Friday, November 27, 2020

Assistant keletihan.

 Assalamualaikum and hai

Semalam hari ke 7 meniaga satay. Walaupun bisnes tu literally bukan aku punya tapi penat dia terasa. Hari-hari tido pukul 2am. Sebab ? Tak boleh tido sebab badan terlalu penat. Pagi-pagi aku kerja office macam biasa. Balik kerja, terus amik Ali and meniaga sampai 12am. Balik meniaga terus basuh bekas-bekas niaga tu then baru lah aku mandi. Bila dah mandi tu of course badan segar sikit, tu lah punca lewat tido. Tapi kalau tak mandi kang, ketiak masam jenuh kena perli dengan si kenit tu.

"Eeee Mommy, apa bau busuk ?" Bisa ye mulut anak aku. 

Semalam aku datamg office dalam keadaan blur. Pagi-pagi dah rasa otak tak function dengan betul. Bawak Ali pegi breakfast pun rasa macam kalut je. Padahal takde lah lambat mana pun. Bawak motor atas jalan pun rasa macam otak aku melayang ntah kemana. Sampai office pun rasa macam "eh nak kena buat apa ni?". Sampai lah waktu lunch aku rasa macam otak aku letih gila. Lepas lunch, aku terus message TL, aku nak balik amik MC. Approved. 

Aku pegi klinik just near to office je. Dapat MC terus balik rumah. Tak cakap banyak, terus masuk bilik. Aku tido dari jam 2:30pm to 7:00pm tanpa di ganggu. Ya Allah ! Rasa bagai di syurga. Ali aku memang park kat pengasuh je. Cukup time baru aku amik untuk elakkan gangguan yang tidak sepatutnya. Nasib tak terlajak je. Bangun-bangun dah pukul 7:00pm. Sebab penat sangat, sampai si Didy bukak kedai sorang-sorang. Padahal aku balik awal, sepatutnya tolong la kot kan. Harammmm. Letih badan kali ni, tak boleh di bawa berbincang. Seronok dapat tido, walaupun "sekejap", cukup lah buat ganti tido-tido yang tertunggak. Heh.

At the same time, Ali sakit mata. Aku tak tahu la ketumbit or kena gigit semut. Cadang nak bawak pi klinik tapi aku rasa sakit mata ni letak bawang putih je sebab itu petua yang aku dengar dari dulu. Macam bisul lah kan. Aku dulu masa kecik-kecik rajin jugak kena ketumbit ni, relax je buat bodo. Last-last sembuh sendiri. Didy ni pulak jenis tak suka tengok si Ali ni sakit-sakit. Dia lah yang pujuk Ali nak letak "ubat" (read:bawang putih). Anak aku ni memang pantang kalau orang pegang muka dia. So apa lagi, memang kena paksa la juga sebab nak cari mata ketumbit tu.

Didy : You pegang muka dia. I nak cari mata (mata untuk ketumbit tu)

Yang si Ali dah meronta-ronta macam nak kena sunat dah aku tengok.

Didy : Takde mata lagi ni.

Ali : Mommy, Ali dah takde mata ke ? 

Kahkahkahkah tergelak-gelak aku tengok si Ali ni. Tu lah sibuk nak menyampuk sangat.

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.


Ali ni bukan aku nak puji sebab dia anak aku, tapi kepala otak memang cepat tangkap apa kita cakap. So as a "good" mother aku selalu kena tibai baliklah dengan anak aku. Aku selalu marah dia kalau cakap aku, bodoh, sebok je and ada lagi lah few words yang aku tak boleh nak recall now. So kalau aku dok sembang dengan kawan-kawan, telinga Ali ni memang peka dia lain macam. Time aku panggil dia boleh pulak dia buat pekak, pelik betul aku. Kalau aku bahasakan diri aku or aku guna words tadi, memang confirm aku kena marah lah dengan dia. So betullah, anak tu juga mengajar kita indirectly. 

Monkey do, monkey see. Kadang-kadang aku pulak yang stress sebab asyik kena sound je dengan dia. Bila dia buat kerja lembab, aku mula lah naik angin. Terus kena sound, "Mommy jangan marah-marah Ali tau. Kesian kat Ali tau! " Ewah banyak cantik kau. Tapi tu lah, aku selalu marah dia jerit-jerit kat aku padahal dia tiru aku sebab suara aku memang besar. Cakap macam biasa pun, orang dengar macam terpekik.

Tapi tak boleh challenge suara Nurna, officemate yang sekarang ni duduk sebelah aku. Lagi aku suruh slow, lagi dia memetir. Haritu dia pi klinik, sakit telinga. Dia kata telinga dia tak dengar. Aku syak selama ni dia tak tahu kot yang dia memetir. Sebab telinga dia tak dengar. Time gosip pandai pulak kau bisik kannn. 

Eh

Wednesday, November 25, 2020

Satay Abah Wangsa Maju

 Assalamualaikum and hello.

So hari ni dah masuk hari ke 5 kedai satay Didy in operation. Setiap hari Isnin kedai tutup sebab ada pasar malam. 6 hari bukak dari jam 5:30pm - 9:30pm. Maybe start harini kedai bukak sampai jam 12:00am sebab government dah benarkan kedai opearate till late. Tengok lah kang cemane. Aku ni kan assistant je. Decision maker bukan aku. 

Selama 4 hari meniaga aku and Ali memang ada kat site. Aku tukang bungkus and Ali jadi "pelaris". Anak aku ni, peramah dia lain macam. Aku ni duduk kat kawasan kejiranan melayu and kebanyakkannya orang tua-tua la. Yang datang beli satay pun kebanyakkannya orang tua jugak, so habis semua orang dia tegur. "Atok, atok nak pegi mana tu ?" Kadang-kadang, sampai orang yang beli satay aku abis dia interview. "Kenapa bawak payung?" "Kenapa tak pakai baju hujan?" Killer kan soalan-soalan anak aku. Mentang-mentang lah baju hujan dia kaler kuning, dia show off la. 

Syahdu kan muka anak aku makan sate

Sekarang, aku dah ada rutin baru. To be honest, buat 2 kerja ni memang penat. Aku ada update dalam ig story aku.


I am not literally own the business tapi sebagai orang yang membantu secara harian, of course aku penat. Pagi aku bangun pagi untuk ke opis and balik kerja, lepas amik Ali terus ke kedai satay. Dah settle jual satay, nak kena mengemas pulak. Dah settle mengemas, nak kena angkut pulak barang naik atas rumah. Aku duduk ringkat 1 so 4 kali jugak lah turun naik tangga. Ni lepas 3-4 bulan confirm boleh kurus la wei. 

Looking at the bright side, it is fun to be busy. Baru nampak every minute pass by dengan aktiviti. Ni tidak, asyik melepet je. Tapi tu lah, melepet pun seronok jugak. And Ali sangat enjoy tolong Didy meniaga. Padahal aku tahu, dia excited lebih sebab boleh main iPad and handphone. Kang kalau tak bagi, mula lah dia kehulu kehilir. Silap-silap sampai orang seberang jalan pun abis ditegurnya. Takpe lah, aku anggap sebagai upah lah tolong meniaga. Kesian kat dia jugak, hujan-hujan pun nak tolong. Ajak balik rumah, tak nak pulak. Layankan je laaa

Alhamdullilah bisnes satay ni memang okay. Bagi aku kalau dah over 100 cucuk terjual tu, okay sangat untuk gerai bodo tepi jalan je. Crowd pun okay. Orang-orang sini rajin menyampai/ringan mulut. Kat sini pulak ramai orang-orang tua so weekend is family time, ramai-ramai anak balik jenguk mak bapak. Satay is totally a family meal lah kan. Kadang-kadang tu orang beli nasi impit and kuah kacang je. Aku rasa dorang nak amik feel raya tu hahahaha. Kuah satay sedap katanyaaa.

Family aku asalnya memang peniaga makanan. Arwah Opah dulu ada kedai makan kat pekan Teluk Intan dulu. Mak aku peniaga nasi lemak kat pasar cina. Adik beradik aku kebanyakkan meniaga jugak. KakNis meniaga tauhu bergedil and western. Tapi buat delivery lah. Aku ingat lagi dulu-dulu dia ada meniaga choco jar. Benda seasonal kejap je lah in dia. Dah lama takde, sekarang in balik. Siap jual balang besar lagi kau.

Kakwa meniaga tauhu bergedil jugak also meniaga meatball tepi jalan. 3 tahun berniaga last-last berhenti and kerja office balik and now buat 2 kerja. Office and meniaga rendang dinding mak aku masak. Adik lelaki aku police officer. Meniaga bakat and also cookies and kek lapis baker. Jadi meniaga untung rugi ni aku dah belajar dari pengalaman adik beradik aku sendiri. Cuma aku nak bukak bisnes aku sendiri, memang belum lagi. Aku belum ada saving 6 bulan gaji. Kalau dah ada, memang aku plan nak meniaga nasi lemak je pagi-pagi. Anak aku pun aku boleh jaga sendiri. Income pun aku cari sendiri. Doakan aku ye kawan-kawan.

Aku tak rushing nak kejar apa yang aku nak dalam dunia. Aku cuma mintak walau apa pun yang aku buat, aku harap aku tak abaikan Ali. Tu je. Kadang-kadang kerja penat mengangkang, sampai lupa anak kita penat dok follow kita. Kadang-kadang penat kerja, sampai lupa nak manjakan and spend masa dengan dia sikit. Asyik kerja kita yang diprioritykan. Masa meniaga satay ni pun, aku cuba spend masa jugak walaupun kejap. Aku bawakkan lego, so aku main lego dengan dia kejap. Customer datang, aku pulak yang mintak izin dia nak serve customer jap. Boleh camtu ?

Pelaris





Thursday, November 19, 2020

Ali dan food, berpisah tiada.

 Assalamualaikum and hello .

InsyaAllah, esok Didy akan buka her own kedai satay. Memang dah lama we all plan nak bukak tapi banyak sangat halangan with tapak, modal, supplier etc, alhamdullilah akhirnya everything sorted out. Didy ni full time grabcar driver so aku memang tak encourage sangat dia buat grab ni. Bukan je maintance kereta parah, income yang dapat pun tak berbaloi dengan kederat. So, aku suruh dia proceed buat je satay ni, benda yang dia suka buat (bakar-bakar ni memang feveret dia). Apa rezeki yang dia dapat, dia terima seikhlas hati and lebih hargai. 

Waktu PKPB ni, memang semua benda jadi susah. Aku tak tahu lah orang lain, tapi aku terasa jugak lah kesusahan dia. Aku kerja buat sales so of course affected. Suka atau tidak, apa boleh buat. Bertabah je lah. Kalau aku own company, maybe aku kena come up dengan strategi plan. Tapi sebab aku makan gaji, so bersabar je lah. Peformance wise, memang drop nak mampus. Kalau dah sampai bos pun message kau personally, means memang teruk lah kan. Apa aku boleh jawab ? Aku mintak maaf je lah and akan improve. Walhal dalam hati, letih sebab kau tak boleh paksa orang untuk accept offer kau. Itu belum masuk pasal commission. Haihh lagi letih otak nak fikir weh.

Sesejak Covid19 ni, memang jarang sangat aku bawak Ali keluar. Pagi-pagi aku hantar dia ke pengasuh. Balik aku terus bawak balik rumah. Nak singgah kedai beli groceries pun takde. Rutin breakfast kat luar pun takde. Kalau aku rajin aku masak pagi-pagi sebab Ali memang sejenis lapar nasi pagi-pagi buta. Paling malas aku akan beli roti kat kedai runcit with susu kotak. Kesian jugak dekat Ali sebab rutin yang dia biasa buat terpaksa put on hold sebab covid tapi budak-budak manalah dorang paham kan. 

Bila aku belek-belek muka anak aku ni, makin bulat pipi dia. Sama naik dengan perut. Leher dari jauh pun tak nampak weh. Dekat-dekat sampai kena selak lemak muka baru nampak leher. Betapa gemok nya si Ali ni. Naik risau jugak aku tengok selera makan dia. Aku bercerita dengan kawan-kawan office, memang semua seronok sebab Ali suka makan. Selalu budak-budak suka makan jajan tapi Ali suka makan nasi and bukan benda yang bukan-bukan. Jadi semua suruh aku biarkan, itu tanda budak nak membesar...kata merekaaaaaa.

Tapi yang terkejut beruk hari ahad baru-baru ni. Aku memang tengah hooked cerita korea tajuk Defendant so memang dah target Sabtu and Ahad aku nak layan marathon every episodes. Half Saturday aku keluar dengan Didy sebab nak beli barang niaga. Saturday memang cuti masak. Hari Ahad aku masak sup ayam. Campak-campak, siap kekdahnya. Aku masak pagi merangkap sampai ke malam sebab memang tak kuasa nak masak banyak kali. Padahal nak mengabiskan drama Korea kan. kihkihkih

Recommended ! Aku bagi 10 bintang.

Settle masak lebih kurang pukul 11:00am. While masak tu dah bagi Ali makan roti salut Nutella 2 keping. Saja aku boldkan supaya korang boleh track pemakanan dia dalam entry ni. Dah siap masak, aku sendukkan nasi and sup ayam letak dalam mangkuk untuk makan lunch. Ali ni memang suka makanan berkuah, berempah and pedas. So kalau aku masak asam pedas, kari or masak lemak memang dia tak tolak. Tapi kalau aku masak ayam kicap, ayam kunyit ar yang masakan kering-kering, dia sanggup makan nasi putih and telur dadar je. Telur goreng mata kerbau dia tak makan.

Bab makan, Ali memang makan sendiri. Tak suka suap-suap. Nampak macam dah besar nau anak aku kan. Kalau aku nak suap, perkataan "Tak nak suap" or "Takyah suap" tu jawapan wajib kau hadap la. So aku biarkan dia makan kat luar sambil tengok TV kartun favourite dia. Aku dok melayan Netflix dalam bilik dengan tenang. Setiap 15 minit Ali akan masuk bilik and mintak peluk. Nak peluk pun kena mintak izin. Hahaha. Bab peluk setiap 15 minit ni benda biasa berlaku. Memang dari kecik dah diajar and Ali ni memang suka nak mengendeng pun. Rimas jugak kadang-kadang tapi sekian gila weh bila tengok muka dia kena rejek. Mommy layan kan je la. 

Kali ke 10 masuk bilik mintak peluk, dia request donut. Disebabkan aku sangat appreciate sangat waktu-waktu Ali tak mengacau while tengok movie so aku tunaikan request. Food panda la cerita dia, apa lagi kan. Settle beli donut Big Apple 6 bijik. Tunggu rider sampai dalam 30 minit ETA. Satu masalah lain timbul bila si Ali ni setiap 5 minit dok update. "mommy dah sampai ke?". "Mommy, mana donut Ali?". Last-last aku suruh Ali tunggu depan pintu sampai abang rider sampai. Rider sampai, 2 bijik donut settle. Balance aku suruh dia relax jap, take a nap dulu baru sambung lagi makan donut. Aku mencekik 2 bijik. Risau pulak anak kena diabetes. 

Didy balik dari beli barang niaga with pisang goreng sebungkus. Aku rasa RM4.00 jugak pisang goreng tu. Aku tak makan sebab tak gemar pisang goreng lemau. Tak crunchy pastu, jenis bijik hitam besar-besar. Hilang nikmat terus. Ali bangun tido, dia mintak langsai hutang donut. Aku bagi dia 1 and lagi satu untuk Didy. Dah habis donut, anak aku boleh sambung pulak makan pisang goreng tadi. As usual sambil tengok tv. Dok ralit sampai habis sepinggan pisang goreng ! Yes aku terkejut...sangat terkejut. Ni dah bukan makan. 

And pukul 6pm dia boleh mintak makan nasi and sup ayam tadi. Allahu anak aku dah macam bela saka. Tapi bila dia dah start bawak mangkuk and sudu sambil tadah kat depan mata aku, bagi je lah dia makan. Memang masak untuk dia pun. Kalau bukan dia yang makan, sape lagi nak habiskan, ye dak ? Makan lah kau nakkkk. By the way, marathon still onnnn. Hewhewhew. Dah habis makan nasi, aku mandi kan lah dia. Sekali aku bukak baju, kemain bulattt perut dia. Dah macam nak meletup. Aku pulak naik risau so aku suruh dia pegi berak dulu. Hambikkkk kau bau semerbakkkk.

Untuk dinner malam tu aku tak rasa macam nak makan nasi. Episode korea tinggal lagi 2 episode terakhir so aku hold dulu. Naik kejung mata aku dok mengadap screen ipad all day. Aku masuk dapur, goreng nugget 5 bijik. Lepas goreng, aku park nugget atas meja. Ali aku biarkan tengok tv and play toys. Aku pegi mandi dengan harapan, lepas mandi aku nak makan nugget 5 ketul. Masa mandi tu, aku macam pelik sebab Ali tu diammmm je. Selalu kau akan dengar dia karoke lagu dia dengan penuh perasaan. Tapi haritu diam dia lain macam. Takpe lah, maybe dia ralit lagi dok tengok tv and play toys. Aku keluar bilik air, tudiahhhh nugget aku dua bijik selamat dah dalam perut dia. Tu pun tangan dah bercita-cita nak capai yang ketiga. Terus aku amik pinggan, letak atas peti ais. Merengek la dia nak makan. Dia kata dia "pinjam" je nugget aku tu. Waktu bila dia pulang balik aku pun tak tahu la.

Pelahap kan selera anak aku ? Kalah orang tak jumpa nasi dia punya pelahap. Aku panggil dia dalm bilik.

"Ali tahu tak Ali ni makin gemok?. Tengok perut Ali ni."

"YEKEEEEEEE????"


Dia jawab yekeeee tu dengan muka takde bersalah sambil perut dah kedepan. Kau boleh bayangkan?



Wednesday, November 11, 2020

Lali lalu tawar hati.

Assalamualaikum and hello.

Manusia ni kebanyakkan leka. Ada juga yang cuai. Tapi akhirnya bagi alasan tak sedar atau tak perasan. Haihh

Aku baca entry blog kak Di (dianaishak) and entry dia memang kena tepat ke muka aku. 

 Peopel like this dah biasa kena tindas, dah biasa dipergunakan, dah biasa dibuat main-main, so to the, [to me actually] kalau terkena lagi sekali [dipermain-mainkan], they can handle well.
At least itulah yang aku rasa dulu.
Disebabkan dah lali jadi bahan gelak orang, ditindas, dah biasa dimain-mainkan, aku jadi kental.
Dah tak kisah kalau kena tinggal dengan pakwe sebab rejection tu dah biasa sangat aku lalui.
Bukannya aku tak nampak the relationship tu toksik, tapi aku nak give it a try. ”

Wahhh betul-betul meninggalkan kesan ye di hati aku. 
Well, ini lah yang aku alami. Walaupun kawan-kawan lama and baru kenal, semua dah nampak apa masalah yang aku hadapi. Dari dulu sampai sekarang, perangai aku adalah sama. Aku tak reti nak reject orang dan aku terlalu bersangka baik dengan orang. Sebab aku tahu, aku ni bukan manusia sempurna dan siapa aku untuk menilai manusia lain. Jadi aku menjadi positif. 

Aku jarang nak marah-marah kalau ada orang biarkan aku tunggu lama-lama. Aku rasa dia ada hal yang tak dapat dielakkan. Aku tak marah kalau kawan-kawan tak boleh korban masa macam mana aku biasa korban masa untuk dorang. Aku tak kisah kalau aku kena travel untuk jumpa kawan-kawan walaupun kawan aku jauh beribu batu, kalau aku ada masa dan tiada halangan aku gagahkan diri juga nak jumpa dorang. Sebab aku fikir aku yang nak jumpa dorang. So takpe kalau aku sacrifice sikit. Aku tak kisah jugak kalau aku kena belanja kawan-kawan makan ke apa. Kalau aku ada duit lebih aku tak kisah. Waktu aku gaji dulu, aku belanja bff aku makan every month bukan sebab aku kaya tapi sebab aku nak belanja. Nak kongsi rezeki. Aku tak kisah jugak kalau orang kedekut atau berkira dengan aku. Dan aku tak balas balik kedekut and berkira dia sebab itu bukan aku. 

Jadi apa yang berlaku kat atas ni lah yang menjadi bahan tembakan kawan-kawan opis kat aku. Katanya mereka aku terlalu baik. Kata mereka aku biarkan diri and kepala aku dipijak. Luaran aku nampak macam ganas kalah WWE Big Show padahal hati lembik layu macam bouquet expired. Tudiahhhh depa kata kat aku. Tapi aku selalu balas balik (read: in denial) selagi dia berlaku jahat tak menjejaskan periuk nasi aku, nak menjejaskan diri aku and anak aku maka benda tu bukan satu masalah untuk aku. Tapi aku pandai membezakan orang yang amik kesempatan dalam kesempitan. Aku pandai bezakan people yang take things or me for granted. Dan orang-orang macam yang buat aku sedih and frustrated.

Aku sangat susah nak taching or terasa dengan orang. Selalu kalau aku terasa hati atau marah, sekejap je. Lepas tu aku akan okay sebab aku tak suka simpan dalam hati. Aku lepaskan semua dan aku lega. Aku pesan jangan buat lagi, so jangan lah buat lagi. Tapi kalau kau buat juga, biasanya aku akan buat bodoh. Aku dah malas nak tegur. Aku anggap tu dah memang perangai kau yang aku tak suka so aku tak tolerate perangai yang aku tak suka tu. Yang perangai lain, aku okay je macam biasa. 

Dulu masa aku dengan exbf, aku tahu dia kerap message dengan perempuan lain. Aku biarkan tapi aku bagitahu dia yang aku tak suka. Dia tahu aku tak suka tapi dia buat juga. Bak kata aku tadi, aku ni jenis lambat nak taching. 2 tahun jugak amik masa nak taching betapa lembab nya hati aku buat kerja so aku tak tunggu lama. Aku bawak diri lari pi Australia. Aku bukan lari dari masalah. Tapi aku dah bagi masa. 2 tahun is more than enough untuk dia berubah. Malangnya dia masih sama. 

Of course bila aku bawak diri dia kata aku menyerah kalah. Aku tak kisah. Aku okay sebab aku dah tak makan hati. Aku tak rasa aku rugi sikit pun sebab aku dah puas menunggu dan akhirnya aku berubah hati. Sama juga bila kawan-kawan aku tiba-tiba hilang. Aku cari 2-3 kali. Aku letak usaha untuk mencari tapi kalau kau yang buat bodoh, aku nak buat apa lagi. Biarkan je la. Takde dah lah aku nak mencari-cari.

Aku selalu harapkan Tuhan yang balas segala kebaikkan aku. Aku tak harapkan manusia untuk membalas segala apa yang aku buat sebab aku tahu end up dia mungkin mengecewakan. Sebab tu aku lebih selesa untuk berbuat baik sampai lah hati aku ni betul-betul tawar aku akan berhenti. Memang akan ada banyak benda yang akan di bazirkan tapi takpe. Allah tu kan ada. Masa, duit, tenaga banyak yang habis aku admit. Tapi aku yakin Allah gantikan dengan benda yang lain lebih indah. Biasanya bila aku berubah hati, baru manusia tadi akan datang balik and nak aku balik macam biasa. Bila aku tawar hati, aku sendiri pun tak boleh pujuk hati aku. 

Kebaikkan manusia kau jangan pertikaikan. Aku buat baik, jangan kau padan kan muka aku sebab aku buat baik pada orang yang tak sepatutnya. Sebab memang aku tak suka pertikaian macam tu supaya kau nak bagi aku nampak aku bodoh. Itu memang perangai aku. Tapi kau jugak tak boleh judge orang melalui keburukkan dia saja. Sebab sejahat-jahat manusia, ada baik dia terselit sikit kalau kau bukak mata hati. Kebaikkan yang sikit tu lah aku tak pejam mata. Itu lah perangai aku.

Sekian. Aku nak masuk tido. 

Sunday, November 08, 2020

46/50 Alhamdullilah.

 Assalamualaikum and hello.

Rasa macam nak update blog. Banyak benda bermain dalam fikiran tapi nak luahkan satu-satu, sampai tak tahu mana satu yang nak diluahkan. So aku pilih untuk bercerita berita gembira je lah. Heh heh heh. Tengok lah kang tetiber ada part meluahkan perasaan, kau hadap je lah ekk.

So last Saturday i went to MYEG, nak amik test komputer. Sebab aku just buat lesen motor dulu so test aku adalah KPP 01 nama dia. Pagi tu aku kerja dulu as usual. Nasib baik lah Saturday we can go back anytime, so aku balik jam 12pm sebab aku kena ada kat MyEG before 3pm. Memang rezeki terpijak aku rasa, 2 jam kerja aku dapat 4 sales alhamdullilah. Susah wehhh nak dapat 1 sales sekarang ni. Semua customer pakat simpan duit sebab Covid-19. 

Aku sampai kat MyEG around 2pm. Orang tak ramai maybe sebab dia dah limitkan kot. Masa aku sampai angka giliran not yet turn 100 and my turn is 106. So sempat lah aku buat satu set test 50 soalan. Preparation ? Rasa macam nak gelak ye cerita pasal preparation ni. Kahkahkah

Aku dah pernah cuba amik lesen back in 2012 kot. Aku amik lesen kereta and motor sekali, siap package bayar penuh betapa konfiden nye aku ni kan. Masuk kelas 8 jam, pastu a week after that aku amik test komputer. 3x ye, aku ulang 3x aku amik test komputer. Semua failed lah of course, kalau tak buat apa aku amik lesen now kan. Yang buat aku betul-betul give up last time was markah aku untuk ketiga-tiga test was 41/50. Kau tak sakit hati ? Tu yang terus give up, amik kau give up sampai 8 tahun baru terbukak hati. Kahkahkah

Walaupun takde lesen kereta and motor, selamber je bawak motor takde rasa bersalah sampai ke Cyberjaya and Shah Alam tanpa rasa cuak. Relax je bawak kereta sampai ke Aussie,chill je beb. Yakin benar kalis kena tahan polis. Pernah ye kena tahan... banyak kaliiii. Banyak kali jugak lepas, ada jugak kena saman. Bila polis tahan, soalan dia tanya mesti nak IC and lesen. Aku bagi IC je, terus cakap dengan polis tu "Saya takde lesen encik. 3x amik tak lepas 41/50. Encik nak saman, saman je la. Nanti saya p bayar." Sampai tahap macam tu aku punya konfiden. Siap tunjuk slip result failed pun ada. Hahahahaha tu yang polis tak sampai hati nak saman tu.

Aku belajar bawak kereta masa kat Aussie. Masa kat Malaysia dah belajar teori, praktikal pernah  sekali je. Itu pun kakak aku ajarkan kat Taman Metropolitan Jalan Ipoh. Kat Aussie, kawan tolong ajarkan and ajar bawak van besar terusssss. Tak main la sedan wehhh hahahaha. Sampai aku boleh beli kereta sendiri lah kat Aussie sebab dah yakin nak bawak on the road and mudahkan aku nak pegi kerja. Proses nak beli kereta kat Aussie sangat mudah. As long as ada buyer konsep dia. Sebab dia takde paper work macam beli kereta kat Malaysia. Nak renew road tax pun mudah, just bawak duit je and bagi registration no. Settle ! 

Oh aku pernah kena tahan ye kat Aussie sana. Okay, kat Aussie jarang polis nak buat roadblock untuk cari pesalah trafik. Only if kau betul-betul langgar peraturan jalan raya baru polis tahan. Dorang ada buat roadblock untuk buat alcohol test, so kalau kau failed baru dia ajak ke tepi. Kalau kat Malaysia ni, tiap kali tahan, check road tax ada yang mintak ic and lesen. At least, tu yang aku selalu perati la. So kat Aussie, aku buat alcohol test tu dah banyak kali, alhamdullilah lepas lah sebab memang aku tak minum air setan hewhewhew tapi cuak tu ada. 

Betul-betul aku kena tahan was when i went out at night, aku ingat lagi waktu tu memang craving pizza so aku drive. Settle beli pizza, aku dah on the way balik. Aku dah perasan ada police car follow kat belakang. Aku pun drive je tanpa rasa bersalah. Okay yang best nye polis Aussie ni, dia check road tax or apa-apa lah related to kereta by using our plate number je. Kalau takde masalah, dia yang akan blah. Tiba-tiba dia punya siren bunyik wehh, aku pun berhenti. Time tu aku dah redha lilla hi Taala kalau kena hantar balik Malaysia ni sebab aku takde valid visa. Police officer tanya aku nak pi mana malam-malam. So aku replied "just went out to satisfied my craving over pizzas." Nasib baik pizza ada kat seat sebelah sebagai bahan bukti. Pastu dia bagitahu yang road tax aku dah mampus semalam. Perghh aku cuak kot dia mintak lesen mana aku nak cekau. Nasib aku baik police tu maybe in a good mood. "Quickly drive home and keep your car at home until you get your road tax renewed" fuhhh legaaaa.

So now aku decided untuk amik lesen and aku amik lesen motor dulu. Murah je, aku bayar penuh RM350. Aku dah ada motor and hari-hari bawak pegi kerja dengan yakinnya walaupun lesen nan hado. Aku fikirkan Ali sebenarnya. In case jadi apa-apa... Nauzubillah. Ha amikkkau. Sampai tahap macam tu pemikiran aku. Lagipun dah tua-tua ni, sampai bila nak hidup asyik langgar peraturan. Dan boleh bawak-bawak hidup bertenang dah aku rasa. Ok apa, umur 32 tahun baru nak ada lesen motor. Omputeh kata, 

YOU ARE NEVER TOO OLD AND YOU ARE NEVER TOO LATE.

Ada rezeki lebih, aku amik lesen kereta pulak. 

Wednesday, November 04, 2020

Do not dwell in the past

Assalamualaikum and hello guys.

I am updating my blog by using my new iPad 8th gen. Hew hew hew

Seronok betul pakai iPad ni, oh by the way i beli iPad ni sekali dengan iPad pencil and it is totally worth it. Semua orang ingat aku beli iPad ni untuk Ali,  betapa advancenya budak sekarang kan...kecik2 dah pakai phone and tablet. Kita dulu kecik-kecik main Batu seremban je, tak pun main masak-masak pakai senduk periuk kat dapur. Zaman dulu bukan kan YouTube, Astro pun tak mampu nak subscribe. Apa lagi nak beli VCD player or VHR player tu. Tengok TV ke lah ngadap sampai lebam. Padahal ada 3-4  channel je. Ali ni memang aku tak manjakan or biasakan dengan gadget, occasionally yes. Macam dalam kereta if long drive atau  pun aku ada benda penting nak bincang and fokus dengan Didy. Atau kat rumah bila CIA sangat pishang. Pishangggg ni maksudnya bila dia memang mati akal tak tahu nak buat apa, aku bagi juga la.

Tujuan utama beli iPad ni sebab nak guna untuk forex. Didy kata kalau guna iPad jelas and terang dia punya chart and amazingly memang betul at least untuk aku. Alhamdullilah, proses belajar n i susah sikit lah untuk aku yang betul-betul newbie so Didy kena kerja keras sikit la nak bantu aku. Harap-harap berjaya. Aminnn

To be honest, ramai kawan-kawan yang tak setuju kalau aku nak buat Forex. Well i can't blame them jugak la sebab there are a lot of bad stories of forex ni. Scam la, judi la and ada yang tak bagi sebab memang dah ada bad experience buat forex ni (loss/rugi). Actually aku buat forex ni ber-reference kan Didy sebab aku nampak she can do it, so why not me. Secondly, aku nampak Didy bersungguh-sungguh buat analisis and aku curious apa benda forex ni. How is the 'game' like ? So aku nak cuba, aku gunakan experience dia sebagai rujukan. Aku contohi ilmu yang dia ada, aku belajar and she is my sifu yang tak bertauliah.

Aku boleh pilih untuk buat macam lagi benda lain. Meniaga makanan, dropship and so on tapi aku takde masa. Aku tak sanggup nak korbankan masa tido aku sebenarnya. Bila aku tahu forex ni kau boleh set and let it fly (with right analysis) so aku pilih untuk buat forex. At least, aku pilih tu sebagai side income aku. Orang negatif kan niat kita memang ada tapi tak pe lah. Lagi kau nafikan, lagi aku cuba nak buat sampai lah aku berjaya (insyaAllah). Apa-apa pun tetapppp Allah yang menentukan perjalanan dan sebaik-baik perancang.

Forex bukan skim cepat kaya. Tu aku semat kuat-kuat dalam kepala otak aku. Sebab tak nak terlalu taksub. And aku jugak always bear in mind yang aku ada kerja 10-7 every weekday so aku tak boleh nak lewat-lewat sangat tido. Aku ada Ali yang need my attention so aku tak boleh neglect dia. Sehari aku spent at least 2 hours untuk study forex. Lagi 22 jam masih berbaki. Tuhan dah create sedia 24 jam. Takde alasan untuk termenung meratap nasib.

Setiap orang memang ada masa "puncak" whereby waktu dia ada semua. Kekayaan, kejayaan, kawan-kawan dan lain-lain, yang indah-indah. Bila masa dia terjatuh terduduk, dia termenung menangis meratap. Aku faham benar perasaan orang-orang macam ni. Betul, sedih dia lain macam beb. Bila kau terduduk tersadung, kau memang harap orang untuk bantu kau bangun. Alhamdullilah, waktu aku terduduk sekejap dulu aku ada kawan-kawan yang membantu. Kau bayang kan dulu kau single, kau boleh beli apa saja kau nak. Kau boleh berjalan ceruk dunia mana kau nak. Cuma dulu benak sikit, tak terfikir nak saving duit banyak-banyak. Duit saving habis bawa diri pegi Aussie, kecewa cinta punya pasal. Kahkahkah

Dah balik Malaysia, beranak and berpantang. Aku start bekerja bulan April 2017 exactly 2 bulan after aku habis pantang kan Ali. Masa tu cash dalam tangan takde se-sen pun. Hari-hari bawak bekal spaghetti goreng telur. Kosong bodoh macam tu je, tapi boleh lah buat kenyang sampai petang. Sebulan hidup bawak bekal. Bukan sebab jimat sebenarnya tapi sebab takde cash. Tapi tetap pegi kerja sebab kalau bukan kita kerja, sampai bila nak harap orang lain "suap" anak kita. Malu kat orang. Sejak dari situ, tak pernah sekali pun dapat peluang cuti atau "me time" sebab setiap hari bekerja. Weekend untuk Ali. 

Aku tak pernah sekali pun nak meratap kesusahan yang aku hadap. Sebab aku selalu yakin, Allah tu ada untuk membantu. Tapi kalau tak  bergerak, kau tak kan tahu kat mana bantuan Allah tu terletak kat mana. Sebab tu kena ada usaha, usaha dan usaha. Sampai bila nak termenung belakang pintu ? Kejayaan yang kita ada dulu semua sebab usaha kita. Ceduk semangat motivasikan diri dari situ. Aku selalu fikir, kalau masa aku bujang aku boleh buat sekarang pun aku masih boleh buat walaupun ada Ali. Cuma aku kena improvise. Dulu rajin travel. Sekarang boleh travel bawak Ali, tapi kena ajar dia how to behave. Belajar macam mana nak handle dia for a long journey holiday. Alhamdullilah, lepas dah bawak dia pegi Hatyai, Thailand.

Dulu masa mula-mula keluar dari rumah keluarga, aku sewa bilik je. Sebab nak sewa rumah sebijik belum mampu lagi and tengah rancang kewangan but at least aku pilih aku duduk sendiri and tak nak mengharap orang lain.Alhamdullilah, Ali dah 4 tahun aku jaga sendiri. Aku bangga dengan diri sendiri and aku tahu ramai kawan-kawan yang bangga dengan aku jugak. Sebab I managed and handled it well. No, aku takde masa nak menangis sebab aku tahu aku kena bergerak baru nampak jalan. 

Jadi bila ada orang sekeliling aku yang mengeluh nasib, aku ok je. Aku faham situasi tu and i have been there. Tapi aku selalu pesan, berehat sekejap and jangan pernah berhenti berjalan. Jangan putus asa and harap Allah turun kan rezeki dari langit atas riba kau tanpa usaha. Tak mungkin! And aku sangat marah and bengang bila orang takde usaha and selalu rasa hidup dia malang. And bila aku bagi nasihat, dia menafikan. Living in denial and masih tak nak bangun. Selalu mengharap rezeki mudah tanpa usaha. Ntah apa-apa.

Orang-orang yang suka mengenang nasib ni lah memang manusia paling malang bila dia tak nak berubah. And orang yang masih mengenangkan kejayaan lama yet tak buat apa-apa bagi aku is the worst. Cerita kejayaan dia yang paling gah sekali. Orang lain pun tak boleh challenge. Sekali dua kau cerita aku boleh hadap la. Tapi kalau hari-hari cerita, kau nak buktikan apa. Dengan duduk bersila panggung tak buat apa-apa, kau rasa orang impressed dengan cerita lapuk kau. Nan hado! 

Bangun dan berusaha lah. Kalau sebelum ni usaha sikit dah membuah hasil, tak salah kalini usaha kuat sikit yang penting usaha. Aku percaya pada usaha 120%. Macam-macam peluang ada depan mata, grab lah mana yang tak memudaratkan diri. Peluang tu bukan datang dari bentuk duit fizikal je. Macam-macam bentuk peluang tu datang. Kereta ada, jadi lah grab driver. Motor ada, buat lah food panda. Dapur gas ada, pandai masak buat lah lunch box. Takde alasan. 

Aku nak buat forex sebab aku ada iPad. Ini peluang and aku tak kan sia-siakan. InsyaAllah.

Aku belanja gambar Ali with a new haircut. Ali ni lah punca kekuatan. He may take all  credits if he wants