Thursday, March 25, 2021

Officially a packed food seller.

Today hari ke-3 aku buat packed food. Menu harini is spaghetti cabonara.
Mind you that aku tak pernah jual packed food sebelum ni tapi aku pernah tolong meniaga street food.
Mak aku meniaga nasi lemak, kakak aku meniaga meatball.
Aku sendiri kerja telemarketing, jual produk orang.
Oh pernah juga meniaga satay tepi jalan, tapi bukan business sendiri so tak boleh nak claim apa sangat. Heh

Aku tak decide pun nak meniaga kat office, tapi Nuri beria-ria suruh aku buat.
Well, aku tinggal sorang sekarang ni. Dan aku lapar masakan aku sendiri.
Masalahnya, nak masak portion sikit-sikit memang aku tak berapa pandai plus aku rasa bahan banyak bazir.
So aku masak bagi kawan-kawan makan. Bukan niat asal nak meniaga pun tapi sebab nak makan yet kena masak banyak baru bahan-bahan berbaloi so aku masakkan je lah. Anggap sedekah.

Bukan tak nak meniaga inisiatif sendiri tapi aku rasa aku belum kalis kecaman orang.
Kau faham tak, bila orang cakap
“Win, nasi sikit.”
“Win, kuah bolognese okay tapi kurang merah.”
“Win, masak lemak sedap tapi ayam kurang masak.”
“Win, paprik okay tapi kurang hitam.”
Muka memang ada senyum sebab orang puji, bab TAPI tu yang hati sikit tak berkenan.
Bukan aku sensitif tapi  tipu lah kalau tak rasa cuak.
But so far, alhamdullilah. Makanan aku masak diterima orang. 
Bak kata Nuri, 

Untuk mendapatkan yang kamu suka, kamu harus sabar dengan apa yang kamu benci 
- Imam Ghazali

 Masa aku bawak lauk untuk bagi kawan-kawan makan, aku ada snap picture and send dekat kawan yang lain.
Aku snap pic je kot, belum bagi kau rasa so kau relax boleh kot.
But instead, member ni boleh cakap
“Apesal nampak macam tak sedap?”
“Macam ni kau cakap kau nak meniaga?”
“Tak rasa boring ke makan masakan sendiri yang tak sedap?”

Like hello bro, aku belum kasi kau rasa lagi masakan aku.
Kalau kau rasa masakan aku tak sedap, kau boleh stop kecam lepas soalan pertama tadi and shut the fuck up.
Aku memang belum ready terima kecaman, tapi kecaman kau tak valid sebab kau baru tengok je kot. Not yet rasa pun. Lain lah kalau kau dah rasa then kau kecam, i would be more than happy untuk dikecam supaya aku improve. 
Geezzz

See now, orang boleh makan masakan aku and yes dorang kecam juga.
Kecam in a good way and still support.
Masih beli makanan yang aku jual for 3 consecutive days.
No, aku bukan berlagak tapi it is what it is.
Kalau aku dok melangut kenangkan kecaman kau, aku tak rasa aku pi mana-mana pun.
At least bila aku dah start, aku tahu mana kelemahan aku and aku improve.
Unlike kau yang kecam base on looks je.
Kau tak pernah dengar ek looks can be deceiving. Boo you.

Esok aku cuti. Baru meniaga 3 hari dah cuti kahkahkah.
Aku cuti sebab aku tak cukup bahan nak meniaga/masak.
Memang boleh beli je tapi susah sikit sebab nak kena bawak Ali pi NSK is not a good idea.
Barang banyak nak bawak plus naik motor, susah lah nak adjust.
So aku listkan dulu lauk-lauk nak masak, lebih mudah aku bajet apa nak beli.
This coming weekend, senang aku nak beli kat NSK.

Packed food ni aku open order untuk 10-12 pax je.
Wahhhh very the limited edition kan.
Hewhewhew.
Macam aku kata tadi, payah aku nak bawak barang banyak-banyak sebab aku naik motor je.
Kalau aku amik order banyak-banyak mau kuak lentang aku bawak motor nak ke KL Sentral tu.
Jadi aku tak boleh nak cater ramai-ramai.
InsyaAllah doa-doakan aku boleh berhenti kerja and meniaga bukak kedai ke.
Mana tahu rezeki lebih murah dengan meniaga.

Aku dah boring teruk kerja office ni. 
Commission tak de and kerja after hours. Letih!
Dengan Ali nak sekolah lagi, serabut weh.
Semoga Allah permudahkan urusan aku and Ali.


Sunday, March 14, 2021

Curi masa is multitasking

I would like to say hello to my new keyboard. 
Keyboard lama semua okay kecuali spacebar dia sahaja. 
Aku tak tahu apesal dia tak nak elok, dah puas aku google nak betul kan balik and even set default kat setting but still dia rosak kepala bana apa pun tak tahu.
So aku beli je yang baru after almost 1 month aku contemplating, nak beli ke tidak.
Alang-alang aku nak beli baru kan, aku beli yang elok terus.

Balik kerja Selasa lepas, terus aku ke Wangsa Walk.
Actually aku dah pun recce harga sebelum ni, memang harga kedai berlipat kali ganda mahal lah.
Bear in mind that the keyboard is made in China so kau tak boleh expect sturdiness sama macam yang Logitech or any ther branded keybord yang kau beli kat AAR. 
Aku beli keyboard lama kat shoppe RM35.00 sekali shipping.
Kat physical shop dia jual sampai RM100.00 with warranty 3-6 months (depends kedai).
So this time around i chose to buy at the physical shop je lah sebab i need the warranty.
Kau faham-faaham je lah made in China ni, sekali dua pakai memang seronok.
Kali ketiga selalu dah start buat perangai.

Aku beli keyboard yang ada touchpad sekali. Dah alang-alang nak beli.
RM150 sekali warranty 6 bulan.
Pueh hati.

Kalau rosak jugak yang ni, aku tak tahu nak kata apa laaaa

Aku currently tengah tengah follow Korean’s series The Penthouse. 
Cerita korea ni kebanyakkan nya jalan cerita semua sama. 
Yang beza content dia. Dia punya plot twist semua aku rasa aku boleh baca.
Kalau series ni aku memang prefer Japanese or Korean.
Aku rasa the only Malay series yang aku follow is Nur 1. Nur 2, aku tengok lah 1-2 episod pastu aku dah boring terus tak layan.
Cerita pasal ustaz and pelacur. Teruk kena kecam jugak cerita tu.
Oh tapi aku tengok bukan  masa dia on air kat TV3. Aku tengok masa PKP 1.0 😂
Lambat wehh aku ni hahaha.
Itupun nasib baik PKP, kalau tidak sampai kesudah aku tak layan.
Cerita Mat Salleh aku tengok juga, tapi tak banyak yang aku follow. To name a few adalah aku tengok Prison Break, Games of Thrones and F.R.I.E.N.D.S

Aku akan layan series ni time aku tengah blow dry rambut before pergi kerja.
Kena multitasking lah kekdahnya.
And to be honest aku suka rutin baru kehidupan aku sekarang.
Mungkin bagi orang lain, apa yang aku buat ni benda biasa dorang buat.
Tapi untuk aku, rutin baru ni is so fun and productive.

Aku biasakan tido awal.
Jam 10:30pm aku dah main-main mata dalam bilik. Aku ajak Ali sekali tidur. 
But most of the night dia tak nak pun tido awal. 
So aku biarkan dia tengok TV kat luar sebab aku tahu cukup time dia akan masuk bilik.
Nampak macam dah besar betul anak aku. 
Dah tak perlu Mommy dia tepuk baca zikir nak bagi dia tido macam masa dia kecik dulu. 
Kadang-kadang biar dia tido lewat pun satu masalah juga. 
Biasalah budak bila sel otak berhubung, banyak silly things yang dia nak buat. 
Ada je benda dia nak explore. 
Contohnya teguk sirap merah mentah atau kordial anggur dalam peti.

Kalau aku nak dia tido awal jugak, aku pancing dia nak bawak pi taman esok pagi.
Laju dia masuk bilik.
Aku akan bangun jam 5.00am-5.30am.
Basuh muka and study sikit-sikit.
Pukul 7.00am aku exercise atau selalunya aku bawak Ali pi playground.
Kat playground aku akan exercise. 
Pukul 8.00am aku bawak Ali pi breakfast.
8.30am aku balik and bersiap untuk ke office.

Aku siap sangat sekejap. Main sauk je apa yang ada depan mata.
Tang nak keringkan rambut tu yang makan masa.
So sambil blowdry rambut, aku layan korea jap.
Sharp 9.20am aku hantar Ali ke babysitter and work.

Balik kerja, lepas rehat jap and mandi aku akan sambung lagi cerita korea.
Sampai lah aku tertido.
Since aku dah banyak clearkan barang kat rumah aku ni, so aku tak makan masa nak mengemas.
Before pi kerja, aku make sure Ali clearkan toys dia.
Aku make sure rumah aku kemas before aku pi kerja so bila aku balik kerja nanti, otak aku tak semak.
Malam tu dia nak sepahkan lego ke, nak lambakkan bantal depan TV ke aku tak kisah.
Biasalah budak-budak mana yang tak suka buat sepah.

Aku basuh baju seminggu sekali sebab baju Ali yang banyak kotor dari aku.
And aku lipat baju sambil-sambil aku study pagi-pagi tu.
Sebenarnya aku banyak curi masa/multitasking.
Sekarang dah kena kerja Sabtu, so lagi lah kena multitasking.
Bab masak, aku ketepikan sebab aku and Ali je nak makan.
Might as well, tapau je sebab aku rasa bila aku masak lagi banyak yang terbazir.
Aku tak reti masak portion sikit-sikit.
Nanti lah aku belajar. Something to work on lah kan.

Well, kita ni semua ada masa yang cukup untuk fulfill all the neccesary daily tasks.
Cuma kita kena curi masa and multitasking.
It’s not about having time, but it is about making time.
And people around you play the most part of your behavior.
Yang ni aku tak tipu.
Kalau orang sekeliling kau jenis pemalas and dok terbongkang je tengok cerita tamil, trust me you will end up the same. Melepet and terbongkang jugak
Sebab apa ?
Kau akan rasa penat untuk buat semua sendiri. 
Dapat pulak orang yang tak appreciate and hanya tahu complaint je.
Haaaa sudahhh.. maka kau jadi tekanan jiwa.
Bila tekanan jiwa ni, aku memang sejenis yang akan tido je. To sleep away all the stress tapi sebenarnya itu tak bagus for mental health.

kehidupan toksik
Aku dah berjaya keluarkan diri.
✌😊