Urat-urat putus tak sambung-sambung. 
Ada yang tanya, tak letih ke ? Jawapan dia, yes letih. 

Pukul 9:30pm-10:00pm tu mata aku dah sipi-sipi je bukak. Tu dah kira saki baki energy left. Kalau ikut bar bateri tu, dah kaler merah lah.
Semua ingat aku drain out sebab kerja yang baru ni. Padahal no, aku dah kerah habis tenaga aku seharian workout, Ali and office.
Untuk exercise, aku subscribe monthly program Lesmills. Actually, masa kat gym dulu memang kelas cardio pakai program ni. So aku macam terbiasa and sape yang kenal aku memang tahu la aku memang gila kelas step.
Body step, easy step and advance step... memang tak kan miss join lah dulu.

Step board aku beli tahun lepas. Masa PKP sebab ingat nak kurus lah. Angan-angan mesti kena ada la kannnnn hahahaha. Aku beli kat decathlon. RM 70-80 camtu. Murah la tapi cukup kuat nak tampung berat badan aku. Dah banyak berjasa pun board tu cuma aku rasa aku kena upgrade sebab board decathlon ni kecik sikit, so bila aku baring nak buat BodyPump... bontot aku tergantung.
Aku dah usha board yang berkenan di hati. Tapi kena kumpul duit dulu.

Cara paling mudah nak kurus is, kurangkan makan. 
Eat healthy food, kira kalori, kurangkan minyak, kurang gula yada yada yada
Aku ada masalah dengan gula. Sebab setiap pagi memang nak nescafe. Nescafe kosong aku tak minum.
Kopi o kosong aku boleh telan. Tapi aku nak nescafe. Kau paham tak ?
Pastu bab nak prep makan is satu masalah juga. Aku tak cukup masa. Masa ada tapi aku akan terkejar-kejar.
Masa first to two weeks, aku rajin la prep masak apa semua. Last-last aku rasa cam ni tau,

"Aku dah penat-penat exercise bagai nak mampus, tak kan aku seksa perut aku makan benda tak sedap. Tak kan aku nak dera badan aku lagi nak memasak bagai ??"
So aku ditch amalan memasak and eat healthy food. Aku cuma kawal portion je.
Tapi aku cakap kau la, keje shift ni payah sikit nak jaga makan. 
Pagi aku dah exercise dengan Ali. Lepas tu breakfast.
Aku masuk kerja jam 12pm, time tu aku kenyang lagi la sebab dah breakfast.
And aku lunch jam 4pm. Ape jadah nya. 
Aku pun makan la. Pastu balik kerja jam 9pm, confirm lapar lagi. Makan lagi.
Cemana nak kurus siel. Tapi aku cuba tak makan malam. Walaupun itu sesuatu yang menyiksakan.

Serious cakap la, aku bab makan ni memang fail. Dari dulu lagi.
Dulu masa pi gym, aku konsisten. Makan tak jaga pun sebab Taufik cakap, tak payah jaga makan tapi cuba kurangkan gula.
Aku ingat lagi, dulu memalam dia jugak yang rajin bawak aku pi makan kepsi mekdi semua.
So aku minum nescafe pagi2 je. Dulu breakfast wajib is roti gardenia coklat 1, roti bun sambal 1, nescafe setin.
Tengahari, wajib makan nasi campur.
Malam, makan yogurt and epal hijau.
Tapi kalau datang mood nak makan sedap, aku layankan je tekak aku ni.
Tetapppppp turun jugak badan aku ni. Siap boleh marathon lagi.

Tahu sebab apa ? Sebab aku boleh layan 2 kelas 1 malam. So aku burn around 1000cal sehari.
Sekarang ni, aku nak burn 400 cal, aku pancit. Peha besar sangat. Stress aku.
Tapi takpe. InsyaAllah semoga aku capai impian 36 inch pinggang aku ni.
For now, aku cuba konsisten exercise. Bab makan, aku give it a time.
Semoga lama-lama selera nak makan sedap-sedap saja ni hilang sikit-sikit.
Kehkehkeh

Ali is very supportive lah dengan benda-benda melompat berlari ni.
Aku kesian jugak kat dia time PKP asyik terperap je kan. So aku try bawak dia pi jogging. Alhamdullilah dia boleh follow.
Pagi-pagi nak kejut pun senang. Sekali sebut je JOGGING, terus buntang bijik mata dia. 
Semangat dia tinggi melangit. Risau aku kekadang.

Esok nak pi beli kasut Ali sebab kasut dia sekarang ni kecik.
Pakai jarang-jarang, PKP punya pasal sampai spender dia pun sendat.
Seluar baju semua sangkut takat perut sebab si Ali ni makan banyak sangat.
Gemok macam mak dia.